Isnin, 11 Mei 2009

Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa merayu kepada Nizar untuk berucap...

1. Sungguh sedih dan mengecewakan hingga menimbulkan rasa amarah dan meluat apabila saya mengetahui isi butir apa yang dibisikkan baginda Sultan Perak kepada 2 mangkuk hayun dari Pakatan Rakyat ini.

2. Baginda Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah rupanya terpaksa merayu dan memohon jasa baik kepada Nizar dan rakan DAPnya agar menghormati dan memberi peluang kepada baginda serta memohon agar menasihati rakan-rakan penyamun lain untuk duduk supaya baginda dapat memulakan ucapan. Sudahlah hampir 5 jam Baginda terpaksa membuang masa menanti agar keadaan dewan yang huru-hara akibat kebiadapan dan kekurangajaran yang ditonjolkan oleh wakil rakyat PR kembali menjadi tenang. Setelah baginda masuk ke dewan, puak PR ini masih menunjukkan sifat samseng dan bongkak dengan berdiri di tengah dewan bagi menyampaikan bantahan mereka yang tidak berasas itu kepada baginda.

3. Raja Nazrin antara lain menyatakan kepada kedua-duanya bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam suasana sedemikian. ‘‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,” titah baginda sambil meminta kedua-duanya memberitahu barisan ADUN pembangkang yang ketika itu berdiri sebagai tanda bantahan, agar duduk supaya upacara boleh diteruskan dengan lancar.

4. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang kita mahukan untuk memimpin negara? Entahlah apa akan jadi kepada tanahair tercinta ini jika mereka diberi mandat kuasa untuk memerintah negara. Mereka langsung tidak mahu menghormati Sultan Perak selaku ketua tertinggi sebuah kerajaan hinggakan Sultan sendiri terpaksa akur, tunggu, tunduk dan akhirnya merayu kepada penyamun tarbus.

5. Saya mendoakan agar Allah sentiasa memelihara negara Malaysia tercinta dari sebarang anasir yang menjurus kearah menjahanamkan dan melingkupkan baik dari dalam mahupun dari luar. Biar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita untuk memilih apa yang terbaik demi maruah agama, bangsa dan negara. Jangan sampai anak bangsa yang bakal mewarisi negara menyesal dengan tindak tanduk dan keputusan salah yang telah kita ambil sekarang.
Show Comments: OR

6 ulasan:

  1. Nasib baik dia tak mengamuk...

    BalasPadam
  2. walau papepun....
    nizar sudah menang secara sah...
    nizar boleh jadi mb semula..

    BalasPadam
  3. cube fikir sikit...sape yang start wat lu?
    bn la dokkk....si mamak zambri 2 la xmalu ke dah kalah woi balik india la....

    BalasPadam
  4. hahahahahahahahahhahha, sapa penyamun? BN ker PKR, bak kata nabil..Lu Pk lah sendiri, tepuk dada tanya akal, bukan tanya Khairy, Barua....

    BalasPadam
  5. semua masalah berpunca dari UMNO.pulangkan hak kepada rakyat.Pakatan Rakyat hanya mahukan pembubaran Dewan Undangan Negeri!!!

    BalasPadam
  6. Udah la tu. Kot mana pun DS Nizar akan diundi tidak percaya dalam sidang DUN nanti. Bukankah Speaker dewan kita dah rampas. Tak kira la sah ke idak janji matlamat menghalalkan cara. Kita ada polis, deme ada ape. Kesian Pakatan Rakyat. Kena main lagi. Kita akui rakyat terbanyak menyebelahi Pakatan Rakyat. Sebab itu kita tak berani nak bubar DUN. Jangan la bubar DUN. Habis la UMNO. Tapi apa kita takut. Sultan menyebelahi kita, mufti menyebelahi kita, polis usah cakap la.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE