Advertisement - Contact Us

PRK lagi : Kali ini kita ke Kelantan pula...

1. Salam takziah diucapkan atas pemergian ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob, 60 yang kembali ke Rahmatullah di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, jam 5.55 pagi tadi, kerana sakit jantung. Beliau yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas bahagian Kuala Krai telah menjadi wakil rakyat Manik Urai sejak 1985. Beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut pada 2004 namun kembali memenanginya pada PRU 2008 hingga kini.

2. Dan seperti kelazimannya, kerusi DUN Manik Urai kembali kosong dan bakal menjadi rebutan dalam PRK yang bakal diumumkan oleh SPR kelak. SPR hanya menantikan makluman rasmi dari Speaker Kelantan berhubung kekosongan kerusi tersebut.

3. Kekosongan kerusi akibat kematian wakil rakyat atau atas perintah mahkamah memang sewajarnya untuk diadakan PRK dan alasan ini tidak boleh dielakkan. Tidak seperti apa yang berlaku di Penanti di mana kekosongan kerusi tersebut adalah disebabkan sikap Pakatan Rakyat yang gemar bermain politik semata-mata, bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat.

4. BN dijangka akan memberi sepenuh tumpuan dan akan menggerakkan sepenuhnya jentera pilihanrayannya bagi mendapatkan semula DUN Manik Urai yang menjadi kubu kuat PAS. Memandangkan BN tidak akan meletakkan calonnya di Penanti, maka persediaan awal boleh dilakukan bagi menghadapi PRK DUN Manik Urai.

5. Walau apapun, saya mendoakan agar roh allahyarham dicucuri rahmat dan akan tergolong dalam kumpulan manusia yang beriman. Diharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dapat menerima Qada dan Qadar ini dengan hati yang terbuka.

Al-Fatihah...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama