Advertisement - Contact Us

MB milik Nizar, majoriti milik BN...Mana lebih penting???

1. Syabas dan tahniah diucapkan Dato' Seri Mohamad Nizar setelah Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Untuk rekod Nizar telah disingkirkan dari kedudukan MBnya oleh pihak Istana dan jawatannya itu diambil alih oleh Dr. Zambry setelah BN berjaya mendapat majoriti sokongan ADUN.

2. Dengan keputusan mahkamah ini maka jelas menunjukkan bahawa pihak istana telah mengambil satu keputusan yang salah dan ianya berjaya dibuktikan melalui prosiding mahkamah.

3. Seperti apa yang telah saya nyatakan dalam artikel saya sebelum ini, soal siapa MB Perak yang sah bukanlah menjadi keutamaan tetapi apa yang lebih penting adalah pihak mana yang berjaya memperolehi jumlah majoriti dalam dewan Undangan Negeri. Dalam hal ini jelas BN masih kekal sebagai kuasa majoriti dalam DUN walaupun jawatan MB milik Pakatan Rakyat.

4. Harus diingat, memiliki kelebihan majoriti DUN sebenarnya lebih penting dan lebih besar jika dibandingkan dengan peranan dan kemampuan seseorang MB. Setiap sesuatu perkara atau usul yang cuba dibawa oleh MB sebelum boleh dilaksanakan, ianya pertama perlu mendapat perkenan Sultan. Kedua, usul itu perlu dibawa ke DUN dan di sini kuasa penentu menjadi milik pihak yang mendapat kerusi majoriti samada usul itu diluluskan atau ditolak.

5. Apa yang perlu dilakukan oleh Nizar untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai MB kini adalah meyakinkan pihak istana untuk membubarkan DUN agar PRK peringkat negeri Perak dapat dadakan.

6. Jika gagal, Nizar berkemungkinan akan berdepan dengan usul undi tidak percaya yang pastinya akan dibawa oleh pihak BN di persidangan DUN akan datang dan secara logiknya peluang Nizar amat tipis memandangkan kuasa majoriti berada di tangan BN.

7. Harus diingat juga, mahkamah sebelum ini juga telah menolak pergantungan yang dikenakan kepada Zambry dan barisan EXCO BN yang baru dari memasuki sidang DUN. Mahkamah juga telah menolak perletakan jawatan ketiga-tiga bekas ADUN PR yang kini beralih sokongan kepada BN di bawah tiket Bebas di atas alasan bahawa surat perletakan jawatan yang diserahkan kepada SPR adalah tidak sah dan menimbulkan keraguan akan keasliannya.

8. Jadi tidak mustahil untuk mengatakan bahawa kemenangan Nizar adalah bersifat sementara dan pastinya BN akan mengambil peluang berdasarkan kelebihan yang dimiliki untuk menyingkirkan Nizar secara yang lebih terhormat, sepertimana yang dikehendaki oleh Nizar dan geng Pakatan rakyatnya.

9. Sama-samalah kita nantikan apa yang bakal menyusul selepas ini...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama