Khamis, 7 Mei 2009

Bisikan menyampah dari Sultan kepada penderhaka...

Mungkin benar sepertimana kata bekas Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat yang telah disingkirkan dari kedudukannya, Dato' Seri Mohamad Nizar yang kononya mendakwa Baginda Sultan ingin bekerja dengan Pakatan Rakyat sewaktu Sultan Perak memanggilnya bersama Ngeh mengadap baginda. Namun begitu, perlu diingat bahawa ada kepentingannya untuk baginda Sultan bertitah sedemikian kepada mereka berdua.

1. Berdasarkan keadaan dewan yang agak tegang, maka amat perlu untuk Baginda Sultan menarik perhatian wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk mereka berasa sedikit dihargai sepanjang tempoh pentadbiran mereka sebelum ini.

2. Adalah amat tidak patut jika Baginda Sultan terus mencemuh atau mengutuk Pakatan rakyat walau dengan apa cara sekalipun kerana ia boleh mengakibatkan keadaan menjadi lebih tegang.

3. Itu pun jika betul apa yang dinyatakan oleh Nizar. Ini kerana hanya Nizar dan Ngeh saja yang mengetahui apa yang dititahkan oleh Baginda Sultan selain dari Allah yang Maha Mengetahui. Tidak mustahil jika baginda Sultan memanggil Nizar untuk diberi amaran supaya menjaga tingkah laku wakil rakyat pembangkang agar tidak berkelakuan seperti binatang yang terlepas dari zoo.

"IPOH: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.

"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. "Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas," kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

"Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerjadengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

"Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, "saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat."

Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah:

"Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah."

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu."
- mStar
Show Comments: OR

6 ulasan:

  1. Persoalan yang masih belum menerima jawapannya......
    Selepas apa yang berlaku di DUN Perak, beberapa persoalan masih terawang-awang di pemikiran kita yang mencari kebenaran .......................

    (1)- Seperti yang kita sedia maklum, keputusan siapa Menteri Besar yang sah hanya akan di putuskan pada 11.05.09 @ isnin ini, persoalannya sekarang semasa persidangan tersebut bermula, siapakah menteri besar yang sah, Datuk Sri Nizar Jamaluddinkah atau Zambry Kadir ?

    (2)- Setelah DUN Perak mula bersidang, Sivakumar adalah speaker yang sah, speaker telah mengarahkan supaya Zambry dan beberapa exconya serta 3 ekor berok yang melompat tersebut keluar dewan, persoalannya arahan tersebut tidak dipatuhi, bentara engggan mematuhi arahan speaker untuk mengeluarkan Zambry dan gengnya dari dewan tersebut.

    (3)- Apakah arahan speaker tersebut sah, jika sah, apakah kesannya terhadap Zambry & gengnya yang engkar terhadap arahan speaker tersebut ?

    (4)- Bentara dewan yang engkar mematuhi arahan speaker, apakah hukuman yang sepatut nya diterima oleh bentara tersebut ?

    (5)- Jika arahan speaker diatas sah, apakah Zambry dan gengnya masih mempunyi majoriti di dewan ? jika tidak, macam mana dia boleh melantik speaker yang baru ?

    (6)- Jika arahan speaker sah, apakah hukumannya kepada polis yang masuk campur, mengheret speaker dan mengurungnya di dalam stor ?

    Setakat ini saya masih tercari-cari jawapannya dari akhbar dan laman-laman blog, namun tidak di temui..................apakah peguam-peguam handalan kita boleh memberikan jawapannya ?
    tolonglah .........916

    BalasPadam
  2. aku pun sama.... satu lagi.. speaker yang baru ni bukan ADUN mana2 kan??? macam mana pulak dia boleh masok dewan sedangkan orang lain yang minum kat luar dewan pun kena tangkap??? jadi siapa sebenarnya yang buat onar nie??

    BalasPadam
  3. Ingin ku bertanya disini.......
    bukankah cina jelapang tu dah letak jawatan dan kemudian ditarik balik jawatan itu.....
    saat beliau meletak jawatan itu bukankah dianggap telah jatuh jawatannya sebagai timbalan speaker...... dan kemudianya pada sidang dewan, terus lagi menjawat jawatan timbalan speaker kerana mahu melantik speaker baru.....
    kawe ni tak brapa reti undang2....so, tolong terangkan

    BalasPadam
  4. Tuanku Nazrin tunggu sampai 5 jam nak sampaikan ucapan sebab dia nak tentukan bahawa dewan bersidang. Tuanku nak BN memerintah, tu sebab dia tunggu kalau dia tak nak BN takkan dia tunggu. Tu pun PR tak faham ke...Kesulatanan Perak nak Melayu memerintah dan tak suka kerajaan CAMPURAN DAP, PKR dan PAS mentadbir negeri Perak. Kalau dia tak nak BN dah lama dewan negeri bubar... tak faham lagi ke...

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE