Advertisement - Contact Us

KJ: Terima kasih Khir Toyo, Mukhriz. - MalaysiaKini

Pemuda UMNO seharusnya sudah mula memandang ke depan dan menjadikan perkara di belakang sebagai satu pengajaran dan pedoman. Semua pihak perlu mula belajar dan membiasakan diri dengan kepimpinan yang baru demi memastikan agenda perjuangan Pemuda mencapai matlamat dan objektifnya. Tidak kira siapa yang menang atau kalah dalam Pemilihan Pemuda baru-baru ini, yang penting Pemuda perlu bersatu padu dalam mengorak langkah bagi memastikan generasi muda kembali menerima dan menjadikan UMNO sebagai madah perjuangan sebenar.

Perkara pertama dan utama yang perlu dibuktikan oleh barisan Pemuda di bawah kepimpinan KJ yang baru adalah untuk memenangi ketiga-tiga Pilihanraya Kecil iaitu di Bukit Gantang, Bukit selambau dan Batang Ai. Kesemua barisan Pemuda perlu bekerja keras bagi memenangi semula hati rakyat terutama hati para pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut agar memilih calon Barisan Nasional tidak kira calon tersebut samada dari UMNO, MIC atau PRS. Yang penting Barisan nasional perlu menang bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional dan menolak pakatan rakyat yang kini jelas kelihatan begitu terdesak dan mula berasa gerun dengan kemamtapan Barisan Nasional.

"Mar 31, 09 3:01pm: Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berterima kasih kepada ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana menyahut seruan penyatuan dan memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan beliau dalam pergerakan tersebut.

Mukhriz dan Dr Mohd Khir merupakan calon bagi jawatan ketua Pemuda Umno, yang tewas kepada Khairy dalam pemilihan pergerakan itu minggu lalu.

Khairy memenangi jawatan tersebut dengan memperolehi 304 undi, diikuti Dr Mohd Khir (254 undi) dan Mukhriz (232 undi).

Bagaimanapun kemenangan Khairy tidak disenangi beberapa pihak yang membuat bantahan sebaik sahaja keputusan diumumkan pada malam Rabu lalu.

Malah, sepanjang perhimpunan agung yang berlangsung hingga Sabtu itu, terdengar suara 'boo' setiapkali nama Khairy disebut.

Menulis dalam blognya - Rembau.net - Khairy berkata, penyatuan semua ahli Pemuda Umno amatlah penting.

"Apatah lagi pada masa kita menghadapi tiga pilihanraya kecil, sebaik selepas berlangsungnya persidangan Umno dan proses pemilihan parti," katanya.

Perjuangan bersama

Sehubungan itu, Khairy mengajak semua semua ahli Pemuda Umno supaya bersatu hati dan bekerja bersungguh-sungguh dalam satu barisan bersama ahli-ahli komponen parti yang lain di bawah BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Beliau mengajak mereka melakukannya dengan semangat yang berani untuk membawa perubahan di atas landasan setiakawan untuk rakyat, dari rakyat dan demi rakyat.

Sebelum itu, Dr Mohd Khir berkata beliau tetap menyokong Khairy selaku ketua Pemuda Umno, selagi beliau terus berjuang di jalan agama, bangsa dan negara.

Bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan berkata, tiada sebab untuk beliau berpaling daripada kepimpinan Khairy kerana misi mereka sama.

Manakala Mukhriz pula menyatakan beliau akan terus komited dalam perjuangannya bersama Pemuda Umno dan menyokong Khairy.

Mukhriz juga dilaporkan berkata, beliau akan turut memberi cadangan ke arah penambahbaikan Pemuda itu jika diminta berbuat demikian.

Sabtu lau, dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno, Khairy mengajak Mukhriz dan Mohamad Khir untuk turut memberi cadangan dan sokongan kepada Pemuda Umno.

Pemuda Kedah

Sementara itu, Bernama melaporkan, setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat, meminta semua pemuda bahagian, menyokong sepenuhnya kepimpinan baru Khairy dan naibnya, Datuk Razali
Ibrahim.

Haris berkata, sokongan tidak berbelah bagi itu penting supaya agenda dan kesinambungan pemuda yang direncanakan bekas ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diteruskan bagi memulihkan semula kepercayaan golongan muda terhadap Umno.

"Saya yakin dengan kredibiliti yang ada pada mereka yang diharap mampu mengembalikan kecemerlangan pemuda dan menarik minat golongan itu bergerak bersama parti dalam misi merampas semula beberapa negeri yang ditawan pembangkang," katanya hari ini.

Beliau berkata, peluang untuk merampas semula DUN pilihanraya kecil pada 7 April ini cerah jika dibandingkan dengan 14 calon bebas dan PKR dan atas usaha gigih jentera parti. "
- MalaysiaKini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama