Advertisement - Contact Us

Terkuburnya Pakatan Rakyat Dari Negeri Perak...

"Feb 4, 09 3:51pm :Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu akan menyertai Umno.

Menurut The Star, kedua-duanya kini dalam perjalanan ke Putrajaya.

Manakala MStar melaporkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno.

Sebelum ini, semua Adun dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah diarahkan menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya."
- MalaysiaKini

Pakatan Rakyat bakal berkubur di Negeri Perak. Selamat tinggal PAS, PKR dan DAP dari Perak. ADUN Bota benar-benar berjaya menikam PR hingga benar-benar parah dan hanya menanti masa menjadi Arwah. Kemasukan 2 lagi ADUN PKR ke BN umpama membunuh kerajaan PR Perak.

Memang sejak dari awal lagi sudah diduga negeri Perak bakal bergoncang memandangkan kerajaan yang dibentuk daripada PRU-12 adalah kerajaan bidan terjun. Dan dari awal lagi tidak wujud kesepakatan di antara parti komponen PR. Disebabkan untuk memujuk hati sendiri, maka penyokong fanatik PR beranggapan bahawa parti komponen PR mampu duduk semeja walhal perpecahan di dalam PR Perak yang lebih banyak berlaku.

Datuk Nasaruddin, ADUN Bota sebenarnya telah berjaya memperbodohkan PR Perak yang hidup-hidup percaya bahawa kemasukannya ke dalam PR adalah untuk memperkuatkan PR. Kini apa yang berlaku adalah umpama 'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran'. Bagi PR, hakikatnya bukan mudah bermain politik. Janganlah kail panjang sejengkal maka lautan dalam hendak diduga.

"Sementara itu, dua lagi Adun DAP Perak dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan tiga dari DAP - keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di DUN Perak akan tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.

Dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) - yang menjadi wakil rakyat bebas mencetuskan pergolakan politik di negeri itu.

Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang - Hee Yit Foong - mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas."
- MalaysiaKini

Sultan Perak berhak untuk menolak cadangan pembubaran Dewan Negeri jika ditakdirkan BN berjaya memperolehi majoriti kerusi di negeri Perak. Dengan kemungkinan kemasukan 2 ADUN PKR dan kemasukan semula ADUN Bota ke BN dan juga dengan keluarnya ADUN DAP Jelapang menyertai Bebas maka jelas BN berjaya memperolehi majoriti kerusi dan layak untuk membentuk kerajaan negeri.

Dan jika benar semua ini menjadi realiti maka terkubur kerajaan PR di Negeri Perak.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama