Advertisement - Contact Us

Penghinaan Karpal Singh Terhadap Orang Melayu...


"Feb 6, 09 5:07pm
Pakatan Rakyat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan BN jika terus melantik menteri besar BN yang baru, kata pengerusi DAP Karpal Singh, lapor Bernama.

Beliau berkata Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh
Negeri.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang.

"Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik
seorang menteri besar BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya di satu sidang akhbar hari ini.

Karpal Singh berkata tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada Sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Kira-kira jam 4 petang tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti."
- MalaysiaKini

Ugutan yang cuba dibuat oleh Pakatan Rakyat terutamanya dari Karpal Singh sesungguhnya satu tindakan yang biadap dan kurang ajar. Ia layak diklasifikasikan sebagai penderhakaan terhadap Sultan Perak. Tindakan Karpal Singh ini adalah satu penghinaan dan cubaan untuk membelakangi sensitiviti orang Melayu yang kaya dengan adat resam dan kepatuhan kepada institusi Di Raja.

Pemimpin DAP ini nampaknya menunjukkan sikap tidak menghormati orang Melayu sehingga berani untuk mencabar dan mengugut keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Ditambah dengan ketaksuban dan sifat fanatik yang melampau yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan Rakyat termasuk penyokong di kalangan orang Melayu sendiri membuatkan Karpal Singh seperti langsung tidak entang terhadap Raja-Raja Melayu di Malaysia.

Mungkin inilah sikap dan sifat sebenar PR yang terlalu mengamalkan sikap keterbukaan sehingga tergamak mengenepikan nilai-nilai murni adat ketimuran sehingga sanggup menderhaka terhadap pemimpin negara. Jadi tidak hairanlah jika diberi peluang mereka berkuasa maka mereka bakal mengambil tindakan terpesong yang melampau hingga sanggup menjual dan menggadai maruah dan intergriti negara. Dan sudah pasti Allah Yang Maha Mengetahui akan melindungi negara Malaysia tercinta dari jatuh ke tangan manusia-manusia durjana dan hina ini.

Memandangkan orang-orang Melayu PR yang sudah berani menderhaka kepada Sultan maka yang tinggal hanyalah orang-orang Melayu BN yang akan bertanggungjwab membela dan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja dari terus dihina dan dicerca. Mereka-mereka yang menderhaka ini harus diambil tindakan atau sepatutnya diusir keluar dari menjadi warga Malaysia disebabkan ketaksuban sehingga sanggup bersekongkol dan bersetuju dengan tindakan pelesit Karpal Singh yang cuba mencabar kedaulatan raja-Raja Melayu.

Daulat TuanKu...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama