Advertisement - Contact Us

DS Anwar Kena Berwaspada Dengan Tindakan Luar Jangka 'The Silence Supporters' Di Kalangan Orang Melayu...

 


KERAJAAN PERPADUAN TIDAK SEPATUTNYA MEMANDANG RENDAH AURA YANG ADA PADA BOSSKU...

Aku juga tidak bersetuju dan menolak idea segelintir drpd dalaman UMNO yg mula menggerak pandangan supaya ahli dan penyokong UMNO melancarkan protes terhadap kjaan perpaduan pimpinan DS Anwar Ibrahim ekoran dari pendekatan yg diambil oleh kjaan ini dalam menangani isu permohonan pengampunan oleh DS Najib Razak...

Secara rasionalnya, tak kiralah samada protes tersebut dalam bentuk tidak mahu melibatkan diri dalam usaha nak membantu kemenangan kjaan perpaduan ini dalam PRN di 6 buah negeri termasuk memilih untuk tidak keluar mengundi, apatah lagi jika protes tersebut bermaksud nak menterjemahkan undian kpd PERIKATAN NASIONAL bagi memastikan kemenangan berpihak kpd mereka, kedua dua bentuk protes ini akan merugikan dan hanya akan mengundang kesan negatif yg lebih buruk kpd UMNO BN...

Bagi aku yg memahami liuk lentok permainan politik serba sedikit mungkin masih boleh membuat penilaian secara rasional, tetapi, pastinya aku tak boleh memberi jaminan mampu meyakinkan jutaan ahli dan penyokong UMNO yg lain agar ikut berfikiran rasional sebelum membuat sesatu keputusan...

Secara jujurnya, di luar sana, di kalangan ahli dan penyokong UMNO sedang berada dalam dilema... rasa kecewa, rasa bersalah dan kemarahan yg makin membuak buak, dan semua perasaan ini sedang dibendung dalam sebiji periuk yg bertudung rapat dek kerana keberadaan UMNO menjadi sebahagian drpd kjaan yg memerintah... untuk biarkan ia meletus dan membuak keluar juga bukanlah satu pilihan yg bijak kerana yg sedang menanti dan menadah tangan di luar adalah mereka yg juga langsung tidak boleh dipercayai, yg sanggup menikam di tengah tidur walaupun sama2 lelap sebantal...

Sebab tu, aku yakin, ahli dan penyokong UMNO mungkin tidak akan memilih untuk khianat dan memberi undi kpd musuh di luar khususnya kpd PN... cuma yg aku bimbang, jika kjaan perpaduan dan DS Anwar masih gagal membendung periuk mendidih yg membuak buak ini dengan solusi yg tepat dan menguntungkan, tak mistahil ramai di kalangan mereka yg akan memilih untuk bertindak menebuk lubang dari dalam periuk...

DS Anwar dan kjaan perpaduan sepatutnya faham dan menerima hakikat bahawa impaks yg mungkin terpaksa dihadapi, cukup dgn hanya mereka memilih untuk tidak keluar mengundi dlm PRN kelak... jika kjaan perpaduan ini memang menyimpan niat mahu kuburkan UMNO terus dari muka bumi ini, barangkali inilah peluang dan masa yg terbaik... cuma seperkara yg tak boleh nak diketepikan adalah kesan susulan selepas terkuburnya UMNO, maka besar kemungkinan DS Anwar juga bakal hilang kerusi Perdana Menteri dan kjaan perpaduan ini juga akan tinggal dalam lipatan sejarah...

Musuh2 dari PN nampak akan peluang ini dan mereka sedang berusaha menangguk di air yg keruh... selagi mereka mampu membuatkan DS Anwar teragak-agak, was was dan membenarkan isu2 mendesak berlarutan untuk tempoh yg panjang, maka mereka tahu semua ini akan lebih menguntungkan mereka dan memberi mereka lebih byk ruang untuk menekan kjaan perpaduan khususnya melalui UMNO...

Menolak mentah2 pengampunan DS Najib hanya akan memberi kesan buruk kpd DS Najib... rata2 rakyat yg menolak pengampunan sebenarnya terdiri di kalangan mereka berada di kawasan bandar, atau mereka yg memang berada di kawasan2 yg sudah dikuasai oleh Pakatan Harapan... ya, mmg mereka menolak pengampunan ini diberikan, tetapi sekalipun jika YDP Agong tetap memperkenan pengampunan tersebut, tak mungkin mereka ini akan menzahirkan sebarang undi protes dgn mengundi PN, kerana mereka ini tahu tak berbaloi untuk mereka bertindak hingga hilang kjaan hanya kerana pengampunan diberikan kpd DS Najib...

Keadaannya berbeza dgn kawasan2 majoriti Melayu yg selama ini mmg terkenal sebagai kawasan kubu kuat UMNO... sedangkan kjaan masih belum memberikan tanda2 tentang pengampunan ini pun, sudah kuat bunyi2 protes, bayangkan gelombang yg akan membadai kjaan perpaduan ini jika DS Anwar masih enggan mempermudahkan urusan pengampunan... dan, bayangkan juga manfaat yg bakal diperolehi oleh DS Anwar, kjaan perpaduan dan UMNO khususnya jika jeneral perang yg selama ini menjadi ayam tambatan UMNO diberikan pengampunan menjelang PRN di 6 buah negeri...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=736970251770981&id=100063740372763&mibextid=Nif5oz

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama