Advertisement - Contact Us

SPRM Pakatan Harapan Hanya Nampak Duit SRC RM42 Juta, Tapi Buat-Buat Buta Dengan Wang RM642 Juta?

SILAP DS NAJIB HANYALAH KERANA BELIAU DIHORMATI, DISEGANI DAN DIHORMATI OLEH PEMIMPIN2 BESAR SELURUH DUNIA...


Berpuluh ribu ahli jawatankuasa masjid seluruh negara dan mangsa banjir tahun 2014 adalah saksi bagi propaganda PH ini.

Propaganda sebelum PRU14 itu begini:

"Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain."

Itulah propaganda terhadap saya yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Turut dibutirkan oleh mereka apa yang dimaksudkan AS$15 juta (RM50 juta) ini:

1) AS$56,000 (RM220,000) untuk membeli kereta mewah pada tahun 2011.

2) A$14 juta (RM55 juta) yang dibayar kepada syarikat Jakel Trading dalam tempoh tahun 2011 hingga 2014.

3) 750,000 Euro (RM3.3 juta) untuk membeli barang kemas di Italy pada bulan Ogos 2014

4) AS$130,625 (RM512,000) untuk membeli barangan jenama Chanel di Hawai, Amerika pada 22 Disember 2014

Semuanya genap-genap AS$15 juta. 

Saya jawab satu-persatu.

1) Saya rasa RM220,000 itupun tak cukup nak beli Velfire atau Alphard di Malaysia. Tentu tidak juga untuk kereta Bugatti atau Mercedes. So, kereta yang mewah mana?  

Walaupun syarikat itu dinamakan Signature Exotic Car, mereka sebenarnya adalah penjual kereta terpakai dan reconditioned biasa. 

(Paling saya tak tahan ialah dia kata kereta harga RM220,000 tapi gambar dalam propaganda mereka ialah kereta Roll-Royce. Pelik ada juga yang percaya.)

2) Jelas kita lihat bahawa bahagian paling besar - iaitu AS$14 juta dari A$15 juta itu adalah dibelanjakan di Syarikat Jakel.

Masa itu, pemimpin PH melontar pelbagai fitnah terhadap saya tentang ini: 


Fitnah turut dikeluarkan oleh Raja formula Malaysia:


Alhamdulillah!
 

Kerana langkah tak masuk akal kerajaan PH untuk mengeluarkan saman sivil lucut hak, syarikat Jakel terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan.

Syarikat Jakel Trading keluarkan kenyataan bahawa wang yang disebut AS$14 juta (RM55 juta) yang mereka terima dari akaun saya adalah bayaran untuk penjualan.

Untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal (untuk imam, tahfiz dan termasuk 7 ribu masjid-masjid di seluruh negara selama empat tahun berturut-turut dan juga untuk bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014). 


Itu lah di mana AS$15 juta (RM60 juta) itu digunakan walaupun tuduhan mereka ialah wang ini digunakan Najib untuk "percutian, membeli-belah dan barangan kemas." 

3) Saya telah jelaskan pembelian RM3.3 juta yang dibeli menggunakan kad kredit saya di Italy masa itu. Permaisuri kerabat raja Qatar itu juga tulis surat kepada kita untuk mengesahkan ini.

(Qatar ini juga negara yang Khalid Samad kata ada pelabur nak labur RM1.6 trilion itu)

Perkara ini juga telah disahkan di Mahkamah bulan Ogos lalu.


4) RM512,000 untuk beli barangan Chanel di Hawai ini dilakukan pada masa saya main golf dengan Presiden Obama dan bertemu dengan rombongan beliau masa itu. Lagi banyak akan dijelaskan apabila isu ini timbul di mahkamah tak lama lagi. 

Masa itu saya dikritik hebat kerana saya main golf dengan Obama semasa Kelantan dilanda banjir yang teruk. 

Kebenarannya ialah persetujuan dengan presiden Obama untuk bermain golf ini telah dibuat berbulan-bulan sebelum tarikh itu.

Kita tak main wassap "Eh bro, jom golfing?" dan terus kita bertemu di padang golf.

Dan bukan setakat main golf sahaja tetapi ada juga perbincangan tentang isu-isu ekonomi dan keselamatan yang lain masa itu.

Sebelum saya bertolak ke Hawai, saya telah membuat lawatan untuk memantau penyediaan usaha banjir dan tugas operasi bencana banjir juga telah diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negara masa itu.

Dan sehari selepas saya bermain golf dengan Obama, saya terus bertolak dari Hawai untuk menuju ke Kelantan 
 

Saya ikhlas nak buat baik demi Rakyat dan negara tapi saya teruk difitnah dan dikecam pula.

Sebenarnya, dana RM642 juta diberi terus kepada saya.  Ini bukan wang kerajaan mahupun dana yang berasal dari Malaysia tetapi dari kekayaan Raja Abdullah, Raja Arab Saudi masa itu yang benar memberi US$20 bilion untuk menubuhkan sebuah universiti.

Maka terpulang kepada saya untuk menggunakannya sesuka hati saya. Tapi saya tak gunakan untuk peribadi saya tetapi semua diberi kepada Rakyat dan parti seperti kegunaan yang dijelaskan Jakel di atas.

Sebab itu, saya tak faham kenapa ada penyokong PH yang kata saya perlu curi duit RM42 juta SRC sedangkan keseluruhan RM642 juta itu saya telah berikan terus kepada Rakyat.

RM642 juta tak mahu tapi mahu RM42 juta ke?



Dana yang disebut RM2.6 bilion itu yang diterima sebulan sebelum PRU13 tak usah nak cakap lagi.  Dana itu adalah amaran bagi pihak lawan agar mereka tidak lagi cuba membeli ahli-ahli parlimen BN sebagaimana cubaan mereka pada PRU12 tahun 2008. 

Lalu dana tersebut dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian.

Sumber  : FB Page Najib Razak

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama