Advertisement - Contact Us

Rakyat Malaysia WAJIB Terima Hakikat Bahawa TIDAK Wujud Istilah TOLAK ANSUR Dalam Politik DEMOKRASI.

PENTINGNYA YANG MENGEPALAI MEMPUNYAI LIGITIMASI DARI SUDUT MAJORITI...


Ramai yg tertanya-tanya, kenapa keadaan politik yg masih juga TIDAK STABIL sekalipun sudah berlaku pertukaran kerajaan? Bukankah UMNO dan PAS sendiri pernah menjanjikan keadaan politik akan lebih stabil jika kuasa politik, kuasa pentadbiran kerajaan dikembalikan kepada yang berhak, yakni orang Melayu Islam, sesuai dengan kedudukannya sebagai kumpulan yang mewakili jumlah teramai dalam kalangan populasi rakyat Malaysia?

Masih terngiang-ngiang pandangan yang pernah disuarakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Hadi Awang, "Untuk nak mewujudkan kestabilan, yang memimpin, yang mengetuai mestilah datang dari kumpulan terbesar atau majoriti... dalam konteks kerajaan di Malaysia, orang Melayu Islam bumiputra mewakili 70% komposisi pecahan mengikut kaum dan merupakan kumpulan majoriti terbesar dalam Malaysia... maka sewajarnyalah kuasa kepimpinan, kuasa politik dipegang oleh kumpulan majoriti ini untuk mewujudkan kestabilan, tanpa mengenepikan kumpulan rakyat yg lain sesuai dgn kedudukan mereka berdasarkan peratusan pecahan komposisi kaum yg diwakili... pandangan ini juga sebenarnya selari dengan apa yg terkandung dalam prinsip demokrasi itu sendiri sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip 'DEMOKRASI, RAJA BERPELEMBAGAAN' dalam pemerintahannya..."

Bukan saja Presiden PAS, malah pendirian ini jugalah yang dipegang dan dipraktikkan selama ini oleh UMNO dan Barisan Nasional, dan ia masih kekal dipegang secara konsisten oleh seluruh kepimpinan UMNO dan BN sehingga hari ini...

Persoalannya, KENAPA MASIH TIDAK STABIL? Bukankah kjaan yg memerintah sekarang sudahpun datang dari kumpulan yg mewakili majoriti rakyat? Siap membawa slogan 'Kerajaan Melayu & Islam' lagi... kenapa kjaan masih BERGONCANG?


Jawapannya mudah... mereka yg berpegang dgn prinsip yg disebut di atas, tidak berpegang secara keseluruhan atau menyeluruh... mereka pegang hanya dalam konteks yg boleh menguntungkan mereka serta yg memenuhi kepentingan politik mereka sahaja... manakala sebahagian lagi yg juga perlu diurus mengikut kaedah demokrasi telah mereka tolak kerana mereka menganggap ia tidak menguntungkan politik mereka... lebih malang apabila berlaku usaha2 nak membentuk naratif yang baru, hanya untuk menafikan hak kumpulan yg berhak...

Jika dalam bab keutamaan memegang kuasa, maka prinsip demokrasi digunapakai, yang majoriti berhak memimpin seluruh kumpulan termasuk minoriti... maka yg memerintah negara hari ini datang dari kumpulan majoriti, dan kumpulan ini menerajui seluruh negara termasuk kumpulan minoriti...
 

Bagaimana pula dengan bab keutamaan memegang kepimpinan? Kenapa tidak lagi berpegang kepada kaedah prinsip demokrasi? Bukankah di dalam kumpulan yg memegang kuasa juga ada pecahan yg mewakili peratusan tertentu, malah pecahan peratusannya juga sangat jelas dan ketara? 

Jadi, kenapa perlu ada usaha nak menafikan hak ini? Perlukah nak diingatkan berulang kali, kuasa pemerintahan hari ini pada awal kewujudannya dibentuk melalui gabungan beberapa parti, tanpa sebarang MoU atau ikatan rasmi... yg masuk sebagai 1 ikatan, atau en blop hanyalah Barisan Nasional (BN) yg di dalamnya ada 39 wakil UMNO, 2 MCA, 1 MIC dan 1 PBRS, kumpulan kedua adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS)... PAS diwakili 18 orang, manakala PPBM hanya 6 orang...

Perlu diingatkan juga, jumlah 32 wakil yg dijaja oleh PPBM, bukanlah wakil yg genuine... 10 daripadanya datang dari PKR, yg dipilih menjadi ahli parlimen atas kapasiti mereka mewakili PKR... begitu juga dengan 16 wakil yg asalnya diangkat melalui tiket UMNO BN... maknanya, kekuatan sebenar BN bukan hanya 43 wakil, tetapi 59 orang...


Semua ini kemudiannya disatukan untuk membentuk kjaan tanpa ada sebarang ikatan rasmi... begitu juga dgn UMNO dan PAS, yg memilih untuk masuk dalam kerajaan ini secara berasingan walaupun sudah wujud ketika itu Piagam Muafakat Nasional...

Berdasarkan kira2 mudah yg aku sebut tadi, bolehkah wujud kestabilan jika sekiranya yg memimpin gabungan ini bukan dari kalangan kumpulan majoriti? Mungkin silap UMNO BN kerana tidak membangkitkan hal ini dari awal, tetapi harus difahami juga persepsi yang terpaksa ditanggung oleh UMNO BN jika berkeras mahu menjadi ketua dalam keadaan separuh pimpinan utama UMNO sedang dilanyak menjadikan seolah olah UMNO ini tempang sebelah kaki... pada ketika ini, UMNO rela memberi laluan dengan harapan, laluan yg diberikan akan dibalas dgn baik, sekurang-kurang sama2 dapat membantu membantu memulihkan kaki UMNO yg tempang sebelah ini... malangnya, itu tidak berlaku... madu yg Umno hulur, tuba yang mereka balas... mereka bukan membantu pulihkan kaki yg tempang, lagi dasyat, mereka juga sedang berusaha melanyak sebelah lagi kaki yg sihat... adakah mereka sedang berusaha nak melumpuhkan seluruh anggota tubuh UMNO? Dan wajarkah dibiarkan saja hal ini berlaku?

Sebab itu, 1 jalan penyelesaiannya, sementara menanti masa yg sesuai untuk memulangkan mandat kpd rakyat melalui pilihanraya, ialah dengan memberikan hak kepada yg berhak... majoritinya UMNO BN bukan saja dibilang dari sudut pecahan kerusi parlimen yg dipegang, malah, dari segi kekuatan dan jentera parti, dari segi keahliannya... cuba nak menafikan hal ini hanya akan menyebabkan kjaan dan negara terus diletakkan dalam kedudukan yg tidak stabil....


Mewujudkan Perikatan Nasional secara rasmi sebenarnya bukanlah untuk kebaikan... ia hanya 1 usaha nak menafikan dan nak melemahkan ketumbukan Barisan Nasional sekaligus parti UMNO yg berada di dalamnya... tidak ada alasan konon nak jadi pendamai, orang tengah antara 2 parti yg bertelagah, sedangkan dalam masa yg sama, si pendamai sudahpun menetapkan keputusan secara rasmi untuk berpihak kpd 1 pihak...

Walaupun Ketua Pemuda PAS cuba nak menakutkan UMNO, kononnya 7 juta pengundi baru yg perlu diberi tumpuan, bukan 3.2 juta ahli UMNO yg sudahpun terdoktrin pemikiran mereka... bagi aku, adalah lebih baik jika UMNO berhati-hati dan menjaga sebaik mungkin aset 3.2 juta ahli ini... inilah aset yg UMNO akan gunakan untuk memujuk dan meyakinkan 7 juta pengundi baru itu...


UMNO mesti tampil dgn pendekatan yg meyakinkan, membawa suara2 lantang yg mewakili 7 juta pengundi ini, menyerlahkan solidariti serta kesatuan di dalam parti, membuka seluas-luasnya ruang dan peluang kpd mereka yg berminat untuk bersama, dan paling penting, UMNO mesti dilihat sebagai sebuah platform atau rumah yg boleh menjadi tempat utk mereka bergantung harap, tetapi bukan tempat untuk mencari kepentingan...

Jika ini menjadi fokus utama UMNO, tidak ada sebab utk 7 juta pengundi ini menolak UMNO... 

Pesan buat pimpinan UMNO...

JANGAN SAMPAI YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DAH DIKENDONG JATUH BERCICIRAN...

ORANG TAMAK SELALU RUGI...

IBARAT PPBM DENGAN BAYANG-BAYANG...

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama