Advertisement - Contact Us

Disebabkan KEBEBALAN PH Dan Penyokongnya, Rakyat Terlepas Hak Untuk Dapat BR1M RM5000.00 Sehingga 3 Kali.

KERAJAAN SEPATUTNYA BOLEH BAGI BR1M RM5000.00, BUKAN SEKALI, BUKAN 2 KALI, TAPI 3 KALI DALAM KEADAAN YG SUSAH BERDEPAN COVID19 MACAM SKANG... TAPI, APAKAN DAYA...


Dalam posting propaganda page "Sokong Perikatan Nasional" itu, mereka ibaratkan cadangan pengeluaran KWSP sebagai makan pain killer (panadol) je yang bagi kelegaan sementara. Lalu mereka tegur saya kenapa saya tidak fikirkan solusi jangka panjang.

Sebenarnya saya dah buat. Tapi korang (termasuk pemerintah hari ini) yang mansuhkan penyelesaian jangka masa panjang itu. Siap diberi tax holiday 3 bulan.

Lalu mereka jarah RM84 bilion dari rizab Petronas yang ditinggalkan BN untuk "cover" kehilangan hasil GST. 

Belum ambil kira lagi kehilangan hasil RM20 bilion sebab SST sudah ganti GST.



Dulu kita kurangkan defisit negara dan nisbah hutang negara untuk 8 tahun berturut-turut.

Tapi dinaikkan semula oleh kerajaan PH dengan kadar paling laju selepas SST ganti GST disamping ekonomi yang dijahanamkan mereka. 

Sekarang, kerajaan mengalami kekangan wang dan defisit kerajaan untuk membantu Rakyat pada zaman Covid sebab gelombang ketiga tercetus.

Korang ingat saya sangat cenderung untuk sokong permintaan Rakyat untuk keluarkan simpanan mereka dari KWSP jika masih ada pilihan lain ke?

Tidak. Saya sokong kerana saya nampak kerajaan dah tak berupaya untuk lebih membantu.
 

Seperti yang saya tulis hari itu, jika ada pilihan lain dan wang RM104 bilion (RM84 bilion + RM20 bilion) itu wujud lagi, BR1M mampu beri 4 juta orang B40 sebanyak RM5,000 seorang (RM20 bilion) dan RM3,000 bagi setiap keluarga M40 (RM12 bilion).

Jumlah cuma RM32 bilion. Masih ada baki RM72 bilion.

Boleh beri RM5,000 untuk kali kedua dan kali ketiga jika ada keperluan.

Baca betul-betul apa yang saya pernah jelaskan:


GST mampu bantu golongan sasar

"Pada ketika kemelesetan ekonomi, cukai pendapatan dan korporat mungkin akan menyusut secara mendadak selain penurunan harga minyak dunia turut memberi impak kepada pendapatan kerajaan dan boleh menyebabkan kesempitan bajet bagi negara ini yang pasti akan membawa kita kepada krisis atau kemelesetan.


Dalam krisis ekonomi, perniagaan akan kehilangan wang. Apabila rugi, mereka tidak lagi membayar cukai pendapatan dan ini turut bermakna ia akan menjejaskan kerajaan.

Pendapatan hasil GST adalah lebih mudah dijangka berbanding kutipan cukai pendapatan atau korporat dan pendapatan dari hasil minyak kerana berdasarkan kepada kepenggunaan. Biarpun ketika kemerosotan ekonomi, rakyat dan perniagaan masih lagi akan berbelanja, justeru pendapatan adalah lebih stabil."

Yang kamu bantu ekonomi gelap dengan saiz RM300 bilion setahun, orang kaya yang lebih berbelanja (dan sebab itu lebih dicukai GST) dan importer/exporter yang menipu untuk elak cukai dah kenapa?

Kita sudah buat elok-elok untuk negara. Kenapa pula korang (termasuk pemerintah hari ini yang juga dalam kerajaan PH) sangat bersemangat untuk rosakkannya masa itu?
 

Kan dah kena hari ini?

Semalam, saya terbaca berita bahawa kerajaan PN sedang kaji untuk mengembalikan GST.


Tapi pendapat saya ialah ini bukan masa untuk melaksanakannya semula sebab:


1. ramai perniagaan-perniagaan kecil yang nyawa-nyawa ikan sekarang akan lingkup jika mereka dipaksa berbelanja lagi untuk ubah semula ke sistem GST

2. harga barang yang akan naik semula akibat sistem cukai bertukar sekali lagi (seperti masa SST ganti GST masa PH) akan memberi impak parah kepada Rakyat pada ketika pendapatan mereka sudah terjejas.



Sumber : Najib Razak

 

1 Ulasan

  1. Tulah nak ubah sangat kerajaan BN kepada kerajaan PH gagalkrasi maka inilah kesan buruk yang dapat. Bukan hanya penyokong BN yang susah tetapi mereka yang menyokong dan mengundi PH dahulu juga terpalit. Itu akibat menyokong dengan emosi dan cetek pemikiran. Ambil kau......

    - Mohd Rodzi Zainal Sbifin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama