Advertisement - Contact Us

Betapa GAGALnya Menteri Pelajaran Dan Kerajaan PN Menangani Masalah Pembelajaran Dan Persekolahan Anak-Anak Sedangkan Krisis Covid19 Ini Sudah Hampir Setahun Menerjah Negara.

KERAJAAN PERLU TAMBAH PERUNTUKAN UNTUK 1.7 JUTA MURID TIADA AKSES KEPADA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN



1. Pergerakan Permuda UMNO Malaysia amat prihatin dengan laporan media mengenai dapatan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menunjukan 37% daripada lebih 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti bagi sesi pembelajaran dalam talian.

2. Angka ini bersamaan 1.7 juta pelajar yang tidak mempunyai sama ada telefon pintar, tablet atau komputer iaitu peranti yang menjadi pra-syarat untuk membolehkan mereka belajar dalam talian akibat penutupan sekolah sehingga Januari tahun hadapan.
 

3. Belanjawan 2021 ada menyentuh secara langsung bantuan kepada kelompok pelajar terbabit melalui inisiatif GLC/GLIC di bawah seliaan Yayasan Hasanah yang akan menyumbang RM150 juta kepada Dana Cerdik untuk memberi komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah perintis.

Lightweight Modern Wooden Square Small Coffee Side. [KLIK SINI]

4. Walaubagaimanapun, inisiatif Yayasan Hasanah itu hanya menampung tidak sampai 9% daripada 1.7 juta pelajar terbabit yang sebahagian besarnya adalah daripada kelompok B40 iaitu keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang RM4,800 sebulan.


5. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kerajaan dapat menilai semula keperluan ini dengan menambah peruntukan kepada KPM bagi memastikan 1.7 juta pelajar ini tidak dinafikan hak mendapat akses kepada pendidikan dalam suasana norma baharu pembelajaran dalam talian di kala pandemik Covid-19 ini. 

20000mAh Portable Mini PowerBank. [KLIK SINI]

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

23 November 2020

Rujukan : Sinar Harian

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama