Advertisement - Contact Us

Hanya Pemimpin Yang Ada 'Wisdom', Boleh Capai Tahap Mantik Pemikiran Seperti Mereka...

TAN SRI ANNUAR MUSA Vs DATUK SERI MOHAMAD HASAN


Antara cakap DS Mohamad Hassan yg merupakan Timbalan Presiden UMNO, dengan cakap TS Annuar Musa yg merupakan Setiausaha Agong BN merangkap Menteri Wilayah dalam kjaan PN sekarang, dalam bab hala tuju UMNO dan Muafakat Nasional, siapa yg lebih kuat dan lebih boleh dipercayai?

Memang benar, TS Annuar Musa memberi pandangan untuk tidak lagi mengadakan PRU dalam tempoh terdekat setelah mengambilkira beberapa masalah yg KERAJAAN sedang hadapi yg perlu diselesaikan terlebih dahulu...

Begitu juga apabila berbicara tentang kedudukan Perdana Menteri PN, TS Annuar jua dikatakan mengeluarkan kenyataan menyokong TS Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri...

   

Sebagai seorang yg berstatus menteri dalam kjaan PN, mmg tepatlah kedua-dua kenyataan yg TS Annuar Musa buat ini... seorang menteri yg bertanggungjawab tentu sepatutnya melihat masalah dan krisis yg dihadapi oleh kjaan selepas pasca Covid19 ini merupakan masalah besar yg mesti diberi keutamaan... dan selaku seorang yg berjawatan menteri di dalam kabinet TSMY, maka sewajarnyalah sokongan diberikan kpd TSMY sbg org yg telah melantik beliau sbg menteri...

Tetapi, utk tahu tentang hala tuju parti UMNO dan MN, TS Annuar Musa tidak lagi menjadi orang yg berautoriti utk membuat kenyataan bg pihak UMNO dan MN..  sebabnya, TS Annuar bukan lagi Setiausaha Agong UMNO, dan secara tak langsung, beliau juga bukan lagi Setiausaha Agong Bersama dalam Muafakat Nasional...

Berbanding dgn kedudukan DS Mohamad Hassan, beliau masih lagi org no 2 dlm UMNO, yakni Timbalan Presiden UMNO... dan dalam MN, DS mat Hassan masih lagi merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi MN... sebab itu, kalau nak faham halatuju UMNO dan MN, dengar dgn teliti kenyataan2 yg Tok Mat Hassan buat... itu yg valid...

 

Menurut Tok Mat Hassan, PRU mesti diadakan dlm masa terdekat, dgn segera untuk mendapatkan semula mandat rakyat yg lebih kukuh... inilah sebenar pendirian UMNO dan MN...

Kedua, UMNO dan MN masih dalam proses rundingan dan perbincangan dalam bab nak menentukan kedudukan PPBM... bermakna, kedudukan TSMY untuk terus kekal menjadi PM selepas PRU15 nanti pun sebenarnya belum terjamin lagi... Tok Mat kurang berminat nak menggunakan Perikatan Nasional kerana ia masih baru dan terwujud secara adhoc... bg Tok Mat, adalah lebih baik jika menggunakan BN, atau MN yg lebih estabalished dan sudah semakin diterima oleh rakyat

Jika PRU diadakan dalam masa terdekat, dalam masa yg sama nak kena marketing branding PN yg baru ini, tentulah ia satu yg bodoh... lebih baik marketing brand yg sudah mendapat tempat di hati rakyat mcm BN, atau MN...

#AriffSMB

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama