-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 10 April 2020

Dijangkiti Virus Covid19 BUKAN Satu Jenayah, Dan Sentiasa Ada Harapan Untuk Sembuh...



Ini Adalah Sikap Yang Amat Perlu Dipuji.

Saudari dari Melaka ini mengesyaki dia positif Covid dan telah menyerah diri untuk disaring oleh KKM.

Dia dilayan dan dijaga dengan cukup baik oleh KKM.

Sebab itu, jangan bimbang dan jangan malu untuk berhubung dengan KKM jika kamu percaya kamu pernah berhubung dengan pesakit yang telah disahkan positif ataupun kamu percaya kamu menujunkkan gejala Covid.

Kamu bukan penjenayah. Kamu langsung tak bersalah.

Kamu akan dilayan baik. 

Diberi saringan percuma oleh KKM jika memenuhi syarat.

Diberi rawatan rapi percuma yang sepatutnya, jika perlu.

Diberi tempat khusus untuk menginap dan makanan percuma selama 14 hari jika diperlukan untuk kuarantin diri. (WiFi percuma!)

Dan jika kamu menjalankan kuarantin diri dengan baik kamu telah menjalankan tanggungjawab kamu untuk melawan wabak Covid.

Kamu antara mereka yang akan menyelamatkan negara.

Berhubunglah dengan KKM melalui hotline mereka dengan segera jika risau kamu ada kemungkinan telah dijangkit Covid.

Duduk dan tunggu di rumah untuk KKM datang.

Berilah kerjasama penuh kepada mereka.

Mereka akan layan kamu dengan sebaik-baiknya.


Hotline Covid KKM:
03-8881 0200
03-8881 0600
03-8881 0700

Sumber  : Najib Razak
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Komen









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE