Advertisement - Contact Us

UMNO tidak akan jarakkan diri dengan Najib – Ahmad Zahid


[11 November 2019]

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu tidak akan bertindak menjarakkan diri dengan bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau, UMNO tetap dengan pendirian sebelum ini yang tidak akan menjarakkan diri dengan Najib biarpun Mahkamah Tinggi mengarahkan beliau untuk membela diri ekoran pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
“Tidak (takkan jarakkan diri) ada perasaan itupun sedikit, bila seseorang itu sama ada disiasat atau dibicara atau diminta membela diri, pendirian UMNO dan BN tetap sama (tidak jarakkan diri),” katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Najib hari ini diarah membela diri selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudkan kes prima facie bagi kesemua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berkata, keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu tidak akan memberikan kesan kepada kempen Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
“Saya rasa tidak ada kesan, sebab kes itu berbeza dengan isu yang berlaku di Tanjung Piai seperti kita tahu banyak isu melibatkan isu rakyat dan Tanjung Piai ini terlibat dengan perikanan dan pekebun kecil. Jadi istu mereka yang melibatkan sara hidup.
“Saya percaya kes ini tidak beri apa-apa kesan kepada PRK Tanjung Piai,” katanya dalam memberikan komen saya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Najib, hari ini.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama