Advertisement - Contact Us

[RAKAMAN KENYATAAN MEDIA] Berani Dan Bermaruah... Ini Pilihan DS Najib Untuk Membela Diri Dalam Kes SRC...


KENYATAAN MEDIA OLEH TAN SRI SHAFEE ABDULLAH, PEGUAMBELA DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK...

Hari ini kita telah ada satu keputusan berkenaan sama ada pasukan pembelaan perlu membela diri. Anda semua tahu ada 7 pertuduhan. 1 pertuduhan di bawah seksyen 23 iaitu salah guna kuasa, 3 pertuduhan di bawak seksyen 40 iaitu pecah amanah dan 3 pertuduhan AMLA lagi yang menyusuli 3 kesalahan predikat dalam seksyen 409. 

Hakim yang bijaksana telah memerintahkan supaya DSN membela diri atas ketujuh-tujuh pertuduhan ini. 


Secara jujurnya, kami menjangkakan keputusan pembebasan DSN. Secara jujurnya kami menjangkakan pertuduhan digugurkan pada peringkat ini. Kerana di dalam pembelaan kami, kami telah berikan hujah dan bukti yang telah menenggelamkam hujah pendakwaan. Ia telah menenggelamkan mereka dari segi fakta dan juga dari segi perundangan. 

Namun perbicaraan mahkamah tidak boleh diramal. Pandangan saya dan pandangan orang lain mungkin berbeza. 

Dengan itu, kita telah mendengar apa yang dikatakan oleh hakim. Semestinya kita mesti memberi penghormatan terbesar kepada pandangan hakim. Beliau telah mendengar hujah dan bukti-bukti. Beliau telah mengambil tafsiran berbeza dari segi fakta dan juga perundangan. 

Biar saya berikan anda contoh...
Kami telah sentiasa katakan bahawa untuk menjadi Pengarah dalam konteks kanun keseksaan seksyen 409, anda mestilah pengarah syarikat yang sebenar! Tidak wujud istilah ‘pengarah bayangang’ (yang digunapakai hakim). 

Kerana Pengarah Bayangan adalah satu konsep yang digunapakai dalam undang-undang sivil! Ia tidak pernah digunapakai dalam undang-undang jenayah. Dalam undang-undang jenayah, mesti ada KEPASTIAN. Anda tidak boleh berada dalam situasi tidak pasti jika undang-undang ini meliputi pengarah bayangan. Dalam hal jenayah, undang-undang perlu menyatakannya dengan sangat-sangat jelas. 

Tafsiran kami adalah perkataan pengarah itu tidak boleh ditafsirkan secara liberal untuk turut meliputi pengarah bayangan. Pengarah bayangan seperti yang anda tahu adalah bukan merupakan jawatan yang didaftarkan sebagai pengarah. Ini satu contoh. 

Dan semestinya ada contoh lain di mana hakim telah mengambil tafsiran yang berbeza secara dramatik dari apa yang kami katakan. 

Misalannya, tidak disebutkan langsung tentang apa yang kami dedahkan yang pihak pendakwaan pun tidak cabar atau nafikan seperti pemalsuan tandatangan. Terdapat 17 tandatangan yang telah dipalsukan di dalam transmisi arahan pembayaran dari SRC. Anda ingat bukan? Tidak disebut langsung tentang signifikan pemalsuan ini dalam penghakiman iaitu siapa yang mengawal SRC. 

Dan banyak perkara lain tidak dipertimbangkan. Namun saya tidak mahu mengulas terlalu banyak kerana belum tiba masanya. 

Tapi apa yang saya ingin katakan adalah, setelah mendengar keputusan hakim tadi, sungguhpun saya sedih yang arahan bela diri dikeluarkan, namun saya gembira kerana 2 sebab utama. 

Yang pertama, anda akan mendengar kisah sebenar dari DSN. Beliau akan ceritakan kisah versi beliau tentang apa yang telah berlaku di SRC setakat pengetahuannya. Dan beliau boleh menafikan perkara-perkara berkaitan pertuduhan kononnya beliau mengawal SRC. Kami katakan beliau tidak pernah mengawal SRC. Beliau adalah Menteri Kewangan. Perkara-perkara seperti itulah yang anda akan dengar. 

Yang keduanya saya amat gembira kerana apabila saya keputusan penghakiman, saya risau jika alasan yang diberi akan menjadi masalah yang lebih besar bagi saya. Tetapi alasan penghakiman hakim ini tadi yang saya dengar, saya rasa beliau telah membuat pilihan dengan matlamat tertentu.

Saya rasa kerja pembelaan kami pada penghujung perbicaraan nanti akan menjadi lebih mudah. Kerana perkara-perkara yang secara jelas mustahil dibuktikan dan tidak boleh dibuktikan telah dipertimbangkan oleh hakim dalam membuat keputusan. Itu saja yang saya boleh jelaskan. Saya tak boleh jelas lebih lanjut. 


Ada sebarang soalan? 

Soalan wartawan 1: TS, anda bercakap dengan DSN setelah keputusan tadi, bagaimanakah reaksi DSN? 

Jawapan: Beliau sangat terkejut. Beliau terkejut kerana diperintah bela diri bagi setiap pertuduhan. Beliau juga menjangkakan pembebasan dari ketujuh2 pertuduhan. Kerana anda pun telah mendengar hujah-hujah kami, saya tak mahu ulang semula. Beliau terkejut. 
Beliau konfiden kerana kami telah mematahkan hujah-hujah pendakwaan ketika sesi pendakwaan lagi. Semestinya DSN terkejut. 

Soalan wartawan 2: Selepas ini berapa lama agaknya perbicaraan ini akan berlangsung? 

Jawapan TS Shafee: Ia akan bermula 3 Disember....saya jangkakan ia akan mengambil seluruh bulan Disember dan Januari. Ini tempoh bagi bukti-bukti dikemukakan oleh pasukan pembelaan. 
Penggulungan hujah akan pada tarikh yang lain. Mungkin bulan Mac atau April untuk ia selesai. 

Soalan wartawan 3: Adakah DSN akan jadi saksi pertama? 

Jawapan TS Shafee: Itulah kehendak undang-undang. Tertuduh mestilah menjadi saksi pertama. Anda tahu kenapa? Kerana beliau berada di dalam mahkamah. Jika anda panggil orang lain sebagai saksi dahulu, seorang tertuduh boleh adjust-adjust kenyataannya. Undang-undang adalah logik. Kerana itulah seorang tertuduh mestilah memberi kesaksian dahulu, supaya dia tak boleh adjust-adjust. 

Soalan wartawan 4: Ada 3 pilihan diberi kepada DSN untuk memberi kesaksian dalam kes ini. Yang mana satu beliau pilih? 

Jawapan TS Shafee: Beliau akan beri kenyataan bersumpah. Ini bermakna anda boleh soal balas beliau sebanyak mana yang anda mahu. 2 pilihan lain adalah untuk berdiam diri atau membuat kenyataan tidak bersumpah yang bermakna anda tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya. Anda ingat kan DS Anwar beri kenyataan tidak bersumpah dari kandang saksi? Beliau tidak boleh disoal balas. DSN tidak mahu kedua-dua pilihan ini. Beliau mengambil pilihan kenyataan bersumpah supaya boleh disoal balas oleh pendakwaraya. 💪🏼

Soalan wartawan 5: TS bagaimanakah keputusan ini akan memberi kesan kepada kes 1MDB yang sedang dibicarakan? 

Jawapan TS Shafee: Secara teknikal ia tidak memberi kesan. Kerana ini adalah kes SRC, urusannya semua adalah urusan tempatan dan ia melibatkan wang sebuah institusi kerajaan, bukan wang 1MDB. Tapi kesamaannya adalah dalam aspek pengetahuan sama ada DSN tahu bahawa wang tersebut berasal dari mana. Itulah elemen penting dalam kes ini yang kami rasa tidak dinilai dengan baik dalam perbicaraan ini. Kerana tidak ada bukti bahawa DSN tahu bahawa wang tersebut berasal dari SRC. 

Soalan wartawan 6: Soalan kurang jelas (tapi berkenaan siapakah individu yang akan dikenakan pertuduhan menghina mahkamah) 

Jawapan TS Shafee: Saya telah katakan kita tak boleh sebut nama mereka. Saya mahu mereka terkejut. Tapi percayalah ia nama-nama besar. Seorang ahli politik dan 2 wartawan akhbar termasuk seorang dari media tempatan. 3 orang jumlahnya. 

Soalan wartawan 7: Audio soalan kurang jelas. 

Jawapan TS Shafee: Sejak sekian lama, kita telah melihat banyak perbicaraan teliti mahkamah persekutuan. Sangat teliti. 
Saya ada banyak pengalaman yang mana sesetengah kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah tinggi, mahkamah rayuan. 1 hakim di mahkamah tinggi dan 3 hakim mahkamah rayuan sabitkan bersalah. Begitu banyak kes seumpama ini yang kemudiannya dibawa ke Mahkamah Persekutuan dan para hakim terkejut dengan sabitan kesalahan. 

Saya sentiasa ternanti-nantikan perbicaraan yang adil yang akan diberikan secara muktamad di mahkamah persekutuan. Sekiranya tidak ada perubahan dalam kes ini, kes ini akan sampai ke Mahkamah Persekutuan. 

Di situlah saya harapkan dan dapati banyak isu yang diuruskan dengan baik. Jadi kes ini bermula di mahkamah tinggi dan akan berakhir di mahkamah persekutuan. Hampir pasti kes ini akan naik sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Pada ketika ini, kita hanya melihat pandangan awal seorang saja hakim. Pasti kami mahu dengar pula pandangan sebuah mahkamah dengan koruk 7 hakim mahkamah persekutuan. 

Soalan wartawan 8: Jadi ini akan menjadi sebuah perjuangan yang panjang? 

Jawapan TS Shafee: Semestinya. Ia akan melangkaui Pilihanraya yang seterusnya! Semestinya lebih lama dari itu. 
Kerana nak siapkan record perbicaraan mahkamah, ia lebih tinggi dari kamu. Jika kita susun rekodnya, ia lebih tinggi dari kamu jika kamu berdiri. Mungkin 2 kali ketinggian anda. 

Jadi mahkamah perlu siapkan itu dan hakim perlu menyiapkan keputusan penghakiman. Dan kami akan ke Mahkamah Rayuan dahulu. Berapa hari pula kita akan berentap di Mahkamah Rayuan? 

3 orang Hakim Mahkamah Rayuan tak pernah dengar kes ini dan mereka perlu diberitahu dari A hingga Z. Itu akan masa 3-4 minggu perbicaraan. Kemudian rekod perlu dipersiapkan semula. Kali ini mungkin 3 kali ganda ketinggian anda. Kemudian ke Mahkamah Persekutuan. Jadi ia akan memakan tempoh bertahun-tahun. 

Soalan wartawan 9: TS...berkenaan laporan baru-baru ini bahawa Jho Lo telah membuat perjanjian penyelesaian dengan DOJ melalui pembayaran USD 1 billion, bagaimanakah ini akan memberi kesan kepada strategi pembelaan bagi kes SRC dan 1MDB ini? 

Jawapan TS Shafee: Soalan itu tidak bahaya untuk ditanya. Jho Lo settle dengan DOJ memberi indikasi bahawa Jho Lo risau akan sesuatu. Jadi selain Jho Lo menjadi seperti Houdini dengan menghilangkan diri, tidak berani balik ke Malaysia...bukan hanya dia, tetapi juga kesemua rakan-rakan subahatnya  seperti Nik Faisal, Jasmine Loo, Eric Tan, Casey Tang...kesemua mereka ini menghilangkan diri. 

Dan kesemua mereka ini adalah orang-orang yang telah direkrut oleh Jho Lo. Anak guam saya kekal di Malaysia. Saya tidak risau tentang itu (penyelesaian dengan DOJ) malah saya rasa ia akan membantu kami. Kerana apabila dia buat perjanjian penyelesaian itu, bermakna dia lah yang telah mengambil wang tersebut. Minimum dia ambil USD 1 billion (yang dia bayar kepada DOJ), tapi anda dan saya tahu yang dia telah ambil USD 5-6 billion. 

Soalan wartawan 10: Kurang jelas. Soalan dia dalam slang pelik. Something about berapa konfiden team pembelaan. 

Jawapan TS Shafee: Ya. Kami ada banyak bukti yang boleh diberikan. DSN akan beri kenyataan berkenaan apa yang sebenarnya berlaku di dalam Kementerian Kewangan, di dalam Pejabat Perdana Menteri, apakah yang telah diaturkan antara DSN dan Arwah Datuk Azlin. 

Juga tentang Nik Faisal. Siapa yang rekomen Nik Faisal kepada DSN? Ini amat penting. Nik Faisal bukan sahabat DS Najib. Nik Faisal telah direkomen kepada DSN melalui Datuk Azlin oleh Jho Lo! 

Jadi anda akan dapati bahawa kesemua orang di sekeliling DSN dalam kes SRC dan 1MDB adalah orang-orang yang telah diaturkan oleh Jho Lo. Jadi segala apa yang dikatakan oleh Jho Lo akan dipatuhi. Jika anda bercakap tentang pengarah bayangan, inilah (Jho Lo) bayang-bayang sebenar!

Soalan wartawan 11: DSN akan cakap tentang hubungannya dengan Jho Lo sekali? 

Jawapan TS Shafee: Of course! Beliau tidak akan lari dari kenyataan bahawa beliau pernah mengenali Jho Lo. Apa yang akan beliau buktikan adalah, beliau tidak pernah tahu bahawa Jho Lo mempunyai niat dan motif jenayah. 

Untuk sabitkan DSN, anda mestilah berpuas hati bahawa DSN mempunyai pemikiran jenayah yang sama seperti Jho Lo. Anda kena fikirkan, beliau adalah Perdana Menteri (pada waktu itu). Lebih kurang USD 7 billion telah hilang. Tetapi hanya RM 42 juta saja masuk ke akaun Najib? Sangat cikai jumlahnya (berbanding USD 7 billion) untuk seorang Perdana Menteri bukan? 

Dan berkenaan kes 1MDB, semua wang yang dihantar kepada DSN yang beliau konfiden adalah wang derma, apakah yang beliau belanjakan dengannya? Apakah beliau menggunakannya untuk membeli barangan-barangan mewah untuk kegunaan peribadi? 

Tidak! Beliau gunakannya untuk urusan kebajikan rakyat. 98% dari wang yang dibelanjakan itu beliau gunakan untuk urusan kebajikan, bantuan sosial dan urusan politik. Jadi anda kena tanya diri anda, apakah ini mentaliti seorang individu yang mencuri? Anda tuduh Najib Robin Hood ke? 

Ini adalah kes seorang individu yang telah mempercayai orang-orang sekelilingnya dan orang-orang ini telah mengkhianati beliau. Terdapat garis pemisah yang membezakan antara orang yang naif, terlalu percaya atau cuai berbanding dengan orang yang mempunyai niat melakukan jenayah. Perbezaannya adalah bagai langit dan bumi. 

Soalan wartawan 12: Apakah beban pembuktian? Boleh anda ulas? 

Jawapan TS Shafee: Beban pembuktian adalah sentiasa melangkaui keraguan munasabah bagi pendakwaan. Bagi kami pula (pembelaan) hanya perlu membangkitkan walau sedikit keraguan yang munasabah. 

Jadi saya telah berikan anda gambaran keseluruhan. Ia sepatutnya membuatkan minda anda terfikir, jenis ‘penjenayah’ apakah ini (sekiranya DSN adalah penjenayah), yang mengambil wang, tidak menggunakan untuk dirinya seperti membeli kapal layar atau banglo-banglo...dia tidak melakukan semua ini. Kemudian dia bawa pulang pula wang tersebut kembali ke Bank bertempat di Ambank Jalan Raja Chulan. 


Wang tersebut telahpun keluar ke  luar negara kerana Jho Lo. Wang dari Arab Saudi (luar negara) beliau bawa ke Kuala Lumpur. Kenapa perlu seseorang seperti DSN, sekiranya beliau mahu mencuri wang, mengapa beliau perlu bawa pulang wang ke dalam negara? Anda fikirkan. 

Soalan wartawan 13: Berapa ramaikah saksi yang anda akan tampilkan? 

Jawapan TS Shafee: Terdapat beberapa saksi-saksi profesional, pakar, DSN sendiri dan beberapa orang lain. Kami tak mahu sebut nama. Kami sedang kaji senarai saksi yang diberi oleh pendakwaan buat kami. 

Negara ini agak pelik. Mereka beri senarai saksi, tetapi mereka tak mahu beri kenyataan yang telah dirakam dari saksi-saksi itu oleh mereka kepada kami. Kenapa mereka sorokkan? Apa yang nak takut? Sekiranya saksi telah memberi kenyataan dan anda tiada apa yang perlu disembunyikan, mengapa tak mahu beri kenyataan itu kepada kami? Ini adalah aneh. Anda menyembunyikan apa yang telah dikatakan oleh saksi. 

Soalan wartawan 14: TS...apakah perkembangan ini akan menjejaskan kes 1MDB juga? 

Jawapan TS Shafee: Tidak. Ia tidak jejaskan. Buat masa ini prestasi kami dalam  kes 1MDB adalah sangat cemerlang. Ini dari perspektif kami. Anda sendiri (media) telah  mengikuti kes ini dan mendengar keterangan-keterangan saksi dan anda perlu berhenti seketika dan bertanya apakah lawak perdana yang sedang berlangsung dan apakah boleh dipercayai apa yang dikatakan oleh saksi-saksi ini (tanpa menamakan mereka) dan seterusnya. 

Sekian. 

Diterjemahkan oleh Nabeel Naqie

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama