Advertisement - Contact Us

Pemuda UMNO Perlukan Jeneral Perang... Bukan Pengerusi Parti Tupperware Atau Presiden Kelab Maskulin... #SahabatSMB

KETUA PEMUDA DI PIHAK PEMBANGKANG PERLU AGRESIF, BERANI... SEBAIKNYA BUKAN DARI KALANGAN ANGGOTA PARLIMEN...


TOKOH: Datuk Lokman Noor bin Adam

LATAR BELAKANG
Datuk Lokman Noor bin Adam, dilahirkan pada 1 hb Januari, 1973 di Batu Pahat, Johor. Anak Sulung daripada 7 orang adik beradik. Lokman mula melibatkan diri dalam arena politik seawal usia lima belas tahun atas dorongan ayahnya Hj Adam Hj Ali yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kluang ketika itu. Apabila beliau genap 18 tahun dan layak menyertai UMNO secara rasmi, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Kluang.

Dari segi pencapaian akademik, beliau merupakan bekas penuntut UiTM Perak dalam jurusan Sains Kesetiausahaan sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam di Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam serta, merupakan pemegang Sarjana Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak, 

Untuk mengenalinya dengan lebih dekat berikut adalah laman Facebook beliau 
https://www.facebook.com/LokmanNoorAdam/

SKANDAL
Selepas Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, beliau adalah salah seorang daripada 10 orang yang turut dipecat ketika itu, Pada tahun 1999 beliau terlibat dalam mengasaskan Parti Keadilan Nasional. Bermula sebagai Ketua Pemuda Keadilan Johor, beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Pemuda Keadilan Malaysia. Pada tahun 2002 beliau memenangi pemilihan pertama Parti Keadilan Nasional sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Sepanjang tempoh bersama KEADILAN beliau telah menempuh pelbagai bentuk halangan dan ujian. Lokman pernah dilokap sebanyak 8 kali dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak 2 kali. Walaupun telah dipenjara hampir 1000 hari, namun daya juang beliau masih utuh dan kelantangan beliau menegakkan kebenaran tidak pernah luntur, tanpa mengira kawan atau lawan. Pada bulan Febuari 2004 beliau sekali lagi dipecat, kini daripada Keadilan pula kerana beliau menegur penyelewengan dana yang dilakukan oleh kepimpinan Keadilan.

Sejak pemecatan tersebut, beliau telah membantu Barisan Nasional untuk mendedahkan sikap sebenar PKR terutama hubungan mereka dengan Yahudi. Pada tahun 2008 Lokman Noor Adam telah mengambil keputusan untuk terjun kembali dalam arena politik apabila melihat 5 buah negeri tumbang di tangan pembangkang. Atas rasa tanggungjawab dan merasakan bahawa kebangkitan Anwar harus ditentang, beliau telah kembali dalam mainstream UMNO dan memenangi kerusi Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam dan kerusi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2009.

Terbaru, Datuk Lokman menubuhkan gerakkan 'Pemantau Malaysia Baru' yang bertujuan menjadi pengimbang dan gerakkan yang membawa suara rakyat bagi menegur kerajaan baru Pakatan Harapan. Datuk Lokman di lihat aggressif menegur pemimpim-pemimpin PH terutama sewaktu UMNO seperti hilang suara pemuda mereka.

APA KATA RAKYAT
Kami mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama memberikan input dan komen mengenai Datuk Lokman Noor bin Adam sebagai bakal calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Sumber  : Malaysia Reform

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama