Advertisement - Contact Us

Hutang Cecah RM1 Trillon??? Mungkin Ini Yang Tun M Maksudkan Sebagai 'Manipulasi Angka Ekonomi'... #SahabatSMB

2 kali Tun M diangkat sebagai PM, kedua-duanya dalam keadaan negara mempunyai jumlah aset dan kekayaan di paras paling maksimum... awal 80 an, kali pertama Tun M jadi PM, Malaysia ketika itu sedang menjana sumber kekayaan hasil penemuan beberapa telaga minyak baru... Petronas yg ditubuhkan oleh Ku Li pada 1974 menyumbang hampir 40% drpd jumlah keseluruhan pendapatan negara... Tun M ibarat hanya mencuci kaki ketika mengambil alih negara ketika itu... hanya perlu fikir bagaimana mahu membelanjakan hasil kekayaan tersebut... maka wujudlah projek2 spt Maminco, BMF, Proton, Perwaja dan sebagainya...

Kali ini, keadaannya hampir sama... walaupun hasil dari minyak semakin tidak menentu, namun disebabkan kebijaksanaan pemimpin sebelumnya, iaitu DS Najib menguruskan ekonomi negara dgn baik, maka sekali lagi, Tun M ibarat cuci kaki mengambil alih kjaan... DS Najib telah berjaya mempelbagaikan sektor ekonomi negara sehinggakan negara tidak perlu lagi terlalu bergantung kpd sumber minyak... hasilnya, kekayaan negara yg Tun m warisi hari ini bernilai hampir RM1.5 trillion sedangkan hutang negara baru sekitar RM650 billion...

Manakala pendapatan yg dijangka bakal kjaan perolehi utk tahun 2018 dianggarkan bakal mencecah RM250 billion, mengatasi jumlah pendapatan yg dianggar ketika membentangkan bajet 2018 tempohari iaitu hanya sekitar RM239.9 billion... ini bermakna, kjaan hanya perlukan kira2 RM30 billion lagii untuk menampung keseluruhan kos anggaran perbelanjaan kjaan berdasarkan Bajet 2018, iaitu sekitar RM283 billion...


Melihat kpd trend peningkatan harga minyak dunia yg semakin positif, ia ibarat bonus buat negara... sejak awal 2018 hingga Mei 2018, harga minyak mentah dunia telah meningkat mencecah USD70 se tong, mengatasi anggaran kjaan BN dulu ketika menyediakan Bajet 2018, iaitu berdasarkan kenaikan harga minyak pada kadar USD60 se tong... bonus inilah yg DS Najib gunakan untuk mengawal kenaikan harga petrol agar ia kekal pada kadar RM2.20 se liter untuk tempoh yang agak panjang... malah DS Najib juga sudah membayangkan untuk naikkan jumlah pemberian BR1M hampir sekali ganda sekiranya berjaya memenangi PRU14... malangnya, niat suci beliau telah ditolak oleh rakyat... maka, Tun m yang berjaya memperdaya rakyat Malaysia akhirnya dapat memanfaatkan laba hasil peninggalan kjaan pimpinan DS Najib untuk digunakan bagi meng'zero rated'kan gst...

Adakah DS Najib tidak pernah terfikir mahu melakukan langkah yg sama spt Tun M berhubung isu GST ini? Tentulah DS Najib sendiri pernah memikirkan dan mempertimbangkan langkah ini, namun ia mengundang lebih banyak impaks negatif berbanding positifnya... ini kerana pelaksanaan GST bukan hanya berkisar untuk mendapatkan lebihan pendapatan kjaan semata-mata, lebih daripada itu, ia sebenarnya sebagai satu bentuk langkah kawalan kjaan ke atas para peniaga agar masalah ketirisan yg selama ini membelenggu kjaan hingga memberi kesan kepada ekonomi negara dapat ditangani... dan disebabkan faktor ini jugalah kenapa kjaan pimpinan Tun M gagal memenuhi janji manifesto mereka yg pada asalnya mahu memansuhkan terus GST dalam tempoh 1 hari selepas menang PRU14... Tun M hanya mampu meng'zero rated'kan sahaja kadar GST ini, manakala angan2 untuk kembali ke era SST bakal berkubur dgn 1001 alasan dari Tun M...

Bagi DS Najib, beliau tidak melihat kadar 6% itu satu bebanan yg melampau... apatah lagi kjaan BN dulu sudahpun meng'zero ratedkan' hampir 4000 item, khususnya barang2 yg sering dipeelukan oleh rakyat terutama yg berpendapatan rendah... baki barangan yg dikenakan GST lebih kpd barang2 yg bukan dalam katgori keperluan utama, atau barangan yg telah di rebranding drpd produk asal yg sudah 0% GST... akhirnya DS Najib telah memilih untuk naikkan jumlah BR1M, termasuk memperkenalkan kategori baru iaitu antara lingkungan pendapatan bulanan RM4000 - RM5000, sebagai cara untuk beliau mengagihkan lebihan pendapatan hasil minyak dengan rakyat, tanpa perlu membuat sebarang perubahan kpd pelaksanaan GST... malangnya, rakyat telah menolak rancangan beliau hingga menyebabkan beliau dan parti UMNO BN keseluruhannya tersungkur dalam PRU14 yang lalu...

Apa pun.... TERIMA KASIH KPD DS MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK... walaupun sekarang beliau sedang berdepan dengan ujian yg sangat hebat, yg pasti, beliau telah menjalankan tanggungjawab dgn begitu baik selama beliau diberi amanah mentadbir negara sebagai PM sebelum ini... dan beliau telah tinggalkan negara dalam keadaan yg terbaik, di landasan yg tepat serta kedudukan ekonomi yg paling kukuh...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama