Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! DS Najib Perjelas Fitnah Media Asing Kononnya 'Malaysia Negara Kuat RASUAH'... #SahabatSMB

Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai ‘Negara Paling Banyak Mengamalkan Rasuah’

  • Saya sedar tentang komen itu. Bagaimanapun, tajuk itu diambil daripada kaji selidik berdasarkan persepsi. Kebanyakan kita lebih bergantung kepada ukuran empirikal yang digunakan kumpulan bebas yang boleh dipercayai. Satu daripada contohnya ialah Indeks Transparency International. Mengikut indeks itu, Malaysia kini menduduki tempat ke-55 daripada 175 negara, meningkat tiga takat daripada tahun sebelumnya. [1] Sekiranya negara kita adalah yang paling kuat banyak mengamalkan rasuah, mengapa kedudukan kita begitu jauh daripada nombor 175?

  • Saya sukar memahami mengapa seseoerang yang sebelum ini selalu mengkritik media antarabangsa sebagai bersikap berat sebelah, tiba-tiba kini mempercayai dan menerima hujah mereka sebagai sesuatu yang benar.
  • Ingatkan pemimpin veteran ini pernah menyifatkan media barat sebagai ‘berat sebelah’ apabila ia menerangkan tentang pentadbiran mereka. Jadi, apabila media barat mengkritik pentadbiran itu, mereka dianggap berat sebelah, tetapi apabila mereka mengkritik pentadbiran saya, mereka tidak pula bersifat begitu? Nampaknya di sini, ada berat sebelah.

  • Baru-baru ini, Transparency International mengulangi bahawa amalan rasuah di Malaysia adalah terkawal dan peningkatan pelaburan asing di negara ini menjadi buktinya. Indeks Kebebasan Ekonomi 2017 meletakkan Malaysia di tempat ke-27 sebagai ekonomi paling bebas daripada kalangan 178 negara, dengan mendapat 73.8 markah. [2] Ini merupakan peningkatan 4 anak tangga daripada tempat ke-31, atau peningkatan 2.3 mata sejak tahun lepas, dengan adanya penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan berniaga dan kebebasan perdagangan mengatasi penurunan dari segi kebebasan tenaga kerja serta pengurusan perbelanjaan kerajaan.
  • Bloomberg meletakkan kita di tempat kelima sebagai pasaran sedang muncul yang mempunyai masa depan paling cerah pada 2015 dan merupakan satu-satunya negara anggota ASEAN yang menduduki senarai 10 teratasnya.
  • Bank Dunia menaikkan kedudukan kita kepada nombor 24 pada 2017 dalam indeks ‘Ease of Doing Business’ mereka. [3]

  • Bagaimana kita boleh memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia yang cukup berdaya saing itu sekiranya kita dikatakan begitu banyak mengamalkan rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu?
  • Isu yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara memang perlu ditangani dan diselesaikan. Tetapi, apa yang penting di sini ialah kita mencatat kemajuan. Pada 2013, terdapat 418 perkara yang diketengahkan, tetapi pada 2014, jumlahnya menurun kepada 319. Kita berharap dapat terus mengurangkannya lagi pada tahun-tahun akan datang.

Rujukan...




Sumber  : NajibRazakdotcom

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama