-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 24 Februari 2017

[DEDAH] PANAS!!! Selamat Tinggal Kepada Vendor-Vendor Proton Yang 'Kaki Monopoli' Dan 'Kaki Mark-up Melampau'... Ini Yang Merisaukan Tun M... #SahabatSMB

TRANSFORMASI YANG AKAN BERLAKU DI DALAM PROTON SELEPAS INI MUNGKIN AKAN MENJEJASKAN SYARIKAT2 VENDOR MILIK KRONI... APATAH LAGI JIKA SYARIKAT2 INI MEMANG DARI JENIS KAKI MONOPOLI DENGAN HARGA YANG BERKALI GANDA LEBIH TINGGI!!!


Projek Kroni Tun Mahathir: Vendor PROTON Yasmin Group Kepunyaan Anak Saudara Tun Mahathir!  Punca Utama Mahathir pertahankan Proton

■ Syarikat Konglomerat Yasmin Group ditubuhkan pada 4hb April 1980. Pengasas Yasmin Group Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar memulakan penubuhan syarikat di Alor Star Kedah sebagai Yasmin Enterprise dengan isterinya sebagai rakan kongsi.

■ Pada tahun 1983 apabila projek KERETA NASIONAL dimulakan, Dato’ Paduka Rahmat melihat peluang dan potensinya pada bidang vendor anti-karat (rust-proofing). Lalu beliau menubuhkan syarikat Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dipilih sebagai syarikat pembekal tunggal kepada PROTON di dalam 'anti-rust dan rust-proofing'.


■ Jurumuda Sdn Bhd adalah syarikat di bawah payung Kumpulan Yasmin merupakan syarikat yang pertama dipilih sebagai rakan kongsi PROTON HOLDINGS sejak tahun 1985. Pengasas dan pemilik Yasmin Group adalah Rahmat Abu Bakar merupakan menantu Puan Rafiah Mohamad, kakak sulung Tun Dr. Mahathir.

■ Selain daripada Rahmat Abu Bakar, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda iaitu Kisas bin Rahmat.

■ Kias bin Rahmat adalah orang ke-2 di dalam PROTON ketika PROTON di bawah HICOM dan ketika PROTON baru nak bermula. Beliau merupakan pengurus kilang dan dianggap sebagai salah seorang eksekutif pengasas PROTON.

(IKLAN) 

  agoda.com INT

■ Kias kemudian diangkat menjadi orang nombor 2 dalam PROTON sebagai Pengarah Eksekutif tetapi meletakkan jawatan pada tahun 2006 ketika Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ke-5. Beliau kemudiannya menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga sebagai Timbalan Pengerusi.

■ Masihkah hendak dinafikan yang Yasmin Group telah mendapat manfaat besar dari bapa saudaranya, Tun Mahathir?. Keuntungan syarikat ini jauh lebih besar daripada PROTON yang boleh dikatakan hampir setiap tahun mencatatkan kerugian berjumlah ratusan juta ringgit?. Sedangkan syarikat pembekal tunggal anti-karat pula mencatat keuntungan ratusan juta ringgit?. Hairankan!!?

■ Salah satu syarikat konsesi TOL iaitu SKVE Holdings Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan operasi Lebuhraya South Klang Valley. Syarikat TOL berkenaan dimiliki oleh TS Rahmat Abu Bakar sebagai Pengerusi Eksekutif. 2 anak TS Rahmat juga dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat berkenaan.
1. Tan Sri Rahmat Abu Bakar - Executive Chairman
2. Mohamad Nahiz Tan Sri Rahmat - Director
3. Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat - Director


■ Siapa pula TS Rahmat dengan Tun Mahathir? Orang Kedah panggil anak menakan, orang Kuala Lumpur panggil anak saudara. Untuk ingatan semua, TS Rahmat merupakan 'founder' kepada Yasmin Group yang sentiasa saja kembangkan sayap perniagaan sewaktu Tun masih memegang jawatan nombor satu negara!.

■ Pada tahun 2007 sebagai pemain utama di PROTON, syarikat Jurumuda telah melancarkan fasiliti anti-karat BOT (build-operate-transfer) di kilang Proton Automobil. Ianya sebagai asas jaminan monopoli kerja untuk PROTON selama mana PROTON wujud.

■ 17hb September 2008, Bernama melaporkan Petronas Dagangan Bhd (PDB) membayar RM16.24 juta untuk 80% pegangan dalam Lub Dagangan Sdn Bhd. Ianya syarikat usaha sama yang membabitkan
1. Petronas Dagangan Berhad (PDB)
2. Natpet (M) Sdn Bhd
3. YASMIN JURUMUDA SDN BHD

■ Mereka menjalankan peniagaan pemasaran dan pengedaran produk minyak pelincir PDB di Malaysia. Beneficial Yasmin Group sentiasa melimpah selagi Tun Mahathir wujud di mana2 posisi.


■ Pada tahun 2010 melalui catatan laporan korporat, keuntungan syarikat konglomerat Yasmin Group adalah sebanyak RM228 juta (USD 71 juta)!.

■ Berapa lama Tun Mahathir mahu berlakon dengan sembunyikan perkara ini dari rakyat marhein?.

■ Persoalan: Berapakah nilai keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat YASMIN GROUP sepanjang syarikat tersebut dianugerahkan kontrak sebagai pembekal tunggal PROTON sehingga kini?. Bagaimana pula dengan syarikat2 vendor lain yang keuntungan mereka bukan sahaja terjamin tetapi juga dinaikkan menerusi perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal?

(IKLAN)



■ Siapakah mencetuskan idea membawa masuk Mitsubishi Lancer F-model yang kemudian ditukar jenama sebagai PROTON SAGA?. Dan pada masa yang sama model ini dilarang keras penjualannya di Malaysia bagi melindungi PROTON Saga pada tahun 1985?. Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh kroni2 Tun Mahathir?

■ PROTON telah banyak menerima bantuan kerajaan, selain itu mereka juga sentiasa memantau kerajaan supaya terus mengamalkan dasar perlindungan jenama PROTON terus hidup selama 30 tahun lagi dan lagi!.


■ Banyak persoalan2 yang belum lagi terjawab di sebalik industri automotif nasional yang dipelopori oleh PROTON SAGA!. Adakah cadangan kenaikan harga kereta PROTON berpunca dari kepentingan kroni2 menerusi syarikat2 vendor yang perlu dijaga tanpa melibatkan kerugian atau keuntungan mereka dipotong?.

■ Mengapa sikap dan amalan dasar2 melindungi kepentingan kroni menjadi faktor penyebab harga kereta PROTON terpaksa dinaikkan!? Sedangkan pada masa yang sama, syarikat2 kroni seperti Yasmin Jurumuda terus mengaut keuntungan dengan jaminan perniagaan yang dilindungi kerajaan Malaysia?.

■ Persoalan: Siapakah yang berada di dalam syarikat2 vendor Bumiputera yang dikatakan telah banyak dibantu oleh PROTON selama ini?. Adakah syarikat2 tersebut bebas kroni? ATAU adakah syarikat2 tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain?.


■ Apakah isi kandungan perjanjian untuk vendor2 berkenaan terutama sekali yang membabitkan Yasmin Jurumuda?.


Sumber. : Rozmi Mokhtar

Ahad, 5 Februari 2017

[ANALISIS ISU] PANAS!!! Tak Perlu Salahkan Kerajaan Di Atas KEGAGALAN Proton... Tun M Tolak Pembabitan Kerajaan, Tapi Geran Pinjaman Tun M Tak Tolak... #SahabatSMB

TERLALU BANYAK 'GAME' YANG BERLAKU DI DALAM PROTON...


Kjaan bagi pinjaman RM1.5 bil dalam bentuk geran kpd Proton beserta dgn syarat... pertama dan yg paling penting, pinjaman akan tetap kekal sebagai pinjaman yg perlu dibayar... ia tak mungkin akan bertukar kpd sedekah amal jariah... tambahan pula wang tersebut adalah wang negara, yg mana selama ini diakui sbg wang rakyat...

Kedua... untuk membayar balik pinjaman tersebut, kjaan mencadangkan beberapa langkah yg mungkin boleh membantu Proton kekal survive dalam pasaran automotif yg terbuka hari ini... antaranya, Proton melalui pemegang saham utamanya, DRB-Hicom perlu mencari jalan bagaimana untuk meluaskan pasaran produk Proton ke peringkat global, atau paling tidak peringkat ASEAN sebagai permulaan...


Kebergantungan Proton terhadap pasaran domestik sudah tidak relevan... cukuplah selama 30 tahun Proton memonopoli pasaran automotif dlm negara, melalui dasar yg jelas berat sebelah, yg telah mengikat sebelah kaki produk automotif luar, sedangkan Proton bebas berlari dgn kedua-dua belah kaki...

30 tahun sepatut sudah cukup untuk membawa Proton berlangkah-langkah jauh ke hadapan, atau paling tidak Proton sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri walau sebesar mana pun badai yg melanda... malangnya, ini semua tidak berlaku, malah hingga ke hari ini, Proton masih mengharapkan geran kerajaan, atau Proton akan menyebabkan lebih ramai vendor kalangan bumiputra akan gulung tikar...

Dalam perniagaan, berhutang sebagai suntikan utk lebih maju atau utk menerokai sesuatu yg baru, memang digalakkan... tapi, jika berhutang untuk menjelaskan hutang tertunggak, atau untuk menampung kos operasi, ini boleh dianggap satu KEGAGALAN...

(IKLAN) 

  agoda.com INT

Untuk Proton menerokai pasaran luar, yg tentunya lebih mencabar, Proton perlu terlebih dulu melakukan transformasi dalaman... dan inilah maksud yg kjaan mahukan dari Proton... sudah terbuktu bahawa Proton boleh terjun ke lubang kegagalan jika masih memilih untuk kekalkan kaedah pengurusan sedia ada...

Ketiga... sebagai tanda kesungguhan kjaan mahu melihat perubahan berlaku di dalam Proton, satu lagi syarat yg kjaan cadangkan jika Proton masih gagal mencari solusi terbaik bagaimana untuk meningkatkan pasaran produk Proton adalah dengan menukarkan pegangan saham milik kerajaan menjadi satu bentuk jaminan kpd pinjaman yg telah diberikan...

Ini boleh dianggap satu komitmen positif dari kjaan demi untuk melihat Proton lebih maju dan berdaya saing... dalam erti kata lain, kjaan menyerahkn tanggungjawab ke atas syer saham milik kerajaan di dalam Proton untuk ditentukan oleh DRB-Hicom...

Sebab itu, apabila Proton memilih untuk berkolaborasi dgn sebuah syarikat besar dari China, ia bukanlah satu keputusan yg datang dari kjaan... tapi ia merupakan satu pilihan yg terpaksa diambil oleh Proton dan DRB-Hicom, jika tidak mahu dan tidak sanggup melihat produk kebanggaan negara akhirnya terpaksa gulung tikar...


Dengan kerjasama ini, Proton boleh mengambil peluang menggunakan kepakaran dan pengalaman yg dimiliki oleh syarikat dari China ini untuk membawa produk Proton ini melangkahi sempadan domestik dan menembusi pasaran global dgn lebih bergaya... tidak boleh tidak, jika Proton masih berdegil, konon dgn alasan patriotisme, tidak mahu berkolaborasi dgn syarikat luar, maka tidak mustahil, menjelang tahun 2020, kita akan kehilangan satu produk automotif yg sebelum ini pernah menjadi kebanggaan negara Malaysia...

Tidak timbul isu menjual negara, atau menggadai kepentingan aset negara, sepertimana dakwaan segelintir pihak yg tidak senang dgn langkah2 transformasi kerajaan... sepertimana EDRA atau ECRL, kita tidak menjual negara kepada mana2 pihak... kita hanya menjalin usahasama melalui penjualan pegangan saham syarikat... samada majoriti atau minoriti, kedua-dua pihak bakal mendapat keuntungan jika usahasama yg dirancang, dapat dilaksana dengan baik... dan paling penting, kedua-dua pihak terikat dengan perjanjian yg telah termeterai dan dipersetujui bersama... maka mustahil perkara di luar terma perjanjian boleh berlaku, termasuklah dalam aspek 'menjual negara'...

(IKLAN)



Yang penting sekarang, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu optimis dan sentiasa berlapang dada dalam kita menilai sesuatu perkara... janganlah kita sempitkan fikiran dengan hanya mempercayai dakyah2 negatif... sebagai sebuah kerajaan yg prihatin, yg telah berulang kali membuktikan pelbagai kejayaan demi kejayaan selama tempoh pemerintahan ini, dan sentiasa bercita-cita untuk kekal menjadi kerajaan melalui pelbagai dasar dan perancangan jangka pendek dan panjang, tidak mungkin kerajaan yg sama akan mengambil tindakan yg boleh memberi kesan kepada negara, dalam masa sama boleh menyebabkan kerajaan hilang sokongan rakyat, seperti mana dakwaan segelintir pihak terutamanya dari musuh2 kerajaan, samada yg nyata mahupun yg tersembunyi...

Apa Pandangan Penulis2 Media yang lain?

1. Ab Jalil Backer

KENAPA PROTON PERLU MENCARI RAKAN STRATEGIK UNTUK BERDAYA SAING

Yang bayar cukai kepada kerajaan bukan proton tetapi pembeli proton. Sama macam pembeli toyota, nissan dan apa jenis kereta di Malaysia ini. Dulu 10% Cukai Jualan, sekarang hanya 6% GST.

Perikasalah berapa banyak Proton bayar cukai korporat dan bayar keuntungan kepada kerajaan semasa Kerajaan menjadi pemegang saham. Ada untung berbanding pelaburan, geran dan pinjaman murah yang diberikan? Itu belum kira berapa bilion kerajaan belanja untuk beli dan service kereta Proton yang kerajaan gunakan.

Kita hanya bangga jika selepas 30 tahun Proton berada di seluruh Asean. Malangnya, selepas 30 tahun Proton masih gagal menguasai negara Asean dan terus menagih geran berbilion ringgit.

Perniagaan proton jelas tidak mempunyai keupayaan ekonomi untuk berkembang kerana:

1. Pasaran dalam negara terlalu kecil untuk kekal menguntungkan berbanding pelaburan yang perlu dibuat antara 3-5 tahun untuk prototaip baru.

2. Gagal masuk ke pasaran negara lain bagi mengimbangi kekurangan pasaran tempatan.

Apa yang berlaku kepada proton hanyalah perniagaan "rolling money" tanpa mampu membuat keuntungan berasaskan jualan versus pelaburan.

Pilihan yang ada pada Proton ialah mencari rakan kongsi syarikat yang ada pasaran besar atau terpaksa henti operasi.  Ini sudah pasti akan mengakibatkan pekerjanya kehilangan pekerjaan.

Yang hendak melalak mahukan proton dikekalkan 100 peratus milik negara ini telah usaha selama lebih 30 tahun.

Malangnya di sebalik kehebatan beliau kononnya sebagai wira dunia ketiga, Proton gagal menembusi mana-mana pasaran negara dunia ketiga secara menguntungkan.

Hendak terjun lubang sama berapa kali? Ini bukan soal Tun M sebelah mana sekarang.  Dari segi perniagaan, Proton ini sudah tahap konglomerat pandiran.


2. Mohd Faisal

KENAPA PERODUA BERJAYA DAN PROTON GAGAL ?

1. Proton lahir 1983.

2. Perodua lahir 1993.

3. Dari 1983 hingga 2010 jualan Proton baik kerana cukai kereta2 import baik CKD atau CBU sgt tinggi. Rakyat terpaksa beli Proton kerana kereta lain mahal. Proton catat untung yg sgt baik sehingga mampu bila kilang kedua di Tg Malim dgn duit sendiri tanpa melibatkan sesen pinjaman.

4. Bagaimanapun kejayaan Proton itu bukan satu kejayaan yg sihat kerana pesaing2 mereka blh diibaratkan sebagai diikat sebelah kaki. Manakala Proton boleh bermain dgn kedua2 belah kaki.

5. Menjelang AFTA 2010 Dasar Automotif Negara telah dipinda. Telah berlaku liberalisasi harga kereta2 di Malaysia. Definasi Proton sebagai kereta nasional telah berubah menjadi kereta tempatan. Sama seperti kereta2 jenama lain yg CKD. Manakala bagi CBU didefinasi sbg bukan tempatan. Kaki pesaing2 Proton telah dibebaskan dari ikatan.

6 . Bermula dari situ Proton mula merosot akibat gagal bersaing secara sihat dengan kereta-kereta jenama luar walaupun orang yang hebat seperti Tun M yg dilantik sebagai penasihat dan kemudiannya sebagai pengerusi Proton. Tun sering membebel org2 melayu gagal bersaing dgn bangsa lain dan asyik mengharapkan keistimewaan bumiputera dari kerajaan. Rupanya syarikat yg diterajui Tun juga gagal bersaing secara sihat. Masih nak mengharap keistimewaan dari kerajaan.

7. Manakala Perodua pula adik kpd Proton yg lahir ketika Proton telah pun darjah 4, terus melangkah gagah perkasa dgn kudrat sendiri. Tak pernah minta dana kerajaan. Tidak pernah meminta kerajaan beli kereta2 mereka jadi kenderaan kerajaan. Tidak mendapat byk keistimewaan kerajaan sebagaimana Proton dapat.

8. Perodua boleh bersaing secara sihat dan bergaya dengan jenama2 luar. Malah satu ketika bos Perodua, Syed Zainal dibawa ke Proton untuk menolong Proton.

9. Kenapa Perodua berjaya dan Proton gagal ? Kenapa Syed Zainal sukses di Perodua dan kurang sukses di Proton ?


3. Azizi Safar

POTENSI PASARAN PROTON JIKA MENDAPAT RAKAN STRATEGIK BARU

Nak guna 4 contoh ni dulu dalam perubahan pemilikan syarikat pengeluar kenderaan:

1. BMW/Volkswagen (German) adalah pemilik Rolls Royce  (British);

2. Tata Motors (India) adalah pemilik Jaguar dan Land Rover (British);

3. Volkswagen (German) adalah pemilik Bentley (British) dan Bugatti dan Lamborghini (Itali);

4. Geely (China) (syarikat yang turut berminat terhadap Proton) adalah pemilik Volvo (Sweden)..

dan banyak lagi..

Takkan British hilang maruah bila Rolls Royce, Bentley, Jaguar dan Land Rover kebanggaan mereka sudah jadi milik syarikat German dan India. Tak dengar orang Itali malu sebab 'supercar' Lambo dan 'super-duper car' Bugatti jadi milik syarikat German. Tak dengar pun orang Sweden malu pemilik baru Volvo adalah syarikat China. Sweden dulu ada satu lagi jenama kereta, Saab, tapi sekarang dah lenyap.

Dan Volvo setelah menjadi milik Geely telah berjaya meningkatkan jualan kerana pasaran China dan Eropah.."Volvo sold nearly half a million cars in 100 countries last year, up 8.9% compared to 2013. That growth was driven by strong sales in China and Europe."

Dalam dunia pembuatan kereta, perubahan pemilikan syarikat pengeluar kenderaan bukan perkara asing dan dah lama berlaku. Isunya ialah memastikan kelangsungan Proton, nasib para pekerja  Proton dan vendor-vendor serta para pekerja mereka. Saingan sangat hebat sekarang. Rolls Royce tu dah bankrap tapi wujud lagi sbb ada yang sanggup ambil alih. Takkan nak tunggu kena penggulungan baru terkial-kial mintak tolong kat orang. Siapa nak tolong. Sejak 1983 kerajaan dah beri geran dan bantuan berjumlah RM13.9 bilion. Tahun lalu April, 2016 kerajaan telah luluskan 'soft loan' RM1.5 bilion.   Takkan nak 'bail out' macam zaman Tun M. Kalau asyik dapat bantuan untuk hidup aku pun boleh buat bisnes. Ada masa saya tulis lagi.

Sumber Utusan Malaysia

Sumber NST

Sumber Consumer Report

Sumber Digital Trends

Sumber Which Car

Sumber CNN

Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh TS Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang billionaire dan individu ke-10 terkaya di Malaysia.

DRB-HICOM telah mengambilalih pegangan dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza. Pengambilalihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu pada 2011/12 disokong oleh Mahadet, pencetus dan pengasas Proton.

DRB-HICOM telah melantik Mahadet sebagai Pengerusi Proton. Mahadet bagaimanapun meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton semasa masalah kewangan pada kemuncaknya.

Proton telah memohon pertolongan kewangan (grant) daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM 1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya. Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor-vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton untuk melunaskan hutangnya kepada vendor-vendor terlibat.

Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton.

Satu lagi, jika Proton gagal untuk membayar balik pinjaman berkenaan, Kerajaan Persekutuan boleh menukarkan "preference shares" yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia sebagai jaminan pinjaman RM 1.5 billion berkenaan untuk mengambil alih Proton daripada DRB-HICOM.

Perkara yang perlu diambil maklum:
Pertama, Proton adalah sebuah syarikat swasta milik DRB-HICOM. Kedua, Kerajaan Malaysia sudah sekali "bail-out" Proton dengan memberi pinjaman/suntikan modal tunai berjumlah RM 1.5 billion.

Tidak sepatutnya timbul sebarangan persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia "menjual" pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi 'rakan teknikal' Proton dibuat oleh DRB-HICOM.

4. Surat Terbuka Buat Tun M Berkenaan Proton.

#SahabatSMB

Sabtu, 4 Februari 2017

[BONGKAR] PANAS! Keluarga Arwah Jalil Ibrahim DITIPU Hidup-Hidup... Bukan Pembelaan Yang Diperjuangkan, Tapi Hanya Untuk Dijadikan 'ALAT'... #SahabatSMB

LIM KIT SIANG 'PENIPU' KELAS PERTAMA... PULUHAN TAHUN KONON BERJUANG, AKHIRNYA TERBUKTI PERJUANGANNYA HANYA SATU PEMBOHONGAN...


2 buah buku hasil tulisan Lim Kit Siang, hanya menceritakan tentang kekalutan yang berlaku berhubung Skandal BMF satu ketika dulu... malah LKS juga pernah dikenakan tindakan undang2 hanya disebabkan terbitan buku pertamanya itu...

Itu belum dikira desakan demi desakan mahukan satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci apa sebenarnya yg berlaku di dalam skandal BMF ini, hingga membawa kepada pembunuhan seorang juruaudit kanan BBMB, Allahyarham Jalil Ibrahim...

Betapa begitu beriltizamnya Lim Kit Siang ketika itu!!!

(IKLAN) 

  agoda.com INT

Tapi... yang berlaku hari ini, sudah berbeza jika dibandingkan dengan pendirian LKS dulu... apabila sudah boleh duduk bersekongkol, sudah boleh menjalin perjanjian sulit untuk menjadi TPM, maka segala dosa silam Tun M dulu sudah mendapat keampunan LKS... Dengan bermodalkan satu alasan yg sangat mudah "Pendedahan yg dilakukan oleh CIA hanya mengulang cerita lama, tidak ada penemuan bukti2 baru..."


Sebenarnya, bukan masalah cerita baru atau lama... apa yang rakyat Malaysia mahukan adalah, segala skandal penyelewengan dan salah laku yg pernah berlaku dulu, perlu disiasat secara telus dan dengan seadil-adilnya... sepertimana tuntutan rakyat Malaysia termasuk LKS ke atas 1MDB, maka sepatutnya pendirian itu mesti sama, siasatan telus mesti juga dilakukan ke atas isu BMF, BBMB, Maminco, FOREX dan lain2...

(IKLAN)



Dan tentunya lah juga, seperti juga isu 1MDB, jika hasil siasatan membuktikan tidak ada salah laku atau penyelewengan dilakukan oleh individu2 berkepentingan termasuk Tun M, maka rakyat Malaysia dengan hati yang terbuka akan menerima keputusan tersebut...


Dan jika siasatan dapat membuktikan penglibatan individu2 tertentu dalam membuat keputusan hingga membawa kepada kerugian dan kehilangan wang negara berbillion ringgit, maka terpulanglah kepada badan perundangan untuk menentukan sebarang tindakan susulan... malah rakyat Malaysia juga sedia menerima jika atas dasar mengenang sumbang bakti dan jasa individu tersebut, maka hukuman lebih ringan dikenakan...



Yang penting, siasatan mesti dijalankan... mereka2 yg mungkin menjadi mangsa, diheret bersama di dalam skandal2 ini, ada yg dipenjara, ada yg dipecat jawatan, ada yg terpaksa hidup dalam buangan, ada yg terpaksa memikul beban kesalahan hingga ke akhir hayat, malah ada yg menjadi mangsa korban nyawa seperti Arwah Jalil Ibrahim... mereka mesti mendapat pembelaan sewajarnya, atau paling tidak, mereka mesti tahu jawapan, apa sebenarnya yg berlaku...


#SahabatSMB












Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE