Advertisement - Contact Us

VIDEO [DEDAH] PANAS!!! Men'JENAYAH'kan Seteru Politik, Mencipta Sebab Demi Menghalalkan Tahanan Bersifat Politik... Ini Semua Memang KEPAKARAN Tun Mahathir... #SahabatSMB

ANWAR TAHANAN POLITIK? KEGILAAN APAKAH INI ?


Lama juga saya tak menulis kerana fokus dengan Jelajah Memahami Dasar Ekonomi Negara yang saya gerakkan sejak awal tahun ini dibawah Kementerian Kewangan (MOFCOMMS).  Namun apabila membaca kenyataan bersama yang dibuat oleh Tun Mahathir dengan Kimberley Motley, Peguam dari Amerika Syarikat, saya merasa terpanggil untuk menyanggah manusia kurang siuman yang semakin terserlah kegilaannya ini.  


Kejutan terbaru Mahathir hari ini ialah apabila beliau mengistiharkan Anwar sebagai “Tahanan Politik” dan mendesak agar Anwar dibebaskan.  Saya hampir tidak percaya manusia yang dua kali menyumbat saya di dalam tahanan ISA tanpa bicara ini mengistiharkan Anwar sebagai “Tahanan Politik”.  Izinkan saya bagi kefahaman sebenar apa maksud “Tahanan Politik” dan apa maksud “Tahanan Jenayah” kepada Melayu yang mudah lupa ini.

Bila Anwar meliwat Saiful, walaupun peguamnya menyatakan bahawa liwat itu berlaku secara suka sama suka, meliwat tetap merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia. Maka mereka yang dipenjarakan dibawah kesalahan ini dianggap sebagai tahanan jenayah, bukan tahanan politik.




Bila Anwar mengumpulkan puluhan ribu rakyat Malaysia mendesak Mahathir berundur pada 20 September 1998 di Masjid Negara.  Pada malam yang sama Anwar telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengekang kemaraan Gerakan Reformasi, itu dipanggil “Tahanan Politik” sebab beliau langsung tiada peluang bela diri.

Bila Mahathir tidak ada modal untuk memenjarakan Anwar tahun 1998, akhirnya Anwar dipenjarakan dengan kesalahan salah guna kuasa mengarahkan Pihak Polis untuk mengertak Umi Hafilda yang akhirnya menyebabkan Anwar dipenjarakan selama 6 tahun .  Walaupun, pertuduhan ini umum tahu untuk menyumbat Anwar ke penjara, ianya tetap kesalahan jenayah dan Anwar adalah Tahanan Jenayah.




Bila Anwar ditahan dibawah ISA 1998, sebahagian besar penyokong Anwar telah juga ditahan dibawah ISA bagi memastikan tidak ada gerakan mendesak pembebasan Anwar, mahupun mendesak Mahathir undur.  Antara yang ditahan ketika itu ialah Dato Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dato Sri Zambri Kadir, Ruslan Kassim, saya sendiri dan ramai yang lain.  Tahanan tanpa bicara ini adalah “Tahanan Politik”.

Bila Ezam Md Nor mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi berhubung pemberian AP kepada Fazrin Azwa, menantu Tan Sri Rafidah Aziz, beliau dipenjarakan di Penjara Kajang. Walaupun apa yang didedahkannya betul, tetapi sebab dokumen yang didedahkan diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi oleh kerajaan Mahathir ketika itu, Ezam tetap dikira tahanan jenayah.

Tapi bila Ezam ditahan bersama saya, Shaari Sungip, Tian Chua, Dr Badrul Amin dan Hishammuddin Rais dari 2001-2003 tanpa bicara bagi memastikan Gerakan Reformasi dikuburkan, ini ialah “Tahanan Politik”


Tidak perlulah saya senaraikan dengan panjang lebar apa yang berlaku dizaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.  Manusia-manusia yang Mahathir “cium mulut” sekarang rata-rata adalah Tahanan Politik dizaman pemerintahan kuku besi Mahathir. Baik Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Muhammad Sabu, Tian Chua, Hishamuddin Rais dan ramai lagi adalah Tahanan Politik zaman Manusia yang digelar Mahafiraun dan Mahazalim ini.  

Amat melucukan, ada hati Mahathir nak sebut Anwar sebagai tahanan politik Najib.  Manusia bernama Najib inilah anak jantan sebenar yang telah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang diwujudkan untuk mengekang ancaman Komunis tetapi akhirnya disalahgunakan untuk mengekang musuh politik Mahathir.




Reformis sebenar ialah manusia yang melakukan perubahan semasa dia berkuasa, bukan manusia yang melaungkan slogan perubahan ketika dia sudah tiada kuasa.  Saya ingat Mahathir sahaja yang mudah lupa, Kimberley ini juga mungkin mudah lupa bahawa kerajaan negaranya juga dulu mengelar Anwar sebagai Tahanan Politik Mahathir.



Oleh   :
Dato' Lokman Noor Adam
Pengarah Komunikasi
Kementerian Kewangan Malaysia

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama