Advertisement - Contact Us

Ucapan Dasar Perhimpunan Agong UMNO Malaysia Disampaikan Oleh Presiden UMNO, YAB DS Mohd Najib Tun Abd Razak Sempena PAU2017... #SahabatSMB

UCAPAN DASAR OLEH YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
PADA 7 HARIBULAN DISEMBER 2017, BERSAMAAN 18 RABIULAWAL 1439, HARI KHAMIS, JAM 9.30 PAGI
DI DEWAN MERDEKA, PWTC, KUALA LUMPUR

“UMNO: PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI KESEJAHTERAAN NEGARA BANGSA”

BismillahirRahmanirRahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
Timbalan Pengerusi Tetap,
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri,
YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO,
Yang Berbahagia Ketua Wanita,
YB Ketua Pemuda dan YB Ketua Puteri,
YB Setiausaha Agung UMNO,
YB Bendahari UMNO,
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
Para Perwakilan,
Ketua-Ketua Parti Komponen,
Para Pemerhati dan Wakil-Wakil Parti dari Dalam dan Luar Negara,
Dif-dif Jemputan,
Para Perwakilan Mahasiswa Pelapis Negara Bangsa,
Hadirin-Hadirat,
Sahabat-Sahabat Media,
Seluruh Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, tidak kira di mana anda berada,
Khususnya buat Generasi Pewaris Transformasi Nasional 2050 sekalian,
BAHAGIAN I : MUKADIMAH
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nastain.
1. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan.
2. Lalu,… diseru ke atas orang-orang yang beriman bagi mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saiyyi-dina Muhammad, Wa a’la A-li Saiyyi-dina Muhammad.
3. Pertama-tamanya, pada pagi yang penuh permai, 7 haribulan Disember 2017, bersamaan 18 Rabiul Awwal 1439 Hijriah, marilah kita mendoakan agar majlis ini menjadi perhimpunan yang dirahmati dan penangguhannya nanti sebagai satu amal yang diberkati oleh Allah, mudah-mudahan.
4. Sehubungan itu, bagi kali yang Ke-68, kita berasa sungguh bersemangat,… melihatkan,… Pusat Dagangan Dunia Putra ini,… penuh sesak, dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun,… tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja,… sampai amat merinding dan berdiri tegak!,… bulu roma,… bahawa,… semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita di kandung badan,… AKAN MARAK,… TERUS BERNYALA-NYALA,…
Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Saudara dan Saudari,
5. Sayugia ingin dialu-alukan, Ahlan Wa Sahlan, kehadiran keseluruhan 5,628 perwakilan dari 191 bahagian UMNO, seluruh negara, bermula dari Padang Besar, Perlis di sempadan Siam, membawa ke Penghujung Tanah Besar Asia di Tanjung Piai, Johor, sehingga ke Simpang Mengayau, at the tip of Borneo di Kudat dan Sandakan Sabah.
6. Sememangnya lagi, seperti yang dapat kita saksikan, perhimpunan hari ini ternyata sungguh berbeza,…auranya pun cukup luar biasa,… kerana,… inilah satu persidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua.
7. Apatah lagi, akan dirakam sejarah,… dengan catatan rekod kehadiran paling banyak jumlah perwakilan, ahli dan para pemerhati serta orang ramai,… berbondong-bondong,… melimpah ke seluruh lantai-lantai P-W-T-C ini, dengan jumlah, yang dikhabarkan seramai lebih 30 ribu orang.
8. Lalunya, sampai buntang mata Saya, sejak dari awal, Saya sampai ke dewan ber-tawarikh ini, kerana,… menyaksikan betapa semaraknya, lautan merah warna perjuangan, sebagai simboliknya, akan terus berkibar kencang,… panji UMNO,… SANG SAKA BANGSA. Saudara-Saudari,
9. Inilah,… perlambangan sebuah keyakinan bahawa,… Saya,… Najib Razak selaku PRESIDEN UMNO TIDAK BERSEORANGAN,… bermakna juga KEPIMPINAN KAMI YANG DI ATAS INI TIDAK BERSENDIRIAN,…
10. Sebabnya,… tanpa sokongan tuan-tuan, AHLI-AHLI TEGAR LAGI SETIA UMNO,… yang di dalam dewan ini,… waima,… di mana jua saudara berada, apalah ertinya, kami para pimpinan yang berada di atas ini.
11. Maksudnya,… kalau sebeginilah petanda dan tamsil semangat yang dizahirkan oleh sosok-sosok para ahli dan orang-orang UMNO,… Saya yakin dan penuh percaya bahawa,…
12. UMNO akan terus malar dan segar, untuk hidup memimpin,… bukan sekadar 30 tahun mendatang,… malah,… InsyaAllah,… bagi tempoh SERIBU TAHUN LAGI!
13. Dengar baik-baik,… saudara-saudariku,… panglima-panglima,… wirawatiwirawati serta para hulubalang bangsa dan agama,… SE-ANDAINYA HARI INI,… ditiupkan semboyan,… seraya dipalu genderang perang,… saya mahu bertanya,…
14. Apakah kita semua sudah bersedia untuk ke medan juang..?? BERSEDIAKAH KITAAAA??? BERSEDIAKAH KITAAAAA??? Syukur,…. Alhamdulillah…. kalau itulah jawapannya.
15. Bahkan, pada 11 Mei lalu, ketika mana meraikan Ulangtahun UMNO yang ke- 71, di Stadium Bukit Jalil,.. pastinya ramai masih ingat, kita sama-sama memanjat doa, yang diaminkan pula oleh ratusan ribu ahli UMNO, memohon setulusnya ke hadrat Allah Hu Ta’ala agar,… Dilindungilah,… perjuangan parti UMNO ini,… Dirahmatilah,… segala usaha yang kita lakukan,… demi agama, bangsa dan negara,… serta Diberkatilah,.. tanah tumpah bertuah ini.
16. Justeru,… kita terus merafak harapan membumbung kepada Yang Maha Penyayang,… biar pun burung-burung berhenti bersiulan,… sekalipun bumi ini kontang tidak menghijau lagi,… hatta alam sekeliling jadi membisu,… MOHON BARANG DIJAUHKANLAH OLEH TUHAN, SEBARANG MALA PETAKA, DARIPADA MENIMPA UMAT MELAYU BUMIPUTERA INI,…
17. Lantas, marilah kita beri tepukan sekuat-kuatnya, sebagai pembakar semangat bahawa,… pertemuan hari ini bukan biasa-biasa,… akan tetapi,… satu perkumpulan yang bakal diingat dan dikenang sebagai,… PENGHULU SEGALA PERHIMPUNAN.
18. Mustahaknya, mulai sekarang, OBOR ‘PERANG’ yang jamungnya telah mula berjulang, TI-DAK SE-SE-KALI BOLEH DIBIARKAN PADAM,… DEMAMNYA pula, TI-DAK AKAN KEBAH-KEBAH, melainkan,… melainkan,… SELEPAS KITA MENANG BESAR DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-14 nanti. InsyaAllah.
Saudara dan Saudariku,
19. 19. Apa yang penting,… Datang bukan sebarang datang, Himpun tidak sebarang himpun, Walau ribut kemarau pun panjang, Meski taufan datang bergulung. Perang kali ini,… yang bergelar BAPA SEGALA PILIHANRAYA, kita akan bertempur,…berlawan,… lawan habis-habisan!! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
BAHAGIAN II : BERPIJAK DI ATAS REALITI DAN CABARAN SEMASA
Saudara-Saudaraku, Para Pejuang Bangsa Sekalian,
20. Dalam keriuh-rendahan gelombang merah, dalam pada kita berasa asyik dan yakin dengan semangat yang berkobar-kobar,… jika sedemikian getarannya,… inilah detik-detik yang amat menyenangkan bagi kita semua.
21. Namun, pada masa yang sama, Saya ingin mengajak kita semua, untuk kembali BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA.
22. Walau apapun,… sebagaimana dipesan orang tua-tua, sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, kita harus sentiasa BERMUHASABAH DIRI DAN PARTI, menyorot serta MENAMPAR ‘PIPI-PIPI’ PERJUANGAN ini, seraya segera bangkit dari comfort zone, yang selama ini membikin kita alpa dan lalai.
23. Pucuk pangkalnya, dalam persidangan semustahak ini, kita tidak boleh setakat bercakap perkara manis-manis sahaja kerana, bak dipesan oleh Bapak Hamka, jika hidup ini antara pahit dan manis, maka perjuangan itu juga, antara kemenangan dan pengorbanan, antara keringat serta air mata.
24. Peri-pentingnya,… ahli-ahli dan jentera parti, hendaklah selalu berwaspada dan berada dalam mode kesiap-siagaan kerana,… tak berapa lama lagi, kita akan menempuh satu episod pilihanraya yang TER-GENTING lagi BERKEMUNCAK cabarannya,…
25. Bukan sahaja kepada bangsa Melayu Bumiputera,… UMNO dan Barisan Nasional,… Kestabilan serta Kedaulatan Negara,… masa depan Syiar Islam,… bahkan yang terpenting adalah,… NASIB ANAK CUCU KETURUNAN KITA, AGAR TIDAK MELARAT DEK UNTUNG, TERSUNGKUR MEREMPAT DI TANAH SENDIRI.
26. Itulah hakikatnya Saudara-Saudaraku, kita berada di celah-celah kekeruhan dan persimpangan percarian umat Melayu, yang ketika ini, sedang berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman politik dalam menentukan ARAH KOMPAS PERJUANGANNYA.
27. Justeru, kita patut berasa syukur serta bertuah kerana, dengan izin Allah Hu Ta’ala, masih lagi kekal berada dalam sebuah JEMAAH YANG KUKUH LAGI BERPADU, YAKNI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU,… UMNO!!
28. Realitinya UMNO telah terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih tangguh dan bertahan teguh, dalam membela kepentingan orang-orang Melayu Bumiputera serta rakyat Malaysia, dan kekal sebagai Pe-Tunjang Utama, kepada parti komponen Barisan Nasional.
29. Manakala, inilah detik-detik penentu rakyat Malaysia keseluruhannya, agar tidak tersasar ARAH KOMPAS HALATUJU dalam menilai dengan matang, bukannya dengan emosi, apatah lagi terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak pembangkang di media-media sosial.
Sehubungan itu, Saudara dan Saudariku,
30. Ketahuilah, untuk Amanat Presiden kali ke-9 ini, sebetulnya tidak mudah bagi saya,… sehinggakan Saya mengambil masa yang agak panjang untuk mena’kul secara serius,… melalui siri-siri perbincangan, hati ke hati serta diskusi-diskusi percambahan minda yang mendalam lagi teliti,…
31. Bagi menentukan akan apakah intipati ucapan yang sewajarnya Saya sampaikan, dalam memenuhi amanah dan kedudukan ini.
32. Sebabnya,… Saya diingatkan berkali-kali dalam sesi-sesi perbincangan membikin ucapan ini bahawa,… dengan izin,… Today,… I shall speak not only in the interest of my Duty as the President of UMNO, nor as the Chairman of Barisan Nasional,… but,… but above all,…
33. My Utmost and My Paramount responsibility at this very important juncture, as the Leader, yakni,…
34. TUGAS DAN AMANAH, SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI, BUKAN SEKADAR KEPADA LEBIH 3 JUTA AHLI UMNO,… MAHUPUN 7 JUTA AHLI BARISAN NASIONAL,… TIDAK JUGA TERHAD KEPADA 69 PERATUS BUMIPUTERA,… ISLAM MAHUPUN BUKAN ISLAM,…
35. Malah,… malah,… yang tertanggung di atas dua pundak dan bahu Saya adalah, ehwal kepentingan sejumlah lebih 32 juta rakyat Malaysia, dengan tidak mengira kaum,… latar keturunan,… apapun fahaman, mahupun agama.
36. Simpulannya,… Saya ingin mengajak Saudara-Saudari berfikir masak-masak tentang,… Pilihanraya Umum kali ini,… is not just another General Election,…
37. Kerana,… lebih termustahak daripada itu,… jika kali ini,… negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab,… apa yang bapa-bapa terdahulu dan kita semua bina dengan segala susah payah selama ini,… akan ranap dan musnah,… hancur berkecai di depan mata. Saudara-Saudari,
38. Oleh itu, ketahuilah, pilihanraya kali ini, meletakkan kita di satu persimpangan pemutus lagi monumental, sebabnya di tangan kita adalah pilihan, yang akan menjadi penentu kepada THE FATE OF THIS NATION.
39. Ternyata ini bukan soal main-mainan, sebabnya PERCATURAN PERJUANGAN kali ini, cukup serius dan TIDAK ADA TAWARMENAWARNYA LAGI.
40. Sesungguhnya, tidak terbayang oleh kita, mimpi ngeri dan nasib buruk yang bakal menimpa.
41. Pertamanya, sanggupkah kita membiarkan Agama Islam dan Syiarnya, diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini,…?
42. Keduanya, tergamakkah kita, melihat kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia, bahkan akan didurhakai,… manakala, InstitusiInstitusi kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti MARA, FELDA, serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan,…
43. Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan UMNO Bumiputera, yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja, sekiranya pihak lawan memerintah.
44. Sementelahan itu, seandainya pembangkang mengambil alih, Para Penjawat Awam, yang menjadi tulang belakang Kerajaan selama ini, semestinya,… tanpa lengah-lengah lagi, akan dikuncupkan jumlahnya,…
45. Dan,… sudah tentu sekali, kesumat pihak lawan, sejak sekian lama, terhadap keistimewaan orang-orang Melayu Bumiputera, sebagai leluhur jati di pertiwi ini, dari bangsa yang mulia lagi merdeka, akan dipijak-pijak maruah dan TERGADAILAH KEINDUKKANNYA,…
46. Bahkan, lebih buruk dari itu, AKAN MEREMPAT, DICELAKAKAN SEHINA-HINANYA, SEHINGGA TERBANGSAT DI TANAHAIR SENDIRI.
47. Maka itu, kita mesti lekas-lekas sedar bahawa, Perhimpunan Agung dan Pilihanraya kali ini, bukan hanya demi UMNO, tidak juga untuk Barisan Nasional,… namun,… TERPIKUL ATAS KITA SEMUA,… MISI YANG AMAT BESAR,… bagi menentukan SURVIVAL yang sangat-sangat penting,… yakni DESTINI masa depan umat serta negara keseluruhannya. Saudara-Saudari, Rakan-Rakan Seperjuangan Dalam Keluarga Besar UMNO ku Sekalian,
48. Dari itu,… marilah kita sama-sama renungkan sejenak,… seandai dan sekiranya,… UMNO, Barisan dan Negara ini tumpas ke tangan lawan,…. Apakah mungkin kita dapat bertemu lagi di Dewan berkeramat ini pada masa akan datang?
49. Masih terdengarkah lagi, gemanya Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad,… SOL-LAL-LAH-HU, A’LAI-HI, WA SAL-LAM yang kita kasihi.
50. Mungkinkah dibenar berkumandangnya lagi lagu-lagu patriotik UMNO lambang bangsa bertuah ini? Bolehkah panji-panji UMNO terus berkibar?
51. Mampukah kita menahan rasa sebak dan sedih di dada, apabila kita tidak lagi bisa berkumpul seperti ini, dalam satu keluarga besar sebagai adik beradik UMNO.
52. Masa itulah,…. baru kita mengerti,… baru kita faham,… akan nikmatnya SEBUAH KESATUAN, mulianya hidup dalam perjuangan di bawah rimbunnya payungan Parti UMNO.
53. Tapi,… ketika itu, segalanya tidak bererti lagi,… tamatlah sudah riwayat Melayu sejati,… nobat dan nafiri pun tidak berbunyi lagi.
54. Pada waktu itulah, apabila cucu-cicit keturunan kita bertanya, kenapakah kita KECUNDANG dan MEMBIARKAN SEMUA INI BERLAKU,…
55. Jawapannya,… hanyalah DENGAN RAUT WAJAH SEJUTA PENYESALAN, SAMBIL BERLINANGAN AIR MATA, kita hanya mampu berkata kepada mereka,… EMBARGO SEHINGGA SELESAI PENYAMPAIAN SEMAK SEMASA PENYAMPAIAN 9 WAHAI ANAK CUCUKU,… AMPUNKAN,… AMPUNKANLAH,… DOSADOSA KAMI INI….
56. Lantas,… Saudara-Saudari seperjuanganku sekalian,… Saya pinta kepada semua, kalau kita tidak mahu semua itu terjadi,… Maka BERSUMPAH dan BERJANJILAH,… BERSETIA dan BERIKRARLAH,… bahawa,… BIAR PETIR MENYAMBAR DI LANGIT,… HATTA BERTANGKUP LANGIT DAN BUMI,… SAMPAI KE TETESAN DARAH YANG TERAKHIR,… KERAJAAN INI TETAP KITA PERTAHANKAN,… TANAH AIR INI TIDAK BO-LEH DIAMBIL LAWAN.
Saudara dan Saudari,
57. Jadinya, apabila kita membicarakan tentang Arah Kompas Halatuju atau Hak Rakyat Sebagai Pengundi pada setiap pilihanraya, Saya tidak mahu lagi,… kita mengulangi kesilapan-kesilapan dan kelalaian-kelalaian,… yang berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.
58. Sedangkan, semua orang tahu, UMNO tidak lemah. Malah,… kita masih menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen. Namun, akibat permainan jelek pembangkang, kita telah menjadi mangsa ‘POLITIK PERSEPSI’.
59. Inilah yang dinamakan PERANG PERSEPSI, di mana, kita hampir tewas akibat permainannya. Walaupun di sudut realiti dan faktanya, kita berada di landasan yang betul dan bersungguh-sungguh dalam berjuang, berbanding pembangkang yang penuh dengan sandiwara dan hanya pandai bermain wayang.
60. Satu perkara lagi yang perlu diperjelaskan di sudut ini, UMNO BUKANLAH PARTI BERSIFAT RASIS. Jika tidak, bagaimana kita diterima, mengepalai parti-parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah.
61. Tegasnya, saya ulang,… UMNO BUKAN ANTI KAUM CINA. Tetapi ternyata, kaum Cina dan sebahagian juga kaum India, turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan PEM-BO-HO-NGAN pembangkang.
62. UMNO sebetulnya is above all,… kerana kita selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi.
63. Bercakap soal persepsi contohnya lagi, pada Pilihanraya Umum yang lalu, pembangkang memainkan pelbagai berita palsu bagi memburukkan imej parti dan Kerajaan di mata rakyat.
64. Direka-rekanya, cerita bohong 40 ribu pengundi hantu ‘diimport’ dari Bangladesh.
65. Ditambah lagi, dengan tuduhan kononnya dakwat kekal yang digunakan mudah luntur dan boleh pula dikikis.
66. Malah, pada pagi PRU Ke-13 itu, sekitar hampir jam 4 pagi, ada seorang pemimpin pembangkang, telah menyebar maklumat yang ME-NI-PU rakyat bahawa, pihak mereka telah pun menang pilihanraya.
67. Macam mana dia kata dah menang, pilihanraya pun belum bermula lagi pagi itu. Bak kata oghang Perak nampak benor menipunya.
68. Inilah dia modus operandi pembangkang. Kalau tak percaya, tengoklah PRU Ke-14 nanti, mereka akan terus BER-BO-HONG lagi, macam-macam isu bakal mereka timbulkan, bahkan akan bertindak lebih agresif, lebih cunning, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Saudara dan Saudari,
69. Lantas demikian, ini adalah realiti yang sedang berlaku. Contohnya di dalam parti, pagi dan petang di warung kopi, di mesyuarat cawangan dan bahagian, kita tidak lepas dari membicarakan tentang siapa sebenarnya yang menyokong kita? Dan siapa yang akan pangkah kita dalam pilihanraya?
70. Justeru, kita sedang berhadapan dengan isu para pengundi yang terbahagi kepada beberapa kelompok.
71. Satu, tentunya ahli parti yang menunaikan tanggungjawab mengundi parti kita. Keduanya pula, adalah mereka yang mengundi pihak lawan. Ketiga, yakni kelompok yang sangat penting untuk kita santuni, dekati dan menangi hati mereka adalah, sekelompok pertengahan yang tidak memihak kepada sesiapa, atau lebih tepat, disebut sebagai THE PERSUADABLE VOTERS.
72. Lantaran itu, kepada kelompok ini yang sangat signifikan undinya, usahausaha untuk menawan dan memujuk hati mereka perlu menjadi antara agenda utama kita, melalui pelbagai bentuk kempen yang sewajibnya dijalankan.
Saudara dan Saudari Sekalian,
73. Dua malam lalu, Saya turut mengamati ucapan perasmian Sayap-Sayap parti oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sahabat serta Timbalan saya yang setia lagi baik budi, yang bertajuk, ‘LEMBAYUNG ARJANA BANGSA’.
74. Semalam pula, Saya telah berkesempatan mengamati ucapan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ketua Wanita, Yang Berhormat Ketua Pemuda dan Yang Berhormat Ketua Puteri UMNO.
75. Apa yang dapat saya rumuskan, kesemuanya telah berjaya dengan begitu baik sekali, dalam menyentuh isu-isu dan cabaran-cabaran utama, sebagai persediaan akhir menghadapi pilihanraya umum nanti serta amat FAHAM akan TUJUAN, matlamat tersurat lagi tersirat perhimpunan agung kali ini.
76. Makanya, selaku Presiden dan Perdana Menteri, ucapan saya akan terus merentasi segala yang telah diutarakan seraya menjadi kesimpulan kepada semuanya.
77. Untuk itu, sebagai intisari, saya akan menyorot pelbagai Transformasi dalam konteks yang lebih besar, merangkumi KESELURUHAN KEJAYAAN SERTA PENCAPAIAN YANG TELAH DIRAIH OLEH UMNO, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN, SEPANJANG 8 TAHUN KEPIMPINAN INI.
BAHAGIAN III : SOROTAN 8 TAHUN KEPIMPINAN PARTI, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN
TRANSFORMASI UMNO, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN
Saudara dan Saudari,
78. Hakikatnya, sejak saya memimpin parti UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan, bermula 26 Mac 2009, dan kemudiannya, pada 3 April 2009, menjawat kedudukan sebagai Perdana Menteri, tanpa berlengah-lengah, telah melancarkan pelbagai Transformasi Strategik, di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN, yang digagaskan secara rasminya pada 2010.
79. Dalam UMNO, pertama sekali, kita telah melakukan Transformasi Politik yang PALING BERANI,… PALING DEMOKRATIK,… dan TIDAK PERNAH DIBUAT SEBELUM INI DALAM SEJARAH PARTI.
80. 7 pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO tahun 2009, bagi membuka ruang pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150 ribu ahli, demi mempastikan UMNO terus dinamik, inklusif, dan relevan sampai bila-bila.
81. Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya dikuasai oleh PENASIHAT dan DINASTI ANAK-BERANAK.
82. Jadinya,… di mana ‘demokrasi’ yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus sahaja yang hadir.
83. Ini tak masuk lagi cerita ‘parti Bunga Raya’ atau istilah dulu-dulu,… Kembang Sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang bekas Negarawan.
84. Mudah kataa,… Kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu manaa,… nak uruskan negara?
85. Cuma, bila sampai Pilihanraya nanti, kalau masih belum selesai lagi hal mereka, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya Kerajaan,… kan?
86. Selain itu, parti Bunga Raya ini, bukan nak mengata, maaf cakaplah,… kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya,… Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan ‘perkakas’ oleh DAP yang terang-terang AntiMelayu dan Islam, sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.
87. Bercakap tentang Mahathir pula, dulu,… di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa,… MELAYU MUDAH LUPA, namun pada kita, this man has crossed the line,… Apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya-sanya untuk memenuhi TEMBOLOK AGENDA KEPENTINGAN PERIBADI DAN KELUARGA SEMATA-MATA.
88. Sememangnya, pepatah lama sudah menyebut, mana mungkin Minyak dan Air bersatu.
89. Jelasnya, MELAYU MUDAH LUPA itu merujuk kepada dirinya sendiri, kerana, orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua, InsyaAllah tidak sesekali menjadi MELAYU YANG MUDAH LUPA seperti mereka!!! Saudara Saudari, Rakyat Malaysia Sekalian,
90. Hampir dua bulan lepas, Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional, kita telah mampu membentangkan sebuah Bajet yang disegani kawan dan lawan, sebagai, ‘IBU SEGALA BAJET’, dengan peruntukan terbesar, paling inklusif, tidak pernah seumpamanya.
91. Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus dijadikan Agenda Nasional melalui Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera.
92. Antara hasilnya, inisiatif Carve Out and Compete kepada Bumiputera, mencapai nilai kontrak lebih 61 bilion ringgit.
93. Ini membuktikan bahawa, kontraktor-kontraktor Bumiputera semakin berdaya saing dan berkeupayaan. Projek MRT yang bertaraf dunia, bukan sahaja berupaya disiapkan lebih awal daripada jadual, tanpa pula menjejaskan kualiti, malah, berjaya menjimatkan lebih 2 bilion ringgit.
94. Sememangnya, MRT ini merupakan ‘success story’ dan menjadi ‘eye opener’ sebagai lambang kepada transparency, bukti kebolehan anak-anak bangsa kita, di pelbagai bidang kejuruteraan. Syabas diucapkan!
95. Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat, East Coast Rail Link dan High Speed Rail yang bakal dibina. Bagi urang-urang Sabah dan Sarawak pula, projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325 kilometer dengan kos hampir 30 bilion ringgit, yang dimanfaati oleh anak-anak peribumi dan Malaysia,… akan tatap kita jayakan.
Saudara, Saudari Rakyat Malaysia Sekalian,
96. Sesungguhnya, Kerajaan Barisan Nasional tunjangan UMNO, amat cakna dan peduli kepada kepentingan seluruh lapisan rakyat.
97. Kepada kaum Cina turut disalurkan peruntukan antaranya, pendidikan, manfaat daripada pelbagai pinjaman perniagaan serta pengurangan cukai.
98. Terhadap kaum India pula, kita lancarkan Malaysian Indian Blueprint, yang akan mengarus perdanakan dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi kaum India secara komprehensif.
99. Buat pertama kalinya pula, kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, saya telah mengumumkan, peruntukan pa-ling besar sebanyak 6.5 bilion ringgit.
100. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, sejak 8 tahun pentadbiran ini, telah mencecah hampir 63 bilion ringgit.
101. Selain itu, sebanyak 6.5 bilion ringgit lagi disediakan untuk infrastruktur asas, yang membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup, lebih 6.2 juta rakyat Malaysia di luar bandar, termasuklah Sabah dan Sarawak.
102. Inilah, bak kata cerdik pandai, kejayaan UMNO dan Barisan Nasional, mentadbir dan memacu kejayaan Malaysia, amat terang lagi bersuluh, bukan bersuluh batang pisang, bahkan bersuluh bintang dan matahari.
Saudara dan Saudari,
103. Sedangkan,… sedangkan,… parti pembangkang kononnya memperjuangkan hal ehwal rakyat, tetapi hanya sibuk bersandiwara,…
104. Sebab itulah, dalam Parti Pembangkang, timbul pertembungan 4 nakhoda, ada Ketua Umum, ada Pengerusi, ada Presiden dan ada pula jawatan Penasihat. Kalau kemelut dalaman parti sendiri pun tak boleh diselesaiselesai, cuba bayangkan,… macam mana mereka nak ambil alih pentadbiran negara ini.
105. Kisahnya, Presiden PAS sendiri pun menyebut, dalam Pakatan Harapan ada pemimpin ‘PE-NYA-NGAK’. Ini bukan kita yang kata. Kerananya, parti PAS pernah bergabung dengan PKR dan DAP, maka tentu sekali, mereka lebih tahu, siapa PE-NYA-NGAK, dan siapa sebenarnya Pemimpin Sejati.
106. Berbeza sekali dengan amalan UMNO dan Barisan Nasional. Melalui pelbagai Transformasi Politik yang telah dibuat, kita mengamalkan pendekatan PERSUASIVE dan UNIFIER atau MEMUJUK dan MEMPERSATU,… demi memperkukuhkan parti serta Kerajaan.
107. Dalam kata lain, UMNO dalam usia lebih 7 dekad semakin matang dan mengamalkan politik sihat serta cenderung kepada politik PEMERSATUAN, yang tidak confrontational atau berwatak ‘kaki gaduh’, apatah lagi untuk mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan.
Saudara dan Saudari,
108. Dari sudut ekonomi, bagaimana pembangkang tak habis-habis menyebar fitnah, kononnya Malaysia is a failed state dan bakal bankrap.
109. Sedangkan faktanya, pertumbuhan KDNK negara pada suku ketiga tahun 2017 ini, berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.
110. Bahkan kedudukan ekonomi sekarang, terbukti jauh lebih baik daripada KDNK negara pada 1998, iaitu penurunan -7.4 peratus, di zaman pimpinan bekas negarawan itu.
111. Manakala, Rizab antarabangsa terkini pula sebanyak 429 bilion ringgit, berbanding 1997/1998, ketika kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanyalah 59.1 bilion ringgit,…
112. Fikirlah sendiri,… kalau rizab serendah 59.1 bilion ringgit, belum campur 31 bilion ringgit, yang hilang entah ke mana, pun negara masih tidak dituduh bankrap.
Saudara dan Saudari,
113. Sesungguhnya lagi, kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh negara kita bukanlah cakap-cakap kosong, sebaliknya, fakta-fakta pencapaiannya, telah diiktiraf oleh Badan-Badan Penarafan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi di persada antarabangsa.
114. Terkini, menurut Global Competitiveness Report 2017/2018 oleh World Economic Forum, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 di dunia, sekaligus merupakan Top Emerging Economy in this region. Saudara dan Saudari,
115. Dalam bidang pendidikan pula, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah adalah percuma. Manakala, di Peringkat Universiti atau pengajian tinggi, 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh Kerajaan.
116. Hasilnya, QS University Ranking 2017/2018 melaporkan pula, lima buah Universiti Penyelidikan di Malaysia, tersenarai antara satu peratus terbaik dunia,… Syabas kepada warga pendidikan tinggi!
117. Dalam hal ini, pernyataan pihak pembangkang untuk memberikan pendidikan tinggi percuma, ternyata bercanggah. Sedangkan Universiti Selangor, milik Kerajaan negeri, di mana kita tahu, yuran pengajian pelajar dan lain-lainnya masih tidak percuma. Tengok,… hah,… satu lagi PEM-BO-HO-NGAN. Siapa yang kena bohong? Rakyat,…!!! Ini yang kita tidak mahu!
118. Selanjutnya saudara-saudari, semenjak 2010, Kerajaan memperuntukkan melebihi 192 bilion ringgit untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat.
119. Kini, kita sudah ada 356 buah Klinik 1Malaysia, yang telah menerima 26.7 juta pengunjung. Bayangkan,… mana nak ada negara dalam dunia yang memberikan perkhidmatan kesihatan serendah satu ringgit sahaja? MELAINKAN, KERAJAAN PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
120. Ubat pun kadang-kadang sampai ‘satu genggam’ diberikan.
121. Ini belum dikira bersalin di Hospital Kerajaan, yang hanya mengenakan bayaran serendah 50 ringgit sahaja, berbanding di Hospital Swasta yang kos puratanya sekitar 5 ribu ringgit.
122. Laginya, bagi setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018, Kerajaan akan hadiahkan 200 ringgit dalam bentuk Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, yakni skim yang pertama kali diperkenalkan.
123. Saudara-Saudari,… dalam bab ini, Saya diberitahu oleh Ketua Puteri bahawa, para Puteri akan menjadi antara penyahut tegar kepada seruan ADAM50. Tapi,… Wanita pun ramai yang boleh lagi tu,…
124. Di sudut lain, sejak Program Transformasi Kerajaan dilaksanakan pada tahun 2010, pelbagai hasil kejayaan, telah muncul satu persatu.
125. Contohnya UTC, yang menjadi game changer dalam Perkhidmatan Awam, turut diakui sebagai model terbaik perkhidmatan Kerajaan di peringkat dunia.
126. UTC ini dipuji ramai kerana, Pusat Khidmat Sehentinya, mampu beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam, 7 hari seminggu.
127. Kita berbangga dan bersyukur, mana ada negara lain di dunia, yang mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan,… MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
128. Di sisi lain, sejak BR1M diperkenalkan, lebih 25 bilion ringgit telah kita agihagihkan. Ini belum termasuk pemberian BR1M tahun 2018, sebanyak 6.8 bilion ringgit, memanfaatkan lebih 7 juta penerima, sehingga jumlah mencapai 1,200 ringgit seorang.
129. Tentang BR1M ini pun, dulu dituduhnya kita merasuah rakyat, tapi sekarang sudah terbalik, dan membuat U-turn jika mereka memerintah, konsep subsidi bersasar BR1M yang kita buat, akan ditiru pulak pelaksanaannya. Inilah perangai depaaa,… apa namaaa,… Asyik dok U-turn, U-turn, dan U-turn,…
130. Selanjutnya, kita telah wujudkan pula lebih 180 buah Kedai Rakyat 1Malaysia, yang menjual barangan keperluan pada harga yang lebih rendah. Pada tahun hadapan, kita akan tambahbaik KR1M kepada KR1M 2.0, yang saya akan lancarkan sendiri tidak lama lagi.
Saudara dan Saudari,
131. Bercakap soal GST pula, terbukti ia menjadi penyelamat ekonomi kita, kerana tanpa kutipan GST 41 bilion ringgit, bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.
132. Sebaliknya, pihak pembangkang sampai hari ini, masih tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi zerorated,… terbaru, Lim Guan Eng pulak, mintak separuh-separuh diberi kepada Kerajaan Pulau Pinang dan ada pulak pendapat, nak kembali kepada SST,…
133. Hrmm,… tulah dia pembangkang,… macam saya sebut sebelum ini,… THE ONLY THING CONSISTENT WITH THEM AS THE OPPOSITION IS THAT, THEY ARE CONTINUOUSLY IN-CON-SIS-TENT.
Saudara dan Saudari,
134. Berkenaan hal tol, dalam Bajet 2018, Kerajaan Barisan Nasional bersetuju memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.
135. Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat. Pulak dah,…! Satu lagi PEM-BO-HO-NGAN,…
136. Sedangkan dulu, bukankah Mahathir itu ‘Bapa-Segala-Tol’,…
Saudara dan Saudari,
137. Kepada rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda, setakat ini, Kerajaan sudahpun mewujudkan 2.26 juta pekerjaan, dengan sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020.
138. Malah, di era Digital Economy, dengan pelancaran DFTZ, menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara China, dijangka mampu mewujudkan lebih 60 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu kepada anak-anak muda.
139. Selain itu, pembangunan Tun Razak Exchange, dijangka akan menjana 40 bilion ringgit kepada ekonomi dan membuka 40 ribu peluang pekerjaan.
140. Pembangunan Bandar Malaysia pula, dijangka menjana sekitar 170 bilion ringgit, dengan mewujudkan lebih 200 ribu peluang pekerjaan, yang bakal menjadi satu Bandar Pintar Termoden di rantau ini.
141. Di samping itu, melalui pembangunan Menara Warisan Merdeka-PNB, bakal mencipta rantaian ekonomi berjumlah 11 bilion ringgit dan mewujudkan lebih 10 ribu peluang pekerjaan baharu. Menara setinggi 118 tingkat ini, setakat ini dijangka akan menjadi bangunan KE-TIGA TERTINGGI DI DUNIA. Saudara dan Saudari,
142. Sememangnya, Kerajaan pimpinan UMNO ini, akan terus mempertinggikan Islam dan Syiarnya berasaskan kerangka Maqasid Syariah, yang mengikut tiga keutamaan, iaitu:
143. Dho’-ru-riyat, yakni keperluan asas utama, Haa-Ji-Yat yakni, perkara yang diperlukan oleh manusia, supaya tidak berlaku kesulitan kehidupan serta ketiganya, Tah-si-niyat yakni, sesuatu yang sekadar menjadi penghias untuk kesempurnaan hidup.
144. Demikianlah juga, Prinsip Wasatiyyah, dalam memajukan negara, sehingga Malaysia sekarang, diiktiraf dunia, sebagai sebuah model negara Islam yang maju, progresif lagi dinamik.
145. Lantaran, di peringkat antarabangsa, Kuala Lumpur mengamalkan dasar berbaik-baik dan terbuka dengan negara-negara luar, terutamanya kuasakuasa besar seperti China, Amerika Syarikat, Jepun, India dan Arab Saudi.
146. Terkini, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr. Saleh A-lu Talib, yang melawat Malaysia, minggu lepas, menyatakan pandangan bahawa, dalam hal memperjuangkan Islam dan Syiarnya dalam kalangan masyarakat majmuk, SESUNGGUHNYA MALAYSIA, BERADA PADA LANDASAN YANG BETUL LAGI BENAR.
147. Ujar beliau lagi, sambil memuji prinsip TAWAZUN atau pendekatan WASATIYYAH yang diamalkan, di mana pendekatan Malaysia menolak fahaman ekstremisme seperti IS dan Daesh, namun tidak juga berpegang kepada aliran yang terlalu liberal.
148. Dek kerana itulah, negara ini jelasnya, bukan sekadar menjadi HARAPAN umat Islam di rantau sebelah sini, malah dipandang tinggi oleh Dunia Islam seluruhnya.
149. Dalam erti kata lain, Malaysia adalah THE TRUE FACE OF ISLAM, di mana THE PEACEFUL CO-EXISTENCE OF DIFFERENT FAITHS… MAMPU BERLAKU DI MALAYSIA, DAN TIDAK MUDAH DILAKSANAKAN DI NEGARA ISLAM YANG LAIN.
150. Di sudut ini juga, kita mengatur syukur apabila skor Indeks Syariah Malaysia pada tahun ini terus meningkat kepada 76.06 peratus.
151. Pada sisi kemanusiaan pula, Malaysia akan terus prihatin dan berperanan aktif di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah kita di serata dunia, umpamanya di Myanmar dan di Palestin.
152. Menariknya lagi, kita adalah negara pertama di dunia yang menyediakan Field Hospital atau Hospital Medan di Cox’s Baazar, Bangladesh, khusus untuk pelarian etnik Rohingya.
Tan Sri Pengerusi Tetap, Saudara-Saudara Seperjuanganku Sekalian
153. Sesungguhnya,… UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya Agama Islam serta Syiarnya, bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia.
154. Jadinya, minggu ini pabila kita dikejutkan dengan cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci Umat Islam, yakni Baitul Maq-dis sebagai Ibu Negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai Umat Islam dapat menerimanya sampai bilabila.
155. Makanya, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya,… agar dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia, bahawa,… KITA MENOLAK SEKERAS-KERASNYA CADANGAN MENJADIKAN BAITUL MAQ-DIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL SAMPAI BILA-BILA. Justeru,…
Ya Allah Ya Tuhan,…
Kami berlindung denganMu dari kejahatan musuh kami,…
DiKau satukanlah hati-hati kami,…
DiKau cerai-beraikan himpunan mereka,…
DiKau pisahkanlah kesatuan mereka,… dan,…
Ya Allah,…
DiKau goncangkan serta hancurkanlah perancangan mereka.
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Saudara dan Saudari,
156. Berkait soal ini juga, Saya bersependapat dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapannya menyebut bahawa, kita perlu ‘buta warna’ dalam hal kemanusiaan. Sebab itulah, kita mempraktiskan amalan BER-MUSYAWARAH DALAM UMNO SERTA BARISAN NASIONAL SEBAGAI SEBUAH KELUARGA BESAR.
157. Bagai dimadah Melayu lama, jika tidak sebanyak,… sedikit pun jadilah jua,… satu perjuangan bukan sahaja dari SUARA UMAT ISLAM Malaysia, malahan, suara kemanusiaan dunia yang diwakili Kerajaan Malaysia Pimpinan UMNO.
158. MANAKALA DENGAN PARTI PAS,… Saudara-Saudari,… PENDIRIAN KITA AMAT JELAS IAITU, HUBUNGAN KITA DENGAN MEREKA ADALAH TERASAS, DEMI KEPENTINGAN UMMAH, SEKALIPUN PANDANGAN POLITIK TETAP BERBEZA.
Saudara dan Saudari,
159. Berbalik kepada hal mempertinggikan Syiar Islam, Kerajaan pimpinan UMNO, sejak bertahun-tahun, terus memberi bantuan sewajarnya kepada para Imam, Bilal, Guru KAFA, Guru Takmir, termasuk juga Tok Siak, yang kesemuanya berjumlah lebih 65 ribu orang.
160. Kerajaan juga akan terus membangun, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara pusat-pusat Tahfiz di seluruh negara, menerusi GIAT MARA, dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit supaya ia lebih selamat, kondusif dan selesa.
Saudara dan Saudari,
161. Sewaktu Saya umumkan peruntukan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Ketua Menterinya sungguh berterima kasih kepada kita.
162. Tetapi, apabila tiba waktu undi untuk meluluskan Bajet 2018, ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, telah menolak Bajet 2018.
163. Malah, sewaktu banjir besar di Pulau Pinang, pada 5 November lalu, Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, merayu sehingga hampir menangis ketika menelefon Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, memohon bantuan seraya menyebut,.. selamatkan Pulau Pinang,.. selamatkan Pulau Pinang.
164. Ternyata, sekali lagi, DAP menunjukkan belangnya. Sudahlah tidak menyokong Bajet 2018, ditolak pulak bantuan Bajet yang nak dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Sedangkan mereka yang merayu dan meminta.
165. Selepas itu, apabila Saya dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Pulau Pinang, dituduhnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan semasa banjir. Inilah sekali lagi, PEM-BO-HO-NGAN dan PE-NI-PU-AN.
166. Inilah juga manifestasi perangai buruk DAP. Sepertimana disebut pepatah Melayu lama, dengan ikhlas ‘Susu yang kita hulurkan,… tuba pula jadi balasan.’
Saudara dan Saudari,
167. Dalam pada kepimpinan UMNO yang menunjang Kerajaan menyeru ke arah kesepaduan nasional dan saling hormat menghormati antara kaum, nampaknya pihak pembangkang pula, semakin sempit sudut pandang politik, berkaitan etnik dan kaum ini.
168. Di sisi Kerajaan, tidak kiralah apa keturunan etnik bangsa, pada kita, keseluruhan lebih 32 juta rakyat negara ini adalah ANAK-ANAK 1MALAYSIA.
169. Bertambah pelik lagi, seorang bekas Presiden UMNO sendiri yang kini pemimpin utama parti pembangkang, masih terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah, sehingga sanggup mencerca etnik keturunan Bugis.
170. Betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini. Sedangkan UMNO meraikan kepelbagaian etnik dan rumpun Melayu, waima, ‘MAMAK MALABARI’ dari ‘KERALA’ pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak pulak kita suruh pulang.
171. Yang seorang lagi pulak, Saya berziarah ke hospital MELAWAT beliau yang sedang sakit, atas sifat kenalan lama. Saya hanya MELAWAT, sebab itu Saya bawa isteri bersama.
172. Tapi,… keikhlasan kami itu, tampaknya diperli dipantun pulak.
173. Ini jawapannya,…. Dengar ya,… Burung Merpati Terbang Sekawan, Hinggap Seekor Di Atas Dahan, Kita Sahut ‘Lawan Tetap Lawan’, Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan.
BAHAGIAN IV : BERGURU DARIPADA SIRAH DAN SEJARAH
Saudara-Saudari Seperjuanganku Sekalian,
174. Lalunya, sebelum kita melangkah ke gelanggang tempur, selaku Presiden UMNO, Saya menaruh yakin dan percaya terhadap segala kerja keras oleh setiap peringkat dan Sayap-Sayap parti, sepanjang beberapa tahun ini, terutama tempoh-tempoh yang membawa kita menuju fasa akhir persiapan Pilihanraya Umum Ke-14.
175. Maka itu, sebagai mempersiap-siagakan UMNO dan Barisan Nasional, suka Saya mengajak semua pihak mengambil iktibar, daripada beberapa mafhum firman Allah di dalam Al-Quran,…
176. Antaranya menerusi, surah-surah A-li I’mran, An-Nasru, An-Namlu dan AlAnkabut bahawa,… orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaanNya, Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan menuju kemenangan. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang berusaha dan bersabar.
177. Mafhum peringatan Allah ini, adalah supaya, kita sentiasa bersangka baik dan bertawakal terhadap Allah Hu Ta’ala, dalam setiap gerak langkah dan perencanaan hidup sama ada hal peribadi, keluarga, bermasyarakat, begitulah juga dalam berOrganisasi, berKerajaan apatah lagi berNegara.
178. Orang berpesan, belajar pada pengalaman, bergurulah pada sejarah. Jika dihimbau kisah perjuangan para Anbiya’, pemimpin-pemimpin besar tamadun serta peradaban terdahulu, terutamanya sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,…
179. Sejarahnya,… telah terjadi lebih 50 JIHAD semasa zaman Baginda di Madinah, di mana ada pendapat menyebut hampir 30 daripadanya, disertai oleh Rasulullah sendiri.
180. Iktibarnya, dalam konteks JIHAD kontemporari yang diperbuat oleh UMNO serta Barisan Nasional adalah, prinsip-prinsip berkaitan kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan, perjuangan serta kebijaksanaan yang berstrategi.
181. Ber-se-sekali itu, nilai-nilai yang terpancar, sewajib kita semai dan iltizamkan dalam perjuangan parti ini, telah pun Saya huraikan hampir kesemuanya di sepanjang 8 tahun lalu, di pentas yang sama ini,…
182. Merangkumi nilai-nilai besar seperti, pengorbanan, wala’ dan kesetiaan, disiplin dalam organisasi, kesabaran, ukhuwah, ketabahan, patriotisme, pentingnya tabayyun, amalan wasatiyyah, SO-LI-DA-RI-TI serta yang paling utama adalah ISTIQAMAH DALAM BERJEMAAH.
183. Begitulah juga, sebuah lagi episod penting yang perlu dijadikan teladan adalah, Pembukaan Kota Palestin oleh Khalifah Islam yang kedua yakni Saidina Umar Al-Khatab, sekitar tahun ke-16 hijrah, selepas kemenangan Perang Yarmuk daripada Kekuasaan Rom.
184. Menariknya untuk kita teladani tentang pembukaan Palestin itu adalah, berkait kepimpinan, strategi dan kebijaksanaan Saidina Umar, dalam memenangi hati penduduknya, yang tampaknya secocok sekali dengan dasar UMNO dan Barisan Nasional yang dipegang kita kini, iaitu, pendekatan PERSUASIVE and UNIFIER yakni, POLITIK MEMUJUK dan POLITIK MEMPERSATU.
185. Atas demikian, kita semua dalam UMNO dan Barisan Nasional, perlu menghayati baik-baik bahawa,… kejayaan JIHAD pimpinan-pimpinan terdahulu, bukanlah sekadar bergantung kepada doa dan sujud, tanpa diiring usaha yang bersungguh-sungguh, bersama strategi yang diatur, dengan penuh terancang serta pelaksanaan penuh bersistematik.
186. Itulah yang telah jelas terbukti dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam MENAKHODA Kerajaan selama ini.
187. Pokoknya, JIHAD itu juga bukanlah bererti hanya melalui peperangan atau mata pedang, sebaliknya JIHAD merangkumi sebarang bentuk aspek mengurus kehidupan dunia dan akhirat.
188. Jadinya, dapatlah kita katakan dengan segala kerendahan hati bahawa, parti UMNO yang memimpin Barisan Nasional selama enam dekad ini, telah perbuat sehabis baik dalam segala kudrat manusiawi yang ada.
189. Buktinya, setakat November 2017 sahaja, dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik,… dan sukacita Saya selaku Perdana Menteri mengumumkan bahawa, Akujanji Kerajaan Barisan Nasional yang telah dan sedang disiapkan sepenuhnya, setakat ini sahaja, telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya.
BAHAGIAN V : 5 SERUAN DAN SEMBOYAN PENENTU KEMENANGAN PRU KE- 14
Wahai Saudara-Saudaraku, Panglima Parti Sekalian,
190. Mulai tika dan saat ini,… kuatkan azam dan gantungkan tekad yang tinggi,… kita mara ke medan juang,… menuju kemenangan di Pilihanraya Umum nanti, dengan berbekalkan LIMA SERUAN DAN SEMBOYAN PERANG, PENENTU KEMENANGAN PRU Ke-14.
191. Pertama: BERGERAK-LAH SEBAGAI SATU PASUKAN.
192. Ertinya, kali ini, untuk mempastikan kemenangan besar, jangan teragak-agak lagi, kita mesti bergerak dalam saf yang padu, jemaah yang kukuh dan ketumbukan yang jitu. Kata orang,… Tiada air orang tayamum, Tayamum itu debu dan tanah, Ketua memimpin ahlinya makmum, Barulah UMNO mendapat berkah.
193. Lantaran, kepada semua Wanita UMNO, yang bukan lagi sekadar tulang belakang parti, bahkan, kini turut bergelar Ibu Terbaik Bangsa.
194. Junjunglah,… amanah dan tanggungjawab sebagai komandan kepada setengah juta ahli dan jentera JR Plus.
195. Lalu, kepada Wanita UMNO khususnya, berbekalkan SEMANGAT WANITA SEBAGAI WIRAWATI BANGSA ini,… turunlah padang,… dekatilah rakyat,… seraya gempurlah kubu pihak lawan,… dan PERANG MESTI MENANG!! Saudara dan Saudari,
196. Kepada para Pemuda UMNO pula, berpencaklah dengan berani, sebagai perwira harapan parti dan bangsa, dan tawanlah hati pengundi baharu,… berbekal semangat kejayaan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan SEA Ke-29,… junjunglah obor kecemerlangan itu, sehingga kita menang besar di Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.
197. Selanjutnya, kepada para Puteri UMNO, sebagai sayap paling bongsu dan taat kepada parti, usahlah segan, gentar dan bimbang,… gerakkanlah Skuad Puteri Peduli, demi menawan hati masyarakat, mengundi UMNO dan Barisan Nasional.
198. Seruan dan Semboyan kedua : BERGERAK-LAH DENGAN PENUH KEYAKINAN BAHAWA, KITA BERADA DI LANDASAN YANG BENAR LAGI BETUL.
199. Maknanya, kepada semua ahli UMNO dan Barisan Nasional, dengan idealisme dan semangat setiakawan serta kekeluargaan yang tidak boleh terpisahkan lagi, bagai rambut tersimpul mati.
200. Atas semangat itu,… pahatkan wala’ yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan. Pabila sudah ada calon yang dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi.
201. Bergeraklah, dengan winning mentality,… tanpa rasa takut dan gentar,… jangan ragu-ragu lagi,… bagi memenangi pilihanraya ini. Dengan penuh rasa tawadhuk, yakinlah,… kita di atas jalan perjuangan yang dirahmat lagi diredhai.
202. Bagi Seruan dan Semboyan yang ketiga : BERTINDAK-LAH DENGAN PANTAS, SELESAIKAN CABARAN YANG AKAN DIHADAPI SECARA SYURA DAN KEKELUARGAAN.
203. Justeru, sesekali jangan kita patah semangat dipukul badai perjuangan. Kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkalnya. Beringatlah: Keistimewaan Nabi dengan mukjizat, Kelebihan Umat dengan muafakat.
204. Berundinglah dalam semangat syura dengan penuh hemah dan berhikmah, kerana dalam syura itu Allah menjanjikan berkatnya.
205. Seruan dan Semboyan Keempat pula : BERTEMPUR DAN BERTARUNGLAH DI ALAM SIBER DAN DUNIA DIGITAL SEBAGAI PEJUANG SIBER.
206. Sebabnya, perang sebenar di pilihanraya kali ini adalah, PEPERANGAN DI ALAM SIBER DAN DUNIA DIGITAL. Kalau kita gagal menguasai dunia siber dan digital ini, maka apa yang kita usahakan selama ini, mungkin menjadi sia-sia.
207. Saya pasti setiap orang mempunyai ‘alat’ seumpama ini.
208. Oleh itu,… gunakanlah ia sebaiknya. Jangan diharap hanya kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja, kerana sesungguhnya, kita lebih 3 juta Ahli UMNO atau lebih 7 juta Ahli Barisan Nasional, SETIAP SEORANG ADALAH PEJUANG SIBER YANG SEBENARNYA.
CRESCENDO
209. Dan Seruan serta Semboyan yang terakhir pula : BERTARUNG-LAH DENGAN SEMANGAT JUANG DAN TEKAD YANG TINGGI BAHAWA, KITA TELAH BERBUAT SEHABIS BAIK, BERUSAHA DAN MERANCANG SEMAMPU MUNGKIN, LALU YANG TINGGAL, BERSERAH BULAT-LAH, SAMBIL BERTAWAKAL KEPADA ALLAH HU TA’ALA.
210. Maka itu, kepada semua Ahli dan Jentera parti UMNO serta Barisan Nasional, misi kita adalah satu, haluan besar kita juga ADALAH SATU, kekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti PILIHAN UTAMA RAKYAT. Kerana,… UMNOLAH,… PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI NEGARA BANGSA.
211. Sepertimana Allah menyeru di dalam Al-Quran, bahawa kita dikurniakan akal fikiran, dua mata untuk melihat, lidah untuk kita bersuara, dua tangan untuk bertindak serta dua jalan yang terbentang untuk dipilih bagi menentukan halatuju hidup peribadi, keluarga, masyarakat dan bernegara.
212. Makanya, mahu tidak mahu, kita mesti menawan dan meyakinkan hati rakyat kerana sudah tiba masanya wajib bagi mereka menggunakan kebijaksanaan masing-masing yang dikurniakan Tuhan untuk membuat keputusan mutlak sebagai hakim kepada Pilihanraya kali ini. Dua pilihan itu adalah:
213. Sama ada ingin menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang benderang, dengan segala harapan pasti, melonjak negara ke masa hadapan, di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang terbukti progresif, sarat dengan rekod-rekod prestasi yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
214. Atau,… berbanding jalan yang bukan lagi sekadar suram dan samar, di bawah cengkaman Dinasti DAP,… bahkan teraba-raba tanpa arah tuju, kelam-gelita penuh dengan tipu daya dan akhirnya kelak hanya akan mengheret kita KEMBALI KE MASA PURBA DAN SILAM, DENGAN AMALAN-AMALAN KRONISME DAN PEMERINTAHAN ‘KUKU BESI’.
215. Dan yang anehnya, sehingga ada yang masih sanggup dipimpin oleh seorang yang usianya seperti SENJA MENITI MALAM, sedangkan bekas Presiden Mugabe di Zimbabwe yang seangkatan umur dengannya, kini telah pun ditolak oleh rakyatnya sendiri.
216. Yang paling mustahaknya, Kerajaan UMNO BARISAN NASIONAL ini, ingin menjunjung Malaysia, bukan sekadar menjadi jaguh di rantau sini, bahkan Agenda kitalah yang terlebih superior lagi terbaik menuju TN50 nanti, tersenarai sebagai 20 negara terunggul di dunia and we will continue to keep the bar high for Malaysia,… PAR EXCELLENCE DUNIAWI, PAR EXCELLENCE UKHRAWI.
217. Lantas,… UNTUK MEMPASTIKAN KEMENANGAN BESAR KALI INI, SAYA PERINGATKAN KEPADA SEMUA, JANGANLAH DITIRU SIFATNYA PAHAT. WALAU BAGAIMANA IA TAJAM, SEKALI DIKETUK, SEKALI DIPUKUL, BARU BERGERAK. TETAPI, TIRULAH RESMINYA GERGAJI YANG TAJAM. PULANG DAN PERGINYA MEMBAWA KEPUTUSAN.
218. Kata orang,… KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIHNYA AYAH BERKORBAN RAGA, KASIHNYA KITA KEPADA PARTI,… TIADA PENGHUJUNGNYA.
219. Lalunya juga, berbekalkan kemenangan besar Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11, yang telah dimulakan tiupannya oleh Apai Besai Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, kini diteruskan pula oleh Yang Amat Berhormat Abang Jo, moga semangat Bumi Kenyalang yang sedang marak membara, akan sekali lagi berhembus kencang ke Tanah Semenanjung.
220. Juga pastinya, semangat patriotisme menggunung setinggi Kinabalu oleh Urang-Urang Sabah, yang pantang seinci pun Tanah Lahad Datu dirampas orang,… setinggi itulah juga, kita kembangkan layar BAHTERA BESAR PARTI UMNO dan BARISAN NASIONAL menuju gerbang kemenangan.
221. Seraya itu, ayuhlah,… ayuhlah,… kita buktikan bahawa, UMNO bukan sahaja untuk Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan Nasional,…Tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya,…
PARTI BER-KA-RO-MAH UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
222. Kendati itu, kalau digantung kita tinggi,… biar dicincang kita lumat,… namun,… menyerah tidak sekali-kali.
PERANG KALI INI, KITA GEMPUR HABIS-HABISAN!!
PILIHANRAYA INI, PASTI MENDAPAT MENANG!!
DAN,…
PUTRAJAYA TETAP KITA PERTAHANKAN !!
Kepada Allah jua kita berserahkan diri dan parti ini, zahir dan batin.
HIDUP UMNO!
HIDUP BARISAN!
HIDUP MALAYSIA!
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama