-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Isnin, 25 Disember 2017

[BONGKAR] PANAS!!! Ramai Yang Terkorban, Termasuk Menjadi 'MANGSA KORBAN' Demi Mempertahankan Kuasanya Selama Tempoh 22 Tahun... Kenali 'KAMBING HITAM' Tun Mahathir... #SahabatSMB

TUN MAHATHIR DAN KAMBING HITAM...


■ Tun Mahathir mengkritik DS Najib sesuka hati mungkin akan dapat sedikit 'Pulang Paku Buah Keras'. 

■ Tun terlupa semasa beliau masih sebagai Perdana Menteri Malaysia banyak sejarah hitam berlaku, antaranya  peristiwa Memali dan juga kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance(BMF)  Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Dikala itu tidak pula mantan sebelum beliau membangkitkan soalan siapa arah bunuh bahkan lenyap begitu sahaja kisah tersebut.


■ Manakala bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal dunia dalam buangan di London pula dikatakan sehingga masuk kubur membawa rahsia Tun Mahathir.

■ Berlakunya peristiwa berdarah Memali juga menjadikan anak beranak arwah Ibrahim Libya dan keturunanya juga keturunan pengikutnya sehingga hari ini membenci Barisan Nasional terutamanya UMNO.


■ Yang menjadi kambing hitam adalah Tun Musa Hitam kononnya Tun tiada dalam negara. Fakta ini didedahkan oleh Tun Musa Hitam sendiri dan tak pernah berjawab oleh Tun Mahathir diwaktu itu beliau berada dalam negara. Inilah tindakan licik Tun Mahathir, segala masalah dibiarkan orang lain memikulnya dan beliau kekal sebagai orang yang bersih. 



■ Tun Musa Hitam mendedahkan,semasa berlaku peristiwa berdarah di Memali bahawa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

■ Jika Tun Mahathir dan kuncu2nya mahu DS Najib jawab masalah berkaitan 1MDB, Tun Mahathir juga perlu jawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kematian Jalil Ibrahim, Juruaudit yang menyiasat skandal BMF. Arwah dibunuh dan dalam poket beliau mengandungi duit siling Malaysia manakala dokumen lain tidak dijumpai.

■ Tun Musa telah bangkitkan sebelum ini bahawa Tun Mahatir membiarkan beliau dengan beban memikul segala kesalahan tersebut. Tun Mahatir juga perlu akui bahawa hubungan amat rapat beliau dengan Abdullah Ang yang mengetuai MOIC. Banduan ini mendapat layanan istimewa dan bebas keluar masuk walaupun sedang menjalani hukuman penjara akibat pecah amanah. Kenapa beliau diamkan tingkahlaku ini biarpun didedahkan oleh Zainuddin Maidin?. 


■ Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Tun Mahathir tahu sejarah ini, Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran  sebanyak RM2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia. 



■ RM 2.5billion pada waktu itu  jumlahnya  amat  besar bagaimana boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.

■ Semasa skandal RM2.5 billion sedang hangat dibual oleh rakyat Malaysia, rata2 mengatakan mustahil boleh berlaku tanpa pengelibatan pemimpin tinggi negara, cuma tiada bukti untuk dituju kepada sesiapa disebabkan pada waktu itu beliau mengawal media dengan ketat.

■ Rakyat takut berkata2 dan membuat tuduhan secara terbuka. Operasi Lalang dan berpuluh lagi operasi untuk menutup mulut pengkritik beliau. Hari ini dengan dunia tanpa sempadan dan beliau tanpa rasa bersalah amat mudah menuduh kononnya berlaku  penyelewengan dalam urusan  1MDB. Beliau membuat tuduhan kepada DS Najib dengan tanpav menunggu laporan Ketua Audit Negara. 


■ Tak cukup dengan itu dikaitkan juga anak tiri DS Najib bagi mengambarkan peribadi DS Najib amat buruk dan tidak boleh dipercayai.

■ Dikala Negara dihormati dan diberi pengiktirafan oleh banyak negara dunia beliau seolah memperkecilkan orang yang beliau persetujui pilihan Tun Abdullah ahmad Badawi untuk memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Jika DS Najib begitu teruk maka orang yang memilih mungkin telah nyanyuk atau buta.

■ Biarpun 1MDB mencatat keuntungan pada 2010 sebanyak 424 juta, (2011) sebanyak 544 juta, (2012) sebanyak 44 juta, (2013) sebanyak 778 juta dan hanya rugi sekali sejak ditubuhkan iaitu pada (2014) sebanyak 665 juta.

■ Namun keburukan 1MDB juga yang dicari, antara sebabnya kerana DS Najib Perdana Menteri Malaysia yang tidak lagi mahu mengikuti kehendak mereka. Akhir2 ini banyak perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir seperti IPP, Kontrak lebuhraya telah disemak semula dan diambil alih oleh 1MDB. Ianya menyekat laba keuntungan yang merugikan rakyat dan menguntungkan kroni beliau. Bayangkan jika Tun Mahathir masih perdana menteri sudah pasti kembang hidung para kuncu2nya mempertahankan beliau.


■ Ramai para pembenci DS Najib minta diperjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB, DS Najib bukan tidak mahu memberi penjelasan dan jawapan, sebaliknya masih menunggu siasatan daripada audit forensik. 

■ Biarlah pihak Audit menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan membentangkan laporan mereka kepada Parlimen terlebih dahulu. DS Najib bukan Tun Mahathir yang akan mengawal segalanya bagi menyelamatkan tengkuk sendiri.

■ Tengku Razaleigh yang pernah menjadi mangsa Tun Mahatir kini berubah menjadi sahabat untuk mengkritik DS Najib. Tapi akhirnya Ku Li sedar dan kembali menyokong DS Najib. Tengku Razaleigh pernah dikaitkan dengan skandal BMF dan dituduh sebagai penyamun ditengah tengah masyarakat, tapi Tengku Razaleigh bersumpah demi Allah beliau tidak terlibat dengan BMF. 



■ Bolehkah Tun Mahathir memberi tahu siapa sebenarnya terlibat dalam skandal BMF?. yang melibatkan seorang juruaudit dibunuh.

Nukilan asal  : Rozmi Mokhtar
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE