Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! E-Village Dan Biovalley Bukti KERAKUSAN Empayar Tun Mahathir... Ikuti Pembongkarannya... #SahabatSMB

CERITA DI SEBALIK KEGAGALAN PROJEK E-VILLAGE DAMBAAN EMPAYAR TUN MAHATHIR.


"... Mahathir himself has acknowledged that the Mulimedia Super Corridor (MSC), which has so far cost USD$4 billion, has not met expectations. Now the Multimedia Development Corporation (MDC) is promising a more focused plan. Officials speak of the need to create global companies if the MSC is to be more than just another tech park...."

-William Mellor-
17 Ogos 2001
Asiaweek

■ Satu Kertas Kerja bertajuk "Pembangunan Industri Filem Tanah Air" telah disediakan oleh pihak Mulimedia Development Corporation (MDC) bagi merealisasi perancangan industri perfileman Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-8. Ianya memberi fokus kepada koloborasi kreativiti dan teknologi di dalam menghasilkan produk perfileman atau pun cerita2 yang berformatkan digital. Pembikinan filem bukanlah tujuan utama di bawah perlaksanaan projek E-Village.

■ Sebagai permulaan, pihak MDC telah menubuhkan syarikat Mytec Development Sendirian Berhad bagi membangunkan E-Village secara usahasama (joint venture) dengan Syarikat Entertainment Village Sendirian Berhad yang dilantik sebagai pemaju utama projek ini.

■ Keluasan tanah untuk pembangunan E-Village adalah 485 hektar (1200 ekar), manakala 484 hektar (1196 ekar) untuk Biovalley. Peruntukan sebanyak RM2 bilion (S$937,000) digunakan untuk membentuk 3 institut kaji selidik di Biovalley di bawah rancangan pembangunan negara antara 2001-2005. Lokasi tapak kedua2 projek tersebut terletak di Dengkil berhampiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. 

■ Pada Disember 2000 Datuk Ibrahim Abdul Ghafar telah dianugerahkan projek E-Village bernilai USD 790 juta (sekitar RM3.2 bilion) untuk membangunkan studio bercirikan Hi-tech dan 'Theme Park' berunsur Disneyland. Rangkuman 2 projek ini telah menjadi satu kompleks yang yang dipanggil E-Village atau Entertainment Village (perkampungan hiburan). 

■ Pembangunan E-Village pada asalnya dianugerahkan kepada Datuk Keramat Holdings Bhd (DKH) sebuah syarikat tersenarai di mana Datuk Ibrahim merupakan timbalan pengerusi syarikat. Kumpulan DKH memiliki Levesden Studios di London tempat di mana perfileman Star Wars Episode 1 bertajuk "the Phantom Menace" telah difilemkan. Akan tetapi, rentetan daripada satu krisis dalaman yang berlaku, DKH telah menyingkirkan Datuk Ibrahim daripada lembaga pengarah DKH. 

■ Maka, Mulimedia Development Corporation (MDC) sebuah badan kerajaan yang mengawasi MSC telah menarik keluar projek E-Village daripada DKH dan memberi kuasa sepenuhnya kepada Datuk Ibrahim sahaja bagi melaksanakan projek mega ini. Tetapi malangnya Datuk Ibrahim sudah tidak lagi mempunyai laluan kepada Levesden Studios!. 

■ Syarikat Entertainment Village Sendirian Berhad milik Datuk Ibrahim juga menghadapi masalah kekurangan dana untuk meneruskan projek E-Village. Ianya memaksa MSC mengeluarkan pinjaman bersamaan USD7 juta (RM30 juta) dalam bentuk 'loan stocks'. Pada ketika itu juga, pihak pengurusan MSC berusaha sedaya upaya membantu Datuk Ibrahim mencari pelabur baru yang boleh menyuntik modal bagi menyambung semula projek yang dikecilkan skalanya. Terdapat 2 pelabur yang berminat dengan projek E-Village, iaitu Lim Goh Tong, taikun kumpulan judi Genting dan TS Syed Mokhtar al-Bukhary.

■ Tetapi apabila satu laporan daripada pihak perunding dibocorkan kepada media massa yang menggambarkan MDC sebagai terlalu taksub dengan birokrasi, membiarkan proses pembaziran berleluasa untuk para kroni dan wujudnya saingan hebat daripada wilayah2 hi-tech di negara lain telah mencetus kurang minat pelabur2 untuk menanam modal. Ianya diburukkan lagi apabila pihak MSC menghadapi kesulitan menyediakan pekerja mahir dalam bidang IT.


■ Projek  E-Village akhirnya tidak mampu bertahan atas sebab2 utama iaitu i. Kekangan sumber kewangan dan ii. Syarikat tiada pengalaman kerja dilapangan. Semasa projek sedang berjalan, ada beberapa kontraktor yang telah melakukan kerja2 awal menyaman syarikat ini dan MDC kerana terdapat kerja2 awalan gagal dibayar oleh syarikat.

■ Link di bawah menunjukkan satu kes saman yang dikemuka oleh syarikat animasi Astrio melawan pihak Multimedia 
Development Corporation (MDC), Arif Nun, Kamil Othman, MoF & MITI ekoran dari kerugian RM8.7 juta oleh syarikat Astrio dalam projek E-Village yang dilancarkan oleh Tun Mahathir tahun 2002.


■ Menurut wartawan Asiaweek William Mellor, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir mengaku bahawa MSC yang membelanjakan USD4 bilion tidak mencapai taraf yang diidamkannya. Persoalan: Mengapa mantan Perdana Menteri Tun Mahathir bersungguh2 menganugerahkan projek E-Village kepada Datuk Ibrahim Abdul Ghafar?. Sedangkan Datuk Ibrahim tidak mempunyai modal pusingan dan tiada pengalaman kerja2 dilapangan!. Adakah perlu satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kerugian wang berbilion2 US dollar?.

Sumber  : Rozmi Mokhtar

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama