-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 3 November 2017

[BONGKAR] PANAS!!! Husni Dedah Antara Sebab Beliau Berpaling Daripada Menyokong DS Najib Sebelum Ini... #SahabatSMB

APABILA DS AHMAD HUSNI HANADZLAH BERKATA BENAR...


1. Semalam, satu kejutan berlaku di parlimen tanpa disangka-sangka... aku yakin, bukan sahaja di pihak ahli2 parlimen BN, malah ahli2 parlimen pembangkang juga tidak menduga ucapan yg disampaikan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua yg juga ahli parlimen Tambun, YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, memuji pencapaian kerajaan BN pimpinan YAB DS Mohd Najib Tun Abd Razak malah turut mengikhtiraf Bajet 2018 sebagai yang TERBAIK, satu bajet yg holistik walaupun berdepan dengan kesuraman ekonomi yg sangat mencabar...

2. Itulah sebenarnya Malaysia... tidak seperti yg sering digambarkan oleh puak pembangkang... aku yakin, luahan Ahmad Husni semalam bukan satu retorik, jauh sekali untuk kita andaikan bahawa beliau telah 'dibeli'... ia merupakan kisah benar yg lahir dari hati nurani seorang pemimpin yg mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yg berjaya... kisah benar ini juga adalah hasil penilaian yg dibuat oleh beliau selama tempoh beliau tidak lagi berada dalam kjaan... beliau memerhati, mengkaji, menganalisa, membuat perbandingan dan akhirnya, semua ini digarap dan dibuat penilaian... maka, segala yg diluahkan di parlimen semalam adalah hasil penilaian yg beliau buat selama ini...


3. Puak pembangkang mungkin menjangkakan bahawa Husni akan gunakan peluang berhujah untuk membidas kjaan UMNO BN dan mengkritik Bajet 2018... malangnya bukan itu yg berlaku, malah awal2 lagi Husni sudah menempelak pembangkang yg gemar menggunakan pentas parlimen untuk berhujah secara beremosi, tidak seperti apa yg pernah beliau lihat ketika diundang menghadiri sidang Kongres di Amerika, parlimen di UK dan Tokyo, yg mana rata ahli parlimen di sana jauh lebih matang ketika berhujah...




4. Husni turut mempertikai sikap pemimpin kjaan P. Pinang dan Selangor yg sering mendabik dada kononnya mereka berjaya mentadbir negeri2 tersebut tanpa memerlukan sebarang Pelan Transformasi Nasional... menurut Husni, kalau ada pun kejayaan dlm pentadbiran kjaan negeri tersebut, ia sebenarnya adalah tempias daripada kejayaan pelaksanaan Pelan Transformasi Nasional di peringkat persekutuan... mengambil contoh Greece yg kini berdepan kemelut ekonomi yg teruk hingga terpaksa berhutang untuk membiayai pengurusan negara, kesannya turut dihadapi oleh pentadbiran di 17 buah negeri di dalam Greece... ini bermakna, kemakmuran yg dicapai di peringkat persekutuan pasti akan mengalir hingga ke peringkat negeri sekaligus membantu kjaan negeri mentadbir negeri masing2, begitu jugalah sebaliknya seperti yg berlaku di Greece...

5. Husni turut mendedahkan pengikhtirafan yg dunia berikan kpd Malaysia selepas melihat kejayaan pelaksanaan Pelan Transformasi Nasional (NTP) sejak ia mula dilaksana pada 2009 sebaik sahaja YAB DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara... lebih dari 20 buah negara seluruh dunia telah menjemput team dari Malaysia yg terdiri drpd pakar2 dlm pelbagai bidang, yg bertanggungjawab merangka NTP dari awal hingga ia membuahkan hasil... mereka diminta membantu negara2 tersebut menyediakan pelan transformasi bagi meningkat ekonomi negara terbabit persis NTP...


6. Bercakap berkenaan bajet, Husni secara terbuka memuji komitmen kjaan menyediakan bajet yg holistik dan meminta semua pihak termasuk pembangkang agar memberi fokus dalam menjayakan bajet tersebut... malah beliau turut membuat perbandingan beberapa perkara antara bajet kjaan dgn cadangan belanjawan dari pembangkang...


7. Antara yg dibangkitkan adalah berkenaan janji pembangkang yg akan melaksanakan pendidikan percuma jika mereka memerintah... sebenarnya tidak ada yg percuma... malah jika diteliti negara2 yg memperkenalkan pendidikan percuma seperti Finland, Germany dan lain2, sebenarnya kos menyediakan pendidikan tersebut dibiayai melalui percukaian yg tinggi khususnya dlm sektor korporat... sbg contoh, cukai yg perlu dibayar setiap individu di Sweden adalah antara 24% hingga 58%... sedangkan di Malaysia cukai tertinggi baru mencecah 28%... adakah rakyat Malaysia sedia menaikkan cukai hanya untuk merealisasikan pendidikan percuma? Apatah lagi, hari ini, pelajar yg perlu menanggung sekitar 10%-20% sahaja kos pendidikan masing2, itupun dibantu oleh PTPTN... manakala sebahagian besar kos pendidikan, baki antara 80%-90% drpd jumlah keseluruhan sudah ditanggung melalui subsidi kjaan...

8. Seperkara lagi berhubung dakwaan kononnya peningkatan kos sara hidup berpunca dari GST... ini adalah satu dakwaan yang SALAH... kita mengkritik GST seolah-olah kita mempertikai pelaksanaan sistem cukai yg sama di 169 buah negara seluruh dunia... adakah kita jauh lebih bijak berbanding pakar seluruh dunia yg sudah pun mengikhtiraf sistem GST jauh lebih baik dari SST? 


9. 3 punca utama peningkatan kos sara hidup adalah :

i) supply push
ii) demand push
iii) import inflasion

Bayangkan, dengan hanya kita mengimport daging segar dari luar untuk kegunaan domestik, telah berlaku peningkatan kos mencecah 70%, yg mana tentunya ia perlu ditanggung pengguna... berdasarkan NTP, kjaan optimis untuk memajukan sektor pertanian dan ternakan ke arah modenisasi... malah bajet2018 juga turut melihat pertambahan jumlah peruntukan yg akan disalurkan kpd sektor ini... matlamatnya, Malaysia akan berupaya menyediakan sumber makanan utama kpd rakyat sekaligus dapat menyelesaikan masalah supply push, demand push dan import inflation...


10. Kerajaan juga sedang ke arah meningkatkan purata pendapatan rakyat... tidak dinafikan, Malaysia pernah mencatatkan purata peningkatan pendapatan yg sangat rendah sedangkan kos inflasi meningkat... melihat kpd ketidakseimbangan ini, DS Najib perlu memikirkan cara untuk keluar dari kepompong ekonomi konvesional yg telah mencapai tahap tepu... maka, salah satu transformasi yg dibuat adalah dengan memperkasakan penglibatan ekonomi ke arah Ekonomi Digital... peruntukan besar turut disediakan bagi membantu usahawan di pelbagai peringkat untuk menyertai bidang ini... apabila purata pendapatan meningkat maka tidak timbul lagi masalah bebanan peningkatan harga barang...

11. Dalam ucapan yg sama, Husni turut mendedahkan perkara sebenar yg telah menyebabkan beliau memilih untuk meletakkan semua jawatannya dalam kjaan dan parti, malah satu ketika turut mengkritik pentadbiran DS Najib secara terbuka... satu ketika, beliau merasakan DS Najib sudah gagal menunaikan janjinya bagi membanteras jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa yg semakin berleluasa... namun apa yg dilihat akhir2 ini ternyata berbeza... rakyat boleh melihat komitmen yg mula ditunjukkan oleh SPRM dalam menjalankan siasatan berhubung rasuah sekalipun melibatkan ikan2 jerung... ramai yg sudah disiasat dan didakwa termasuklah mereka yg bertaraf VVIP... lihat sahaja seperti kes melibatkan FELDA, KKLW dan lain2... DS Najib juga telah mengotakan janjinya untuk menempatkan pegawai SPRM di dalam jawatankuasa2 tertentu yg berpotensi berlakunya krisis kepentingan... begitu juga Ikrar Banteras Rasuah (IBR) yg merupakan juga komitmen kjaan yg mahu SPRM mempunyai direct access dengan mana2 kementerian, jabatan, agensi di bawah kjaan persekutuan... melihatkan hal ini, Husni kembali yakin dengan kepimpinan DS Najib...

11. Sebab itu, aku tidak pernah bersetuju bilamana ada pihak yg cuba memburuk-burukkan kepimpinan kjaan khususnya DS Najib sendiri, kononnya beliau tidak suka ditegur, tidak menerima pandangan dan nasihat orang lain dll... apa yg didedahkan oleh Husni membuktikan sikap sebenar Najib yg sangat terbuka, sedia menerima teguran dan nasihat yg berasas demi kebaikan negara... isunya, samada ia dapat segera dilaksana jika sesuatu pandangan yg diberikan itu bernas, atau kjaan perlu mengambil sedikit masa, bukan untuk melengah-lengahkan, tapi untuk memastikan pelaksanaannya dalam keadaan benar2 bersedia dan terbaik...



12. Selain itu, dalam kita menegur pemimpin, perlu ada etika dan mengikut saluran yg betul... bg mereka yg sudah berada di kedudukan kepimpinan sebenarnya lebih mudah untuk menegur... tetapi jika ada pemimpin yg mengkritik ketuanya di luar organisasi, dieksklusifkan pula lagi, sedangkan di dlm mesyuarat, pemimpin ini memilih untuk berdiam diri, malah turut menyokong perkara yg dibawa oleh ketuanya walaupun di luar, bergegar-gegar menghentam perkara tersebut, jelas sekali pemimpin berniat jahat dan tidak layak berada dalam saf kepimpinan... 

13. Begitu juga rakyat... bertuahnya kita kerana kjaan pimpinan Najib hari ini sudah menyediakan pelbagai saluran kpd rakyat bagi memberi pandangan mahupun mengkritik dasar2 kjaan mahupun barisan kepimpinan dalam kjaan... bukan sekadar polemik, tetapi kjaan sentiasa memandang serius setiap pandangan dan idea yg datang dari rakyat tanpa mengira latar belakang selagi mana ianya boleh memberi kebaikan kepada negara...

14. Apapun, syabas kepada DS Ahmad Husni Hanadzlah... beliau pernah berada dlm kjaan di kedudukan kanan selaku Menteri Kewangan Kedua... beliau juga pernah mendekatkan diri dengan kepimpinan pembangkang dan melihat cara mereka menguruskan kjaan negeri masing2 dan menguruskan parti... dan sekarang, ucapan Husni jelas memihak kpd kjaan pimpinan DS Najib... tentunya beliau sendiri sudah dapat menilai, mana yg lebih baik dari segenap segi, antara pembangkang Pakatan Harapan dengan kjaan Barisan Nasional...

ANDA SEBAGAI RAKYAT YANG BIJAK... BAGAIMANA???


#SahabatSMB
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE