-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 23 November 2017

[DEDAH] PANAS!!! Senarai Sebahagian Besar Bantuan Kerajaan UMNO BN Dan Agensi Di Bawahnya Kepada Mangsa Banjir Di Pulau Pinang... #SahabatSMB

RAKYAT AKAN NAMPAK BANTUAN KECIL DARI DAP KERANA IA SATU KEGANJILAN... 


Bencana banjir teruk yang melanda Pulau Pinang 4 November lalu telah membuka mata banyak pihak apabila bantuan tanpa putus telah disalurkan kepada mangsa banjir termasuklah kerajaan negeri.

Tidak kira daripada Kerajaan Persekutuan, UMNO, parti-parti komponen Barisan Nasional, agensi kerajaan, NGO serta syarikat swasta termasuklah individu persendirian tanpa memikirkan pendirian atau sempadan politik.

Sehubungan adalah tidak wajar jika membuat tuduhan mangsa banjir Pulau Pinang tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan Persekutuan dan pro kerajaan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang:-

01: PM Najib Razak sediakan RM1 Billion untuk projek-projek tebatan banjir.

02: #KP1M hantar 60 kontena barangan keperluan.

03: Bank Negara Malaysia (BNM) sediakan RM500 juta untuk PKS yang terjejas banjir.

04: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) beri penggantian passport percuma (gratis) untuk mangsa banjir.

05: PTPTN beri kelonggaran boleh membuat penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman.

06: DS Hishammuddin Hussein telah mengerah ATM yang merupakan antara bantuan paling awal diberikan kepada mangsa sebelum Guan Eng call, 200 anggota terlibat. Aset ATM yang dikeluarkan:

a: 2 helikopter Agusta.
b: 89 trak tiga tan.
c: 62 bot tempur.
d: 27 Land Rover.
e: 19 buah trak Tatra.
f: 4 helikopter EC725.
g: 2 helikopter Nuri.
h: 2 pesawat C130.
i: 1 helikopter Fennec.
j: 1 helikopter Super Lynx.
k: Wang enhsan RM500.00 bagi setiap seorang warga kementerian yang terjejas akibat banjir.

07: DS Zahid Hamidi hantar RELA dan konvoi NGO beserta barnagan bernilai RM90,000. Seramai 500 pegawai dan anggota termasuk 19 lori, 17 van, tujuh kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk membantu mangsa banjir.

08: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia. Bantuan seperti, bantal, selimut, pakaian dan peralatan memasak.

09: BIRO Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) hantar bantuan medik dan menyampaikan kit bantuan harian, dianggarkan lebih 6,000 keluarga menerima bantuan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.5 juta. Dan juga memberikan kepada 5100 pelajar Tahun 1 akaun SSPNi RM100 setiap pelajar dengan nilai RM510,000 .




10: Puteri UMNO bersama NGO bawa sumbangan seperti makanan, lampin pakai buang bayi, bahan kering masakan, peralatan alat tulis dan beg sekolah.

11: Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba bersedia sejak 6 pagi untuk membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke sekolah.

12: Mercy Malaysia buka klinik bergerak, bantuan rawatan dan perubatan yang ditaja oleh Yayasan Sime Darby, turut menyumbangkan 500 kit perubatan

13: BN Terengganu sumbang bantuan kewangan dan barangan keperluan berjumlah RM200,000 beserta 200 orang sukarelawan untuk bersih rumah dan premis.

14: Parti Gerakan sumbang RM100,000 dan ahli membantu pembersihan rumah mangsa banjir.

15: MCA menghantar sumbangan dan Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) membantu pembersihan rumah mangsa banjir

16: MIC menghantar lebih 100 petugas MIC Youth Disaster Aid Centre (MyDAC) membantu mangsa banjir.

17: MB Perak lulus RM100,000 peruntukan.

18: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) beri bantuan kewangan segera, makanan, peralatan, perlindungan, perubatan serta lain-lain keperluan.

19: Datin Seri Rosmah Mansor yang juga presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut mengumumkan agihan sebanyak RM 110,000 kepada mangsa banjir.

20: Kerajaan negeri Melaka menghantar lebih 200 sukarelawan termasuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi misi bantuan pasca banjir ke Pulau Pinang.


21: JAKIM beri khidmat kaunseling selain bantuan kewangan termasuk barangan keperluan asas kepada wakil-wakil beberapa buah masjid dan juga sekolah KAFA yang terjejas.

22: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melalui kerajaan negeri hantar 200 sukarelawan bagi misi bantuan pasca banjir di Pulau Pinang.

23: Peruntukan 2 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran dan perparitan yang rosak akibat banjir di sekitar daerah Kulim.

24: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan 30 set janakuasa bergerak ke kawasan banjir di Pulau Pinang.

25: Tabung Haji juga beri sumbangan kepada anggota TH, berihkan rumah dan bantuan RM 2000 kepada anggota serta sumbangan barang keperluan harian kepada pesara TH yang terlibat.

26: UniKL sumbang sukarelawan dan dana RM60,000.00.

28: Team Salute Malaysia, Presidennya Datuk Rizal Mansor bawa 60 sukarelawan bersama barang-barang keperluan termasuk makanan, minuman dan peralatan pembersihan rumah. Turut bawa 4 pegawai perubatan.

29: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) sumbang barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang bayi, tuala, selimut dan kelengkapan mencuci rumah.

30: Bank tempatan seperti CIMB, RHB, Bank Islam beri tangguh bayaran sehingga 6 bulan.

31: Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melalui kerajaan negeri Kedah naikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi mangsa banjir yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.

Selepas segala bantuan yang diberikan oleh semua pihak kepada kerajaan negeri Pulau Pinang janganlah buat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Barisan Nasional bak kata pepatah ‘Jangan kata abang tak payung’.

Sumber  :Agenda Daily
#SahabatSMB

[DEDAH] PANAS!!! BN Ada Mekanisme Lebih Telus Berbanding Cadangan Pengisytiharan Harta... #SahabatSMB

GIMIK ISYTIHAR HARTA RAFIZI GAGAL... RAFIZI KEKAL MENJADI LIABILITI PALING HINA DALAM PAKATAN HARAPAN...


1. Rafizi Ramli menyebabkan satu lagi pergolakan dalam Pakatan. Gimik perisytiharan harta telah memecah belahkan pemimpin pembangkang yang kebanyakannya tidak setuju.
Hanya 20 pemimpin PKR, 9 dari PAN  dan seorang PAS  menghadiri majlis tandatangan pengisytiharan harta yang dihoskan INVOKE. Tidak seorang pun wakil DAP atau PPBM hadir.

2. DAP dikatakan memberi arahan  jangan menandatangani perjanjian dengan INVOKE kerana takut menganggu persediaan PRU 14. Arahan ini  menimbul kemarahan  ahli parlimen DAP yang mahu turut serta. 

3. Sebenarnya ini hanyalah gimik Rafizi untuk menunjukkan Pakatan kononnya bersih dan bebas rasuah. Namun gimik ini sudah “backfire”. Bukan sahaja pemimpin Pakatan berpecah tetapi rakyat juga tidak percaya mereka.

4. Jika serius, pemimpin teratas yang patut isytiharkan harta mereka. Mulakan dengan Tun M, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Azmin Ali. Ada berani? Tentunya jawapannya adalah TIDAK BERANI...


5. Sebenarnya isu cadangan mengisytiharkan harta kepada bakal2 calon yang akan bertanding dalam PRU14 hanya datang dari Pakatan Harapan, samada cadangan ini datang dari peringkat kepimpinan, hinggalah terbawa-bawa oleh penyokong2 mereka sendiri, seolah-olah inilah saja satu-satunya cara untuk memastikan calon tersebut bebas dari rasuah dan penyelewengan. 

6. Bagi aku, mengisytiharkan harta sebelum menjadi calon dilakukan hanya bertujuan mencari publisiti murahan, menaikkan rating diri seolah-olah merekalah calon yang bersih, bebas rasuah dan tidak takut untuk isytiharkan harta kepada umum. Dengan cara ini, mereka berpeluang memperoleh undi dari rakyat, sekaligus memenangi pilihanraya di kerusi yg ditandingi.

7. Untuk tentukan samada mereka telah menerima rasuah atau menyeleweng, perlu tunggu selepas 1 penggal mereka memerintah sebagai kjaan, yakni menjelang PRU15 pula. Jika selama tempoh itu didapati jumlah harta mereka meningkat mendadak, barulah boleh disiasat kemungkinan berlaku amalan rasuah atau salah guna kedudukan sebagai kjaan. Itupun jika mereka terlalu BODOH meletakkan segala harta di bawah nama mereka, atau nama ahli keluarga yg boleh menimbulkan syak. Bukankah sekarang zaman proksi. Mungkin Rafizi perlu belajar dari Tun M, apa fungsinya PROKSI...


8. Hari ini, berapa pun jumlah yg mereka isytiharkan, tidak akan menjadi isu. Cuma mungkin bagi beberapa orang pemimpin PH yg memang dikenali memiliki kekayaan yg melampau seperti Tun M, atau Mukhriz, agak keberatan utk isytihar kerana tentunya rakyat akan buka mata melihat jumlah kekayaan mereka, walaupun mereka tahu tidal akan dikenakan tindakan undang2, kerana tentunya mereka akan beri alasan beroleh kekayaan melalui sumber perniagaan. Namun persepsi rakyat itu boleh memberi kesan buruk kepada karier politik mereka, dan ini yg mereka takutkan.

9. Kenapa pemimpin2 DAP tidak suka dengan cadangan untuk isytiharkan harta? Samada Rafizi memang terlepas pandang dgn akibat buruk mengisytiharkan harta, atau, Rafizi sengaja mahu menjerat pemimpin DAP. Kebanyakan pemimpin DAP terdiri drpd golongan peniaga dan mereka terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan. Ditambah dengan pelbagai isu yg sedang dihadapi oleh beberapa pemimpin utama mereka, spt isu salahguna kuasa Lim Guan Eng, isu kilang haram Lim Hock Seng, isu pemaju perumahan yg mudah mendapat permit dan lain2, tentunya, cadangan mengisytiharkan harta seperti ini adalah satu perkara yg sedaya upaya akan cuba mereka elakkan.


10. Tentunya akan ada Matchai2 PH yang sedang berusaha mencari jalan untuk alihkan isu ini dengan mencabar calon2 Barisan Nasional melakukan pengisytiharan harta pula. Perlukah kepimpinan Barisan Nasional menari mengikut rentak mereka? Perlukah calon2 BN melakukan perkara bodoh seperti yg Rafizi cadangkan? 

11. Sebenarnya, dalam Barisan Nasional, kita sudahpun mempraktikkan mekanisme yg jauh lebih baik dan telus berbanding cadangan pengisytiharan harta ini. Sememangnya objektif BN jelas dalam setiap keputusan dan tindakan yg diambil. BN tidak mementingkan glamour atau populariti semata-mata, tetapi lebih fokus kepada memastikan calon yang bakal mewakili BN mestilah bebas rasuah.


12. Sebab itu, setiap nama yg disenaraikan sebagai calon2 berpotensi, yg dicadangkan diperingkat bahagian dan negeri, termasuklah oleh parti2 komponen, perlu terlebih dahulu melepasi tapisan pihak SPRM, sebelum layak disenarai pendekkan, yg mana senarai akhir kini sudahpun berada dalam tangan Pengerusi BN, YAB DS Najib. Jika gagal melepasi tapisan awal SPRM ini, maka nama tersebut awal2 lagi akan tersingkir. Dan, menjelang pilihanraya nanti, nama2 yg sudah termasuk dalam senarai akhir calon ini, akan sekali lagi melalui tapisan kali kedua oleh SPRM, yg mana ia akan dilakukan dgn lebih terperinci, sebelum senarai akhir ini di 'endorse' kan sebagai calon BN dalam PRU14, dan diumumkan kpd umum.

13. Jika rakyat mahukan calon yang terbaik, calon yang bersih, bebas rasuah, maka, calon Barisan Nasional lah yg paling menepati kriteria. Parti tidak perlu menghebahkan harta milik calon-calonnya, tidak perlu kecoh-kecohkan sapa yang kaya dan sapa yang bankrap. Proses tapisan dilakukan oleh SPRM sendiri. Jika ada calon yg tidak lepas maka SPRM akan maklumkan kepada Pengerusi BN secara sulit. Nama yg tidak tersenarai ketika calon diumumkan, salah satu sebabnya mungkin kerana gagal dalam tapisan SPRM ini. Namun setidak-tidaknya nama tersebut tidak diaibkan.


#SahabatSMB

Isnin, 20 November 2017

[BONGKAR] PANAS!!! KLCC Akan Kekal Utuh Sebagai 'IKON PENYANGAK TERSOHOR', Selama Mana Ia Berpasak Di Tengah Kuala Lumpur... Ini Sebabnya... #SahabatSMB

PENTAKSUB MAHATHIR TIDAK PERNAH TAHU, KLCC ADALAH LAMBANG PENYALAHGUNAAN DANA AWAM KEGEMARAN MAHATHIR DAN KERANA ITU MEREKA BERBANGGA!!!


Projek Kroni Tun Mahathir: RM600 Juta Syarikat Milik TS Ananda Krishnan Untung Atas Angin Apabila Jual Tanah Tapak Lumba Kuda Kepada Petronas Untuk Tapak Projek KLCC!!!.

■ Mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir memburuk2kan 1MDB yang membeli tanah Tun Razak Exchange dengan harga murah. Kemudian beliau menuduh pelaburan Tabung Haji sebagai 'Bailout' 1MDB dengan membeli tanah TRX dengan harga tinggi.

■ Tun Mahathir lupa yang beliau pernah menggunakan wang Petronas untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC.

■ Pembelian tanah STC oleh Petronas terpaksa melalui syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang bertindak sebagai 'Brokerage Company' yang mengaut keuntungan yang terlampau tinggi. Bayangkan, 26 tahun yang lalu tanah STC dibeli oleh Seri Kuda Sdn Bhd dengan nilai RM26.20 sekaki persegi. Beberapa bulan kemudian, tanah tersebut dijual kepada Petronas dengan nilai 214.40 sekaki persegi!!!.

■ Pada 30 January 1989, syarikat Seri Kuda Sdn Bhd ditubuhkan oleh TS Ananda Krishnan. Syarikat ini ditubuhkan semata2 sebagai platform pembelian sebidang tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta.


■ Pembelian tanah tersebut direncana bagi merelisasikan perancangan Tun Mahathir untuk penyediaan tapak projek pembangunan 'Kuala Lumpur City Center' (KLCC).

■ Mengikut perancangan awal pihak pengurusan Petronas, pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor berhampiran dengan Hospital Prince Court.

■ Pembinaan ibu pejabat Petronas yang baru perlu memandangkan ibu pejabat petronas lama di Bangunan Dayabumi sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung pertambahan kakitangan baru dan pertambahan kelengkapan alatan kerja yang pesat di Petronas.

■ Walau bagaimana pun lokasi yang dicadangkan tidak dapat memenuhi kehendak persekitaran memandangkan ianya mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam. Alasannya, lokasi tersebut terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi.

■ Sebagai alternatif, Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah bekas tapak British Council Jalan Ampang di belakang Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

■ Namun secara tiba2 Tun Mahathir kemukakan idea dan mengumumkan rancangan liciknya dengan memilih lokasi di Selangor Turf Club jalan Ampang. Beliau mencipta isu dan propaganda di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan timbulnya kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

■ Selepas isu tersebut disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu tidak boleh tidak mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

■ Pada 18 Julai 1991, dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-6 di Dewan Parlimen, Tun Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan persekutuan.

■ Tun Dr Mahathir berpendapat, apabila ekonomi pulih dan terdapat “building boom”, tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi.


■ Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50% saham Seri Kuda Sdn Bhd. Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda Sdn Bhd bahawa lebih daripada 50% tanah kelab perlu dijadikan tempat letak kereta awam (public park). Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100%. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51% dari saham Seri Kuda Sdn Bhd.

■ Selangor Turf Club (STC) menerima notis arahan berpindah dari kerajaan supaya mencari lokasi lain luar dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan sejumlah wang untuk membina padang lumba kuda baru, STC membuat keputusan menjual tanah tersebut.

■ Tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) yang terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas atau ‘Golden Triangle’ berstatus pertanian dibeli pada awalnya dengan harga RM110 juta telah ditukar statusnya kepada tanah komersial dan nilaian semula tanah komersial tersebut melonjak kepada harga RM300 juta. Tetapi Petronas telah membelinya dengan satu nilai terlampau tinggi pada harga RM900 juta.

■ Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM600 juta apabila Petronas membeli tanah tersebut. Persoalan untuk Tun Mahathir: Mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus (Direct Negotiate) dengan Selangor Tufc Club iaitu pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?. Dan mengapakah perlu membeli tanah tersebut setelah ianya menjadi milik Seri Kuda Sdn Bhd iaitu syarikat kepunyaan TS Ananda Krishnan?.

■ Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah membelakangi kepentingan rakyat dan menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga selia Petronas. Beliau telah mengambil kesempatan memanipulasi wang Petronas untuk mengkayakan kroninya dan mungkin juga untuk faedah diri sendiri. Beliau lupa yang wang Petronas apabila masuk ke Tabung Perbendaharaan Negara akan menjadi DANA awam atau pun wang rakyat!.


■ Kroni Tun Mahathir berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM600 juta dalam masa beberapa bulan sahaja.

■ Majalah Far Eastern Economic Review terbitan 13hb Jun 1991 dan Investor Digest keluaran Julai 1992 jelas melaporkan yang tanah milik STC dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd, yang kemudian pemiliknya membuat permohonan untuk menukar status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Malaysia.

■ Akhbar News Straits Times pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu. TS Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula2 ditubuhkan. Beliau adalah sekutu rapat dan kroni kuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. TS Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negars Malaysia selama 6 tahun (1982-1987) dan pernah juga berkerja di Petronas.

■ Sehingga tahun 1991, nama TS Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah tersebut pada tahun 1989 .

■ Persoalan untuk Tun Mahathir: Adakah pembelian 39 hektar (96.369 ekar) tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya dengan niat untuk membantu menaikkan taraf kekayaan sahabat baiknya?.

■ Pada 18hb Jun 1991, akhbar New Straits Times melaporkan, Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dengan anggaran jumlah sebanyak RM600 juta.


■ Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49.5% ekuiti KLCC dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion. Sementara itu, pegangan saham ekuiti Mai holdings Sdn Bhd adalah 48% dan 2.5% milikan saham minoriti (dirahsiakan). Mai holdings Sdn bhd ditubuhkan pada 22 Jun 1988 merupakan juga syarikat milik TS Ananda Krishnan.

Oleh: ROZMI MOKHTAR
#SahabatSMB

Ahad, 19 November 2017

[BONGKAR] SADIS!!! Bukti Nyata Betapa Rakyat Malaysia Tidak Mampu Lagi Memikul BEBAN Kenaikan Kos Sara Hidup... #SahabatSMB

NEGARA NAK BANKRAP, DAN RAKYAT TIDAK MAMPU LAGI TANGGUNG BEBAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP...


BENARKAH???

Cuba kita lihat dan nilai menggunakan akal dan kebijaksanaan kita, senario realiti sebenar yang sedang berlaku di negara kita hari ini...

1. Tempahan Produa Myvi baru dilancarkan kelmarin dah cecah 2000 unit utk 2 hari walaupun sasaran hanya 1000 unit. (Maklumat baru diterima tempahan dah cecah 5300 unit)

2. Honda Ciciv Type R berharga RM320,000 hari ini dah 60unit ditempah dlm masa 2 minggu, walaupun disasarkan 30unit.

3. Kedai online Lazada sesak dan slow akibat dari ramainya yg dok shopping dan nilai transaksi berjumlah RM5juta sehari.

4. Tiga hari lepas kejadian bertumbuk kerana berebut nak beli kasut Adidas NMD Hu Trail Pharrell Williams yang berharga hampir RM800 di KLCC.


5. 20,000 serbu ke pembukaan IKEA Teberau 2 hari lepas. Depa nak tukaq perabut baru rumah depa atau nak p makan meat ball dan karipap IKEA ja??


6. Iphone X yang berharga hampir RM5100 dibawa masuk ke Malaysia 25unit, ramai yang beratur panjang dari awal pagi...tempahan sebanyak 2000 unit telah dibuat oleh rakyat Malaysia. 

7. Pertambahan jumlah pengguna di lapangan terbang KLIA, samada bagi pengguna domestik mahupun bagi perjalanan antarabangsa sentiasa berlaku dari satu tahun ke satu tahun.


8. Memilih untuk memandu pada hari2 hujung minggu menggunakan laluan lebuhraya PLUS bukan lagi satu pilihan bijak kerana anda akan tersangkut dalam kesesakan akibat pertambahan jumlah kenderaan, walaupun dalam keadaan harga petrol yg sering meningkat setiap minggu.

9. Jumlah restoran yang wajib berdaftar dengan pihak KASTAM untuk tujuan kutipan GST juga meningkat. Ini membuktikan jumlah restoran yang mampu menjana pendapatan tahunan melebihi RM500k, yg merupakan syarat wajib berdaftar di bawah sistem GST juga semakin meningkat. Ini petanda bahawa rakyat tidak kisah untuk berbelanja di restoran2 berGST, dan ia bukanlah satu bebanan yg besar.


Rakyat kata jangan kacau kos gaya hidup kami, jangan sekat kos hobi kami, jangan ganggu kos minat kami.

Persoalannya, benarkah peningkatan kos sara hidup yang berlaku hari ini benar2 membebankan rakyat, hingga ke tahap kronik dan kritikal?

Sumber  : Azman Haj
#SahabatSMB

Jumaat, 3 November 2017

[BONGKAR] PANAS!!! Husni Dedah Antara Sebab Beliau Berpaling Daripada Menyokong DS Najib Sebelum Ini... #SahabatSMB

APABILA DS AHMAD HUSNI HANADZLAH BERKATA BENAR...


1. Semalam, satu kejutan berlaku di parlimen tanpa disangka-sangka... aku yakin, bukan sahaja di pihak ahli2 parlimen BN, malah ahli2 parlimen pembangkang juga tidak menduga ucapan yg disampaikan oleh bekas Menteri Kewangan Kedua yg juga ahli parlimen Tambun, YB DS Ahmad Husni Hanadzlah, memuji pencapaian kerajaan BN pimpinan YAB DS Mohd Najib Tun Abd Razak malah turut mengikhtiraf Bajet 2018 sebagai yang TERBAIK, satu bajet yg holistik walaupun berdepan dengan kesuraman ekonomi yg sangat mencabar...

2. Itulah sebenarnya Malaysia... tidak seperti yg sering digambarkan oleh puak pembangkang... aku yakin, luahan Ahmad Husni semalam bukan satu retorik, jauh sekali untuk kita andaikan bahawa beliau telah 'dibeli'... ia merupakan kisah benar yg lahir dari hati nurani seorang pemimpin yg mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara yg berjaya... kisah benar ini juga adalah hasil penilaian yg dibuat oleh beliau selama tempoh beliau tidak lagi berada dalam kjaan... beliau memerhati, mengkaji, menganalisa, membuat perbandingan dan akhirnya, semua ini digarap dan dibuat penilaian... maka, segala yg diluahkan di parlimen semalam adalah hasil penilaian yg beliau buat selama ini...


3. Puak pembangkang mungkin menjangkakan bahawa Husni akan gunakan peluang berhujah untuk membidas kjaan UMNO BN dan mengkritik Bajet 2018... malangnya bukan itu yg berlaku, malah awal2 lagi Husni sudah menempelak pembangkang yg gemar menggunakan pentas parlimen untuk berhujah secara beremosi, tidak seperti apa yg pernah beliau lihat ketika diundang menghadiri sidang Kongres di Amerika, parlimen di UK dan Tokyo, yg mana rata ahli parlimen di sana jauh lebih matang ketika berhujah...




4. Husni turut mempertikai sikap pemimpin kjaan P. Pinang dan Selangor yg sering mendabik dada kononnya mereka berjaya mentadbir negeri2 tersebut tanpa memerlukan sebarang Pelan Transformasi Nasional... menurut Husni, kalau ada pun kejayaan dlm pentadbiran kjaan negeri tersebut, ia sebenarnya adalah tempias daripada kejayaan pelaksanaan Pelan Transformasi Nasional di peringkat persekutuan... mengambil contoh Greece yg kini berdepan kemelut ekonomi yg teruk hingga terpaksa berhutang untuk membiayai pengurusan negara, kesannya turut dihadapi oleh pentadbiran di 17 buah negeri di dalam Greece... ini bermakna, kemakmuran yg dicapai di peringkat persekutuan pasti akan mengalir hingga ke peringkat negeri sekaligus membantu kjaan negeri mentadbir negeri masing2, begitu jugalah sebaliknya seperti yg berlaku di Greece...

5. Husni turut mendedahkan pengikhtirafan yg dunia berikan kpd Malaysia selepas melihat kejayaan pelaksanaan Pelan Transformasi Nasional (NTP) sejak ia mula dilaksana pada 2009 sebaik sahaja YAB DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara... lebih dari 20 buah negara seluruh dunia telah menjemput team dari Malaysia yg terdiri drpd pakar2 dlm pelbagai bidang, yg bertanggungjawab merangka NTP dari awal hingga ia membuahkan hasil... mereka diminta membantu negara2 tersebut menyediakan pelan transformasi bagi meningkat ekonomi negara terbabit persis NTP...


6. Bercakap berkenaan bajet, Husni secara terbuka memuji komitmen kjaan menyediakan bajet yg holistik dan meminta semua pihak termasuk pembangkang agar memberi fokus dalam menjayakan bajet tersebut... malah beliau turut membuat perbandingan beberapa perkara antara bajet kjaan dgn cadangan belanjawan dari pembangkang...


7. Antara yg dibangkitkan adalah berkenaan janji pembangkang yg akan melaksanakan pendidikan percuma jika mereka memerintah... sebenarnya tidak ada yg percuma... malah jika diteliti negara2 yg memperkenalkan pendidikan percuma seperti Finland, Germany dan lain2, sebenarnya kos menyediakan pendidikan tersebut dibiayai melalui percukaian yg tinggi khususnya dlm sektor korporat... sbg contoh, cukai yg perlu dibayar setiap individu di Sweden adalah antara 24% hingga 58%... sedangkan di Malaysia cukai tertinggi baru mencecah 28%... adakah rakyat Malaysia sedia menaikkan cukai hanya untuk merealisasikan pendidikan percuma? Apatah lagi, hari ini, pelajar yg perlu menanggung sekitar 10%-20% sahaja kos pendidikan masing2, itupun dibantu oleh PTPTN... manakala sebahagian besar kos pendidikan, baki antara 80%-90% drpd jumlah keseluruhan sudah ditanggung melalui subsidi kjaan...

8. Seperkara lagi berhubung dakwaan kononnya peningkatan kos sara hidup berpunca dari GST... ini adalah satu dakwaan yang SALAH... kita mengkritik GST seolah-olah kita mempertikai pelaksanaan sistem cukai yg sama di 169 buah negara seluruh dunia... adakah kita jauh lebih bijak berbanding pakar seluruh dunia yg sudah pun mengikhtiraf sistem GST jauh lebih baik dari SST? 


9. 3 punca utama peningkatan kos sara hidup adalah :

i) supply push
ii) demand push
iii) import inflasion

Bayangkan, dengan hanya kita mengimport daging segar dari luar untuk kegunaan domestik, telah berlaku peningkatan kos mencecah 70%, yg mana tentunya ia perlu ditanggung pengguna... berdasarkan NTP, kjaan optimis untuk memajukan sektor pertanian dan ternakan ke arah modenisasi... malah bajet2018 juga turut melihat pertambahan jumlah peruntukan yg akan disalurkan kpd sektor ini... matlamatnya, Malaysia akan berupaya menyediakan sumber makanan utama kpd rakyat sekaligus dapat menyelesaikan masalah supply push, demand push dan import inflation...


10. Kerajaan juga sedang ke arah meningkatkan purata pendapatan rakyat... tidak dinafikan, Malaysia pernah mencatatkan purata peningkatan pendapatan yg sangat rendah sedangkan kos inflasi meningkat... melihat kpd ketidakseimbangan ini, DS Najib perlu memikirkan cara untuk keluar dari kepompong ekonomi konvesional yg telah mencapai tahap tepu... maka, salah satu transformasi yg dibuat adalah dengan memperkasakan penglibatan ekonomi ke arah Ekonomi Digital... peruntukan besar turut disediakan bagi membantu usahawan di pelbagai peringkat untuk menyertai bidang ini... apabila purata pendapatan meningkat maka tidak timbul lagi masalah bebanan peningkatan harga barang...

11. Dalam ucapan yg sama, Husni turut mendedahkan perkara sebenar yg telah menyebabkan beliau memilih untuk meletakkan semua jawatannya dalam kjaan dan parti, malah satu ketika turut mengkritik pentadbiran DS Najib secara terbuka... satu ketika, beliau merasakan DS Najib sudah gagal menunaikan janjinya bagi membanteras jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa yg semakin berleluasa... namun apa yg dilihat akhir2 ini ternyata berbeza... rakyat boleh melihat komitmen yg mula ditunjukkan oleh SPRM dalam menjalankan siasatan berhubung rasuah sekalipun melibatkan ikan2 jerung... ramai yg sudah disiasat dan didakwa termasuklah mereka yg bertaraf VVIP... lihat sahaja seperti kes melibatkan FELDA, KKLW dan lain2... DS Najib juga telah mengotakan janjinya untuk menempatkan pegawai SPRM di dalam jawatankuasa2 tertentu yg berpotensi berlakunya krisis kepentingan... begitu juga Ikrar Banteras Rasuah (IBR) yg merupakan juga komitmen kjaan yg mahu SPRM mempunyai direct access dengan mana2 kementerian, jabatan, agensi di bawah kjaan persekutuan... melihatkan hal ini, Husni kembali yakin dengan kepimpinan DS Najib...

11. Sebab itu, aku tidak pernah bersetuju bilamana ada pihak yg cuba memburuk-burukkan kepimpinan kjaan khususnya DS Najib sendiri, kononnya beliau tidak suka ditegur, tidak menerima pandangan dan nasihat orang lain dll... apa yg didedahkan oleh Husni membuktikan sikap sebenar Najib yg sangat terbuka, sedia menerima teguran dan nasihat yg berasas demi kebaikan negara... isunya, samada ia dapat segera dilaksana jika sesuatu pandangan yg diberikan itu bernas, atau kjaan perlu mengambil sedikit masa, bukan untuk melengah-lengahkan, tapi untuk memastikan pelaksanaannya dalam keadaan benar2 bersedia dan terbaik...



12. Selain itu, dalam kita menegur pemimpin, perlu ada etika dan mengikut saluran yg betul... bg mereka yg sudah berada di kedudukan kepimpinan sebenarnya lebih mudah untuk menegur... tetapi jika ada pemimpin yg mengkritik ketuanya di luar organisasi, dieksklusifkan pula lagi, sedangkan di dlm mesyuarat, pemimpin ini memilih untuk berdiam diri, malah turut menyokong perkara yg dibawa oleh ketuanya walaupun di luar, bergegar-gegar menghentam perkara tersebut, jelas sekali pemimpin berniat jahat dan tidak layak berada dalam saf kepimpinan... 

13. Begitu juga rakyat... bertuahnya kita kerana kjaan pimpinan Najib hari ini sudah menyediakan pelbagai saluran kpd rakyat bagi memberi pandangan mahupun mengkritik dasar2 kjaan mahupun barisan kepimpinan dalam kjaan... bukan sekadar polemik, tetapi kjaan sentiasa memandang serius setiap pandangan dan idea yg datang dari rakyat tanpa mengira latar belakang selagi mana ianya boleh memberi kebaikan kepada negara...

14. Apapun, syabas kepada DS Ahmad Husni Hanadzlah... beliau pernah berada dlm kjaan di kedudukan kanan selaku Menteri Kewangan Kedua... beliau juga pernah mendekatkan diri dengan kepimpinan pembangkang dan melihat cara mereka menguruskan kjaan negeri masing2 dan menguruskan parti... dan sekarang, ucapan Husni jelas memihak kpd kjaan pimpinan DS Najib... tentunya beliau sendiri sudah dapat menilai, mana yg lebih baik dari segenap segi, antara pembangkang Pakatan Harapan dengan kjaan Barisan Nasional...

ANDA SEBAGAI RAKYAT YANG BIJAK... BAGAIMANA???


#SahabatSMB








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE