Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Tun Mahathir Perlu Segera HANCURKAN Ekonomi Malaysia Jika Mahu Tumbangkan DS Najib... Bersediakah Anda??? #SahabatSMB

PETER BELLEW, MAS, MCKIP... INI SEMUA HANYALAH ALAT, KERANA SASARAN UTAMA TUN M ADALAH UNTUK JATUHKAN EKONOMI NEGARA...


1. CEO MAS telah putuskan untuk meletakkan jawatannya dalam MAB... alasan beliau, kerana menerima tawaran yang tentunya jauh lebih baik daripada syarikat penerbangan Ryanair... Ryanair merupakan syarikat penerbangan tambang murah antara yg terkemuka di Eropah, yang berpengkalan di Ireland... syarikat ini mengendalikan beratus penerbangan setiap hari, di samping memiliki lebih daripada 470 buah pesawat... tentunya, sesiapa pun yg ada di tempat Peter Bellew, tidak akan melepaskan peluang seperti ini, apatah lagi ibarat sirih pulang ke gagang, Bellew yg memang berasal dari Ireland pasti mahu menyumbang bakti di bumi kelahirannya...

2. Isu ini sebenarnya hanyalah perkara biasa memandangkan ianya merupakan pilihan Bellew sendiri... malangnya, ia cuba dieksploitasi dan disensasikan oleh Tun Mahathir... Tun M pernah mengkritik keputusan MAS ketika membawa masuk Peter Bellew sebagai CEO MAS, dan sekarang Tun m yg sama juga sekali lagi menjadikan perpindahan Peter Bellew sebagai sasarannya untuk menyerang kerajaan pimpinan DS Najib...


3. Cuma, satu perkara yg menarik perhatian adalah alasan yg Tun m cuba bangkitkan, kononnya Peter Bellew tidak mahu bersama MAS kerana wujud campurtangan drpd PM dalam pengurusan tertinggi MAS... dan semalam, Peter Bellew tampil dalam satu sidang media khas menafikan dakwaan Tun M yg dianggap berniat jahat...

4. Tun M mungkin terlepas pandang beberapa perkara penting... pertama keputusan Bellew ini dibuat dalam keadaan MAS yang semakin pulih daripada kemerosotan yg membelenggu selama ini... selaku CEO, Bellew dianggap telah berjaya melaksanakan transformasi dlm pentadbiran MAS sehingga mampu meletakkan MAS kembali ke landasan yg tepat... walaupun beberapa keputusan yg dibuat cuba dikontroversikan, namun ia tetap dianggap sebagai keputusan yg tepat, kena pada masanya...
5. Malah yg terbaru, MAS bakal memiliki 50 buah pesawat baru jenis Boeing secara berperingkat sepertimana yg telah diumumkan oleh DS Najib ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat baru2 ini... ini satu petanda positif membuktikan MAS optimis untuk kembali menjadi peneraju industri penerbangan yg berjaya di Malaysia selepas melalui zaman kemerosotan akibat kegagalan pengurusan sebelum ini...

6. Tun M sedar akan hal ini, malah ia menjadi satu tamparan hebat kpd beliau... Tun M tidak boleh menafikan bahawa keputusan untuk membeli pesawat baru merupakan satu keputusan yg tepat, tetapi disebabkan mahu memburukkan imej PM, maka Tun M terpaksa mengalihkan perhatian dengan mendakwa kononnya keputusan ini bukanlah keputusan MAS, tetapi ia adalah hasil daripada campurtangan kerajaan yg mahu menggunakan dana awam bagi tujuan urusniaga tersebut... apatah lagi bilamana ia diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri bukan drpd pengurusan MAS...


7. Isu ini sebenarnya sudah pun dijawab... keputusan untuk membeli pesawat Boeing telah dirancang dan diputuskan sebelum lawatan PM ke Amerika lagi... ia merupakan sebahagian drpd pelan transformasi yg sedang MAS laksanakan... DS Najib hanya menggunakan kesempatan dlm lawatan beliau ke Amerika untuk sekadar mengumumkan keputusan tersebut, memandangkan Boeing merupakan syarikat berpusat di Amerika...

8. Jika mahu bercakap tentang campurtangan, Tun M patut cerminkan diri sendiri terlebih dahulu... Tun M patut sedar punca MAS merosot... Tajuddin Ramli tentunya masih ingat bagaimana Tun M mencampuri urusan MAS bilamana beliau mengarahkan Tajuddin menggunakan dana MAS untuk melindungi kerugian yg BNM sedang hadapi akibat kegagalan urusniaga FOREX...



9. Hari ini, apabila melihat MAS semakin pulih dan kembali mengukuh, Tun M jadi tidak senang duduk... hingga Mukhriz yg umum kenali, seorang pemimpin yg loser pun ada hati mahu bercakap perihal MAS... dalam satu ceramah retoriknya di hadapan penyokong tegar PPBM, beliau cuba mainkan isu pembelian pesawat Airbus sebelum ini yg kononnya ia hanya satu urusniaga 'masyuuukk', yg hanya menguntungkan kroni... tetapi Mukhriz gagal nyatakan bilakah urusniaga ini berlaku, dan siapakah kroni2 yg beliau maksudkan? mungkin mukriz maksudkan pembelian 80 buah pesawat Skyhawk yg disangkanya pesawat jenis Airbus... jika ini yg Mukhriz maksudkan, beliau patut mendapatkan maklumat lanjut daripada ayahnya kerana urusniaga ini berlaku ketika ayahnya bergelar Perdana Menteri... mungkin mukhriz juga boleh membawa bersama penyokong2 tegarnya itu melawat padang pasir di tengah Arizona kerana masih ada 40 buah pesawat Skyhawk milik Malaysia yg terbengkalai di sana...

10. Berbalik kpd isu MAS... kita tidak boleh menolak keputusan Bellew yg ingin pulang berkhidmat di negara kelahirannya... sebenarnya, sebab utama keputusan ini dibuat adalah kerana tekanan yg sangat hebat yg terpaksa Bellew hadapi sepanjang bersama dengan MAS... bukan mudah untuk bekerja dalam keadaan musuh2 politik dan musuh2 kjaan sentiasa sibuk mencari kelemhan... lebih teruk lagi apabila musuh2 ini melangkaui batas dengan cuba untuk mencipta kelemahan yg hakikatnya tidak pernah wujud... tentunya senario ini sesuatu yg di luar jangkaan beliau, apatah lagi pabila terpaksa hadapi tahap pemikiran segelintir rakyat yg mudah terpengaruh dgn dakyah2 negatif tanpa mahu berusaha untuk mencari kebenaran... hal seperti ini tidak berlaku di Eropah... tentunya tidak berbaloi dari sudut beban tugas dan tekanan yg dihadapi sedangkan MAS tidaklah sebesar mana berbanding syarikat gergasi penerbangan yg lain yg pernah beliau berkhidmat, termasuk bersama Ryanair...

11. Namun inilah realiti yg sedang berlaku di dalam politik negara... bayangkan, seorang yg bergelar negarawan yg berusia melebih 90 tahun masih gagah melawat papan2 tanda projek di seluruh negara, hanya semata-mata mahu mencari kelemahan kjaan... sebelum ini, Tun M pernah melawat papan tanda Forest City di Johor, kemudian mencuba perkhidmatan MRT, dan yg terkini, melawat sambil mengkritik di hadapan papan tanda projek Malaysian China Kuantan Industrial Park (MCKIP)...



12. Untuk apa semua ini? Kenapa Tun M perlu mengkritik dgn pelbagai tuduhan tanpa asas disulami dgn pelbagai spekulasi negatif di hadapan papan tanda? Kenapa perlu bersusah payah mahu mensensasikan usaha2 kjaan pimpinan DS Najib dengan cerita2 buruk sedangkan semua itu belum ada kepastiannya lagi? Bukankah sebagai seorang negarawan yg banyak berjasa, Tun M tentunya dengan mudah akn mendapat kebenaran untuk masuk melawat, melihat sendiri dengan mata kepala operasi sesuatu projek, mendapatkan penjelasan terperinci drpd pihak pengurusan, malah Tun M juga boleh mengadakan sessi soal jawab dengan prngurusan projek jika ada kemushkilan yg perlu dirungkaikan dalam benak fikaran Tun M, sekiranya Tun M kemukakan permohonan lawatan kpd kjaan... 

13. Cara Tun M sebenarnya tidak lebih hanya berniat jahat mahu menjatuhkan reputasi projek sekaligus menjatuhkan juga kredibiliti kjaan... Tun M seperti mahu mewujudkan imej negatif terhadap kjaan di mata pelabur asing... ini seolah-olah sudah tidak ada kebebasan dan tidak wujud lagi privacy di Malaysia... pelabur yg sudah merancang mahu melabur di Malaysia terpaksa berfikir semula keputusan tersebut... apabila ada pihak yg gemar menyibuk secara keterlaluan seperti Tun M, tentunya memberi persepsi negatif tentang kestabilan politik Malaysia...



14. Akibatnya, pelabur hilang minat untuk melabur... harus diingat, kestabilan politik sesebuah negara merupakan antara kriteria penting yg dititikberatkan sebelum mana2 pelabur memutuskan samada mahu melabur atau tidak... DS Najib dan kjaan sudah bersusah payah menjelajah seluruh dunia bagi meyakinkan pelabur agar masuk melabur di Malaysia... pelaburan asing yg masuk ke Malaysia (FDI) penting jika mahu meningkatkan ekonomi negara... selain menyumbang kpd peningkatan hasil negara, ia juga membantu menyediakan pasaran tenaga kerja kpd rakyat... kjaan pimpinan Najib cuba untuk mengelak drpd terus bergantung kpd hasil komoditi seperti petroleum, sawit, getah dll memandangkan harganya yg tidak menentu di pasaran dunia... FDI adalah alternatif terbaik untuk kembangkan saiz ekonomi negara...

15. Namun jika ada manusia seperti Tun M yg saban hari mencari jalan mahu memburuk-burukkan kjaan, menabur fitnah, menyerang sektor2 ekonomi negara dgn pelbagai dakyah negatif, tentunya ini memberi kesan kpd perkembangan ekonomi negara... tindakan seperti ini jelas merupakan satu bentuk SABOTAJ terancang bertujuan mahu menJAHANAMkan ekonomi Malaysia... rakyat yg sayangkan negara perlu bersatu menolak dan menghalang apa jua bentuk sabotaj khususnya terhadap ekonomi negara...

#SahabatSMB

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama