Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] PANAS!!! Pakatan Harapan BENCIKAN Kakitangan Awam, Sedangkan Ramai Antara Mereka Yang TIDAK Menyokong Kerajaan UMNO BN? #SahabatSMB

KENAPA PUAK PEMBANGKANG BEGITU MARAH KEPADA KAKITANGAN AWAM, WALHAL MEREKA TAHU RAMAI DARI KALANGAN KAKITANGAN AWAM TIDAK SOKONG KERAJAAN...


1. Umum ketahui, tempoh untuk daftar mengundi bagi melayakkan diri mengundi dalam PRU14 ini sudah tamat, iaitu hujung September yg lalu... maka, bagi yg mendaftar selepas drpd tarikh tersebut terpaksa menunggu hingga PRU15 untuk mereka membuang undi buat kali pertama...

2. Menurut statistik terkini, wujud peningkatan jumlah pendaftaran pengundi baru berbanding tahun2 sebelumnya... namun secara keseluruhannya, peningkatan yg dicatatkan belum boleh nak dibanggakan kerana jumlah yg masih belum mendaftar masih lagi tinggi...

3. Selain faktor kesedaran rakyat itu sendiri, faktor lain yg seolah menjadi penghalang untuk mereka mendaftar adalah disebabkan sudah berasa selesa dengan kehidupan sekarang... kemakmuran hidup di bawah kjaan pimpinan UMNO BN menyebabkan mereka tidak nampak kepentingan dan keperluan untuk mereka melibatkan diri bagi mengekalkan pimpinan kjaan sedia ada, walaupun hanya untuk mengundi... rakyat seperti ini biasanya hanya akan tersedar apabila benda yg selama ini sentiasa ada di depan mata, hilang secara tiba2... ketika itu, ibarat sudah terhantuk baru nak terngadah...

4. Seperkara lagi yg patut menjadi kerisauan semua adalah jumlah mereka yg sudah mendaftar sbg pengundi di kalangan kakitangan awam... berdasarkan beberapa survey yg telah dibuat, masih ramai di kalangan kakitangan awam rupanya masih belum mendaftar sebagai pengundi... salah satu survey yg dibuat di sebuah hospital kerajaan di P. Pinang mencatatkan bahawa 40% kakitangan di hospital tersebut masih belum mendaftar sebagai pengundi!!!

5. Dari satu sudut, sememangnya statistik ini tentunya amat membimbangkan khususnya kpd kjaan... kakitangan awam merupakan tulang belakang, nadi dalam menentukan kelestarian dan kemakmuran negara... mereka adalah golongan pelaksana yg bertanggungjawab menggerakkan dan menjalankan setiap dasar2 yg telah termaktub dalam perlembagaan dan undang2... sesebuah negara akan lumpuh jika tidak mendapat kerjasama drpd kakitangan awam...


6. Dan sebagai pendokong kpd dasar2 kjaan, rasionalnya mereka inilah yg boleh kjaan harapkan menjadi barisan hadapan dan benteng kepada organisasi kjaan keseluruhannya... dari segi tugas dan tanggungjawab, secara keseluruhannya kita tiada sebarang masalah besar dengan komitmen kakitangan awam... malah tidak dinafikan sumbangan kakitangan awam telah banyak membantu kjaan dan negara mencapai kejayaan demi kejayaan...

7. Malangnya, komitmen itu terhenti hanya pada tugas dan tanggungjawab sahaja, tidak diterjemahkan dalam bentuk sokongan dan undi kpd kjaan... malah, terdapat juga pandangan dari beberapa pihak mengatakan bahawa ramai kalangan kakitangan awam yg tidak menyokong kjaan... 

8. Dari satu sudut, mungkin kita anggap sbg malang jika benar kakitangan awam tidak menyokong kjaan, namun perlu diketahui juga, walaupun mereka tidak sokong kjaan, dalam masa sama, sebahagian besar mereka tidak juga menyokong di pihak pembangkang... memang diakui, ada dasar2 kjaan tertentu yg dianggap tidak popular dan kurang disenangi rakyat, termasuklah kalangan awam sendiri sekalipun mereka adalah golongan pelaksana... sbg contoh dasar percukaian GST, pemansuhan beberapa subsidi, beberapa klausa dalam transformasi perkhidmatan awam yg telah diperkenalkan oleh DS Najib, dan beberapa perkara lagi... semua ini menyebabkan rakyat dan kakitangan awam berasa kurang senang dgn keputusan kjaan, bilamana tidak ada penjelasan yg betul dan tepat diberikan kpd mereka...

9. Tidak sokong kjaan tidak bermakna mereka akan sokong pembangkang... kakitangan awam boleh dianggap sbg golongan yg boleh berfikir dan menilai... dan sudah tentu mereka juga tahu, seburuk-buruk dasar yg dilaksanakan oleh kjaan, buruk lagi keadaan yg mungkin akan berlaku jika pakatan pembangkang memerintah... sebab itu, senario yg menyatakan kakitangan awam tidak menyokong kjaan bukan lah satu bonus kepada pakatan pembangkang...

10. Sebab itu tidak hairan apabila kita lihat peratus kakitangan awam yg mendaftar sbg pengundi adalah rendah... ini sebenarnya lebih kpd respon protes kpd kjaan skang... bg mereka, lebih baik mereka tidak terlibat dlm politik termasuk tidak mengundi, apatah lagi, dalam keadaan skang pun, mereka sudah menikmati banyak manfaat sbg kakitangan awam, malah kualiti dan taraf hidup mereka juga telah meningkat jauh lebih baik berbanding dulu...


11. Pembangkang tahu hal ini... sebab itu pembangkang dilihat seolah-olah agak anti dgn kakitangan awam... mereka melihat kakitangan awam ini seperti satu pembaziran kpd kjaan... walhal, sebab utamanya adalah, kegagalan mereka menghasut kakitangan awam supaya menyokong dan memberi undi kpd pembangkang...

12. Sebenarnya, di sinilah sepatutnya pihak kjaan mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menarik semula kepercayaan dan sokongan kakitangan awam... mereka ini sudah berada dalam kjaan, dan mereka juga menganggap pakatan harapan jauh lebih teruk berbanding apa yg ada sekarang... sepatutnya ini menjadi bonus kpd kjaan UMNO BN...

12. Kakitangan awam seperti ini hanya perlukan sedikit lagi lonjakan dari segi tindakan drpd kjaan... mereka perlu diberi pemahaman tentang apa sebenarnya tugas mereka, dan ia perlu dilakukan secara berterusan... mereka juga perlu diberi kesedaran, bukan dari aspek political minded, tetapi perlu ke arah kenegaraan, supaya mereka akan merasakan k3pentingan mereka mempertahankan kjaan sedia ada dan apakah caranya...perasaan sayangkan negara, dengan cara mempertahankan kuasa dan kjaan sedia ada perlu sentiasa disemat di hati sanubari setiap kakitangan awam... 

13. Maka dgn ini mereka tidak lagi akan menganggap bahawa keberadaan mereka dalam kjaan tidak hanya untuk makan gaji semata-mata, tetapi lebih drpd itu, yakni sbg aset penting yg akan membantu kjaan dan negara mencapai visi dan misi kecemerlangan...

#SahabatSMB

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama