Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Kerajaan Singapura Jadikan Niat Jahat Tun Mahathir Sebagai Sia-Sia. Najib Hanya Akan Jadikan Malaysia Kelihatan BODOH Jika Teruskan Pembinaan Jambatan Bengkok... #SahabatSMB

Cerita Di Sebalik Jambatan Bengkok: Dendam Mahathir Yang Tidak Munasabah...


Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak pernah menyembunyikan kebenciannya terhadap Singapura.

Konflik dan perbalahan antara dua negara tidak pernah berhenti dan merupakan isu yang berulang-ulang setiap kali politik dalaman memerlukan ‘bogeyman’.

Jambatan Bengkok sepatutnya menjadi dendam terakhir Mahathir berhubung satu penghinaan yang besar yang tidak dapat dilupakan beliau.

Pada tahun 2003, dalam salah satu tindakan beliau sebelum mengakhiri tempoh 22 tahun sebagai PM, Tun Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan meneruskan usaha untuk membina jambatan bengkok.

Perkara lain yang dilakukan beliau sebelum melepaskan kuasa adalah memberikan lesen perjudian secara tersembunyi, yang bernilai billion Ringgit kepada rakan beliau dengan hanya sebanyak RM25 juta  tetapi itu cerita lain.

Kegagalan pengganti beliau, Abdullah Ahmad Badawi untuk meneruskan usaha menggantikan Tambak Johor telah menyebabkan Dr Mahathir dengan kejam menyerang beliau pada tahun 2006. Langkah tersebut, dikatakan oleh pemerhati, akhirnya telah memaksa Tun Abdullah meletakkan jawatan pada tahun 2009.

Dr Mahathir yang masih berpengaruh itu mendakwa Datuk Seri Najib juga telah gagal untuk mengotakan janjinya untuk membina jambatan bengkok, dan telah menyuruh Najib untuk meletakkan jawatan.

Dalam satu temuramah tv pada tahun 2015, Najib telah mendedahkan bahawa itu adalah salah satu sebab utama yang merosakkan hubungan mereka sehingga menyebabkan Najib tidak bercakap dengan Mahathir selama 6 bulan.

“Beliau (Dr Mahathir) ada dua perkara yang mahu saya lakukan. Beliau mahu saya menghapuskan BR1M dan membina jambatan bengkok Johor,”  
- kata Najib dalam satu temuramah di TV3.

“Saya hormat Tun, sebagaimana saya hormat orang lain,” 
- tambah beliau.

“Saya telah memberi pandangan saya tentang isu tersebut. Saya melihatnya sebagai satu perbincangan antara dua indvidu.. Adalah agak sihat untuk mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi akhirnya saya perlu bertanggungjawab terhadap rakyat dan parti. 
“Kebanyakan isu tersebut telah dibawa ke Kabinet dan Kabinet yang akan memutuskannya,” 
- kata Najib.

Tun Mahathir memberi respon dalam temuramahnya sendiri dengan mengatakan Najib telah memungkiri janji beliau untuk membina ‘jambatan bengkok’.


“Tidak ada satu pun yang saya jangkakan akan dibuat setelah saya meletakkan jawatan, telah dibuat.” 
“Najib masih terus membuat apa yang beliau mahu dan saya merasakan perkara yang dilakukan beliau adalah tidak betul,” 
- kata Mahathir.

Tetapi mengapa Najib tidak meneruskan usaha membina jambatan bengkok?

Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong sebaliknya telah bersetuju untuk membina link ketiga antara Johor dan Singapura. Menurut Dr Mahathir, Najib memberitahu beliau bahawa Malaysia tidak dapat meneruskan dengan jambatan bengkok memandangkan terdapat perjanjian untuk tidak menyentuh tambak Johor (causeway) melainkan kedua-dua pihak bersetuju.

Mahathir mendedahkan bahawa Najib telah mendakwa, dalam satu perjumpaan antara mereka berdua selepas makan malam, terdapat satu perjanjian antara kedua-dua negara berhubung tambak Johor dan itu bermakna jambatan bengkok tidak boleh dibina melainkan kedua-dua pihak bersetuju.

“Saya telah bertanya beliau, tunjukkan saya Perjanjian itu,” kata Mahathir, seakan-akan menunjukkan bahawa tiada perjanjian seperti itu dan Najib telah berbohong. “Adakah kita negara yang merdeka ataupun jajahan Singapura?’ saya bertanya beliau.” kata Mahathir.

Adalah jelas bahawa sebelum Mahathir menyerang Najib dan mahu beliau disingkirkan dengan pelbagai alasan, jambatan bengkok adalah sebab utama kemarahan Mahathir.

Tetapi mengapa Dr Mahathir terlalu inginkan jambatan bengkok itu?


Ia menyebabkan kemarahan Dr Mahathir, dan membabitkan penghinaan peribadi beliau, kebencian dan kemarahan.

Jika anda mengkaji reka bentuk jambatan bengkok , Mahathir mahu menggunakan jambatan bengkok untuk menghentikan saluran paip air yang menghubungkan Singapura ke Malaysia yang kemudiannya membawa 50 % daripada sumber air Singapura. Letakkan kesan itu di tepi dahulu, dan pada masa sama, anda fikir tentang hal itu dari perspektif Singapura dan mengapa mereka akan menolak untuk membina jambatan bengkok.

Ia adalah benar-benar cara Mahathir menghukum Singapura.

Sekarang ini, sebenarnya apa yang kita dapat daripada itu? Untuk menjawabnya, kita perlu lihat sejarah, terutamanya pada tahun 1997 dan 1998 dan Krisis Kewangan Asia.

Perdana Menteri ketika itu berada dalam keadaan serba salah. Beliau telah memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apa yang memburukkannya lagi, negara menghadapi kiris kewangan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Spekulator mata wang telah menurunkan nilai ringgit Malaysia kepada sebahagian kecil daripada nilai sebelum ini. Percubaan oleh BNM untuk menaikkan nilai ringgit sangat sukar dan akhirnya sia-sia. Malaysia hampir muflis.
Tiada wang yang tinggal disebabkan salah urus ekonomi oleh Mahathir dan Anwar pada tahun 1990an.

Dengan penuh rendah diri, Mahathir telah ke Singapura untuk bertemu dengan PM Goh Chok Tong.

Walaupun tidak dilaporkan oleh media Malaysia, tetapi media Singapura telah mengeluarkan berita tentang Dr Mahathir yang telah memohon pinjaman dengan Singapura sebanyak AS$5 bilion, memandangkan Malaysia berada dalam kesulitan kewangan.

Jika anda tidak mempercayai saya, sila lihat video Mahathir yang telah meminta bantuan kewangan daripada Singapura secara langsung di tv – di mana sudah tentu tidak pernah dilaporkan di Malaysia.


Lihatlah bagaimana Mahathir dan Pak Lah kelihatan malu-malu apabila meminta bantuan Singapura sedangkan Tun M telah mengkritik Singapura sejak berdekad lalu.

Selain akhbar Singapura, media Hong Kong ketika itu turut melaporkan:

“Ia adalah perjumpaan peringkat tinggi antara kedua-dua negara sejak hubungan yang mudah tersinggung, malah sebelum ditambah tekanan berhubung krisis kewangan Asia, yang mula merosot dengan pantas sejak awal tahun ini. Kali terakhir mereka berjumpa pada bulan April.

Dr Mahathir berkata beliau berhasrat untuk mengumpul dana daripada negara jiran, Singapura, walaupun beliau tidak menyatakan banyak mana atau untuk apa wang tersebut akan digunakan.

“Kami perlu mengumpul dana daripada Singapura,” kata beliau, yang turut menambah Singapura dapat membantu Malaysia ketika krisis kewangan. Goh tidak berkata banyak kecuali ‘kami meneruskan perbincangan’ dan beliau gembira dengan jemputan Dr Mahathir untuk bertemu beliau.

PM Goh memberi respon yang positif. Singapura bersetuju untuk meminjamkan Malaysia 5 bilion tersebut dengan ‘syarat’. Tidak jelas apakah syarat tersebut memandangkan hanya Dr Mahathir dan Goh sahaja yang tahu tentangnya.

Dr Mahathir walaubagaimanapun mengaanggap syarat tersebut tidak dapat diterima dan pulang ke Malaysia dengan tangan kosong. Presiden Indonesia, B.J. Habibie telah memerhati dengan teliti perkara tersebut dan mengatakan dengan jelas ‘kawan yang memerlukan sememangnya adalah seorang kawan’.

Walaupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menawarkan Malaysia pinjaman yang sama, itu juga datang dengan syarat IMF, di mana Dr Mahathir enggan menerimanya.

Singapura tidak meminta kita untuk meminjam wang daripada mereka. Apabila anda meminta seseorang meminjamkan wang kepada anda, anda akan pergi dengan situasi yang lemah dan menjangkakan syarat-syarat.

Terpulang kepada anda untuk memenuhi syarat-syarat tersebut ataupun tidak. Tiada siapa yang memaksa.

Bukanlah kerana Tun M berbesar hati untuk meminjam wang daripada Singapura, tetapi kerana terdesak.

Yang sebenarnya adalah lebih baik untuk tidak terlibat dalam situasi seperti ini!

Cuba kita lihat secara peribadi. Katakan salah seorang daripada rakan anda yang tidak rapat (malah mungkin musuh) datang meminjam wang daripada anda. Dan kemudian anda memberikan syarat untuk memberikan pinjaman.

Orang lain cuba untuk meminjam wang daripada anda tidak suka dengan syarat yang diberikan – dan kemudian sebagai dendam, beliau telah menyerang anda tanpa henti.

Akhirnya, jika anda masih ingat, ringgit tidak boleh ditukar di luar Malaysia. Dalam masa satu hari, ringgit menjadi tidak bernilai di semua negara kecuali Malaysia.

Dari masa ke semasa, situasi kewangan Malaysia semakin stabil. Hubungan antara Malaysia dengan Singapura walaubagaimanapun, tidak dapat diselamatkan. Ego Dr M telah tercalar dengan teruknya kerana beliau telah ‘melutut’ dan ‘dimalukan’ di Singapura.

Selepas itu, hubungan antara dua negara menjadi lebih teruk. Media Malaysia sering membawa berita yang negative tentang Singapura.

Mesej yang tersembunyi menjadi jelas apabila Dr Mahathir mengatakan ‘ada banyak cara lagi untuk mencapai sesuatu’.


Bandar Singa itu tanpa diragui, menangkis serangan dan membalas balik melalui professor Jayakumar. “Tiada siapa yang akan berdiam diri dan menunggu sewenang-wenangnya untuk mencapai sesuatu.”

Apabila rancangan untuk meruntuhkan tambak Johor didedahkan dan gambar jambatan bengkok yang baru didedahkan, mata wang telah jatuh.

Sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir telah mendapat jaminan daripada penggantinya, Pak Lah bahawa jambatan bengkok akan menjadi realiti.

Sementara itu, Singapura menyedari bahawa sumber utama air negara itu sudah tidak lagi terjamin walaupun kontrak belakalan air masih berkuatkuasa. Perbelanjaan yang besar telah dilaburkan untuk teknologi penyahgaraman dan juga “NEWwater” yang menyucikan kumbahan sehingga “bersih untuk diminum” dan loji penyahgaraman.

Singapura kini hampir mampu menampung sendiri bekalan airnya sekiranya mereka mahu dan ancaman daripada jambatan bengkok dan memberhentikan bekalan air daripada Malaysia sudah tidak lagi berkesan ke atas Singapura.

Tambahan pula. Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan bekalan air kepada 6 juta orang – apa yang akan dibuat oleh jambatan bengkok. Ini sudah pasti akan menyebabkan perbalahan antarabangsa dan kemungkinan perang.

Ini bermakna tujuan jambatan bengkok sudah tiada lagi dan tiada sebab lagi untuk Najib membinanya dan merosakkan hubungan dengan negara jiran.

Dan Dr Mahathir tidak akan dapat membalas dendam atas penghinaan menjadi ‘pengemis’ – sebab mengapa Mahathir sangat marah dengan Najib ketika itu dan mahu beliau disingkirkan kerana ‘mungkir janji’.

Kemarahan Tun Mahathir pada mulanya dan nekad untuk menyingkirkan Pak Lah dan Najib adalah kerana kedua-dua Perdana Menteri enggan menuruti dendam Tun Mahathir dengan membina jambatan bengkok.

Dalam satu temuramah dengan Sultan Johor baru-baru ini pada Disember 2015, adalah jelas bahawa Sultan Johor tahu mengenai niat Mahathir dan ‘hati dendam’ beliau apabila bertitah:

Najib begitu bimbang dengan isu-isu yang melibatkan Johor disebabkan hubungan Johor dan Singapura, yang merupakan rakan kongsi yang strategik untuk Johor. Kami berdua percaya bahawa Johor dan Malaysia akan mendapat faedah daripada pembangunan yang masih berjalan dan apabila keretapi laju yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dibina, faedahnya akan menjadi lebih banyak.

Beta tidak mahu mengungkit kisah lama atau menyebelahi mana-mana ahli politik, yang masih aktif atau sudah bersara, tetapi PM memahami dan menghargai keperluan untuk bekerja dengan lebih rapat dan tidak mengulangi kisah silam.


Beta merasakan agak sukar untuk memahami rasional atau sebaliknya untuk mana-mana pemimpin Malaysia yang mahu Malaysia berbalah dengan Singapura. Itu yang saya panggil sebagai ‘crooked thinking’.

“Pemimpin yang masih aktif atau bersara, dengan ‘crooked thinking’ yang tidak menyukai Singapura” Beta tertanya-tanya siapa beliau?

DYMM Sultan Johor sudah tentu tahu.

Adalah sangat tidak patut dan tidak munasabah untuk seorang mantan Perdana Menteri yang sudah di usia senja, masih lagi menyimpan dendam – sehingga ingin merosakkan hubungan negara dengan negara jiran, menimbulkan huru-hara dalam politik Malaysia sehingga menjejaskan ekonomi dan mahu menyingkirkan dua Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi.

Sumber  : Rozmi Mokhtar

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama