-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 27 Julai 2017

(BONGKAR) PANAS!!! Perkara Yang Puak Pembangkang WAJIB Sembunyikan Apabila Berbicara Tentang Malaysia... #SahabatSMB

KEADAAN EKONOMI NEGARA SANGAT MENGKAGUMKAN, SEKALIPUN BERDEPAN DENGAN KELEMBAPAN EKONOMI GLOBAL... INI BUKTINYA...


Ramai di kalangan kita, khususnya rakyat Malaysia yang mungkin tidak tahu, atau tidak menyedari, atau lebih tepat lagi, enggan ambil tahu, bahawa kedudukan Malaysia terutama dari segi ekonomi dan sosio politik sebenarnya berada di paras mengkagumkan, yakni 'OUTSTANDING'. Cuma apa yang rakyat sedari, mungkin keadaan kehidupan yang lebih baik, ada sedikit sebanyak lebihan pendapatan, ada saja peluang dan lubang untuk jana lebih pendapatan, atau paling tidak, ada juga masa terluang untuk diri sendiri dan keluarga, tidak perlulah terlalu bertungkus lumus mengejar wang demi sesuap nasi hingga terabai tanggungjawab yang lain.

Sememangnya ini semua adalah realiti, bukan hanya omongan kosong. Kita mungkin boleh menafikannya di mulut, tapi tidak mungkin dapat menidakkan fakta yang sudah terbentang. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dilimpahi kemakmuran di bumi bertuah Malaysia.

Dan syukur juga kepada Allah, kerana dikurniakan sebuah kerajaan yang adil, yang bijak merancang hala tuju negara dan sentiasa meletakkan hak serta kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan dan agenda diri sendiri...


Namun, sudah menjadi kelaziman, setiap yang baik, akan datang buruknya. Ditakdirkan sebuah kerajaan yang baik dan hebat, namun pada masa sama, kita diduga dengan kehadiran puak pembangkang yang buruk akhlaknya, kuat menghasut, mudah menipu, gemar menfitnah, murah mencaci hina, dan lebih teruk lagi, ligat mencari jalan mensabotaj negara sehingga memberi kesan kepada kelestarian kemajuan negara. Ya... segala yang buruk melanda negara, PEMBANGKANG LAH PUNCANYA...


Sebenarnya, sudah sampai masanya untuk kita dan kerajaan mengubah cara fikir dan cara kerja. Segala yang baik, yang kerajaan laksanakan, MESTI diwar warkan secara meluas ke segenap pelusuk negara. Biar ia dilakukan secara berulang-ulang, biar canang dipalu bertubi-tubi. Bukan kerana angkuh, bangga diri mahupun masuk bakul angkat sendiri, tetapi ia satu keperluan, agar rakyat tidak mudah tertipu dengan dakyah jahat persis iblis dari pembangkang. Dan tentunyalah, kita berharap agar kepimpinan negara dan BN akan menjelaskan segala kejayaan yang telah dicapai ini kepada rakyat secara berterusan dan berulang-ulang supaya ianya melekat di kepala kita semua.


Realitinya, kepimpinan BN kurang menghebahkan kejayaan mereka tidak seperti puak pembangkang. Bagi pembangkang, aksi dan propaganda itu penting untuk membohongi rakyat kononnya mereka bekerja untuk rakyat. Sampai potong reben pun perlu 9 orang!

39 perkara yang tercatit di bawah adalah sebahagian daripada bukti bahawa negara Malaysia berada di landasan kemajuan yang betul. Ianya juga menafikan segala fitnah, hasutan dan putar belit puak pembangkang yang kononnya negara akan bangkrap.


Kemampuan kerajaan untuk membawa masuk lebih banyak pelabur luar negara dan meletakkan negera Malaysia dalam ranking tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain jelas menunjukkan nama negara Malaysia tidak buruk seperti yang sering dibohongi oleh pembangkang.

Pada 2010, Najib Razak telah memperkenalkan Model Ekonomi Baharu di Invest Malaysia. Model ini direka bentuk bagi mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, dan negara ini menjadi sebuah masyarakat yang lebih terangkum, saksama dan mapan, dengan tanggapan tiada siapa ditinggalkan di belakang, peluang disediakan untuk semua, dan asas yang betul diletakkan bagi menjamin masa depan yang stabil dan berjaya.


Di antara kejayaan kerajaan BN yang perlu kita tahu :

1. Antara 2009 dan 2016, Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat hampir 50 % dan PNK per kapita menggunakan kaedah Atlas meningkat kepada AS$9,850.

2. Berdasarkan julat semasa pendapatan tinggi Bank Dunia AS$12,235 :
  • Kerajaan sudah mengecilkan jurang ke arah sasaran pendapatan tinggi daripada 33 % kepada 19 %.
  • 2.26 juta pekerjaan diwujudkan, yang merangkumi 69 % daripada 3.3 juta sasaran yang mahu dicapai menjelang 2020.
3. Kerajaan menarik paras pelaburan langsung asing (FDI) yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia. Pertumbuhan negara disegani oleh ekonomi maju, malah semasa tempoh ketidaktentuan ekonomi global.


4. Unjuran negara Malaysia pada tahun 2017 juga meningkat :
  • Bank Dunia meningkatkan unjuran mereka daripada 4.3 % kepada kenaikan KDNK 4.9 %.
  • Morgan Stanley juga meningkatkan unjuran mereka dan kini ialah 5 %.
  • Nomura juga meningkatkan unjuran ekonomi Malaysia sebanyak 5.3 %.
  • Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula daripada 4.5 % kepada 4.8 %.
5. Dalam suku pertama 2017, perdagangan negara merekodkan kenaikan 24.3 % - meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

6. Pada Mac 2017, eksport mencecah paras RM80 bilion buat kali pertama dalam sejarah negara. Pada RM82.63 bilion, ia angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.

7. Pasaran modal meningkat sebanyak 9% kepada paras RM3.1 trilion pada 6 bulan pertama tahun ini, dan kini berada di tempat kelima di Asia secara relatif kepada KDNK. 


8. Dalam pasaran ekuiti terdapat aliran masuk bersih RM11 bilion pada separuh pertama 2017, berbanding dengan aliran keluar bersih RM3 bilion sepanjang 2016.

9. Pasaran bon Malaysia berkembang kepada RM1.2 trilion pada 2016.

10. Pasaran modal Islam merekodkan pertumbuhan tahunan 10 % sejak enam tahun lalu, mencecah RM1.8 trilion pada Jun 2017.

11. Pada AS$29 bilion, Bursa Malaysia merekodkan jumlah tertinggi dana dijana sejak 5 tahun lalu dalam mana-mana 10 negara anggota ASEAN.

12. Mata wang ringgit, dianggap oleh Bloomberg sebagai "mata wang utama Asia paling kukuh suku ini, meningkat 2 kali ganda berbanding yang terbaik berikutnya, yuan China."


13. Malaysia berjaya mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, termasuk mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan minyak dan gas daripada 41% pada 2009 kepada 14 peratus hari ini.

14. HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantaunya di Tun Razak Exchange, mengiktiraf peningkatan status Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa.

15. Broadcom Limited, salah sebuah syarikat semikonduktor terbesar dunia dengan permodalan pasaran hampir setengah trilion dolar akan memindahkan Hab Pengedaran Globalnya dari Singapura ke Malaysia pada 2017, di mana ia akan menguruskan inventori global kumpulan bernilai RM64 bilion setahun. 

16. Huawei, sebuah penyedia penyelesaian ICT utama global yang memberikan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga penduduk dunia, menjadikan Malaysia ibu pejabat operasi global, pusat hos data dan pusat latihan global, dengan kos projek keseluruhan RM2.2 bilion serta mengambil lebih daripada 2,370 pekerja.


17. Saudi Aramco melabur AS$7 bilion - pelaburan hiliran terbesarnya di luar Arab Saudi, untuk membeli 50 % kepentingan di dalam Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Johor. 

18. Finisar Corporation, peneraju teknologi global dalam komunikasi optik, akan melabur RM610 juta lagi dalam operasinya di Perak, menjadikan jumlah pelaburannya di Malaysia kepada RM1 bilion.

19. Coca-Cola pada Mac 2017 mengumumkan tambahan pelaburan RM500 juta untuk mengembangkan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Bandar Enstek. Syarikat itu sudah pun melabur RM1 bilion di Malaysia sejak 2010. 

20. Penilaian ekonomi terbaharu OECD menyatakan "Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara paling berjaya... terima kasih kepada asas makroekonomi kukuh dan kejayaannya mentransformasi ekonomi menjadi amat pelbagai dan terangkum."


21. Malaysia berada di tempat kedua ASEAN dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017 dan ke-23 keseluruhan dalam kalangan 190 ekonomi seluruh dunia.

22. Malaysia di tempat kedua negara Asia Tenggara di dalam Indeks Modal Insan Forum Ekonomi Dunia 2016, meningkat satu anak tangga daripada tempat ketiga tahun lalu.

23. Malaysia berada di tempat ketiga daripada 190 ekonomi, seluruh dunia, dalam Melindungi Pelabur Minoriti, oleh Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017.

24. Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2016-2017 meletakkan Malaysia di tempat keempat dalam kalangan 138 ekonomi di atas Kekuatan Perlindungan Pelabur.

25. Malaysia berada di tempat ke-11 dari 125 negara di dalam Indeks Daya Tarikan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta, oleh IESE Business School di Sepanyol.


26. Agensi penarafan Fitch mengukuhkan semula penarafan A- negara Malaysia dengan tinjauan stabil.

27. Kaji selidik BAV Consulting dan Wharton School di University of Pennsylvania mengisytiharkan Malaysia menjadi "Negara Terbaik Untuk Dilabur" dan "Malaysia adalah pemimpin yang jelas dalam ranking ini, mencatatkan skor sekurang-kurangnya 30 mata lebih dari negara lain mengikut skala 100 mata."

28. IMF melaporkan bahawa daya tahan ekonomi Malaysia adalah disebabkan oleh "tindak balas dasar makroekonomi mantap di tengah-tengah risiko serta cabaran besar." Malah, dasar yang kukuh ini adalah sebab mereka mengatakan bahawa: "Malaysia adalah antara ekonomi paling pantas berkembang dalam kalangan rakan segandingan."

29. Laporan Bank Dunia bulan Jun 2017 berkata bahawa "pengurusan makroekonomi kerajaan secara berterusan proaktif dan berkesan mengemudi cabaran jangka terdekat di dalam persekitaran ekonomi" dan "Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh."


30. Negara bekerjasama dengan pemimpin teknologi China, Alibaba untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital, zon perdagangan khas pertama dunia yang akan mempromosikan pertumbuhan e-dagang, dan menyediakan platform canggih kepada perusahaan besar dan PKS. Inisiatif ini untuk menggandakan pertumbuhan e-dagang daripada 10.8 % kepada 20.8 % menjelang 2020.

31. Pendapatan 40 % isi rumah terendah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 12 % sejak 2009

32. RM5.36 bilion dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada 2016.

33. Pembinaan dan memulihkan hampir 95,000 rumah untuk golongan miskin luar bandar tahun 2016. Projek perumahan mampu milik lain termasuk PPA1M, untuk kakitangan awam; PR1MA, untuk golongan berpendapatan sederhana bandar dan Program Perumahan Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah, atau B40, dengan sewa bulanan serendah RM124.


34. Dari 2010 hingga 2016, kerajaan membina 6,042 kilometer jalan luar bandar baharu, menyediakan akses air bersih kepada 350,000 rumah dan menghubungkan 154,000 rumah dengan perkhidmatan elektrik.

35. Pada akhir tahun 2016, fasa pertama projek Mass Rapid Transit (MRT) disiapkan, Fasa kedua Aliran Sungai Buloh-Kajang dilancarkan. Aliran beroperasi 51 kilometer dengan 31 stesen. Ini akan mengurangkan 160,000 kereta dari jalan raya, menjadikan Kuala Lumpur lebih boleh didiami. Ia mewujudkan 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Projek siap sebelum jadual dan RM2 bilion di bawah bajet.

36. Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah akan menjadi pencetus perubahan kepada rakyat di sana, menggalakkan mobiliti lebih besar, mengukuhkan industri dan pelancongan serta mewujudkan ribuan pekerjaan baharu.

37. Rel kelajuan tinggi pertama menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura, yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit, berbanding lebih empat jam menggunakan kereta.


38. Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan membawa manfaat besar, pekerjaan dan sambungan baharu kepada rakyat Pahang, Terengganu dan Kelantan khususnya.

39. Penubuhan sebuah Unit Tadbir Urus dan Integriti di semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan Entiti Perniagaan milik negeri dan kementerian, di bawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu lagi perkara yang penulis ingin highlightkan ialah kenyataan Najib Razak yang berkata kerajaan sedang menghapuskan kroni kapitalis, tiada lagi urus niaga sebelah pihak, tiada lagi binaan negara untuk menjaga ego seseorang dan tiada lagi menjadikan syarikat negara seperti hak peribadi.

Sumber  : Dr. Novandri


Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE