Advertisement - Contact Us

PANAS!!! Tun M Nak Jadi PM? Atau Ini Cara Tun M Sembunyikan Buah Terakhirnya??? #SahabatSMB

TAWARAN TUN M UNTUK MENJADI PM, RUPANYA TELAH MENCALAR HATI MUKRIZ... MUKHRIZ MUNGKIN BUKAN LAGI ANAK KESAYANGAN TUN MAHATHIR...


KESIAN... Apa lagi yang boleh nak dikatakan. Apabila kedudukan diri sendiri pun dah tersangat terumbang-ambing, hingga terpaksa bertindak secara 'try and error... then, try again... until you totally going down...'

Apabila Tun M menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, SEKALI LAGI, bagi pihak Pakatan Harapan jika mereka ditakdirkan menang PRU14, ia bukan lagi soal maruah, ego atau air muka (kerana ini semua ini sudah jatuh perkara kedua, bukan lagi priority yang perlu dipertahan), tetapi sebenarnya Tun Mahathir sudah membuka pekung, mendedahkan kelemahan, dan paling penting, telah menceritakan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa, INI ADALAH ANTARA LANGKAH2 TERAKHIR bagi Tun M untuk pastikan cita-citanya, kalaupun tidak 100%, sedikit pun jadilah untuk dicapai.

Tun M cuba berlagak bertindak persis Tengku Razaleigh ketika tahun 1986. Ku Li ketika itu cuba menilai kemampuan dan kebersediaan dirinya untuk mencabar Presiden dalam pemilihan agong UMNO. Beliau umum secara terbuka, menyatakan bahawa beliau bersedia untuk mencabar Tun M yang ketika itu Presiden UMNO, sekiranya ada desakan dari rakan2, khususnya dari akar umbi UMNO untuk beliau melakukannya. Dan ini jugalah yang cuba dilakukan oleh Tun M. 


Bezanya, ketika Ku Li tawarkan diri dulu, beliau disambut dengan penuh semangat oleh sebahagian besar ahli2 akar umbi UMNO. Mereka mahu Ku Li menggantikan Tun M sebagai Presiden, malah mereka sudah cukup bersedia untuk membantu Ku Li menjatuhkan Tun M. Sedangkan keadaan yang sama tidak berlaku kepada Tun M. Tidak ada pemimpin PH yang secara terbuka menyokong Tun M untuk kembali menjadi PM. Kalau ada pun, hanyalah suara2 sumbang segelintir kecil pengikut2 Tun M di peringkat bawahan PPBM.

Lebih malang lagi, sudah la tiada yang menyokong, ramai pula yang bersuara di celah2 kekalutan dengan bunyi2 yang dangkal dan menjelikkan. Penghinaan yang tak pernah Tun M terima selama berkubang di dalam UMNO dahulu... hinggakan, kenyataan dari anaknya sendiri, Mukhriz juga seolah membayangkan betapa ayahnya seorang yang begitu nyanyuk, hingga tidak lagi tahu dan sedar apa yang keluar dari mulutnya...


Seperti yang aku katakan di awal tadi, Tun M sedang mendedahkan kelemahan dan kegagalan dirinya sendiri. Segala percaturan yang dibuat sejak 2014, atau mungkin lebih awal dari tu, serba tak menjadi. Hingga membawa Tun M hari ini benar2 di hujung bucu jurang yang dalam. 2 pilihan yang ada, berpatah balik atau terjun dan tamatkan sendiri riwayat politik dirinya dan orang disekelilingnya.

Kenapa Tun M mencadangkan dirinya sendiri? Kenapa tidak Muhyiddin? Bukan kah Muhyiddin sendiri pun sudah banyak berkorban dan terkorban gara2 terikut dengan lenggok politik Tun M? Adakah ini merupakan satu signal yang jelas, politik Muhyiddin sudah TAMAT? Hinggakan Tun M sendiri pun sudah tidak meletakkan sebarang harapan kepada dirinya? MEMANG MALANG NASIB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN...

Nama Mukhriz? Tak mungkin nama Mukhriz akan terpacul keluar dari mulut Tun M. cuma, apa yang Tun M harapkan, apabila beliau tawarkan dirinya sendiri, maka akan muncul lah cadangan2 lain seperti, "Daripada bagi kat Madey, lebih baik angkat je Mukhriz terus..." kerana satu dunia sudah tahu, akhirnya itu juga titik matlamat Tun M. Untuk melihat Mukhriz menjadi PM. Tetapi sayang, tidak ada suara yang mengangkat nama Mukhriz seperti yang Tun M harapkan. Sekali lagi, MEMANG MALANG NASIB MUKHRIZ MAHATHIR...

Jika 2 nama besar ini pun sudah boleh kita ketepikan, siapa lagi yang tinggal dalam kepala Tun M? Untuk bersetuju dengan kehendak sebahagian besar barisan pimpinan PH yang mahu Anwar sebagai PM, sudah tentu ini tidak ada dalam senarai Tun M. Kenapa? Kerana jika Anwar berjaya dipilih sebagai PM, tak kiralah samada dengan jalan terus atau didahului oleh Wan Azizah, maka, selesai juga lah masa depan anaknya Mukhriz. MUSTAHIL ANWAR AKAN KEMBALIKAN JAWATAN PM KEPADA MUKHRIZ. Dan mustahil juga DAP akan benarkan Anwar beri kepada orang lain, selain daripada PM The Making, Mr Lim Guan Eng.


Sebenarnya Tun M masih ada satu lagi nama yang berpotensi besar untuk menjadi pilihan. Malah nama tersebut pun sudah tentu tidak akan melepaskan peluang keemasan ini jika disogok bantal tatkala sudah mengantuk. Cuma mungkin Tun M masih simpan nama tersebut. Kerana, seperti yang pernah dikatakan sendiri oleh Tun M, jika terlalu awal menamakan calon PM, maka dikhuatiri akan ada usaha2 mensabotaj dan menjatuhkan nama yang menjadi pilihan tersebut.

Jadi untuk elakkan ada mata yang beralih kepada calon simpanan Tun M itu, maka lebih baik jika Tun M alihkan tumpuan semua pihak kepada dirinya. Jadi kurang fokus diberikan kepada calon tersebut. Dalam masa yang sama dapat memberi ruang kpada dirinya untuk menyusun gerak, menyusup dan kemudian mengambil alih takhta. Dan ketika itu, jika ditakdirkan PH berkuasa, maka calon pilihan Tun m itu pun sudah tentu berada di kedudukan yang tepat dan kuat untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Siapakah calon pilihan Tun M yang masih berada dalam simpanan dan masih menjadi rahsia besar dan senjata akhir bagi Tun M???


Orangnya, Tidak lain tidak bukan, anak angkat Tun Mahathir sendiri, Yang pernah ditanggung pembiayaan pelajarannya di universiti oleh Tun M satu ketika dahulu, Yang juga pernah kecewakan Tun M apabila dia memilih untuk mengikuti politik Anwar Ibrahim...

Nama tersebut adalah AZMIN ALI...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama