-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Isnin, 5 Jun 2017

PANAS!!! Tun M Nak Jadi PM? Atau Ini Cara Tun M Sembunyikan Buah Terakhirnya??? #SahabatSMB

TAWARAN TUN M UNTUK MENJADI PM, RUPANYA TELAH MENCALAR HATI MUKRIZ... MUKHRIZ MUNGKIN BUKAN LAGI ANAK KESAYANGAN TUN MAHATHIR...


KESIAN... Apa lagi yang boleh nak dikatakan. Apabila kedudukan diri sendiri pun dah tersangat terumbang-ambing, hingga terpaksa bertindak secara 'try and error... then, try again... until you totally going down...'

Apabila Tun M menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, SEKALI LAGI, bagi pihak Pakatan Harapan jika mereka ditakdirkan menang PRU14, ia bukan lagi soal maruah, ego atau air muka (kerana ini semua ini sudah jatuh perkara kedua, bukan lagi priority yang perlu dipertahan), tetapi sebenarnya Tun Mahathir sudah membuka pekung, mendedahkan kelemahan, dan paling penting, telah menceritakan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa, INI ADALAH ANTARA LANGKAH2 TERAKHIR bagi Tun M untuk pastikan cita-citanya, kalaupun tidak 100%, sedikit pun jadilah untuk dicapai.

Tun M cuba berlagak bertindak persis Tengku Razaleigh ketika tahun 1986. Ku Li ketika itu cuba menilai kemampuan dan kebersediaan dirinya untuk mencabar Presiden dalam pemilihan agong UMNO. Beliau umum secara terbuka, menyatakan bahawa beliau bersedia untuk mencabar Tun M yang ketika itu Presiden UMNO, sekiranya ada desakan dari rakan2, khususnya dari akar umbi UMNO untuk beliau melakukannya. Dan ini jugalah yang cuba dilakukan oleh Tun M. 


Bezanya, ketika Ku Li tawarkan diri dulu, beliau disambut dengan penuh semangat oleh sebahagian besar ahli2 akar umbi UMNO. Mereka mahu Ku Li menggantikan Tun M sebagai Presiden, malah mereka sudah cukup bersedia untuk membantu Ku Li menjatuhkan Tun M. Sedangkan keadaan yang sama tidak berlaku kepada Tun M. Tidak ada pemimpin PH yang secara terbuka menyokong Tun M untuk kembali menjadi PM. Kalau ada pun, hanyalah suara2 sumbang segelintir kecil pengikut2 Tun M di peringkat bawahan PPBM.

Lebih malang lagi, sudah la tiada yang menyokong, ramai pula yang bersuara di celah2 kekalutan dengan bunyi2 yang dangkal dan menjelikkan. Penghinaan yang tak pernah Tun M terima selama berkubang di dalam UMNO dahulu... hinggakan, kenyataan dari anaknya sendiri, Mukhriz juga seolah membayangkan betapa ayahnya seorang yang begitu nyanyuk, hingga tidak lagi tahu dan sedar apa yang keluar dari mulutnya...


Seperti yang aku katakan di awal tadi, Tun M sedang mendedahkan kelemahan dan kegagalan dirinya sendiri. Segala percaturan yang dibuat sejak 2014, atau mungkin lebih awal dari tu, serba tak menjadi. Hingga membawa Tun M hari ini benar2 di hujung bucu jurang yang dalam. 2 pilihan yang ada, berpatah balik atau terjun dan tamatkan sendiri riwayat politik dirinya dan orang disekelilingnya.

Kenapa Tun M mencadangkan dirinya sendiri? Kenapa tidak Muhyiddin? Bukan kah Muhyiddin sendiri pun sudah banyak berkorban dan terkorban gara2 terikut dengan lenggok politik Tun M? Adakah ini merupakan satu signal yang jelas, politik Muhyiddin sudah TAMAT? Hinggakan Tun M sendiri pun sudah tidak meletakkan sebarang harapan kepada dirinya? MEMANG MALANG NASIB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN...

Nama Mukhriz? Tak mungkin nama Mukhriz akan terpacul keluar dari mulut Tun M. cuma, apa yang Tun M harapkan, apabila beliau tawarkan dirinya sendiri, maka akan muncul lah cadangan2 lain seperti, "Daripada bagi kat Madey, lebih baik angkat je Mukhriz terus..." kerana satu dunia sudah tahu, akhirnya itu juga titik matlamat Tun M. Untuk melihat Mukhriz menjadi PM. Tetapi sayang, tidak ada suara yang mengangkat nama Mukhriz seperti yang Tun M harapkan. Sekali lagi, MEMANG MALANG NASIB MUKHRIZ MAHATHIR...

Jika 2 nama besar ini pun sudah boleh kita ketepikan, siapa lagi yang tinggal dalam kepala Tun M? Untuk bersetuju dengan kehendak sebahagian besar barisan pimpinan PH yang mahu Anwar sebagai PM, sudah tentu ini tidak ada dalam senarai Tun M. Kenapa? Kerana jika Anwar berjaya dipilih sebagai PM, tak kiralah samada dengan jalan terus atau didahului oleh Wan Azizah, maka, selesai juga lah masa depan anaknya Mukhriz. MUSTAHIL ANWAR AKAN KEMBALIKAN JAWATAN PM KEPADA MUKHRIZ. Dan mustahil juga DAP akan benarkan Anwar beri kepada orang lain, selain daripada PM The Making, Mr Lim Guan Eng.


Sebenarnya Tun M masih ada satu lagi nama yang berpotensi besar untuk menjadi pilihan. Malah nama tersebut pun sudah tentu tidak akan melepaskan peluang keemasan ini jika disogok bantal tatkala sudah mengantuk. Cuma mungkin Tun M masih simpan nama tersebut. Kerana, seperti yang pernah dikatakan sendiri oleh Tun M, jika terlalu awal menamakan calon PM, maka dikhuatiri akan ada usaha2 mensabotaj dan menjatuhkan nama yang menjadi pilihan tersebut.

Jadi untuk elakkan ada mata yang beralih kepada calon simpanan Tun M itu, maka lebih baik jika Tun M alihkan tumpuan semua pihak kepada dirinya. Jadi kurang fokus diberikan kepada calon tersebut. Dalam masa yang sama dapat memberi ruang kpada dirinya untuk menyusun gerak, menyusup dan kemudian mengambil alih takhta. Dan ketika itu, jika ditakdirkan PH berkuasa, maka calon pilihan Tun m itu pun sudah tentu berada di kedudukan yang tepat dan kuat untuk dinamakan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Siapakah calon pilihan Tun M yang masih berada dalam simpanan dan masih menjadi rahsia besar dan senjata akhir bagi Tun M???


Orangnya, Tidak lain tidak bukan, anak angkat Tun Mahathir sendiri, Yang pernah ditanggung pembiayaan pelajarannya di universiti oleh Tun M satu ketika dahulu, Yang juga pernah kecewakan Tun M apabila dia memilih untuk mengikuti politik Anwar Ibrahim...

Nama tersebut adalah AZMIN ALI...

Jumaat, 2 Jun 2017

PANAS!!! Najib Jual Malaysia Kepada China? Mai Sini Nak Habaq!!! #SahabatSMB

MENJAWAB 1001 TUDUHAN MANUSIA YANG DANGKAL PEMIKIRAN , HATI BUSUK DAN BERNIAT JAHAT BERHUBUNG HUBUNGAN DAGANG ANTARA MALAYSIA-CHINA.


Sumber  : Lim Sian See

1. Malacca Gateway- China 
Projek ini 60% milik syarikat tempatan. China hanya minoriiti.

2. Johor Iskandar Development -China 
Ini mana ada? Pelabur di projek lama ini  dari pelbagai negara. Projek ini sudah 11 tahun lamanya.

3. Forest City -China 
Projek ini 40% dimilik Sultan Johor dan kerajaan negeri.

4. CAREY ISLAND KLANG -China 
Eh.. Projek Carrey Island ialah dengan syarikat dan pelaburan INDIA bersama syarikat kawan Mahathir, Tan Sri Syed Mokhtar lah.

5. EAST COST RAIL LINK -China 
Ini pinjaman. ECRL masih milik 100% Malaysia.


6. Bandar Malaysia -China
Ini dalam tender lagi tetapi pelaburan dari China mungkin akan lahirkan taman tema yang terbesar di ASEAN untuk melawan Singapura.

7. High Speed Rail HSR -China 
Ini belum keluar tender lagi. Jepun dan China akan bersaing kuat.


8. Impression MALACCA - China 
Ini juga ada sister China’s Impression Liu San Jie di Guilin, China. Maksud Malaysia beli China ke? 

9. EDRA ENERGY - China
Yah.. Syarikat China menang tender terbuka antarabangsa. Tetapi perjanjian2 IPP ini sudah ditukar jadi adil oleh Najib berbanding perjanjian berat sebelah kepada kroni2 IPP Mahathir.

Yg mana lebih baik? Rakyat beli lekrik yang murah dan harga adil dari syarikat China ataupun beli letrik mahal dan berat sebelah dari kroni2 IPP Mahathir.?


10. Sutera Harbor KK -China 
Syarikat China ini beli dari Syarikat Singapura. Ini pun salah kerajaan ke?

11. Birds Nest -China 

12. Durians -China 

13. Tourism-China 

14. Aquaculture-China

15. Palm Oil -China 
Eh... bodoh. Orang China impot barangan buatan Malaysia juga panggil jual negara ke? Ini dipanggil perdagangan antarabangsa.

Ataupun lu mahu China tak mahu beli barang Malaysia?

16. Naval Patrol Boat -China 
Setengah dari patrol boat ini akan dibina di Malaysia dengan pindahan teknologi kepada kita.

Kita juga beli kapal selam dari Perancis, Jet dari USA dan Rusia. Kapal dari UK. Ini maksud kita jual kepada mereka ke?

17. FELDA GLOBAL VENTURE -China 
Eh.. ini mana ada? Lu cincai bantai kah?


18. ALIBABA DFTZ regional hub -China 
Projek ini kita rampas dari Singapura.

19. PROTON- China 
Ini keputusan syarikat kawan Mahathir, Tan Sri Syed Mokhtar lah yg masih milik saham terbesar. Mahathir yang dulunya mahu jual 50% kepada syarikat VW negara Jerman tapi gagal. Mahathir yang mula memikat syarikat Geely. Dulu Mahathir bagi 30% Proton milik Mitsubishi negara Jepun lu ada mengadu tak?


20. SHELL-China 
Ini keputusan syarikat Shell. Syarikat Shell memang milik negara Belanda. Negara Belanda mahu jual syarikat dia kepada negara China itu pun salah kerajaan ke?

21. KEDAH integrated fisheries terminal -China
Projek ini dimula oleh Mukhriz anak Mahathir. Tanya dia.


22. KUANTAN MSIA-CHINA IND PARK -China
Projek ini ada "sister" park usaha-sama di Nanning, China dipanggil China-Malaysia Qinzhou Industrial Park. Maksud ini, Malaysia beli China ke?

23. Kedah Rubber City -China 
Projek ini dimula oleh Mukhriz anak Mahathir. Tanya dia.

24. NAVY NAVAL 50 vessels upgrade -China 
Eh.. bukan 50 lah. 10. Lagipun ini sama dengan point 16 di atas. Apasal mahu repeat?

25. ROYAL MULU SARAWAK -China 

26. Lumut Maritime Terminal Perak -China 
Hello.. ini mana ada China? Projek ini milik negara Perak dan Tenaga.


27. Alor Gajah Power Plant -China 
Eh.. ini sudah sebut kat atas point 9 Edra. Apasal repeat lagi?

28. Impressions Melaka - China 
Eh.. ini sudah sebut kat atas point 8. Apasal repeat lagi? Hilang modal ke?

Very soon the Malay Youth will be begging for job from China. Ketuanan Melayu ditukar ke KETUANAN MO1....

Sad is an understatement!!!This are what happened when you supported a thief

1. Last time when Japan made all those investments - 30% Proton, 50% Perwaja, all those many -many Japanese factories, did any Malay youth beg Japan for a job?

2. Did you all complain that Mahathir begged investments from Japan and borrowed all those money from them just barely 38 years after Japan invaded Malaysia and killed, raped and caused sufferings to millions of Malays?


3. International investment, trade and cooperation is normal world-wide - even during Mahathir times.

4. Dulu ekonomi Jepun kuat dan bangun dengan pesat. Kini ekonomi Jepun tak kuat lagi. Kini China kuat dan bangun dengan pesat. Kita alih kepada China. Itu saja bezanya.

*jangan otak sempit dan dipengaruhi oleh propaganda jahat*

Oleh : Lim Sian See








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE