Advertisement - Contact Us

PANAS!!! Siapa Yang Azmin Risaukan Sebenarnya, ADUN PKR, Atau DAP? #SahabatSMB

SAMADA AZMIN TERLEPAS PANDANG, ATAU SUDAH DIJANGKA NAMUN 'TERCHECKMATE'... 
Hasrat  Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat mungkin tidak tercapai.

Desas- desus dan juga laporan portal ini semalam mendapat maklumbalas dari netizen berhubung 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS di Negeri Selangor.
Namun seperkara lagi, menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan Selangor, dikhabarkan, Azmin tidaklah terlalu risau dengan barisan ADUN nya dari PKR, kerana kebanyakan mereka memang sudah Azmin kenali, baik dari sudut kekuatan mahupun kelemahan mereka. Yang sangat merisaukan Azmin sekarang adalah desas desus yang mengatakan ada kemungkinan bukan ADUN PKR yang akan beralih arah, tetapi ADUN DAP.
Mungkin ramai yang terlepas pandang, DAP juga sebenarnya tidak lah berada dalam keadaan yang sangat selesa. Sepertimana kita sedia maklum, sebelum ini pun beberapa pemimpin DAP dari Melaka yang bertindak keluar parti ekoran tidak berpuas hati dengan kepimpinan Dinasti Lim kit Siang. Dan hal ini rupanya dalam diam sudah merebak hingga ke dalam barisan kerajaan Selangor.

YB Tan Seng Giaw yang merupakan Ahli Parlimen Kepong merupakan seorang yang berpengalaman dan sangat disenangi di kalangan akar umbi DAP. Malangnya disebabkan popularitinya ini, beliau telah disingkirkan secara halus oleh team LKS dan anaknya. Dan ini telah mencetuskan ketidakpuasan hati di kalangan ahli peringkat bawahan.
Dipercayai, ADUN DAP Selangor yang berkemungkinan beralih arah merupakan penyokong-penyokong setia Dr Tan Seng Giaw. Tindakan ini bagi mereka adalah satu signal protes terhadap pemimpin atasan DAP, khususnya Kit Siang dan Guan Eng. Jika ini benar berlaku, bermakna, malang lah nasib Azmin, yang menjadi mangsa kepada kemelut dalaman yang berlaku dari pelbagai arah di dalam komponen Pakatan harapan.
Di samping itu, Azmin, 30 April lalu dikhabarkan membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Manakala Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menepis dakwaan media berhubung 4 Adun lompat parti itu sebagai satu propaganda.
Menurut sumber dalaman parti PKR permohonan mengadap beberapa pemimpin PKR dan BN telah diterima istana dan ini menyokong kuat desas-desus yang berlaku dalam krisis politik di Selangor.

Baik pengamal media, penyokong BN, penyokong  Pakatan Rakyat serta orang awam cuba membuat telahan sendiri berdasarkan maklumat, pemerhatian, pemantauan serta kajian pendek yang dibuat ke atas isu yang berlaku dan yakin kerajaan Pakatan pimpin Azmin Ali bakal tumbang dalam tempoh terdekat.
Sumber mendedahkan Azmin Ali bakal membatalkan segera lawatan 5 harinya di Timur Tengah bagi menyelesaikan kemelut krisis politik Selangor. Tentunya krisis ini berat sepanjang ketiadaannya di Selangor.
Manakala para Adun BN Selangor juga dikatakan menerima arahan agar tidak keluar negara dan bersiap sedia. Kenyataan ringkas YB Budiman Mohd Zuhdi Adun Sg Panjang dalam facebooknya hari ini (1 Mei ) memberi gambaran sesuatu bakal berlaku.

“Mood bersedia. Diarah jangan ke luar negara. Percaya pada takdir.” katanya ringkas.
Sumber berkata YB Budiman disebut antara satu dari nama Menteri Besar Selangor selain seorang dari parti bebas dan PAS dalam kerajaan campuran baru Selangor yang bakal terbentuk. Ia terpulang kepada kejayaan perundingan muktamad kerajaan campuran itu nanti. Budiman menang pilihanraya kecil Parlimen Sg Besar Jun tahun lalu dilihat popular dikalangan rakyat Selangor.
Sementara itu Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, beliau yakin jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor semakin berada di penghujung dengan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi bersama PAS.
“Jika dahulu saya melihat Pembentukan Pakatan Harapan didokong kuat oleh DAP yang boleh meletakkan calon mereka sebagai Menteri Besar Selangor kini tentu amat sukar dengan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat. Adun-adun yang berpaling tadah dari Pakatan pasti membentuk kerajaan campuran bakal memilih Menteri Besar dari kalangan UMNO, bebas atau dari PAS”. katanya ketika dihubungi.

“Saya juga amat yakin YB Budiman antara pemimpin BN yang sesuai menjadi Menteri Besar. Bagaimanapun ini terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi BN”. katanya lagi.
Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru Selangor.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama