-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 24 Februari 2017

[DEDAH] PANAS!!! Selamat Tinggal Kepada Vendor-Vendor Proton Yang 'Kaki Monopoli' Dan 'Kaki Mark-up Melampau'... Ini Yang Merisaukan Tun M... #SahabatSMB

TRANSFORMASI YANG AKAN BERLAKU DI DALAM PROTON SELEPAS INI MUNGKIN AKAN MENJEJASKAN SYARIKAT2 VENDOR MILIK KRONI... APATAH LAGI JIKA SYARIKAT2 INI MEMANG DARI JENIS KAKI MONOPOLI DENGAN HARGA YANG BERKALI GANDA LEBIH TINGGI!!!


Projek Kroni Tun Mahathir: Vendor PROTON Yasmin Group Kepunyaan Anak Saudara Tun Mahathir!  Punca Utama Mahathir pertahankan Proton

■ Syarikat Konglomerat Yasmin Group ditubuhkan pada 4hb April 1980. Pengasas Yasmin Group Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar memulakan penubuhan syarikat di Alor Star Kedah sebagai Yasmin Enterprise dengan isterinya sebagai rakan kongsi.

■ Pada tahun 1983 apabila projek KERETA NASIONAL dimulakan, Dato’ Paduka Rahmat melihat peluang dan potensinya pada bidang vendor anti-karat (rust-proofing). Lalu beliau menubuhkan syarikat Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dipilih sebagai syarikat pembekal tunggal kepada PROTON di dalam 'anti-rust dan rust-proofing'.


■ Jurumuda Sdn Bhd adalah syarikat di bawah payung Kumpulan Yasmin merupakan syarikat yang pertama dipilih sebagai rakan kongsi PROTON HOLDINGS sejak tahun 1985. Pengasas dan pemilik Yasmin Group adalah Rahmat Abu Bakar merupakan menantu Puan Rafiah Mohamad, kakak sulung Tun Dr. Mahathir.

■ Selain daripada Rahmat Abu Bakar, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda iaitu Kisas bin Rahmat.

■ Kias bin Rahmat adalah orang ke-2 di dalam PROTON ketika PROTON di bawah HICOM dan ketika PROTON baru nak bermula. Beliau merupakan pengurus kilang dan dianggap sebagai salah seorang eksekutif pengasas PROTON.

(IKLAN) 

  agoda.com INT

■ Kias kemudian diangkat menjadi orang nombor 2 dalam PROTON sebagai Pengarah Eksekutif tetapi meletakkan jawatan pada tahun 2006 ketika Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri ke-5. Beliau kemudiannya menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga sebagai Timbalan Pengerusi.

■ Masihkah hendak dinafikan yang Yasmin Group telah mendapat manfaat besar dari bapa saudaranya, Tun Mahathir?. Keuntungan syarikat ini jauh lebih besar daripada PROTON yang boleh dikatakan hampir setiap tahun mencatatkan kerugian berjumlah ratusan juta ringgit?. Sedangkan syarikat pembekal tunggal anti-karat pula mencatat keuntungan ratusan juta ringgit?. Hairankan!!?

■ Salah satu syarikat konsesi TOL iaitu SKVE Holdings Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan operasi Lebuhraya South Klang Valley. Syarikat TOL berkenaan dimiliki oleh TS Rahmat Abu Bakar sebagai Pengerusi Eksekutif. 2 anak TS Rahmat juga dilantik sebagai Pengarah di dalam syarikat berkenaan.
1. Tan Sri Rahmat Abu Bakar - Executive Chairman
2. Mohamad Nahiz Tan Sri Rahmat - Director
3. Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat - Director


■ Siapa pula TS Rahmat dengan Tun Mahathir? Orang Kedah panggil anak menakan, orang Kuala Lumpur panggil anak saudara. Untuk ingatan semua, TS Rahmat merupakan 'founder' kepada Yasmin Group yang sentiasa saja kembangkan sayap perniagaan sewaktu Tun masih memegang jawatan nombor satu negara!.

■ Pada tahun 2007 sebagai pemain utama di PROTON, syarikat Jurumuda telah melancarkan fasiliti anti-karat BOT (build-operate-transfer) di kilang Proton Automobil. Ianya sebagai asas jaminan monopoli kerja untuk PROTON selama mana PROTON wujud.

■ 17hb September 2008, Bernama melaporkan Petronas Dagangan Bhd (PDB) membayar RM16.24 juta untuk 80% pegangan dalam Lub Dagangan Sdn Bhd. Ianya syarikat usaha sama yang membabitkan
1. Petronas Dagangan Berhad (PDB)
2. Natpet (M) Sdn Bhd
3. YASMIN JURUMUDA SDN BHD

■ Mereka menjalankan peniagaan pemasaran dan pengedaran produk minyak pelincir PDB di Malaysia. Beneficial Yasmin Group sentiasa melimpah selagi Tun Mahathir wujud di mana2 posisi.


■ Pada tahun 2010 melalui catatan laporan korporat, keuntungan syarikat konglomerat Yasmin Group adalah sebanyak RM228 juta (USD 71 juta)!.

■ Berapa lama Tun Mahathir mahu berlakon dengan sembunyikan perkara ini dari rakyat marhein?.

■ Persoalan: Berapakah nilai keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat YASMIN GROUP sepanjang syarikat tersebut dianugerahkan kontrak sebagai pembekal tunggal PROTON sehingga kini?. Bagaimana pula dengan syarikat2 vendor lain yang keuntungan mereka bukan sahaja terjamin tetapi juga dinaikkan menerusi perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal?

(IKLAN)



■ Siapakah mencetuskan idea membawa masuk Mitsubishi Lancer F-model yang kemudian ditukar jenama sebagai PROTON SAGA?. Dan pada masa yang sama model ini dilarang keras penjualannya di Malaysia bagi melindungi PROTON Saga pada tahun 1985?. Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh kroni2 Tun Mahathir?

■ PROTON telah banyak menerima bantuan kerajaan, selain itu mereka juga sentiasa memantau kerajaan supaya terus mengamalkan dasar perlindungan jenama PROTON terus hidup selama 30 tahun lagi dan lagi!.


■ Banyak persoalan2 yang belum lagi terjawab di sebalik industri automotif nasional yang dipelopori oleh PROTON SAGA!. Adakah cadangan kenaikan harga kereta PROTON berpunca dari kepentingan kroni2 menerusi syarikat2 vendor yang perlu dijaga tanpa melibatkan kerugian atau keuntungan mereka dipotong?.

■ Mengapa sikap dan amalan dasar2 melindungi kepentingan kroni menjadi faktor penyebab harga kereta PROTON terpaksa dinaikkan!? Sedangkan pada masa yang sama, syarikat2 kroni seperti Yasmin Jurumuda terus mengaut keuntungan dengan jaminan perniagaan yang dilindungi kerajaan Malaysia?.

■ Persoalan: Siapakah yang berada di dalam syarikat2 vendor Bumiputera yang dikatakan telah banyak dibantu oleh PROTON selama ini?. Adakah syarikat2 tersebut bebas kroni? ATAU adakah syarikat2 tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain?.


■ Apakah isi kandungan perjanjian untuk vendor2 berkenaan terutama sekali yang membabitkan Yasmin Jurumuda?.


Sumber. : Rozmi Mokhtar
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE