Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] SAH!!! Peruntukan Pejabat Ketua Menteri P. Pinang Meningkat Lebih 400% Bukan Untuk Kempen PRU DAP, Tetapi Kerana Memang Kerajaan Negeri P. Pinang Sudah Hampir BANKRAP... Mana Perginya Wang Hasil Jual 12% Tanah Milik Negeri? #SahabatSMB

RUMAH MURAH...TIADA...
PERUNTUKAN HAL EHWAL ISLAM... DIKURANGKAN 60%...
PROJEK INFRASTUKTUR... KERAJAAN PUSAT YANG BANYAK SALURKAN...
PERSOALANNYA, KE MANA PERGINYA HASIL JUAL TANAH MILIK NEGERI SEBANYAK 12%, DARI 2008 HINGGA 2016???


Samada kita sedar atau tidak, sepanjang tempoh 8 tahun pentadbiran DAP di P. Pinang, negeri sudah hilang kira2 12% hak milikan tanah... kerajaan UMNO BN telah tinggalkan sebanyak 18% daripada keseluruhan tanah yang ada di P. Pinang untuk dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kjaan hari ini, memandangkan majoriti rakyat P. Pinang mahukan perubahan kepimpinan negeri... namun, berdasarkan statistik terkini, peratusan tersebut telah turun mendadak hingga tinggal 6% hanya dalam tempoh 8 tahun...

Takpe lah kalau DAP nak mengaku konon mereka bijak mentadbir urus pembangunan di tanah2 tersebut, sekalipun realitinya kira2 26 perkampungan yang dibina di atas tanah TOL, yg dikira sebagai tanah milik negeri sudah lenyap tinggal sejarah... atau mungkin juga mereka mahu mengaku konon mereka hebat merancang pembangunan di atas tanah2 yang ditebus guna (reclaimation) atau tanah tambakan laut, yang turut termasuk dalam kategori tanah milik negeri... namun, yang menjadi tanda tanya, adakah 'kebijaksanaan' dan 'kehebatan'kerajaan negeri pimpinan DAP ini telah memberi banyak manfaat dan keuntungan kepada anak jati rakyat P. Pinang?


Jika dilihat secara keseluruhan keluasan negeri P. Pinang, bermakna 12% merupakan satu angka yang besar dan mewakili tapak tanah yang luas... namun, yang menyedihkan, menurut fakta terkini, sepanjang tempoh 8 tahun tersebut, kerajaan negeri P. Pinang hanya mampu membina/menyediakan sekitar 2,613 buah rumah murah mampu milik untuk rakyat P. Pinang yang berpendapatan rendah... kalaupun kita andaikan kesemua 2,613 itu dibina atas tanah, bukan dari jenis rumah flat pangsapuri, adakah ia berpadanan dengan 12% tanah milik negeri yg kini sudah berpindah tangan?

Atau sebenarnya, sebahagian besar tanah yg terlibat telah dibina rumah mewah yang berharga melebihi RM280k sebuah, sepertimana menurut angka statistik yang dilaporkan baru2 ini... jika begitu, siapa sebenarnya yg beroleh paling banyak manfaat? Rakyat berpendapatan rendah yg terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan 2,613 buah rumah murah, atau, golongan elit yang sudah kaya raya yang mampu membayar walau berapa juta pun harganya demi untuk mendapatkan aset berharga di bumi Pulau Mutiara?


Seperkara lagi, lazimnya, apabila tanah dijual, tentunya ia akan mendatangkan hasil pendapatan yang tinggi... tambahan pula, tanah2 di Pulau Pinang mempunyai value rate yang tinggi dan sentiasa meningkat harganya... ini bermakna, pendapatan negeri patutnya akan meningkat setelah mengambil kira 12% tanah yang sudah berpindah milik... dan tentunya lah peningkatan pendapatan negeri ini, walau dari mana pun sumbernya, tentulah akan memberi keuntungan juga kepada rakyat P Pinang berkongsi menikmatinya...

Namun, apa yang dilaporkan baru2 ini adalah sebaliknya... bagaimana peruntukan untuk tujuan hal ehwal agama Islam boleh berkurangan dari setahun ke setahun bermula 2008, hingga akhirnya, berdasarkan bajet 2017 negeri P. PINANG, pengurangan yang dicatatkan mencecah 60% berbanding apa yang pernah diperolehi pada 2008?


Bagaimana kepimpinan negeri boleh dengan begitu bangga mengakui kononnya mereka lah kerajaan yg bertanggungjawab membela hak umat Islam di P. Pinang, sedangkan peruntukannya dikurangkan sehingga mencecah 60%? Melihat kepada pembentangan bajet yang dibuat oleh Ketua Menteri, boleh dikata saban tahun, bermula 2009, Lim Guan Eng seolah berjaya menampilkan bajet lebihan, yg bermaksud pendapatan melebihi perbelanjaan...


Adakah salah satu faktor kejayaan kjaan negeri membentangkan bajet Surplus adalah disebabkan pemotongan bajet yang berlaku setiap tahun ke atas peruntukan untuk hal ehwal umat Islam? Adakah portfolio lainjuga turut dikenakan pemotongan bajet?

Dan melihat kepada bajet terbaru untuk tahun 2017, dimana peruntukan untuk hal ehwal Islam terus dipotong, tetapi dalam masa yang sama, bajet untuk Pejabat Ketua Menteri telah meningkat secara mendadak melebihi 400%!!! Kenapa perbezaan ketara spt ini boleh berlaku?

(IKLAN) 

  agoda.com INT

Seolah-olah ada sesuatu yang sedang berlaku dan ia sedang disembunyikan oleh pihak kerajaan negeri P. Pinang... pertama, tanah habis dijual, tetapi tidak ada pendapatan yang masuk ke akaun negeri...


Atau kedua, apa yg diumumkan dalam pembentangan bajet hanya pendapatan atas kertas yang berbentuk retorik semata-mata... perolehan yg datang dari penjualan tanah tidak datang dlm bentuk hasil pendapatan negeri, walaupun ia dikira sebagai hasil dalam pembentangan bajet... pindah milik tanah berlaku atas tujuan membiayai sesebuah projek... malangnya, pembiayaan tersebut tidak disebut di dalam pembentangan bajet, hanya nilai tanah sahaja yang dimasukkan sebagai hasil pendapatan negeri...sebab itu, jumlah pendapatan negeri boleh meningkat setiap tahun, dan ia nya tidak pula perlu ditolak dengan kos pembiayaan projek kerana ia tidak dimasukkan di dalam bajet, dan akhirnya menghasilkan bajet surplus/lebihan...

Sebagai contoh... untuk projek pembinaan terowong dasar laut... kerajaan negeri telah mengumumkan kos untuk kerja2 EIA adalah RM305 juta... dan tanpa kita sedar, pembayaran telah dibuat dengan cara pindah milik tanah negeri kpd pemaju yg terlibat... malah sebahagian besar kos pembinaannya juga sudah dijelaskan, juga dgn cara pindah milik tanah walaupun hasil keputusan kajian tanah masih belum diumumkan hingga hari ini... kita khuatir, rakyat P. Pinang akan berputih mata, hilang aset tanah negeri, dalam masa yg sama, terowong yg dicanang juga akan hanya tinggal sejarah...


Begitu juga halnya dengan projek Penang Transportation Master Plan (PTMP)... pembiayaan dibuat dengan cara menyerahkan hak konsesi kepada syarikat tertentu untuk membangunkan tanah tebus guna di Permatang Damar Laut... tentunya, syarikat tersebut akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membangunkan tanah tebus guna tersebut dengan projek2 perumahan mewah... keuntungan yg akan syarikat perolehi melalui penjualan hartanah mewah tentunya berkali ganda melebihi kos PTMP itu sendiri... adakah rakyat P. Pinang akan beroleh manfaat? Mampukah rakyat P. Pinang yg berpendapatan rendah mahupun sederhana rendah membeli hartanah mewah di tanah2 tersebut? Jawapannya mudah... tentu TIDAK!!!

Sebab itu, rakyat khususnya barisan kepimpinan yang menduduki side pembangkang di P. Pinang perlu lebih peka dan teliti dengan setiap tindak tanduk kepimpinan kerajaan negeri... penyangak2 kolar putih ini sememangnya bijak dan licik apabila bermain dengan angka... jangan mudah terpesona dengan pengumuman bajet lebihan yg dibuat oleh Lim Guan Eng...


Secara rasionalnya pun, kita patut boleh nampak bahawa tak mungkin LGE akan naikkan peruntukkan utk Pej. Ketua Menteri hingga lebih 400% secara tak semena-mena... jika kjaan negeri mmg benar ada wang seperti yg mereka umumkan, sudah tentu LGE akan tambah agihan peruntukan kpd semua portfolio yang ada, bukan memotong atau mengurangkannya lagi... tambah peruntukkan kpd semua portfolio tentu akan memberi kelebihan dari segi sokongan rakyat kpd kjaan negeri...

Tetapi, apabila LGE memilih untuk 'memindahkan' sebahagian besar peruntukan tersebut di bawah pengurusan Pej. Ketua Menteri sendiri, dlm masa sama, peruntukan untuk beberapa portfolio telah dikurangkan, walhal sebelum itu telah mengaku konon kerajaan negeri berjaya menambah hasil pendapatan negeri hingga menghasilkan bajet surplus, bermakna ada 'sesuatu' sedang berlaku, 'something fishy' yg sedang disembunyikan oleh Lim Guan Eng...  berkemungkinan besar, realiti yg sedang dialami oleh rakyat P. Pinang sebenarnya adalah, KERAJAAN NEGERI TIDAK ADA WANG LAGI UNTUK MENGURUS TADBIR P. PINANG... 400% peningkatan yg disalurkan ke Pej. Ketua Menteri hanyalah angka retorik di atas kertas, tetapi tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk wang ringgit...

(IKLAN)



Disalurkan ke Pej. Ketua Menteri, yakni di bawah tangannya sendiri adalah bertujuan memudahkannya menyembunyikan hakikat ketiadaan wang tersebut... tak mungkin LGE boleh salurkannya kpd portfolio2 lain jika hakikatnya wang yg nak disalurkan itu TIDAK ADA... LGE benar2 terpaksa menyembunyikan penipuan ini selagi termampu kerana dia tahu, rakyat P. Pinang tentu akan bangkit menentangnya jika mereka tahu kjaan negeri tidak ada wang walhal 12% tanah bernilai tinggi milik rakyat P. Pinang sudah habis dijual...


Dan sudah tentulah, sebagai sebahagian daripada anak P. Pinang, aku akan terus melihat dan menilai setiap tipu helah dan kelicikan LGE dari semasa ke semasa... sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Adil... lambat laun, akan tersembam ke tanah juga mereka2 yg dari golongan yang zalim, tanpa mengira samada mereka ini kelompok kafir harbi mahupun golongan munafik fasik yg sentiasa kufur akan nikmat yg telah Allah berikan...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama