Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! 2017 Akan Menjadi Tahun 'KIAMAT' Buat Tun M Dan PPBM... Ini Sebabnya... #SahabatSMB

WUJUD ATAS DASAR KEBENCIAN:
2017 AKAN MENJADI TAHUN KEHANCURAN KEPADA PARTI CAP BUNGA (PPBM) MAHATHIR...


Kalendar telah berubah dari 2016 ke 2017 dan disambut dengan tembakan bunga api (walaupun berlaku kemalangan di Klang) dan tidak kurang juga yg menerima kehadiran tahun 2017 dengan penuh kesyukuran, kerana setidak-tidaknya masih diberi peluang dgn umur yg panjang...

Walau bagaimanapun, ketika orang ramai sedang meraikan permulaan baru 2017, rupa-rupanya ada yg terpaksa menerima kehadiran tahun baru ini dgn kedukaan serta debaran... mungkinkah tahun 2017 bakal menjadi tahun pengakhiran bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebuah parti yang lahir dari perasaan kebencian dan kepahitan? Ya, kebencian dan kepahitan yang tercetus dari hati pengasasnya, Mahathir... hanya kerana orang tua ini gagal pastikan bahtera Malaysia dibentuk, dilayarkan dan dikemudi dengan cara dan acuannya sendiri, maka beliau tega dan lebih rela menenggelamkan kapal yang sudah selesa belayar selama ini.

Mereka mengatakan bahawa terdapat satu garis halus yg memisahkan antara cinta dan benci. Kemarahan berbisa Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak membuktikan bahawa garis itu lebih halus daripada apa yang cuba dibayangkan oleh orang ramai. Mahathir cuba sedaya upaya untuk melemahkan dan menghalang apa sahaja kebaikan yang dilakukan oleh Najib. Segala yang Tun Mahathir tahu, sehinggakan sikap pemurah Najib dilihat sebagai rasuah.

Semua kebencian dan kepahitan ini adalah kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mengikut telunjuk Mahathir, enggan untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok dan tidak membantu meletakkan anaknya Mukhriz bagi mendapatkan laluan mudah untuk menjadi Perdana Menteri sekitar tahun 2021.


Dalam menghadapi sesuatu yang saban hari semakin tidak menyebelahi beliau, Mahathir seperti seorang lelaki yang mengharapkan cinta selepas dibuang isteri sendiri. Malangnya, Mahathir enggan melihat, jauh sekali mengakui pada kesalahan yang dia lakukan, akhirnya Mahathir lebih rela menagih cintanya di tempat yg salah, biarpun ia hanya akan merosakkan semua pihak yg berada di sekelilingnya.

Mahathir begitu tertekan dia adalah seperti orang mabuk yang merangkak atas katil dengan seseorang (Lim Kit Siang) yang sekiranya Mahathir masih siuman, dia tidak akan terfikir untuk melakukan perkara ini.

Selepas beberapa kali mengalami kegagalan (Sarawak, Sungai Besar, Kuala Kangsar) bersama DAP yang mengetuai Pakatan, Mahathir fikir adalah lebih baik untuk cuba mewujudkan parti politiknya sendiri. Tetapi ramai tertanya-tanya, apakah Mahathir benar-benar mahu menubuhkan parti baru ini dan ia memang termasuk di dalam perancangan awalnya? Mungkin Mahathir berharap kerajaan akan menimbulkan masalah dengan pendaftaran parti (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), maka beliau boleh menuduh menjadi mangsa kezaliman kerajaan.

(IKLAN)

agoda.com INT

Malang bagi Mahathir,  pendaftaran (PPBM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah diluluskan tanpa sebarang halangan. Meninggalkan Mahathir tanpa sebarang visi yg khusus... menjadi mangsa kezaliman kerajaan memang satu perkara yg teruk, tapi rupanya lebih teruk lagi apabila dibiarkan terkontang-kanting dgn parti barunya itu... bukan saja telah meletakkan diri Tun M sebagai sebahagian drpd blok pembangkang, malah sepertimana parti2 pembangkang yg lain, PPBM juga umpama kapal yg dibina dan dibiar belayar tanpa kompas dan tanpa peta yg jelas...

Disebabkan kejutan ini, sehingga hari ini, tidak ada seorang pun dari blok pembangkang, baik Tun M sendiri, Muhyiddin atau LKS yg berani tampil dengan penuh keyakinan, menyatakan secara terbuka kepada seluruh negara, "INILAH BARISAN KERAJAAN YANG PAKATAN HARAPAN TAWARKAN JIKA DIBERI MANDAT MEMERINTAH NEGARA..."

Masing2 seolah-olah sedang bermain 'chak', mengacah dengan perkara yg remeh dan kemudian menantikan respon dari rakyat... Tun M mungkin cuba menguji penerimaan rakan2 barunya di dlm blok Pakatun apabila menamakan Muhyidin sbg Presiden PPBM, manakala Mukhriz sebagai timbalan... dan seperti diduga, tidak semua yg berminat dgn 'tawaran' Tun M itu... sekaligus membuktikan betapa Tun M sudah hilang taring dgn kuasa yg mutlak bilamana beliau memilih untuk bergelumang di dalam 'kubang' Pakatan Harapan, tak mungkin era kegemilangan 'diktator' selama 22 tahun dgn kuasa mutlak dapat dikembalikan apabila duduk di dlm blok Pakatan...


Satu persatu masalah timbul di dalam PPBM; dalam keadaan segalanya masih tidak pasti, tentunya ini semua menjadi perkara yg paling malang buat Tun M... sbg sebuah parti yg baru setahun jagung, PPBM sepatutnya mencari jalan untuk mengukuhkan kedudukan, samada dari segi sokongan dari rakyat mahupun dari sudut penerimaan rakan2 pembangkang... tidak sepatutnya PPBM terjerumus di dalam kancah kontroversi, apatah lagi melibatkan isu2 moral...

Isu2 seperti skandal Presiden parti dengan isteri orang, isu Ketua Srikandi 'pancut 4 kali', isu pengakuan Ketua Armada kaki clubing dan beberapa isu susulan yg disensasikan, hanya akan mencetuskan krisis kepercayaan di kalangan rakyat... malah, rakan2 pembangkang lain juga dilihat semakin berhati-hati dan cuba untuk mengelak daripada dikaitkan dgn PPBM...


Hari ini, seorang demi seorang ahli2 PPBM yg boleh dikategorikan sbg 'orang kuat', mula meninggalkan PPBM dan Tun M... Khairuddin Abu Hassan, Ezam Md Noor dan beberapa nama besar lain sudah memilih haluan masing2 utk tidak bersama PPBM, walhal tempoh hayat PPBM belum pun cecah 1 tahun... adakah ini semua boleh dijadikan petunjuk ke arah kegemilangan PPBM?




Seolah seperti menjadi kelaziman, asal saja muncul isu2 panas, skandal2 sensasi yg didedahkan di dalam media2 baru, maka UMNO BN lah yang akan dipersalahkan... hinggakan cerita2 yg sebegitu detail dan terperinci, babak2 di dalam kelambu, aksi2 di dalam kain pun masih mahu menuding jari kpd UMNO konon sebagai pencetus... logik akalnya, tak mungkin cerita2 seperti ini boleh tersebar, jika bukan berpunca daripada pihak yg rapat dgn individu2 yg terlibat... mereka inilah yg sudah membocorkan rahsia dan tidak sewajarnya  UMNO BN dipersalahkan...

Yang lebih meletakkan PPBM ibarat telur di hujung tanduk adalah rentetan atau asbab musabab kpd isu2 sensasi yg didedahkan... PPBM patut terima hakikat yg parti mereka tidak lah sesuci mana... jika bukan kerana gilakan kuasa, tamakkan kedudukan jawatan dan kemaruk kpd kesenangan duniawi, mustahil mereka akan tergamak meninggalkan perjuangan UMNO, mewujudkan platform baru dan kemudian menyerang dgn tujuan utk menjatuhkan UMNO semula...

(IKLAN)



Maka, apabila kesemua mereka yg dari kelompok golongan seperti ini dikumpul dan disatukan di bawah bumbung PPBM, mustahil mereka boleh meninggalkan tabiat buruk masing2, yakni tabiat suka mencantas dan menjatuhkan antara satu sama lain... dan yg membezakan antara satu dgn yg lain adalah, sejauh mana kesanggupan seseorang itu mahu menjatuhkan pihak satu lagi, tak kiralah samada kawan apatah lagi lawan...

Tak hairanlah, walaupun PPBM baru saja diwujudkan, namun pergolakan politik dalamannya seolah ia sudah wujud berpuluh tahun lamanya... masing2 cuba untuk mencari ruang menonjolkan diri agar mendapat tempat dan memperoleh jawatan yg diimpikan... jika ada yg cuba menjadi batu penghalang, maka dia perlu disingkirkan, walau dgn apa cara sekalipun, termasuklah sampai ke peringkat menfitnah, membuka keaiban dan sebagainya...


Mungkin ramai yg tidak bersetuju dgn pandangan aku ini... kononnya mereka menyertai PPBM kerana ingin berjuang, menjatuhkan pemimpin korupsi, mahu mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negara atau bermacam lagi alasan yg boleh disebut di mulut... REALITINYA???

Lebih 90% ahli yg menyertai PPBM asalnya tidak memegang apa2 jawatan di dalam parti yg mereka sertai sebelumnya, samada di peringkat cawangan, bahagian mahupun peringkat tertinggi... tak kiralah, samada kerana mereka tewas dalam pemilihan peringkat parti ataupun mmg mereka tidak mendapat tempat dalam kalangan ahli sendiri... kumpulan inilah yg berbondong-bondong menyertai PPBM, samada secara terang-terangan ataupun menjadi gunting dalam lipatan...

1 soalan yg perlu diajukan kpd mereka2 ini, ADAKAH MEREKA AKAN TETAP MEMILIH UNTUK MENYERTAI PPBM SEANDAINYA MEREKA MEMANG SUDAH MEMEGANG APA2 JAWATAN DI DALAM UMNO? BULLSHIT!!! Tak perlu hipokrit, kerana tujuan korang menyertai PPBM memang kerana gilakan jawatan...


Dalam keadaan yg serba tidak pasti, apa yg boleh dijanjikan oleh Tun M, Muhyiddin mahupun Mukhriz kepada rakyat Malaysia khususnya ahli2 PPBM sendiri untuk masa depan dan survival politik masing2? Jawapannya adalah NOTHING... Dan sebagai rakyat Malaysia yg diberi pancaindera mata, telinga dan akal, apakah penilaian yg selayaknya untuk PPBM? Adakah PPBM berpotensi menjadi payung untuk menaungi nasib masa depan anak bangsa? Adakah kita sanggup memperjudikan masa depan negara, menolak kepimpinan kerajaan UMNO BN yg sudah saban tahun membuktikan keupayaan organisasi sbg sebuah kjaan yg jitu, dan meletakkan nasib masa depan negara di dalam tangan2 penyangak2 politik yg maha gilakan kuasa? Anda nilailah sendiri...

Jika masih ada dlm kalangan rakyat yg mahu meletakkan sandaran dan harapan kpd kelompok penyangak PPBM, maka, ANDA SEBENARNYA SUDAH MELAKUKAN KESILAPAN YANG BESAR...


Kerana, dalam kemeriahan rakyat menyambut ketibaan tahun baru, tahun 2017, dengan azam, visi dan misi yg baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama dengan gerombolan pemimpinnya termasuk Tun Mahathir sebenarnya sedang menjengah masuk ke tahun 'KIAMAT', yakni pengakhiran buat mereka...


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama