-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Ahad, 15 Oktober 2017

[DEDAH] PANAS!!! Siapa Kata Shafie Apdal Bersalah? Kalau Beliau Bersalah, Tentu Sudah Lama Beliau DITANGKAP... #SahabatSMB

SHAFIE APDAL IBARAT ANJING TERSEPIT DI PINTU LOJI KUMBAHAN TAIK...


Memang agak kasar bunyinya... tapi itulah realitinya... cuma, Shafie tersepit hanya selepas ingin keluar dari kubang tempat dirinya selama ini bergelumang... dan sudah tentu, siapa pun yg berhajat mahu membantu Shafie melepaskan diri, akan menjadi mangsa gigitan anjing gila, gila kuasa dan gila harta...

1. Agak menarik melihat cara SPRM bertindak... tombol pintu jelas berada dalam kuasa kawalan SPRM... mereka tidak terus menutup pintu, malah mereka juga tidak membiarkan pintu ternganga terbuka begitu sahaja... mereka hanya menekan pintu tersebut agar yg tersepit, akan kekal terhimpit...


2. Sudah 7 orang kanan Shafie dibedal oleh SPRM... mereka bukanlah calang2, masing2 berada di kedudukan yg cukup kanan, baik dlm kjaan mehupun dlm parti... malah ada sumber menyatakan bahawa siasatan SPRM kini semakin meluas, hingga melibatkan 2 ADUN dan seorang senator, dipercayai sudah berada dalam senarai coming soon SPRM... apapun, biarlah SPRM menjalankan tugas mereka, semua yg ditahan tidak bermakna mereka sudah didapati bersalah, sehinggalah mahkamah putuskan kedudukan mereka...

3. Kenapa hingga hari ini, belum ada sebarang tindakan atau siasatan yg dijalankan ke atas shafie? Di sini kita boleh lihat kehalusan permainan psikologi oleh SPRM... mereka benar2 kenakan tekanan mental yg cukup hebat kepada Shafie... bayangkan apabila sebahagian besar org2 kanan kini sedang berada dalam tahanan, sudah tentu objektif SPRM mahu mengumpulkan seberapa byk maklumat dan bukti yg akan digunakan sebagai bom jangka buat Shafie...


4. Hari ini, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Shafie selaku pResiden Parti Warisan... kenyataan berbaur ugutan ini jelas menunjukkan betapa mengelabahnya kedudukan Shafie sekarang... akibatnya, kenyataan yg sepatutnya boleh mengundang kerisauan di kalangan pemimpin kerajaan, akhirnya bertukar menjadi peluru yg akan memakan diri Shafie sendiri...

5. Kenapa baru sekarang shafie mahu bangkitkan salah laku yg kononnya telah lama berleluasa dlm kjaan... kenapa semua ini timbul hanya selepas merasakan diri shafie semakin terumbang ambing... kenapa selama ini shafie memilih utk sembunyikan salah laku yg kononnya berlaku dlm kjaan... bukankah sebagai seorang pemimpin atasan bertaraf menteri, sepatutnya menjadi penghalang kpd apa jua salah laku dan pènyelewengan yg dikatakan berlaku dlm kjaan, bukan berdiam diri menyembunyikannya...

6. Tak pe lah, kalau benar Shafie mahu melondeh segala yg berlaku dlm kjaan... tapi yg penting, shafie juga perlu terima hakikat bahawa dirinya akan terlondeh terlebih dulu... dan cakap org yg dlm keadaan telanjang tidak lagi boleh dijadikan fakta kerana ia hanya berlandaskan kpd nafsu amarah semata mata, apatah lg jika ia sekadar satu dakwaan tanpa ada bukti yg kukuh..


-------------------------------------------------------

KENYATAAN DARIPADA PRESIDEN PARTI WARISAN SABAH

*Kenyataan Terbaru* 
12hb Oktober 2017

"Saya telah lama berkhidmat. Saya juga pernah berada dalam golongan dalaman Najib. Bayangkan betapa banyak informasi yang saya tahu. Saya tidak gentar maupun menyerah kalah. Lagi bagus kalau saya dihadapkan ke mahkamah."

"I have served for a long time. I have sat in Najib’s inner circle. Imagine the information I have come to know. I am not afraid nor will I surrender. If I am brought to court, it will be even better."

*Datuk Seri Shafie Apdal*

#SahabatSMB

Sabtu, 14 Oktober 2017

[ANALISIS ISU] PANAS!!! DS Najib Berdepan Cabaran Getir Menarik Sokongan Anak Muda, Setelah Sekian Lama Era Tun M Rosak Binasakan Minda Mereka... #SahabatSMB

KENAPA ANAK MUDA HILANG MINAT MENYERTAI PERJUANGAN UMNO?


"Apabila jiwa anak muda tidak lagi diisi dengan santapan roh perjuangan UMNO yang sebenar, saban hari hanya dihidang dengan harta, duit dan kemewahan... maka akan lahirlah satu generasi anak muda yg jiwanya kosong, walaupun sijil dan ijazah panjang berjela... mereka ibarat layang2 putus tali, melayang tanpa panduan, jatuh tidak menentu..."

-Tan Sri Annuar Musa-

1. Hari ini barulah UMNO mula berasa terkesan akibat kesilapan lampau. Generasi yg sedang dewasa datangnya dari hasil didikan dan tarbiah masa lalu. Akibat daripada salah pendekatan dan tarbiah masa lalu, maka lahirlah satu generasi yg mana hari ini begitu angkuh memusuhi UMNO, sehinggakan mereka lupa jasa UMNO yg telah banyak menyumbang hingga mereka dewasa...

2. Bukan bermaksud mahu mencari silap sesiapa, tapi hakikatnya, kegagalan UMNO dalam proses mentarbiah anak muda bermula sekitar 80 an... maklum sajalah, UMNO yg membentuk kjaan ketika itu sedang asyik dan leka dilambung dengan kemewahan dan kemakmuran... negara ketika itu sedang menikmati laba hasil daripada penemuan telaga2 minyak.

3. Begitu asyiknya kerajaan ketika itu, setiap hari hanya memikirkan, kemana mahu dilabur kekayaan  negara itu... Maminco, BMF, Forex, sebut saja pelaburan yg boleh menguntungkan, maka selunggok wang ditabur didalamnya... yang cerdik, akan ambil kesempatan... sedangkan rakyat biasa dibiarkan kekal dengan apa yg ada... kita hanya berbangga dgn harga petrol RM1.10 seliter, walhal berapa kerat saja rakyat yg mampu miliki kenderaan ketika itu... kita megah konon kos rendah, barang murah, walhal kita lupa, ketika itu belum tentu sebulan sekali dpt makan nasi berlauk ayam... 


4. Apabila Ku Li tampil mahu perbetulkan keadaan, barulah kerajaan sedikit tersentak... malangnya, tersentak bukan mahu insaf, malah keadaan rupanya menjadi semakin teruk... 1988 UMNO diharamkan... maka lahirlah UMNO baru, dengan cara yg baru, pendekatan yg baru malah perlembagaannya juga banyak yg diperbaharui...

5. Keahlian baru disekat-sekat... yg berpotensi menjadi pemimpin, awal2 lagi disenarai hitamkan... kalaupun lepas peringkat cawangan, sangkut di bahagian... anak muda mula melihat UMNO sebagai parti yg eksklusif... karenah birokrasi telah menyebabkan anak muda mula menjauhkan diri daripada mengenali UMNO...

6. Anak muda di universiti disekat hak kebebasan bersuara... AUKU yg kjaan cipta akhirnya memakan diri UMNO sendiri... anak muda benci disekat, makin disekat makin jiwa memberontak... maka dengan mudah jarum pembangkang masuk menguasai minda anak muda... 


7. Mereka inilah yg telah mnyemarakkan era reformasi tahun 1998... mereka ini lahir hasil drpd kesilapan pendekatan UMNO pimpinan TUN MAHATHIR sendiri... mereka ini sudah menguasai mahasiswa... oleh kerana anwar ibrahim sendiri lahir drpd gerakan mahasiswa maka mudahlah bagi dirinya mengambil kesempatan ke atas jiwa2 kosong anak muda yg mudah memberontak... hanya dgn sedikit suntikan perjuangan kononnya berasaskan KEADILAN, anak2 muda ini terpengaruh hingga terlupa asal usul mereka...

8. Nak memperbetulkan ini semua selepas berakhirnya era diktator Tun m pada 2002 bukan satu perkara yg mudah... ia melibatkan satu lapisan generasi... tambahan pula nak memperbetulkan pada ketika pengaruh Tun M masih ramai di dalam kerajaan dan UMNO... Pak Lah dah mencuba dan membuka jalan kepada era transformasi UMNO dan kjaan... akibatnya, Pak Lah tumbang oleh gerakan dan hasutan yg didalangi oleh tun m... apapun, terima kasih Pak Lah... jasa Pak Lah dlm merubah UMNO ke arah kegemilangan sangat besar...


9. Dan beban ini diambil alih oleh DS Najib... dalam diam2, beliau mulakan perubahan melalui pemansuhan akta AUKU... tembok yg selama ini menjadi penghalang antara kerajaan dan mahasiswa berjaya dirobohkan... mahasiswa adalah golongan bijak pandai yg boleh menilai dgn mata hati... pemikiran mereka tidak boleh disekat... jiwa dan minda mereka boleh dipupuk dan dibentuk selagi mana kjaan berpijak di atas realiti dan kebenaran... hasilnya, hari ini kita sudah boleh melihat kecenderungan golongan mahasiswa untuk bersama dengan kjaan...

10. Perkara pertama yg direalisasikan oleh DS Najib di dlm UMNO adalah meremajakan parti... syarat dan kaedah menjadi ahli dipermudahkan... anak muda boleh memohon menjadi ahli secara percuma, tanpa sebarang bayaran yuran, hanya secara online, tidak perlukan sokongan ketua cawangan atau ketua bahagian... malah anak muda yg berpotensi besar sbg pemimpin juga berpeluang merebut mana2 jawatan, di mana2 peringkat tanpa perlukan sebarang kuota pencalonan... segalanya dipermudahkan di bwh DS Najib, tinggal lagi, tepuk dada tanya selera dan kemampuan diri untuk memimpin...

11. Pendekatan DS Najib sbg seorang pemimpin dan Perdana menteri juga sangat unik... belum ada lagi mana2 pemimpin yg begitu utamakan suara dan aspirasi rakyatnya termasuk dari anak muda, seperti yg DSNajib lakukan... beliau begitu hargai pandangan yg diterima dari anak muda khususnya dalam membentuk aspirasi TN50... Anak muda diberi peluang untuk tentukan sendiri bagaimana keadaan negara yg diingini pada era 2050...


12. Begitu juga dalam penyediaan bajet tahunan kjaan... suara, pandangan dan kehendak anak muda tidak pernah dipinggirkan... malah kjaan telah sediakan pelbagai platform khususnya dlm media2 baru untuk memudahkan anak muda berinteraksi dgn kjaan... tidak keterlaluan kita katakan banyak dasar, program serta insentif baru yg dilaksanakn di era pentadbiran DS najib datangnya hasil drpd idea dan aspirasi anak muda, samada melalui platform persidangan pemuda UMNO, parlimen belia, forum2 dan wacana bersama anak muda, saluran media2 baru dan lain2 platform... contohnya dasar vokasional, dasar pendidikan dan pengajian tinggi, kaedah kad siswa, BB1M dan banyak lagi...

13. Hakikatnya kita bersyukur kerana dianugerahkan seorang pemimpin yg hebat dan berpandangan jauh seperti DS Najib... beliau seorang yg tenang dan matang sekalipun berdepan dengan pelbagai dugaan dan arus fitnah... kebijaksanaan beliau dan seni halus cara berdiplomasi yg beliau miliki sangat dikagumi seantero dunia... di bawah beliau, lawan menjadi kawan, kawan menjadi saudara... 


14. Walaupun beliau juga sama seperti manusia biasa yg lain, fitrah utk tersilap, namun beliau lah pemimpin terbaik yg negara miliki hari ini, yg mampu memacu negara ke gerbang kejayaan... sama-samalah kita berdoa agar Allah kekalkn hati beliau dan kita semua di atas jalan kebenaran serta terus istiqhomah di dlm perjuangan amal maaruf nahi mungkar...

#SahabatSMB

Sabtu, 7 Oktober 2017

VIDEO [DEDAH] PANAS!!! Lim Guan Eng Hantar 'HAIWAN TERNAKAN' Ke Balik Pulau Dan Permatang Pauh... Maka Benarlah Firman Allah Dalam Al Quran... #SahabatSMB

DATANG SEPERTI SEORANG JAGUH... TETAPI...


2 kali Mejar Zaidi hadir dan tampil bertanyakan soalan dalam program siri penerangan 'Perjuangan 4 All' oleh Tan Sri Annuar Musa... kali pertama di Balik Pulau, beliau tampil memperkenalkan diri sebagai Peg. Penerangan di pejabat Ketua Menteri P. Pinang... mungkin ingin kelihatan bijak Mejar Zaidi membawa bersama 2 buah laporan, iaitu laporan PAC dan laporan DOJ kononnya sebagai rujukan ketika membangkitkan persoalan tentang 1MDB...

Kali kedua, beliau tampil sekali lagi di Permatang Pauh bertemankan laporan DOJ... Soalan masih berkisar kepada isu 1MDB dan dana politik RM2.6 bil, cuma kali ini, niat jahat Mejar Zaidi makin terserlah, iaitu mahu mengaibkan YAB PM dan TS Annuar Musa sendiri...

Mejar Zaidi tampil dengan laporan PAC dan DOJ di Balik Pulau, konon untuk kenakan Tan Sri Annuar Musa :



Mejar Zaidi bertanyakan soalan untuk kali keduanya di Permatang Pauh :


Tapi di sini lah terserlahnya kebijaksanaan TS Annuar, dan sememangnya pilihan DS Najib melantik TS Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO memang tepat... pengalaman yg luas jelas meletakkan kedudukan TS Annuar dan Mejar Zaidi ibarat langit dan bumi... dengan yakin dan bersahaja, TS Annuar menjawab persoalan yg dibangkitkan... tidak cukup dgn hanya menjawab, TS Annuar juga kembalikan paku buah keras kpd Mejar Zaidi untuk beliau bawa pulang dan 'dipersembahkan' kepada bosnya, Lim Guan Eng...

Jawapan TS Annuar memang menepati persoalan yg banyak berlegar di dalam kalangan rakyat peringkat akar umbi... rakyat biasa tidak mahu mendengar jawapan berbelit-belit, bermain dengan angka... rakyat biasa hanya mahu tahu kenapa mereka perlu kekal sokong PM dan kjaan dan kenapa mereka perlu tolak dakwaan pembangkang... dan inilah yg telah dijawab oleh TS Annuar...



Bangkitlah apa pun isu yg terkandung dalam Laporan PAC, hakikatnya laporan tersebut sudah pun melalui prosedur yg sangat ketat... sudah dibentang di dlm parlimen, malah turut diberi peluang kepada ahli2 parlimen, termasuk dari pembangkang bagi membahaskannya... maka, jika wujud kecacatan pada laporan tersebut, sudah tentu MP2 pembangkang lebih awal bangkitkannya di parlimen... 

Mungkin inilah sebabnya kenapa Mejar Zaidi tidak lagi mengendong laporan PAC ini ke program kedua TS Annuar di Permatang Pauh, hanya laporan DOJ yg dibawa... maklum sajalah, tindakan beliau hanya membuatkan ahli2 parlimen pembangkang nampak bodoh, tidak nampak kelemahan dlm laporan PAC, sepertimana yg dia nampak...



Benar spt apa yg TS Annuar katakan, kehadiran Mejar Zaidi ada hikmahnya... Allah telah hadirkan satu contoh hidup, manusia yg ada 'qalbu' tetapi keras spt batu, ada mata tetapi buta enggan melihat, ada telinga tetapi tuli enggan mendengar... mereka ini umpama haiwan ternakan, malah lebih teruk dari itu... mereka berasa megah apabila dapat dedah kelemahan org lain, sekalipun tanpa sandaran bukti, malah hingga sanggup menfitnah...

Tapi, Allah Maha Berkuasa, niat nk aibkn org lain, akhirnya diri sendiri yg termalu... usung laporan DOJ, walhal ia hanya satu laporan... belum ada siasatan, keterangan saksi, pembuktian mahupun dakwaan.... semata-mata laporan yg ditulis semula berdasarkam aduan yg diterima... wajarkah kita mendesak agar DS Najib berundur hanya berlandaskan kepada laporan yg tiada intergriti seperti ini? Malah, dalam lapoean tersebut juga turut tidak dinyatakan secara jelas pembabitan YAB DS Mohd Najib...



Mejar Zaidi sepatutnya memberi lebih perhatian bagi mendesak bosnya sendiri, iaitu lim Guan Eng supaya berundur, atau setidak-tidaknya untuk bercuti daripada jawatannya selaku Ketua menteri P. Pinang... ini kerana kes rasuah dan salah guna kuasa yg sedang Guan Eng hadapi sudah di peringkat pendakwaan di mahkamah... bermakna kes ini sudah melalui proses siasatan dan pembuktian, berbeza dengan laporan DOJ yg telah Mejar zaidi kemukakan...



#SahabatSMB

Jumaat, 29 September 2017

[DEDAH] PANAS!!! Tun Mahathir LACUR Keluhuran Sistem Kehakiman Negara... 22 Tahun Yang Memudaratkan... #SahabatSMB

Krisis Kehakiman Dan Krisis Perlembagaan 1988


■ Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan bermula dari pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia. 

■ Pemecatan oleh Tun Dr. Mahathir atas kapasiti Perdana Menteri Malaysia telah dilihat sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

■ Pada bulan June 2008, bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi Kamaruddin mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan kerana mahukan bidang kehakiman diletakkan di bawah kawalannya. "Saya percaya Perdana Menteri pada masa itu mahu menjadi diktator," 

■ Perkara 121 di dalam Perlembagaan Persekutuan menyediakan peruntukan pengasingan kuasa. Tun Mahathir sudah pun mengetuai Perundangan dan Eksekutif. Kini beliau telah meletakkan peruntukan kuasa kehakiman di bawah kekuasaan Perdana Menteri pula.


■ Dengan kehakiman di bawah kuasa Perdana Menteri, Tun Mahathir boleh meminta hakim melakukan apa yang beliau kehendaki. Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1988, mengakibatkan bidang kuasa HAKIM NEGARA ditentukan oleh Parlimen.

■ Rentetan daripada beberapa keputusan2 mahkamah tinggi yang tidak memihak kepada Tun Mahathir, beliau mula memberi tekanan kepada Hakim2 Negara. 

■ Tun Salleh Abas yang mewakili hakim2 menulis sepucuk surat sulit kepada YDPA dan raja2 Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.

■ Akibat dari tindakan Tun Salleh Abas menulis surat kepada YDPA, pada tahun 1988 beliau telah dihadapkan ke Mahkamah timbang tara yang diadakan oleh Tun Dr. Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar. 


■ 5 orang hakim Mahkamah Agung bersidang dan memberikan Tun Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Mereka adalah;
1. TS Azmi Kamaruddin, 
2. TS Eusoffe Abdoolcader, 
3. TS Wan Hamzah Mohamed Salleh,
4. Wan Suleiman Pawan Teh 
5. Datuk George Seah  

■ Malangnya kelima2 hakim Mahkamah Agung tersebut  digantung jawatan mereka. Sementara itu pada Oktober 1988, Wan Sulaiman Pawan Teh dan Datuk George Seah telah dipecat.  

■ Pemecatan tersebut menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, tuntutan pengesahan timbang-tara tidak dapat dibicarakan. Ogos 1988, Tun Salleh telah dipecat secara rasmi sebagai Ketua Hakim Negara.

■ Di antara peristiwa2 yang menyebabkan Tun Mahathir pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia bertindak meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan ialah;


1. Di dalam krisis pemilihan Presiden UMNO antara team Tengku Razaleigh Hamzah dan team Tun Mahathir berlarutan sehingga krisis ini terpaksa diselesaikan di Mahkamah Tinggi. 

■ Di Mahkamah Tinggi, UMNO 11 mendakwa  sekurang2nya terdapat 30 cawangan tak berdaftar yang menghantar wakil2 mereka ke pemilihan UMNO itu harus mencukupi untuk membatalkan keputusan2 pemilihan yang telah dilakukan oleh PAU yang lepas.

■ Hakim Mahkamah Tinggi Harun Hashim pada ketika itu membuat keputusan untuk membuang kes tersebut, dan menyebut Perkara 41 dalam Akta Pertubuhan 1966 yang mengatakan bahawa mana2 satu pertubuhan akan menjadi "tidadenial secara automatik jika terdapat satu cawangannya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. 

■ Oleh itu, Hakim Harun Hashim mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah "pertubuhan yang tidak sah" dan dengan itu, "apa yang terjadi pada tahun 1987" tidak sah di sisi undang2. 
  

2. Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah membatalkan permit2 kerja Berthelsen dan Raphael Pura. Ini kerana wartawan tersebut telah menulis sebuah siri makalah terhadap urusniaga2 kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai2 kerajaan yang diragui tidak etika dan sah. Asian WSJ menerbitkan makalah2 itu turut diharamkan.

■ Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan2 kerajaan. Oleh itu. mahkamah telah menarik balik pengharaman Asian WSJ.

2. Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah ISA. 

■ Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan mendiang Karpal Singh untuk bebaskan tahanan atas alasan masalah teknik terhadap cara beliau ditahan.

■ Mahkamah Agung menggunakan kuasa kajian semula kehakiman, dan membatalkan pindaan2 kepada Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret. 

■ 20 tahun kemudian iaitu pada 20 Jun 2008, Tun Salleh Abas yang dipecat daripada badan kehakiman pada 1988 berkata: "Kalau anda musnahkan badan kehakiman, anda memusnahkan demokrasi dan kalau anda memusnahkan demokrasi, anda terjamin dalam pemerintahan diktator."


■ Mendiang Karpal Singh berpendapat bukan Kerajaan Malaysia yang harus memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang patut berbuat demikian, itu pun jika Dr Mahathir tidak lupa. Kerajaan pula wajib membayar segala kos dan manfaat yang harus mereka dapat. Karpal Singh juga menyeru agar diadakan satu inkuiri tentang krisis kehakiman.

Sumber  : Rozmi Mokhtar

Rabu, 27 September 2017

[DEDAH] PANAS!!! Kerajaan Singapura Jadikan Niat Jahat Tun Mahathir Sebagai Sia-Sia. Najib Hanya Akan Jadikan Malaysia Kelihatan BODOH Jika Teruskan Pembinaan Jambatan Bengkok... #SahabatSMB

Cerita Di Sebalik Jambatan Bengkok: Dendam Mahathir Yang Tidak Munasabah...


Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak pernah menyembunyikan kebenciannya terhadap Singapura.

Konflik dan perbalahan antara dua negara tidak pernah berhenti dan merupakan isu yang berulang-ulang setiap kali politik dalaman memerlukan ‘bogeyman’.

Jambatan Bengkok sepatutnya menjadi dendam terakhir Mahathir berhubung satu penghinaan yang besar yang tidak dapat dilupakan beliau.

Pada tahun 2003, dalam salah satu tindakan beliau sebelum mengakhiri tempoh 22 tahun sebagai PM, Tun Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan meneruskan usaha untuk membina jambatan bengkok.

Perkara lain yang dilakukan beliau sebelum melepaskan kuasa adalah memberikan lesen perjudian secara tersembunyi, yang bernilai billion Ringgit kepada rakan beliau dengan hanya sebanyak RM25 juta  tetapi itu cerita lain.

Kegagalan pengganti beliau, Abdullah Ahmad Badawi untuk meneruskan usaha menggantikan Tambak Johor telah menyebabkan Dr Mahathir dengan kejam menyerang beliau pada tahun 2006. Langkah tersebut, dikatakan oleh pemerhati, akhirnya telah memaksa Tun Abdullah meletakkan jawatan pada tahun 2009.

Dr Mahathir yang masih berpengaruh itu mendakwa Datuk Seri Najib juga telah gagal untuk mengotakan janjinya untuk membina jambatan bengkok, dan telah menyuruh Najib untuk meletakkan jawatan.

Dalam satu temuramah tv pada tahun 2015, Najib telah mendedahkan bahawa itu adalah salah satu sebab utama yang merosakkan hubungan mereka sehingga menyebabkan Najib tidak bercakap dengan Mahathir selama 6 bulan.

“Beliau (Dr Mahathir) ada dua perkara yang mahu saya lakukan. Beliau mahu saya menghapuskan BR1M dan membina jambatan bengkok Johor,”  
- kata Najib dalam satu temuramah di TV3.

“Saya hormat Tun, sebagaimana saya hormat orang lain,” 
- tambah beliau.

“Saya telah memberi pandangan saya tentang isu tersebut. Saya melihatnya sebagai satu perbincangan antara dua indvidu.. Adalah agak sihat untuk mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi akhirnya saya perlu bertanggungjawab terhadap rakyat dan parti. 
“Kebanyakan isu tersebut telah dibawa ke Kabinet dan Kabinet yang akan memutuskannya,” 
- kata Najib.

Tun Mahathir memberi respon dalam temuramahnya sendiri dengan mengatakan Najib telah memungkiri janji beliau untuk membina ‘jambatan bengkok’.


“Tidak ada satu pun yang saya jangkakan akan dibuat setelah saya meletakkan jawatan, telah dibuat.” 
“Najib masih terus membuat apa yang beliau mahu dan saya merasakan perkara yang dilakukan beliau adalah tidak betul,” 
- kata Mahathir.

Tetapi mengapa Najib tidak meneruskan usaha membina jambatan bengkok?

Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong sebaliknya telah bersetuju untuk membina link ketiga antara Johor dan Singapura. Menurut Dr Mahathir, Najib memberitahu beliau bahawa Malaysia tidak dapat meneruskan dengan jambatan bengkok memandangkan terdapat perjanjian untuk tidak menyentuh tambak Johor (causeway) melainkan kedua-dua pihak bersetuju.

Mahathir mendedahkan bahawa Najib telah mendakwa, dalam satu perjumpaan antara mereka berdua selepas makan malam, terdapat satu perjanjian antara kedua-dua negara berhubung tambak Johor dan itu bermakna jambatan bengkok tidak boleh dibina melainkan kedua-dua pihak bersetuju.

“Saya telah bertanya beliau, tunjukkan saya Perjanjian itu,” kata Mahathir, seakan-akan menunjukkan bahawa tiada perjanjian seperti itu dan Najib telah berbohong. “Adakah kita negara yang merdeka ataupun jajahan Singapura?’ saya bertanya beliau.” kata Mahathir.

Adalah jelas bahawa sebelum Mahathir menyerang Najib dan mahu beliau disingkirkan dengan pelbagai alasan, jambatan bengkok adalah sebab utama kemarahan Mahathir.

Tetapi mengapa Dr Mahathir terlalu inginkan jambatan bengkok itu?


Ia menyebabkan kemarahan Dr Mahathir, dan membabitkan penghinaan peribadi beliau, kebencian dan kemarahan.

Jika anda mengkaji reka bentuk jambatan bengkok , Mahathir mahu menggunakan jambatan bengkok untuk menghentikan saluran paip air yang menghubungkan Singapura ke Malaysia yang kemudiannya membawa 50 % daripada sumber air Singapura. Letakkan kesan itu di tepi dahulu, dan pada masa sama, anda fikir tentang hal itu dari perspektif Singapura dan mengapa mereka akan menolak untuk membina jambatan bengkok.

Ia adalah benar-benar cara Mahathir menghukum Singapura.

Sekarang ini, sebenarnya apa yang kita dapat daripada itu? Untuk menjawabnya, kita perlu lihat sejarah, terutamanya pada tahun 1997 dan 1998 dan Krisis Kewangan Asia.

Perdana Menteri ketika itu berada dalam keadaan serba salah. Beliau telah memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apa yang memburukkannya lagi, negara menghadapi kiris kewangan yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Spekulator mata wang telah menurunkan nilai ringgit Malaysia kepada sebahagian kecil daripada nilai sebelum ini. Percubaan oleh BNM untuk menaikkan nilai ringgit sangat sukar dan akhirnya sia-sia. Malaysia hampir muflis.
Tiada wang yang tinggal disebabkan salah urus ekonomi oleh Mahathir dan Anwar pada tahun 1990an.

Dengan penuh rendah diri, Mahathir telah ke Singapura untuk bertemu dengan PM Goh Chok Tong.

Walaupun tidak dilaporkan oleh media Malaysia, tetapi media Singapura telah mengeluarkan berita tentang Dr Mahathir yang telah memohon pinjaman dengan Singapura sebanyak AS$5 bilion, memandangkan Malaysia berada dalam kesulitan kewangan.

Jika anda tidak mempercayai saya, sila lihat video Mahathir yang telah meminta bantuan kewangan daripada Singapura secara langsung di tv – di mana sudah tentu tidak pernah dilaporkan di Malaysia.


Lihatlah bagaimana Mahathir dan Pak Lah kelihatan malu-malu apabila meminta bantuan Singapura sedangkan Tun M telah mengkritik Singapura sejak berdekad lalu.

Selain akhbar Singapura, media Hong Kong ketika itu turut melaporkan:

“Ia adalah perjumpaan peringkat tinggi antara kedua-dua negara sejak hubungan yang mudah tersinggung, malah sebelum ditambah tekanan berhubung krisis kewangan Asia, yang mula merosot dengan pantas sejak awal tahun ini. Kali terakhir mereka berjumpa pada bulan April.

Dr Mahathir berkata beliau berhasrat untuk mengumpul dana daripada negara jiran, Singapura, walaupun beliau tidak menyatakan banyak mana atau untuk apa wang tersebut akan digunakan.

“Kami perlu mengumpul dana daripada Singapura,” kata beliau, yang turut menambah Singapura dapat membantu Malaysia ketika krisis kewangan. Goh tidak berkata banyak kecuali ‘kami meneruskan perbincangan’ dan beliau gembira dengan jemputan Dr Mahathir untuk bertemu beliau.

PM Goh memberi respon yang positif. Singapura bersetuju untuk meminjamkan Malaysia 5 bilion tersebut dengan ‘syarat’. Tidak jelas apakah syarat tersebut memandangkan hanya Dr Mahathir dan Goh sahaja yang tahu tentangnya.

Dr Mahathir walaubagaimanapun mengaanggap syarat tersebut tidak dapat diterima dan pulang ke Malaysia dengan tangan kosong. Presiden Indonesia, B.J. Habibie telah memerhati dengan teliti perkara tersebut dan mengatakan dengan jelas ‘kawan yang memerlukan sememangnya adalah seorang kawan’.

Walaupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menawarkan Malaysia pinjaman yang sama, itu juga datang dengan syarat IMF, di mana Dr Mahathir enggan menerimanya.

Singapura tidak meminta kita untuk meminjam wang daripada mereka. Apabila anda meminta seseorang meminjamkan wang kepada anda, anda akan pergi dengan situasi yang lemah dan menjangkakan syarat-syarat.

Terpulang kepada anda untuk memenuhi syarat-syarat tersebut ataupun tidak. Tiada siapa yang memaksa.

Bukanlah kerana Tun M berbesar hati untuk meminjam wang daripada Singapura, tetapi kerana terdesak.

Yang sebenarnya adalah lebih baik untuk tidak terlibat dalam situasi seperti ini!

Cuba kita lihat secara peribadi. Katakan salah seorang daripada rakan anda yang tidak rapat (malah mungkin musuh) datang meminjam wang daripada anda. Dan kemudian anda memberikan syarat untuk memberikan pinjaman.

Orang lain cuba untuk meminjam wang daripada anda tidak suka dengan syarat yang diberikan – dan kemudian sebagai dendam, beliau telah menyerang anda tanpa henti.

Akhirnya, jika anda masih ingat, ringgit tidak boleh ditukar di luar Malaysia. Dalam masa satu hari, ringgit menjadi tidak bernilai di semua negara kecuali Malaysia.

Dari masa ke semasa, situasi kewangan Malaysia semakin stabil. Hubungan antara Malaysia dengan Singapura walaubagaimanapun, tidak dapat diselamatkan. Ego Dr M telah tercalar dengan teruknya kerana beliau telah ‘melutut’ dan ‘dimalukan’ di Singapura.

Selepas itu, hubungan antara dua negara menjadi lebih teruk. Media Malaysia sering membawa berita yang negative tentang Singapura.

Mesej yang tersembunyi menjadi jelas apabila Dr Mahathir mengatakan ‘ada banyak cara lagi untuk mencapai sesuatu’.


Bandar Singa itu tanpa diragui, menangkis serangan dan membalas balik melalui professor Jayakumar. “Tiada siapa yang akan berdiam diri dan menunggu sewenang-wenangnya untuk mencapai sesuatu.”

Apabila rancangan untuk meruntuhkan tambak Johor didedahkan dan gambar jambatan bengkok yang baru didedahkan, mata wang telah jatuh.

Sebelum meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir telah mendapat jaminan daripada penggantinya, Pak Lah bahawa jambatan bengkok akan menjadi realiti.

Sementara itu, Singapura menyedari bahawa sumber utama air negara itu sudah tidak lagi terjamin walaupun kontrak belakalan air masih berkuatkuasa. Perbelanjaan yang besar telah dilaburkan untuk teknologi penyahgaraman dan juga “NEWwater” yang menyucikan kumbahan sehingga “bersih untuk diminum” dan loji penyahgaraman.

Singapura kini hampir mampu menampung sendiri bekalan airnya sekiranya mereka mahu dan ancaman daripada jambatan bengkok dan memberhentikan bekalan air daripada Malaysia sudah tidak lagi berkesan ke atas Singapura.

Tambahan pula. Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya memberhentikan bekalan air kepada 6 juta orang – apa yang akan dibuat oleh jambatan bengkok. Ini sudah pasti akan menyebabkan perbalahan antarabangsa dan kemungkinan perang.

Ini bermakna tujuan jambatan bengkok sudah tiada lagi dan tiada sebab lagi untuk Najib membinanya dan merosakkan hubungan dengan negara jiran.

Dan Dr Mahathir tidak akan dapat membalas dendam atas penghinaan menjadi ‘pengemis’ – sebab mengapa Mahathir sangat marah dengan Najib ketika itu dan mahu beliau disingkirkan kerana ‘mungkir janji’.

Kemarahan Tun Mahathir pada mulanya dan nekad untuk menyingkirkan Pak Lah dan Najib adalah kerana kedua-dua Perdana Menteri enggan menuruti dendam Tun Mahathir dengan membina jambatan bengkok.

Dalam satu temuramah dengan Sultan Johor baru-baru ini pada Disember 2015, adalah jelas bahawa Sultan Johor tahu mengenai niat Mahathir dan ‘hati dendam’ beliau apabila bertitah:

Najib begitu bimbang dengan isu-isu yang melibatkan Johor disebabkan hubungan Johor dan Singapura, yang merupakan rakan kongsi yang strategik untuk Johor. Kami berdua percaya bahawa Johor dan Malaysia akan mendapat faedah daripada pembangunan yang masih berjalan dan apabila keretapi laju yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dibina, faedahnya akan menjadi lebih banyak.

Beta tidak mahu mengungkit kisah lama atau menyebelahi mana-mana ahli politik, yang masih aktif atau sudah bersara, tetapi PM memahami dan menghargai keperluan untuk bekerja dengan lebih rapat dan tidak mengulangi kisah silam.


Beta merasakan agak sukar untuk memahami rasional atau sebaliknya untuk mana-mana pemimpin Malaysia yang mahu Malaysia berbalah dengan Singapura. Itu yang saya panggil sebagai ‘crooked thinking’.

“Pemimpin yang masih aktif atau bersara, dengan ‘crooked thinking’ yang tidak menyukai Singapura” Beta tertanya-tanya siapa beliau?

DYMM Sultan Johor sudah tentu tahu.

Adalah sangat tidak patut dan tidak munasabah untuk seorang mantan Perdana Menteri yang sudah di usia senja, masih lagi menyimpan dendam – sehingga ingin merosakkan hubungan negara dengan negara jiran, menimbulkan huru-hara dalam politik Malaysia sehingga menjejaskan ekonomi dan mahu menyingkirkan dua Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi.

Sumber  : Rozmi Mokhtar

Jumaat, 15 September 2017

Video [DEDAH] Kerajaan Pimpinan Najib Sudah Sediakan Dana Bagi Membantu Sekolah Pondok Dan Tahfiz... Manfaatkanlah Sebaik Mungkin... #SahabatSMB

Menjawab pelbagai cemuhan, kritikan dari netizen berkaitan sekolah pondok, tahfiz & sekolah agama swasta apabila berlaku sesuatu musibah.


Persoalan 1
Kebanyakan sekolah pondok, tahfiz ni kemudahan dia tidak lengkap, tahap keselamatan kurang sebab tu banyak berlaku kebakaran dan sebagainya

Jawapan 
Ia tidak dinafikan kebanyakan institusi-institusi ini kurang dari segi kemudahan & keselamatan tetapi kami sebagai pengusaha institusi ini terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik buat para pelajar sehingga terpaksa menebalkan muka mengutip dana, sentiasa mengiklankan kutipan dana dan pelbagai cara kami lakukan bagi mencari dana. Ada juga pondok-pondok dan tahfiz yang mempunyai kemudahan yang begitu lengkap mengalahkan institusi kerajaan bahkan lebih baik lagi.

Persoalan kedua
Kalau sudah tak ada duit tak payah la buka. Lepas tu selalu iklan minta sumbangan 

Jawapan 
Kami bukan buka kerana ingin mengejar kekayaan, kami bukan buka untuk kemewahan, tetapi kami buka adalah kerana rasa terpanggil untuk mendidik pelajar untuk menjadi seorang insan kerana zaman ini ramai dikalangan pelajar yang tidak kenal Allah, tidak pandai membaca Al-Quran, jauh dari agama.  Saya ambil cth di PMTI kos pengurusan kami sebulan mencecah RM8000.00 ke RM9000.00. Pelajar hanya ada 20 org dan yuran sebulan RM300. Jika kami buka adalah untuk bisnes & kaut keuntungan pasti kami akan rugi kerana terdapat defisit sebanyak RM3000.00 sebulan. Tetapi kami korbankan masa, wang ringgit, rasa malu ini untuk memastikan operasi PMTI akan terus berjalan dengan lancar dengan pelbagai usaha antaranya mengiklankan sumbangan melalui FB, WhatsApp dan mencari penaja tetap bulanan. 


Persoalan ketiga
Tutup sahaja sekolah-sekolah pondok, tahfiz. Banyak sangat kes kebakaran, buli sehingga menyebabkan kematian 

Jawapan
Janganlah kerana beberapa musibah yang menimpa sekolah-sekolah pondok & tahfiz terus disuruh tutup. Untuk pengetahuan netizen, Sebagai contoh kami di PMTI, pelajar yang kami terima dan sedang dalam proses didikan ini kebanyakannya tidak pandai baca Al-Quran, tidak kenal huruf, bermasalah di sekolah lama iaitu sekolah kerajaan. Alhamdulillah berkat doa ibubapa, usaha asatizah dan kesungguhan pelajar untuk berubah ramai yang sudah pandai baca Al-Quran, hadis malah penampilan diri pun turut berubah menjadi anak yang soleh. Adakah kami ini gagal dalam membentuk akhlak & memberikan ilmu yang bermanfaat sehingga kami perlu menutup sekolah-sekolah ini.

Dan banyak lagi persoalan, cemuhan, kritikan yang diberikan kepada kami seolah-olah kami buka sekolah-sekolah ini memang dikhaskan untuk membunuh, mendera pelajar-pelajar. Kami pun tidak mahu musibah-musibah ini. Kamu bekerja 8 jam sehari dengan gaji yang lumayan, tetapi kami bekerja 24 jam bagi memastikan didikan yang sempurna buat pelajar. Kami bukan minta sumbang duit untuk kami hidup bermewah, kami hanya mahu bantu dalam melahirkan para da'ei, para huffaz , para alim untuk memastikan Islam terus subur dimuka bumi Allah ini


Al Faqir
Lokman Hakim Bin Mohamad Juni
SU Pondok Moden Tahfiz Idrisiah








Sabtu, 12 Ogos 2017

[DEDAH] PANAS!!! Hingga Tahap Ini Tindakan Tun M. Samada Nyanyuk, Atau Buang Tabiat Sahaja Yang Tergamak Lakukannya... #SahabatSMB

KEMANA MENGHILANGNYA KEMALUAN TUN MAHATHIR?


"Bayangkan apa yang Mahathir sanggup lakukan untuk memastikan Mukhriz menjadi Presiden UMNO." Dan kita tidak perlu membayangkan lagi kerana sejak Tiga tahun terakhir ini dia telah menunjukkan sifat sebenarnya dengan apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan anaknya menjadikan Perdana Menteri.

Gambar 1

GAMBAR 1: Mahathir MEMANG TAK MALU jika dia boleh menghadiri perhimpunan Umno Disember 2015 dengan harapan dapat menyaksikan UMNO akan meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib 

Gambar 2

GAMBAR 2: Mahathir MEMANG TAK MALU kerana menuduh Najib telah banyak memberi muka kepada orang Cina SEDANGKAN dia sendiri telah menjadikan ramai orang Cina menjadi billionaire 

Gambar 3

GAMBAR 3: Mahathir MEMANG TAK MALU sekiranya dia boleh membenarkan DAP menggunakannya untuk menyingkirkan Najib dan membenarkan DAP menggunakan orang Melayu untuk mengkritik orang Melayu 

Gambar 4

GAMBAR 4: Mahathir MEMANG TAK MALU kalau boleh menggadap DYMM Sultan Kedah untuk menyerahkan borang Deklarasi Rakyat yang menggandungi tandatangan palsu

Gambar 5

GAMBAR 5: Mahathir MEMANG TAK MALU sekiranya dia boleh berjumpa dengan Anwar Ibrahim selepas dia kutuk Anwar selama 18 tahun

Gambar 6

GAMBAR 6:  Mahathir MEMANG TAK MALU jika dia boleh bersetuju dengan cadangan untuk melantik Anwar menjadi Perdana Menteri ke-7 dan selepas itu mengatakan Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke-8

"Mahathir has no shame" – Malaysia Today 

NO HOLDS BARRED
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)

Tiga hari lalu Mahathir telah menulis di blognya satu artikel berjudul 'No Shame' atau 'Tak Malu'. Meneliti kepada semua isu-isu yang dibangkitkannya, ia adalah seolah-olah Mahathir sedang menulis autobiografinya sendiri. Itulah yang mereka katakan mencerminkan diri sendiri.

Ya Allah, saya tidak dapat membayangkan apa yang mendorongkan Mahathir menulis sesuatu artikel seperti itu melainkan kecuali apa yang orang Melayu dikatakan iaitu Mahathir sedang BUANG TABIAT. Berdasarkan kepada umur Mahathir maka ia mungkin betul walaupun sejarah keluarganya diketahui telah hidup sepanjang hayat, iaitu bermaksud bahawa Mahathir masih boleh hidup sehingga sekitar hingga GE15 ... ASTAGFIRULLAHALADZIM.

Pada hakikatnya Mahathir adalah sukar difahami tetapi pada masa yang sama dia boleh diramalkan. Sifat itu sendiri adalah satu percanggahan kerana enigma (sukar difahami) sepatutnya menjadi satu misteri, membingungkan atau sukar difahami. Namun, Mahathir mudah sangat hendak diramalkan apa tindakannya, anda akan dapat meneka dengan tepat apa yang dia sedang rancang dan pencapaian apa yang diharapkannya. Mereka yang rapat dengan Mahathir mengatakan anda tidak boleh mendengar apa yang dia katakan tapi perhatikan apa yang dia lakukan kerana dia biasanya mengatakan satu perkara tetapi melakukan sebaliknya.

Pendek kata, apa yang dikatakan oleh Mahathir adalah bertentangan dengan kebenaran iaitu apa yang dia katakan adalah sebagai red herring (taktik untuk mengalihkan perhatian). Pada bulan Mac 2012, Nawawi Mohamad telah membuat suatu analisis yang tepat tentang Mahathir. Analisis itu dibuat sebelum Mahathir membuat keputusan untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Jadi pada masa itu Mahathir masih mengharap Najib akan membantu Mukhriz untuk memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan seteruanya menjadi bakal Timbalan Perdana Menteri, yang dijadualkan berlaku pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2013.

Jadi apa yang ditulis Nawawi sebelum Mahathir serang Najib dan sebelum dia memutuskan untuk sabotajkan 1MDB dan menggunakan isu 1MDB sebagai pemangkin untuk menjatuhkan Najib. Marilah kita lihat apa yang dikatakan Nawawi.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik setiap perdana menteri Malaysia mulai dari Almarhum Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada pemimpin semasa Najib Razak, tanpa mengecualikan sesiapa pun melainkan dirinya sendiri. Mahathir juga mengkritik pemimpin dunia lain termasuk Tony Blair dari UK dan sudah tentu termasuk George W Bush, Presiden ke-43 Amerika Syarikat.

Kesilapan kedua Mahathir, adalah keputusan bodohannya untuk menggabungkan sebahagian besar kekayaan negara dibawah kelolaan beberapa orang kroni. Penggabungan kekayaan ini di tangan beberapa orang secara tidak langsung menyebabkan orang Melayu dan rakyat Malaysia hanya mendapat sedikit serdak untuk berkongsi sesama mereka, situasi yang sekarang meletus sehingga berlaku perselisihan faham pada hari ini tentang kesaksamaan sosial dan ekonomi. Bukan sahaja berlaku kekurangan wang untuk biasiswa, pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan kebajikan untuk semua orang, malah orang Melayu yang telah berulang kali diberitahu oleh parti UMNO pimpinan Mahathir bahawa mereka akan diberi keutamaan, kini berada dalam keadaan tertekan.

Mahathir tidak meramalkan bahawa Hutang Negara boleh meningkat tinggi hari ini, yang telah melonjak sehingga lebih RM450 bilion. Walaupun terdapat beberapa lawatan 'mengemis' ke Singapura dan Brunei, permintaan Mahathir ditolak dengan sopan. Akhirnya, Mahathir meminjam dari luar negara dengan mengeluarkan bon dan bertindak 'mencuri' setiap sen daripada Petronas dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government-Linked-Companies) yang lain untuk membiayai projek mega. Sepanjang pemerintahan 22 tahunnya, Mahathir tidak pernah menyimpan satu sen pun untuk Malaysia untuk digunakan semasa kecemasan. Dan inilah kesilapan keempatnya.

Mahathir hanyalah seorang doktor biasa; Seorang pengamal perubatan am dan bukannya seorang pakar. Asas pemahaman beliau mengenai ekonomi adalah sama seperti kebanyakkan rakyat Malaysia. Ideanya untuk meningkatkan ekuiti orang Melayu begitu mudah iaitu menggunakan GLC. Visi Mahathir untuk melakukan perniagaan adalah dengan membuat keuntungan melalui mengawal saham dalam seberapa banyak syarikat tanpa mempertimbangkan kemungkinan kehilangan wang. Sedih untuk mengatakan bahawa dalam kehidupan sebenar, perniagaan juga melibatkan kerugian, dan bukan hanya keuntungan.

Ego Mahathir dan keinginannya telah dengan tidak disengajakan menjadikannya seorang diktator adalah kesilapan keenamnya. Beliau meminda perlembagaan untuk melemahkan kuasa Agong dan Sultan dan kemudian memastikan bahawa undang-undang dan badan penguatkuasaan mematuhi kehendak dia. Beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan menutup kedua-dua mata apabila hakim secara terbuka mengamalkan rasuah. Adalah sukar bagi rakyat Malaysia dan pelabur-pelabur mereka untuk mempercayai sepenuhnya kepada sistem kehakiman negara. Itulah sebabnya UMNO-BN telah kehilangan keutuhannya dan rakyatnya hilang kepercayaan kepada gabungan itu. Rakyat Malaysia akan sentiasa tidak percaya apa yang dilakukan oleh UMNO-BN walaupun ia mungkin dilakukan dengan niat baik.

Apabila Mahathir menyedari bahawa cara pentadbirannya telah mula menunjukkan kesan negatif, dia menyerahkan kuasa itu kepada Abdullah Badawi, dengan harapan bahawa dia masih boleh mengawal pelaksanaan kerajaan dengan 'kawalan jarak jauh'. Tetapi apabila sistem pentadbiran tidak diuruskan mengikut kehendaknya, Mahathir terpaksa mengulingkan Badawi dan menggantikannya dengan Najib. Beliau bukannya hendak memberi bantuan tetapi sebaliknya Mahathir terus bertindak campur tangan didalam pentadbiran negara. Mengganggu dengan pentadbiran negara dan tidak membenarkan pemimpin semasa untuk membuat penyelesaian yang sesuai dengan era terkini adalah kesilapan kesembilan Mahathir.

Namun Mahathir tetap tegas untuk menolak atau menerima atau mengakui kesilapannya. Ini adalah seorang lelaki yang tidak boleh menerima kenyataan. Beliau benar-benar tidak peduli dengan kebajikan rakyat Malaysia sama sekali, termasuk orang Melayu atau UMNO. Dia hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan memastikan anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri walaupun dia terpaksa menghadapi panglima-panglima UMNO sekarang untuk melaksanakan niatnya itu.

Zalim dan mementingkan diri sendiri, Mahathir tidak akan berfikir kesan yang akan menimbulkan huru-hara hanya kerana untuk memenuhi cita-citanya itu. Lagipun, dia telah membatalkan pendaftaran UMNO 1946 dan mendaftarkan UMNO Baru hanya untuk terus berkuasa. Bayangkan apa yang Mahathir sanggup lakukan untuk memastikan Mukhriz menjadi Presiden UMNO. Perbuatannya yang mengganggu urusan pentadbiran telah menyebabkan UMNO menghadapi kesulitan itu adalah kesilapan kesepuluh dan terakhirnya. Mahathir akan menghukum UMNO, dan dalam keadaan lemah, UMNO kemungkinan besar akan mengambil sesuatu tindakan terhadap Mahathir.

Itu adalah satu analisis sangat menarik dan sangat tepat tentang Mahathir. Dan analisis itu dilakukan sebelum Mahathir memutuskan untuk menyerang 1MDB dan menggunakannya untuk cuba menjatuhkan Najib. Dan ia dibuat pada tahun 2012, sebelum Mahathir memulakan serangannya, Nawawi berkata, "Bayangkan apa yang Mahathir sanggup lakukan untuk memastikan Mukhriz menjadi Presiden UMNO." Dan kita tidak perlu membayangkan lagi kerana sejak Tiga tahun terakhir ini dia telah menunjukkan sifat sebenarnya dengan apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan anaknya menjadikan Perdana Menteri.


Sumber  : Tun Kirrai

Selasa, 1 Ogos 2017

[DEDAH] PANAS!!! Hutang Luar Negara Milik KERAJAAN PERSEKUTUAN Hanya Sekitar RM15 Bil, Bukan Keseluruhan RM668.7 Bil... #SahabatSMB

HUTANG LUAR NEGARA NAIK 3 KALI GANDA PADA 2013, DARI RM196 BIL KEPADA RM740 BIL... KENAPA???


Rakyat Malaysia cenderung untuk mempercayai fakta separuh masak yang selari dengan pengetahuan sedia adanya atau maklumat yg disuap oleh parti yg diyakininya walau pun itu tidak benar

HUTANG LUAR MALAYSIA

Sesiapa sahaja akan berasa takut apabila mendengar perkataan hutang. Apatah lagi jika jumlahnya beratus billion.

Apabila dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada RM196 bilion kepada RM740 billion, maka ramailah yang membuat anggapan bahawa kerajaan telah berhutang terlalu banyak dalam masa setahun ini.

Kerajaan ‘bail-out’ 1MDB. Kerajaan beli pesawat peribadi. Kerajaan boros. Kerajaan bayar kos basuh rambut isteri PM. Kerajaan itu dan kerajaan ini. Benarkah?

Pertama- 
Apakah yang dikatakan sebagai hutang luar negara?

Ianya merujuk kepada hutang yang diambil di dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia seperti Euro, USD, Yen daripada bank luar negara, kerajaan luar dan juga institusi kewangan seperti Bank Dunia dan IMF.

(Untuk rekod, Malaysia tidak mempunyai apa-apa pinjaman daripada Bank Dunia mahupun IMF.)

Hutang ini adalah hutang yang bukan sahaja diambil oleh kerajaan, bahkan hutang yang diambil oleh syarikat awam, pihak swasta, dan individu.

Ini bermakna hutang luar negara bukanlah 100% hutang kerajaan.


Kedua
Mengapakah jumlah ini naik sebanyak tiga kali ganda?

Ini kerana standard laporan kewangan antarabangsa dalam mentakrif ‘hutang luar negara’ telah berubah.

Jika dahulu ia hanya merujuk kepada hutang luar kerajaan, hutang syarikat awam dan hutang sektor swasta,
Tetapi kini ia turut merangkumi deposit dan hutang yang diambil orang warga asing.
Oleh yang demikian- definisi hutang telah diluaskan skopnya.

Maka tidak hairanlah begitu banyak perkara yang dahulunya tidak dianggap hutang luar negara, tetapi sekarang digelar sebagai hutang luar negara.

Pada 2013 hutang luar negara adalah RM196 billion. Sekiranya standard baru diguna pakai, jumlah tersebut akan menjadi RM696.6 billion.
Oleh yang demikian, kadar kenaikan hutang luar negara Malaysia tidaklah meningkat tiga kali ganda sebaliknya hanya naik 6.9%.

Ketiga.
Mengapakah kadar hutang ini naik mendadak pada tahun lepas dan bukan tahun sebelumnya?

Ini kerana standard baru tersebut baru sahaja diperkenalkan pada tahun lepas.


Keempat
Berapakah peratusan hutang kerajaan, hutang syarikat awam, hutang sektor swasta dan hutang yang diambil oleh warga asing?

Daripada jumlah RM 744.7 billion, 42% adalah deposit dan hutang warga asing, 37% adalah hutang sektor swasta, 10% adalah hutang syarikat awam, 9% adalah kredit pelaburan dan jaminan dan hanya 2% hutang kerajaan pusat.

Peratusan tinggi depositi dan hutang warga asing adalah berikutan permintaan yang tinggi terhadap bon/sekuriti terbitan kerajaan yang digunakan bagi projek pembangunan seperti MRT dan ETP.

Kelima
Mengapakah terbitan bon/sekuriti tersebut perlu diambil kira?

Ia bertujuan bagi menilai liabiliti sesebuah negara. Ini termasuklah liabiliti jaminan dan liabiliti sebenar.

Hutang yang diambil adalah seperti hutang 'offshore' kerajaan pusat untuk projek pembangunan ekonomi.

Ini adalah hutang yang ‘real’ dan dikira sebagai liabiliti sebenar- bermaksud kerajaanlah yang merupakan berhutang.


Manakala dalam contoh bon terbitan MRT misalnya, ia diberi jaminan oleh kerajaan. Ini bermaksud hutang ini adalah liabiliti jaminan. Tetapi hutang ini hanyalah bersifat di atas kertas bagi kerajaan.

Ianya begitu kerana yang berhutang adalah MRT..

Analoginya seperti seorang bapa yang menjadi penjamin PTPTN 3 orang anaknya. Dalam mengira kekayaan bersih (net worth) bapa itu, kita perlulah mengambil kira jaminan hutang anak-anaknya.

Tetapi adakah ini bermakna si bapa tersebut benar-benar telah 'kurang kaya' disebabkan jaminan hutang anak-anaknya? Atau kekurnagan kekayaan beliau adalah bersifat di atas kertas?

Begitu jugalah halnya dengan liabiliti kerajaan.
Sebelum ini penilaian liabiliti sesebuah negara adalah dengan melihat liabiliti sebenar.

Tetapi dalam memastikan kewangan sesebuah negara kukuh, iabiliti jaminan juga dimasukan.

Keenam
Jadi berapakah hutang luar negara yang sebenar yang melibatkan kerajaan?

Hutang luar negara yang diambil oleh kerajaan pusat hanyalah sebanyak RM16.8 billion iaitu 2% daripada RM744.7 billion. (Data 2013)


Ketujuh,
Adakah kadar hutang luar negara ini tinggi dan merisaukan?

Untuk perbandingan sama ada hutang luar negara Malaysia adalah tinggi ataupun tidak, kita boleh banding bezakan dengan negara-negara lain.

Di Singapura, hutang luar negaranya adalah RM3.13 trillion. Korea Selatan pula adalah RM1.13 trillion. Indonesia, adalah RM927 billion.
Kita juga boleh meneka berapa trillion agaknya hutang luar negara bagi negara seperti UK, Jepun, Germany, Perancis, Brazil, Turki dan lain-lain.

Oleh yang demikian, hutang luar negara Malaysia masih munasabah dan normal.

Sumber  : Romzi Mokhtar

Khamis, 27 Julai 2017

(BONGKAR) PANAS!!! Perkara Yang Puak Pembangkang WAJIB Sembunyikan Apabila Berbicara Tentang Malaysia... #SahabatSMB

KEADAAN EKONOMI NEGARA SANGAT MENGKAGUMKAN, SEKALIPUN BERDEPAN DENGAN KELEMBAPAN EKONOMI GLOBAL... INI BUKTINYA...


Ramai di kalangan kita, khususnya rakyat Malaysia yang mungkin tidak tahu, atau tidak menyedari, atau lebih tepat lagi, enggan ambil tahu, bahawa kedudukan Malaysia terutama dari segi ekonomi dan sosio politik sebenarnya berada di paras mengkagumkan, yakni 'OUTSTANDING'. Cuma apa yang rakyat sedari, mungkin keadaan kehidupan yang lebih baik, ada sedikit sebanyak lebihan pendapatan, ada saja peluang dan lubang untuk jana lebih pendapatan, atau paling tidak, ada juga masa terluang untuk diri sendiri dan keluarga, tidak perlulah terlalu bertungkus lumus mengejar wang demi sesuap nasi hingga terabai tanggungjawab yang lain.

Sememangnya ini semua adalah realiti, bukan hanya omongan kosong. Kita mungkin boleh menafikannya di mulut, tapi tidak mungkin dapat menidakkan fakta yang sudah terbentang. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dilimpahi kemakmuran di bumi bertuah Malaysia.

Dan syukur juga kepada Allah, kerana dikurniakan sebuah kerajaan yang adil, yang bijak merancang hala tuju negara dan sentiasa meletakkan hak serta kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan dan agenda diri sendiri...


Namun, sudah menjadi kelaziman, setiap yang baik, akan datang buruknya. Ditakdirkan sebuah kerajaan yang baik dan hebat, namun pada masa sama, kita diduga dengan kehadiran puak pembangkang yang buruk akhlaknya, kuat menghasut, mudah menipu, gemar menfitnah, murah mencaci hina, dan lebih teruk lagi, ligat mencari jalan mensabotaj negara sehingga memberi kesan kepada kelestarian kemajuan negara. Ya... segala yang buruk melanda negara, PEMBANGKANG LAH PUNCANYA...


Sebenarnya, sudah sampai masanya untuk kita dan kerajaan mengubah cara fikir dan cara kerja. Segala yang baik, yang kerajaan laksanakan, MESTI diwar warkan secara meluas ke segenap pelusuk negara. Biar ia dilakukan secara berulang-ulang, biar canang dipalu bertubi-tubi. Bukan kerana angkuh, bangga diri mahupun masuk bakul angkat sendiri, tetapi ia satu keperluan, agar rakyat tidak mudah tertipu dengan dakyah jahat persis iblis dari pembangkang. Dan tentunyalah, kita berharap agar kepimpinan negara dan BN akan menjelaskan segala kejayaan yang telah dicapai ini kepada rakyat secara berterusan dan berulang-ulang supaya ianya melekat di kepala kita semua.


Realitinya, kepimpinan BN kurang menghebahkan kejayaan mereka tidak seperti puak pembangkang. Bagi pembangkang, aksi dan propaganda itu penting untuk membohongi rakyat kononnya mereka bekerja untuk rakyat. Sampai potong reben pun perlu 9 orang!

39 perkara yang tercatit di bawah adalah sebahagian daripada bukti bahawa negara Malaysia berada di landasan kemajuan yang betul. Ianya juga menafikan segala fitnah, hasutan dan putar belit puak pembangkang yang kononnya negara akan bangkrap.


Kemampuan kerajaan untuk membawa masuk lebih banyak pelabur luar negara dan meletakkan negera Malaysia dalam ranking tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain jelas menunjukkan nama negara Malaysia tidak buruk seperti yang sering dibohongi oleh pembangkang.

Pada 2010, Najib Razak telah memperkenalkan Model Ekonomi Baharu di Invest Malaysia. Model ini direka bentuk bagi mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, dan negara ini menjadi sebuah masyarakat yang lebih terangkum, saksama dan mapan, dengan tanggapan tiada siapa ditinggalkan di belakang, peluang disediakan untuk semua, dan asas yang betul diletakkan bagi menjamin masa depan yang stabil dan berjaya.


Di antara kejayaan kerajaan BN yang perlu kita tahu :

1. Antara 2009 dan 2016, Pendapatan Negara Kasar (PNK) meningkat hampir 50 % dan PNK per kapita menggunakan kaedah Atlas meningkat kepada AS$9,850.

2. Berdasarkan julat semasa pendapatan tinggi Bank Dunia AS$12,235 :
  • Kerajaan sudah mengecilkan jurang ke arah sasaran pendapatan tinggi daripada 33 % kepada 19 %.
  • 2.26 juta pekerjaan diwujudkan, yang merangkumi 69 % daripada 3.3 juta sasaran yang mahu dicapai menjelang 2020.
3. Kerajaan menarik paras pelaburan langsung asing (FDI) yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini, yang menunjukkan keyakinan dunia terhadap Malaysia. Pertumbuhan negara disegani oleh ekonomi maju, malah semasa tempoh ketidaktentuan ekonomi global.


4. Unjuran negara Malaysia pada tahun 2017 juga meningkat :
  • Bank Dunia meningkatkan unjuran mereka daripada 4.3 % kepada kenaikan KDNK 4.9 %.
  • Morgan Stanley juga meningkatkan unjuran mereka dan kini ialah 5 %.
  • Nomura juga meningkatkan unjuran ekonomi Malaysia sebanyak 5.3 %.
  • Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula daripada 4.5 % kepada 4.8 %.
5. Dalam suku pertama 2017, perdagangan negara merekodkan kenaikan 24.3 % - meningkat kepada RM430.5 bilion berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

6. Pada Mac 2017, eksport mencecah paras RM80 bilion buat kali pertama dalam sejarah negara. Pada RM82.63 bilion, ia angka bulanan tertinggi bagi eksport Malaysia yang pernah direkodkan.

7. Pasaran modal meningkat sebanyak 9% kepada paras RM3.1 trilion pada 6 bulan pertama tahun ini, dan kini berada di tempat kelima di Asia secara relatif kepada KDNK. 


8. Dalam pasaran ekuiti terdapat aliran masuk bersih RM11 bilion pada separuh pertama 2017, berbanding dengan aliran keluar bersih RM3 bilion sepanjang 2016.

9. Pasaran bon Malaysia berkembang kepada RM1.2 trilion pada 2016.

10. Pasaran modal Islam merekodkan pertumbuhan tahunan 10 % sejak enam tahun lalu, mencecah RM1.8 trilion pada Jun 2017.

11. Pada AS$29 bilion, Bursa Malaysia merekodkan jumlah tertinggi dana dijana sejak 5 tahun lalu dalam mana-mana 10 negara anggota ASEAN.

12. Mata wang ringgit, dianggap oleh Bloomberg sebagai "mata wang utama Asia paling kukuh suku ini, meningkat 2 kali ganda berbanding yang terbaik berikutnya, yuan China."


13. Malaysia berjaya mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan, termasuk mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan minyak dan gas daripada 41% pada 2009 kepada 14 peratus hari ini.

14. HSBC melabur lebih RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantaunya di Tun Razak Exchange, mengiktiraf peningkatan status Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa.

15. Broadcom Limited, salah sebuah syarikat semikonduktor terbesar dunia dengan permodalan pasaran hampir setengah trilion dolar akan memindahkan Hab Pengedaran Globalnya dari Singapura ke Malaysia pada 2017, di mana ia akan menguruskan inventori global kumpulan bernilai RM64 bilion setahun. 

16. Huawei, sebuah penyedia penyelesaian ICT utama global yang memberikan perkhidmatan kepada lebih satu pertiga penduduk dunia, menjadikan Malaysia ibu pejabat operasi global, pusat hos data dan pusat latihan global, dengan kos projek keseluruhan RM2.2 bilion serta mengambil lebih daripada 2,370 pekerja.


17. Saudi Aramco melabur AS$7 bilion - pelaburan hiliran terbesarnya di luar Arab Saudi, untuk membeli 50 % kepentingan di dalam Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Johor. 

18. Finisar Corporation, peneraju teknologi global dalam komunikasi optik, akan melabur RM610 juta lagi dalam operasinya di Perak, menjadikan jumlah pelaburannya di Malaysia kepada RM1 bilion.

19. Coca-Cola pada Mac 2017 mengumumkan tambahan pelaburan RM500 juta untuk mengembangkan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Bandar Enstek. Syarikat itu sudah pun melabur RM1 bilion di Malaysia sejak 2010. 

20. Penilaian ekonomi terbaharu OECD menyatakan "Malaysia adalah salah satu ekonomi Asia Tenggara paling berjaya... terima kasih kepada asas makroekonomi kukuh dan kejayaannya mentransformasi ekonomi menjadi amat pelbagai dan terangkum."


21. Malaysia berada di tempat kedua ASEAN dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017 dan ke-23 keseluruhan dalam kalangan 190 ekonomi seluruh dunia.

22. Malaysia di tempat kedua negara Asia Tenggara di dalam Indeks Modal Insan Forum Ekonomi Dunia 2016, meningkat satu anak tangga daripada tempat ketiga tahun lalu.

23. Malaysia berada di tempat ketiga daripada 190 ekonomi, seluruh dunia, dalam Melindungi Pelabur Minoriti, oleh Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2017.

24. Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2016-2017 meletakkan Malaysia di tempat keempat dalam kalangan 138 ekonomi di atas Kekuatan Perlindungan Pelabur.

25. Malaysia berada di tempat ke-11 dari 125 negara di dalam Indeks Daya Tarikan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta, oleh IESE Business School di Sepanyol.


26. Agensi penarafan Fitch mengukuhkan semula penarafan A- negara Malaysia dengan tinjauan stabil.

27. Kaji selidik BAV Consulting dan Wharton School di University of Pennsylvania mengisytiharkan Malaysia menjadi "Negara Terbaik Untuk Dilabur" dan "Malaysia adalah pemimpin yang jelas dalam ranking ini, mencatatkan skor sekurang-kurangnya 30 mata lebih dari negara lain mengikut skala 100 mata."

28. IMF melaporkan bahawa daya tahan ekonomi Malaysia adalah disebabkan oleh "tindak balas dasar makroekonomi mantap di tengah-tengah risiko serta cabaran besar." Malah, dasar yang kukuh ini adalah sebab mereka mengatakan bahawa: "Malaysia adalah antara ekonomi paling pantas berkembang dalam kalangan rakan segandingan."

29. Laporan Bank Dunia bulan Jun 2017 berkata bahawa "pengurusan makroekonomi kerajaan secara berterusan proaktif dan berkesan mengemudi cabaran jangka terdekat di dalam persekitaran ekonomi" dan "Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan yang kukuh."


30. Negara bekerjasama dengan pemimpin teknologi China, Alibaba untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital, zon perdagangan khas pertama dunia yang akan mempromosikan pertumbuhan e-dagang, dan menyediakan platform canggih kepada perusahaan besar dan PKS. Inisiatif ini untuk menggandakan pertumbuhan e-dagang daripada 10.8 % kepada 20.8 % menjelang 2020.

31. Pendapatan 40 % isi rumah terendah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul 12 % sejak 2009

32. RM5.36 bilion dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M kepada 7.28 juta isi rumah pada 2016.

33. Pembinaan dan memulihkan hampir 95,000 rumah untuk golongan miskin luar bandar tahun 2016. Projek perumahan mampu milik lain termasuk PPA1M, untuk kakitangan awam; PR1MA, untuk golongan berpendapatan sederhana bandar dan Program Perumahan Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah, atau B40, dengan sewa bulanan serendah RM124.


34. Dari 2010 hingga 2016, kerajaan membina 6,042 kilometer jalan luar bandar baharu, menyediakan akses air bersih kepada 350,000 rumah dan menghubungkan 154,000 rumah dengan perkhidmatan elektrik.

35. Pada akhir tahun 2016, fasa pertama projek Mass Rapid Transit (MRT) disiapkan, Fasa kedua Aliran Sungai Buloh-Kajang dilancarkan. Aliran beroperasi 51 kilometer dengan 31 stesen. Ini akan mengurangkan 160,000 kereta dari jalan raya, menjadikan Kuala Lumpur lebih boleh didiami. Ia mewujudkan 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Projek siap sebelum jadual dan RM2 bilion di bawah bajet.

36. Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah akan menjadi pencetus perubahan kepada rakyat di sana, menggalakkan mobiliti lebih besar, mengukuhkan industri dan pelancongan serta mewujudkan ribuan pekerjaan baharu.

37. Rel kelajuan tinggi pertama menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura, yang akan mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit, berbanding lebih empat jam menggunakan kereta.


38. Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan membawa manfaat besar, pekerjaan dan sambungan baharu kepada rakyat Pahang, Terengganu dan Kelantan khususnya.

39. Penubuhan sebuah Unit Tadbir Urus dan Integriti di semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dan Entiti Perniagaan milik negeri dan kementerian, di bawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu lagi perkara yang penulis ingin highlightkan ialah kenyataan Najib Razak yang berkata kerajaan sedang menghapuskan kroni kapitalis, tiada lagi urus niaga sebelah pihak, tiada lagi binaan negara untuk menjaga ego seseorang dan tiada lagi menjadikan syarikat negara seperti hak peribadi.

Sumber  : Dr. Novandri










Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE