-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Sabtu, 24 Disember 2016

[DEDAH] PANAS!!! Apa Kaitannya Antara Yeo Jiawei, BSI Di Singapura Dan 1MDB??? Asal Ada Jenayah Kewangan, Semua Nak Dikaitkan Dengan 1MDB Ke? #SahabatSMB

KENAPA YEO JIAWEI YG DIHUKUM 30 TAHUN PENJARA... BUKAN ARUL MAHUPUN JHO LOW, APATAH LAGI NAJIB???


1. Ramai yang bertanya kenapa bekas pegawai BSI Bank Singapura, Yeo Jiawei dihukum 30 tahun oleh mahkamah Singapura baru-baru ini.

2. Jawapannya - Yeo dihukum di atas kesalahannya CUBA MEMPENGARUHI SAKSI-SAKSI UTAMA yang disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Komersil (CAD) Singapura dalam siasatan kes penggubahan wang haram.

3. Terdapat sekurang-kurang 4 kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh Yeo. Bagi setiap kesalahan, Yeo boleh dihukum penjara selama 3 setengah tahun dan didenda. Yeo menghadapi 7 lagi pertuduhan atas kesalahan penipuan, pemalsuan maklumat dan penggubahan wang yang akan dibicarakan pada bulan April 2017.

(IKLAN) 

agoda.com INT 


4. Yeo pertama kali disoal siasat oleh CAD dalam bulan Oktober 2015 dan ditahan pada 17 Mac 2016. Selepas dibebaskan atas ikat jamin, Yeo telah menghubungi saksi-saksi utama kes ini dan meminta mereka menyembunyikan bukti-bukti kesalahan jenayah yang dilakukannya.

5. Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan Yeo adalah seperti berikut:-

i. Dalam bulan Mac 2016, Yeo telah bertemu rakan firma Samuel Goh Sze-Wei dan Penyelia BSI meminta mereka berbohong kepada pihak polis bahawa dana yang dipindahkan oleh Goh ke dalam akaun syarikat Bridgerock Investment dan GTB Investment Ltd adalah merupakan pelaburannya.

ii. Meminta kedua mereka menyembunyikan cerita sebenar terlebih dulu sehingga pihak penyiasat menunjukkan bukti-bukti yang ada

iii. Meminta Pengurus Perhubungan Amicorp Group, Jose Renato Carvalho Pinto dari datang ke Singapura bagi mengelakkan dari di soal siasat oleh CAD. Dia juga meminta Pinto melupuskan komputer bimbit yang mengandungi bukti urus niaga haramnya dengan syarikat tersebut.

(IKLAN)




iv. Meminta Pinto mengarahkan Aloysius Mun, seorang pekerja Amicorp Group, untuk mengaku tidak mengetahui mengenai urus niaga Yeo dengan syarikat tersebut jika ditanya oleh CAD

6. Kenapa bukan Arul Kanda atau Najib Razak yang dihukum? Jelas fakta kes membuktikan kesalahan-kesalahan ini dilakukan oleh Yeo dan tiada kena mengena dengan Arul dan Najib.

7. Adakah yang disiasat dan dibicarakan ini dana 1MDB? Berdasarkan fakta kes setakat ini, siasatan dan perbicaraan ini bukan ke atas dana 1MDB tetapi lebih merupakan siasatan ke atas BSI Bank Singapura dan dana yang berada di bawah kawalan BSI Bank.

Jumaat, 23 Disember 2016

[ANALISIS ISU] Semakin Erat Hubungan Najib Dengan Negara China, Bertambah Intim Pula 'Seksualiti' Tun M Dengan Lim Kit Siang... #SahabatSMB

MASALAH TUN M BUKAN KERANA HUTANG YG NAJIB BUAT... TAPI KERANA KEJAYAAN YG AKAN NAJIB CAPAI BAKAL MENUTUP TERUS PELUANG UNTUK DARAH DAGINGNYA KEMBALI BERKUASA...


Saya ada terbaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang menyentuh tentang hutang kerajaan yang bertajuk "Najib Pinjam Lagi".

Walaupun siri tulisan Tun kali ini adalah ulangan dan kitar semula daripadatulisan beliau sebelum ini dan telah pun saya jawab, saya berazam selagi Tun menulis walaupun berulang-ulang tulisannya itu saya tetap akan menjawab tulisan Tun supaya tidak ramai rakyat Malaysia akan percaya bulat-bulat dengan apa yang Tun tulis.

1. Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China.

Betul. Malaysia akan meminjam daripada China melalui Export-Import (EXIM) Bank sejumlah RM55 billion. Pinjaman mudah ini jika mengikut rekod pinjaman-pinjaman China melalui EXIM Bank kepada negara lain akan dikenakan kadar faedah sebanyak 2-3% untuk tempoh masa 20 tahun di mana untuk 7 tahun pertama Malaysia tidak perlu membayar apa-apa kepada EXIM Bank. [1] [2]

Pinjaman daripada negara luar yang mengambil masa berdekad dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh 5-7 tahun pertama tanpa perlu membayar apa-apa adalah perkara biasa.

Di zaman Tun Mahathir sebagai PM, pada tahun 1994, kerajaan Malaysia meminjam 50.3 billion Yen atau RM1.17 billion (RM1 = 43.10 Yen) daripada kerajaan Jepun melalui Japanese International Cooperation Agency (JICA) untuk membiayai sebahagian kos membina KLIA. [3]


Pinjaman bernilai 50.3 billion Yen ini adalah untuk tempoh 25 tahun dengan kadar faedah yang dikenakan sejumlah 3% dan 7 tahun pertama kerajaan Malaysia tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan Jepun.

Pinjaman ini masih lagi ditanggung oleh kerajaan melalui KLIA Berhad iaitu agensi yang meminjam daripada Official Development Assistance (ODA) di bawah kerajaan Jepun sehingga sekarang seperti tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015. [4]



Setakat 31 Disember 2015, kerajaan Malaysia masih menanggung RM320 juta hutang untuk pembinaan KLIA kepada kerajaan Jepun.

Ini tidak termasuk pinjaman lain daripada kerajaan luar untuk pelbagai projek-projek pembangunan seperti Projek Empangan Beris, Projek Pembangunan Universiti Malaysia Sarawak, Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dan pelbagai lagi projek yang mana Tun Mahathir mendapatkan bantuan kerajaan luar negara seperti tercatat dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Hutang-hutang puluhan tahun ini masih lagi ditanggung oleh pembayar cukai sekarang.


Hutang Kerajaan Persekutuan Daripada Kerajaan Luar: Jabatan Akauntan Negara

Pinjaman RM55 billion daripada China sekarang sememangnya besar berbanding pinjaman RM1.17 billion daripada Jepun pada tahun 1994.

Tetapi perbandingan dengan angka mutlak adalah tidak adil kerana sepatutnya apa-apa perbandingan angka kewangan dan ekonomi diambil kira secara relatif dan dalam kes ini jumlah pinjaman perlulah mengambil kira saiz ekonomi Malaysia.

Pada tahun 1994 ekonomi Malaysia hanya bersaiz RM195 billion manakala pada tahun 2015 ekonomi Malaysia bersaiz RM1.15 trillion.

Adalah logik pinjaman untuk projek pembangunan dari luar akan menjadi semakin besar dari segi jumlah pinjaman mutlak kerana faktor inflasi tetapi tidak wajar sama sekali kita mengabaikan ekonomi negara yang sudah berkembang hampir 10 kali ganda sejak 20 tahun dahulu.

2. Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur.

Betul.

3. Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.

Tidak betul. Tun sepatutnya lebih peka dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh 1MDB. 1MDB telah berjaya melangsaikan hutang-hutang jangka pendek dan banknya selepas menjual syarikat kuasa EDRA kepada China General Nuclear awal tahun ini. [5]

1MDB sudah pun mengurangkan hutang lebih RM14 billion dan juga membayar balik sepenuhnya kemudahan kredit (standby credit) berjumlah RM950 juta yang diberi oleh kerajaan. [6]

Hutang yang masih tinggal adalah hutang dalam bentuk bon dan sukuk jangka masa panjang yang masih dibayar 1MDB setiap tahun tanpa gagal.

Hari ini juga 1MDB baru sahaja membayar faedah berjumlah USD52.4 juta ke atas sukuk bernilai USD1.75 billion jadi tidak timbul isu 1MDB tidak mampu membiayai hutang dalam bentuk bon dan sukuk jangka masa panjang.

4. Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi.

Betul.

5. Jumlah semua melebihi 160 billion.

Tolak angka kasar hutang 1MDB yang tidak tepat, betul jumlah pinjaman projek ECRL, HSR dan 1MDB melebihi RM100 billion.

Saya tak faham apa isunya di sini kerana hutang keseluruhan kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM643 billion setakat suku ketiga 2016 atau 52.2% daripada saiz ekonomi Malaysia [7]


Kerajaan Malaysia belum pernah gagal membayar hutang kepada pemiutang dan tidak pernah menyembunyikan jumlah hutang sebenar yang ditanggung mereka.

6.    Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.

Saya tak mahu ulas panjang tentang "kerugian" penjualan EDRA kepada China. Jika dicampur dividen daripada EDRA kepada 1MDB sejumlah RM2 billion, 1MDB secara asasnya tidak untung dan tidak rugi di atas urusniaga pembelian aset-aset penjanakuasa.

Harga belian RM12.1 billion, harga jualan RM9.83 billion campur dengan dividen lebih kurang RM2 billion, pelaburan 1MDB di dalam EDRA boleh dikatakan pulang modal.

Bacaan lanjut boleh didapati di laman web 1MDB. [8]

7.    Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini.
8.    Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.
9.    Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

(IKLAN) 

agoda.com INT


10.    Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.
11.    Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit.
12.    Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.
13.    Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

Kemana RM55 billion akan pergi?

Ke 620KM landasan keretapi yang akan dibina.

Bukan kontraktor China sahaja yang akan mendapat manfaat daripada projek ECRL, tetapi syarikat-syarikat tempatan seperti MMC, Gamuda, Ahmad Zaki Resources, UEM Group, MRCB, YTL Corp, IJM dan WCT adalah yang dijangka akan mendapat manfaat daripada pakej-pakej kerja yang akan ditawarkan dibawah projek ini. [9]

Kontraktor-kontraktor tempatan yang mendapat pakej kerja projek ECRL juga akan memberi manfaat kepada tenaga kerja tempatan terutamanya dalam bidang profesional seperti jurutera-jurutera tempatan.

Menteri Abdul Rahman Dahlan sudah pun mengesahkan bahawa RM55 billion kos projek ECRL ini adalah termasuk rolling stock dan bukannya berasingan seperti didakwa Tun. [10]

Tahun lepas terdapat 2.135 juta pekerja asing di Malaysia menurut data yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) [11]

Tambahan beberapa ribu pekerja dari China bukanlah suatu angka yang menakutkan berbanding jumlah pekerja asing sedia ada di dalam Malaysia.

Malah sebelum China membawa masuk berpuluh ribu pekerja mereka untuk projek ECRL, aliran keluar wang daripada Malaysia ke luar negara dalam bentuk kiriman wang oleh pekerja asing ke negara mereka telah pun mencecah RM34 billion tahun lepas sahaja [12]


Aliran keluar wang disebabkan kiriman wang pekerja asing di Malaysia ke negara asal mereka sentiasa meningkat setiap tahun disebabkan pertambahan pekerja asing di Malaysia dan juga kenaikan gaji.

Jika benar pun berpuluh ribu pekerja China akan datang ke Malaysia dan mengirim wang ke negara asal mereka, saya tak nampak apa isunya kerana lebih 2 juta pekerja asing sedia ada sudahpun mengirim berpuluh billion Ringgit ke luar negara sebagai kiriman kepada keluarga mereka.

Dari segi pendapatan pelaburan pula, syarikat Malaysia yang melabur di luar negara akan menerima pendapatan dari operasi mereka di luar negara dan membawa pulang wang tersebut begitu juga sebaliknya syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia akan menjana pendapatan di dalam Malaysia dan membawa keluar wang tersebut dari Malaysia ke negara mereka.

Di dalam akaun semasa dalam imbangan pembayaran ada tercatat jumlah pendapatan pelaburan oleh syarikat Malaysia yang melabur di luar negara dan juga jumlah pendapatan pelaburan oleh syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia:

Akaun Semasa, Imbangan Pembayaran: Jabatan Perangkaan Negara

Kredit (dalam kotak biru) bagi pendapatan pelaburan bermaksud pendapatan pelaburan syarikat Malaysia dari luar negara dan debit (dalam kotak merah) adalah pendapatan pelaburan syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia.

Pendapatan pelaburan bersih (kredit tolak debit) Malaysia sentiasa dalam keadaan defisit sejak berdekad yang lalu dengan erti kata yang lain syarikat-syarikat asing yang melabur di Malaysia membawa keluar lebih banyak pendapatan dari Malaysia ke negara asal masing-masing berbanding syarikat-syarikat Malaysia yang membawa pulang pendapatan dari luar negara balik ke Malaysia:

Ini juga bermaksud lebih banyak wang pendapatan pelaburan mengalir keluar lebih daripada wang pendapatan mengalir masuk.


Pendapatan Pelaburan Bersih Malaysia: EPU

Jika dibandingkan dengan saiz ekonomi negara, peratusan defisit pendapatan pelaburan Malaysia adalah lebih tinggi pada zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri berbanding di bawah zaman Dato' Sri Najib:


Defisit Pendapatan Pelaburan Malaysia
Kebergantungan Malaysia kepada pelabur asing lebih tinggi 20-30 tahun lepas berbanding pada masa sekarang.

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku setelah beratus billion wang mengalir keluar sejak berpuluh-puluh tahun dulu, kenapa sekarang isu ini ditimbulkan oleh Tun?


14.    Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?
15.    Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat.
16.    Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.
17.    Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.
18.    Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund.

(IKLAN)


Pendapatan melalui jualan tiket penumpang dan muatan barangan sepatutnya hanya untuk menampung kos operasi ECRL dan bukannya keseluruhan kos termasuk kos kewangan, pembinaan dan kos modal seperti yang disebut Tun.

Kos kewangan akan dibiayai oleh kerajaan melalui kumpulan wang disatukan (consolidated fund) seperti mana projek-projek lain.

Limpahan ekonomi daripada projek ECRL akan menjana pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai, dan melalui pendapatan cukai inilah kerajaan akan menampung kos pembiayaan pinjaman ini.

Lupakah Tun Mahathir tentang LRT STAR dan PUTRA yang terpaksa diambiloleh kerajaan persekutuan melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) kerana menanggung beban hutang berjumlah RM5.5 billion pada tahun 2001? 

Lupakah Tun bagaimana kerajaan persekutuan meminjamkan pinjaman mudah berjumlah RM300 juta kepada KL Monorail akibat kerugian beratus juta Ringgit?
Privatization in Malaysia: Regulation, Rent-Seeking and Policy Failure

19.    Tetapi hari ini Kerajaan tidak ada duit. Lagi pun nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Jika kerajaan tidak ada duit seperti didakwa Tun bagaimana kerajaan boleh membayar gaji kakitangan kerajaan berjumlah RM70 billion tahun lepas? Bagaimana kerajaan membayar pencen pesara kakitangan awam berjumlah RM18.8 billion pada 2015? Bagaimana kerajaan menampung subsidi yuran universiti awam, perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan pelbagai lagi perbelanjaan-perbelanjaan mengurus yang lain? [13]

Hutang luar negara kerajaan dihadkan kepada hanya RM35 billion pada suatu masa sahaja seperti tertakluk di bawah Akta Pinjaman Luar Negeri (1963):


Laporan Kewangan Sektor Awam: Perbendaharaan Negara

Ini konsisten dengan kenyataan menteri bahawa pinjaman daripada EXIM Bank China adalah dalam Ringgit dan juga Yuan sesuai dengan undang-undang negara.

Setakat suku ketiga 2016, hutang luar kerajaan persekutuan dalam matawang asing hanyalah berjumlah RM20.4 billion:


Hutang Luar Kerajaan Persekutuan Di Dalam Matawang Asing: BNM

Risiko tukaran matawang asing kepada kewangan kerajaan sangat terhad dan hanya ke atas RM20.4 billion ini sahaja.

Untuk pengetahuan anda semua, sebahagian hutang luar kerajaan persekutuan sekarang adalah hutang warisan daripada kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir yang mana kita masih membayar hutang-hutang tersebut sehingga hari ini.

Hutang-hutang luar tersebut dipinjam dari Jepun, Perancis, Kanada dan Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk projek-projek pembangunan seperti tertera di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015:


Hutang Bilateral Kerajaan Persekutuan: Jabatan Akauntan Negara

Hutang kerajaan dalam matawang Ringgit tidak akan terkesan langsung dengan pergerakan tukaran matawang asing.

Jadi tak perlulah Tun Mahathir menakutkan rakyat Malaysia tentang hutang luar negara kerajaan.

Tun tidak harus lupa pada tahun 1985 - 1986 semasa Tun memimpin kerajaan, hutang kerajaan persekutuan pernah melebihi 100% daripada saiz ekonomi negara:


Nisbah Hutang Kerajaan Persekutuan Kepada KDNK Negara: EPU

Di bawah Dato' Sri Najib hutang kerajaan persekutuan kekal di bawah paras 55% berbanding KDNK negara iaitu had yang dibenarkan di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959) dan Akta Pendanaan Kerajaan (1983).

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku semasa hutang kerajaan persekutuan melebihi saiz ekonomi negara pada 30 tahun lepas, apakah masalahnya hutang kerajaan yang hanya berada pada paras 52.5% berbanding KDNK negara?

20.    Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun.

Sama seperti rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung beban hutang pengambilalihan hutang Renong, LRT STAR dan PUTRA dan bermacam-macam hutang dalam dan luar negara yang terpaksa ditanggung sehingga sekarang.

Kenapa Tun lupa tentang hakikat bahawa kegagalan projek penswastaan Tun menyebabkan hutang swasta beralih menjadi beban hutang kerajaan?

Mungkin banyak di antara kita tidak sedar bahawa hutang-hutang berdekad dahulu yang dikumpul Tun Mahathir masih lagi dibayar oleh kerajaan sekarang.

Jarang kita dengar ada yang merungut mereka terpaksa membayar hutang-hutang warisan kerajaan di bawah Tun Mahathir ini kerana mereka tidak sedar akan fakta ini.

Yang hanya diulang-ulang adalah hutang 1MDB yang masih dibayar 1MDB sendiri dan tidak ada satu sen pun duit rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Sampai satu masa Tun Mahathir, DAP, pembangkang yang lain perlu sedar bahawa 1MDB bukan segala-galanya yang berlaku di dalam negara kita.

Rujukan:
[1] Fresh loan from China's EXIM Bank to Sri Lanka


Sumber  : Syahir521

Rabu, 21 Disember 2016

[DEDAH] PANAS!!! Rafizi Cabar Najib Supaya SAMAN Jika Salah... Habis Duit Kerana Saman Sahaja, Mungkin Disebabkan Tiada KEBERKATAN... #SahabatSMB

RAKYAT BOLEH JIMAT CECAH RM6,500 PERBELANJAAN SETAHUN HANYA DGN MENGGUNAKAN MRT... APA LAGI YG BURUK NYA, RAFIZI OOIII???


Kenyataan Rafizi Ramli :

"Saya bentangkan bagaimana kenyataan Dato' Seri Najib dan MRT Corporation mengesahkan bahawa kos keseluruhan projek MRT sepanjang 150km memang akan melebihi RM100 bilion. Saya cabar Dato' Seri Najib untuk saman saya jika benar kos MRT sepanjang 150km itu kurang dari RM100 bilion."


Balas LSS:

1. DS Najib tidak mendakwa Rafizi telah memfitnah beliau tentang kos kesuluruhan ketiga-tiga projek MRT 1, MRT 2 dan MRT3 akan mencecah RM100 billion.

Yang DS Najib mendakwa ialah Rafizi telah fitnah beliau:
- pada tahun 2012 di dalam portal Keadilan daily bila Rafizi tuduh kos untuk MRT1 Sg Buloh-Kajang telah mencecah RM100 billion. Boleh baca disini:


(IKLAN) 

agoda.com INT


- pada Sabtu yang lepas, bila Rafizi buat tuduhan liar menuduh DS Najib mengumumkan RM21 billion ialah untuk 21km bersamaan dengan kos RM1 billion satu km.

Tetapi bila dimalukan oleh MRT Corp bahawa RM21 billion ialah untuk 51km project MRT Satu Sungai Buloh-Kajang, Rafizi pula menyalahkan MRT Corp tak beritahu dia awal-awal dan dia terpaksa baca dari laporan akhbar - walaupun rakyat yang lain yang membaca laporan akhbar tidak keliru macam Rafizi.

MRT Corp tidak bertanggungjawab ke atas kurang-upaya fahaman dan mentaliti Rafizi.

2. Kos MRT1 di bawah RM21 billion - RM2 billion di bawah anggaran asal RM23 billion manakala anggaran kos MRT2 ialah RM32 billion.


Oleh kerana laporan kebolehlaksanaan untuk MRT3 masih dalam proses penyelidikan dan hanya dijangka akan diumumkan bulan Mac tahun depan, tidak ada siapa yang tahu anggaran kos MRT3.

Dakwaan Rafizi bahawa kos MRT3 ialah spekulasi dia sendiri mengikut perkiraan syiok-sendiri beliau.


Lebih-lebih lagi, ketiga-tiga projek MRT ini banyak memberi manfaat dan perjimatan masa dan kos untuk tujuh juta penduduk Lembah Klang yang berterusan selama berdekad-dekad. Apa masalah Rafizi dengan projek MRT pula?

Sementara itu, cuba kita lihat pula pandangan Tun Faisal Ismail tentang cara pengiraan bg mengira kos projek MRT seperti yg didakwa oleh Rafizi, yg dianggap MELUCUKAN...

"Cara Rafizi Sebagai Graduan Perakaunan Mengira Kos MRT Sangat Melucukan*

Mengapa kiraan Rafizi mengenai kos MRT salah?

1. Pertama, Rafizi *tersilap fakta* apabila menyatakan kos bagi 21km MRT adalah RM21 bilion. RM21 bilion = 21km, oleh itu 1km = RM1 bilion.

2. Kedua, dengan menggunakan maklumat yang salah ini, Rafizi membuat andaian bahawa kos bagi 1km trek MRT ini adalah RM1 bilion. Oleh itu, kos bagi 51km trek MRT adalah RM51 bilion dan jumlah besar bagi keseluruhan 141km trek MRT adalah RM141 bilion.

3. Rafizi seterusnya menolak RM21 billion yang telah dibelanjakan untuk trek Sungai Buloh Kajang (SBK) bagi mendapatkan baki kos untuk jajaran 1 (fasa 2) + jajaran 2 + jajaran 3, iaitu RM141 billion - RM21b = RM120 billion.


4. Hakikatnya, MRT Corporation Sdn Bhd telah menafikan dakwaan Rafizi dan menyebut bahawa, "kos RM21 bilion yang disebut dalam ucapan oleh Perdana Menteri adalah kos bagi kedua-dua *Fasa Satu dan Fasa Dua* daripada 51km jajaran SBK.

5. Fasa 1 terdiri daripada bahagian ditinggikan _(elevated section)_ yang melibatkan 21km daripada Jajaran SBK dari Sungai Buloh ke Portal Semantan. Fasa dua termasuk bahagian 9.5km bawah tanah dari Semantan Portal ke Portal Maluri dan bahagian ditinggikan 20.5km dari Portal Maluri ke Kajang," atau RM21 bilion adalah kos untuk 51km trek MRT (21km + 9.5km + 20.5km), dan bukan hanya untuk 21km trek seperti dakwaan Rafizi.

6. Jika maklumat ini dan 'formula kadar langsung' Rafizi yang *jelas salah* ini digunakan, kiraan Rafizi sepatutnya adalah seperti berikut:-
Kos untuk 51km = RM21 bilion,
oleh itu kos bagi 1km adalah, RM21 bilion/51km = RM0.412 bilion/km.
Dengan itu, kos bagi keseluruhan 141km trek MRT melibatkan 3 jajaran (Jajaran 1+ Jajaran 2 + Jajaran 3) = 141km x RM0.412 bilion = RM58.1 bilion.

7. Jumlah RM58.1 bilion untuk 141km ini jauh lebih rendah daripada anggaran RM141 bilion untuk 141km seperti yang didakwa Rafizi walaupun kita menggunakan formula matematik tahap sekolah rendah sama seperti yang Rafizi gunakan.

(IKLAN)



8. Persoalannya, adakah *formula matematik tahap rendah* atau *pengiraan secara kadar terus* seperti yang Rafizi gunakan ini betul dan boleh digunakan untuk mengira kos projek yang mempunyai pelbagai faktor penentu kos seperti keperluan untuk meninggikan jajaran tersebut atau membina jajaran di bawah tanah atau kos pembayaran pampasan tanah yang berbeza di kawasan laluan trek yang berbeza.

9. Sehingga kini kos bagi trek Sungai Buloh Serdang Putrajaya (SSP) masih belum dimuktamadkan lagi. Berdasarkan kenyataan MRT Corp pada 3 Ogos 2016, anggaran kos untuk trek SSP sepanjang 52.2km adalah di antara RM35 bilion hingga RM40 bilion. Kos ini adalah bagi trek MRT yang akan memberi khidmat kepada hampir 2 juta penduduk di sepanjang Damansara Damai, Jalan Ipoh, Kampung Baru, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

10. Cara pengiraan kos projek MRT yang dilakukan Rafizi ini bukan sahaja salah tapi amat melucukan..."

Sumber  : Tun Faisal Ismail

DS Najib sudah ada saman yang masih dalam mahkamah terhadap Rafizi tentang isu cincin DS Rosmah - dimana alasan yang diberi oleh Rafizi kepada mahkamah ialah dia hanya bergurau sahaja. Kes ini belum selesai pun.

Lebih-lebih lagi, setelah kalah 5 kes saman berturut-turut di mahkamah, Rafizi masih menunggu kes saman yang lain untuk BAFIA, LTAT, Tabung Haji dan saman DS Najib.

Adakah Rafizi masih ada ruang lapang untuk disaman lagi?


Isnin, 19 Disember 2016

[DEDAH] PANAS!!! Kerajaan Negeri P. Pinang Pimpinan DAP Sudah TIDAK LAYAK Memimpin... Aku Senaraikan 12 Alasannya... #SahabatSMB

12 CIRI SESEBUAH KERAJAAN DIANGGAP GAGAL DAN MENUJU KE AMBANG KEBANKRAPAN... DAN SEMUANYA ADA PADA KERAJAAN NEGERI P. PINANG PIMPINAN DAP...


Aku akan sebutkan satu-persatu... Korang nilai lah dengan bijaksana...

1. Perbelanjaan pengurusan meningkat secara mendadak setiap tahun...



2. Setiap tahun mencatatkan bajet defisit dan ianya meningkat sekali ganda...



3. Lebih dari separuh daripada jumlah keseluruhan bajet disalurkan ke Pejabat Ketua Menteri...



4. Projek-projek mega yang dirancang dengan jumlah kos yg tidak munasabah tidak dapat dilaksana atau tertangguh...




(IKLAN)

  agoda.com INT 

5. Peningkatan mendadak aktiviti penjualan tanah dan aset milik kerajaan negeri...




6. Aset2 milik kerajaan negeri gagal menyumbang untuk manfaat negeri seperti yang sepatutnya...



7. Bajet untuk sesatu projek meningkat secara mendadak...



8. Terpaksa merancang untuk meminjam hingga mencecah berbillion ringgit bagi menampung kekurangan kos yang berlaku tanpa sebab yg munasabah...




(IKLAN)



9. Pelabur asing tidak berminat untuk melabur...



10. Pelabur sedia ada hilang keyakinan dan mencari jalan untuk menjauhkan diri...




11. Tahap ekonomi negeri jatuh menjunam dan berada di kedudukan tercorot berbanding negeri lain...



12. Terpaksa menggunakan propaganda terdesak bagi menggambarkan kedudukan ekonomi masih stabil, walaupun realiti menunjukkan sebaliknya...












Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE