-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Selasa, 29 November 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Azmin? GAMUDA? Atau SELCAT? Yang Pasti, Rakyat Selangor Dah Berbau HANCING!!! #SahabatSMB

AZMIN SEMEMANGNYA ANAK DIDIK TUN MAHATHIR YANG TERBAIK...


Setelah bergelut isu Lot Tanah 68054 Paya Indah Wetlands 4 bulan lalu (sejak ogos) Elizabeth Wong Exco Selangor dan Azmin Ali MB Selangor bertungkus lumus menepisnya sehingga terdedahnya taikun besar Gamuda di sebalik tanah lot itu. Begitu juga pelapor kes Chegubard sehingga ke SPRM. Hanya pada 26 November 2016 pihak Gamuda menjawab isu Lot tanah 68054.


Lot 68054 di bawa dalam Parlimen.


2. Kemuncak isu ini ialah apabila Ahli Parlimen Kuala Selangor Dato' Sri Dr Irmohizam Ibrahim melalui hansard parlimen 31 Oktober 2016 telah membangkitkan isu integriti dan rasuah kerajaan negeri seperti laporan penukaran status lot tanah 68054 Paya Indah Wetland dari status tanah pertanian kepada bangunan kediaman. Memeranjatkan penjelasan Gamuda penuh penipuan dan bersandarkan persekongkolan laporan SELCAT tanpa pendengaran umum! 


Gamuda rujuk SELCAT

3. Gamuda berkata satu siasatanJawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) telah dibuat pada  11 Oktober 2016 dipengerusikan oleh Hannah Yeoh mendapati bahawa tiada ALASAN untuk mengadakan SIASATAN AWAMberkenaan Status Lot Tanah 68054 kerana tanah tersebut bukan sebahagian daripada rezab Paya Indah Wetlands. 

4. Dapatan SELCAT yang kononnya siasatan iaitu ialah dari maklumat yang diperolehi daripada penerangan dan taklimat berhubung isu oleh beberapa agensi berkaitan


i. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
ii. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor
iii. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
iv. Pejabat Daerah (Tanah Kuala Langat)
v. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).
Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh berkata, kawasan yang diwartakan sebagai Paya Indah Wetland hanya melibatkan Lot 3974 dengan keluasan 389.91 hektar dan Lot 4827 (60.85 hektar).
“Lot 68054 asalnya merupakan tanah milik Kerajaan Negeri. Namun, pada tahun 1994,Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional ketika itu pula telah pun memindah milik tanah tersebut kepada tanah milik persendirian,” kata Hannah.
 Pada 1996, kerajaan negeri yang ditadbir BN telah memberikan kelulusan untuk meminda syarat nyata dan jenis kegunaan tanah daripada pertanian kepada bangunan perumahan atau perusahaan ringan terhadap tanah Lot berkenaan.




Namun pada 2004, kelulusan bersyarat untuk menukar status tanah Lot itu daripada pertanian kepada pembangunan bercampur tidak berlaku ekoran pemiliknya tidak menjelaskan bayaran cukai tanah premium. 
10 tahun kemudian, syarikat pemaju, Salak Land Development Sdn Bhd telah membuat permohonan sekali lagi bagi menukar syarat tanah Lot berkenaan tetapi ditolak kerana tidak selaras dengan pelan Rancangan Tempatan 2020. 
Pemilik tanah Lot itu juga telah membuat permohonan untuk mengubah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 bagi Lot 68054 dan agensi berkaitan telah mengesahkan bahawa pengubahan berkenaan dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan. 
Pada awal tahun lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan mengubah status tanah Lot berkenaan kepada bangunan kediaman seperti syor yang dikemukakan PTG Selangor. 
“Kesimpulannya, Lot 68054 tidak termasuk dalam kawasan Paya Indah Wetland yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri dan proses penukaran status tanah daripada pertanian kepada bangunan kediaman telah dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan,” 

5. Itu adalah dapatan siasatan SELCAT secara taklimat yang nyata bukan satu siasatan lengkap yang sepatutnya dibawa dalam siasatan awam agar semua dokumen diteliti di semua peringkat yang terlibat. Malah jika boleh laporan siasatan dilaporkan kepada SPRM.


6. Perlu diingat sejak awal kes ini lapor dan didedahkan premis asas tuduhan adalah jelas iaitu tanah lot 68054 bukan tanah lain seperti Lot 3974 dengan keluasan 389.91 hektar dan Lot 4827 (60.85 hektar) sebagai tanah rezab. Tidak timbul tanah lain. Lot tanah 68054 adalah tanah yang terletak dalam Paya Indah Wetlands sebagaimana fakta jelas pada 26 Febuari 2014, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melalui mesyuarat 8/2014 MMKN telah menolak permohonan Salak Land Development Sdn Bhd untuk menukar tanah tersebut dari status pertanian kepada komersial (Bangunan kediaman) dan alasan yang direkodkan ialah kerana kawasan tersebut terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

Dimana pula asas SELCAT untuk menafi kawasan LOT 68054 adalah terlewat di Paya Indah Wetlands?. Kenapa henda bohong isu pokok? Sepatutnya Selcat
menjawab isu ini. Dan dokumen penuh ini sepatutnya Selcat bawa dalam siasat awam. Biar rakyat tahu dokumen penuh sebagaimana laporan IMDB
yang dipaparkan.
7. Adalah jelas tanah yang terletak di Paya Indah Wetlands telah termaktub dalam MOU di antara Kerajaan Persekutuan  diwakili oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PerHiLiTaN), Kementerian Sumber asli dan alam Sekitar dengan Kerajaan Negeri Selangor Darul ehsan mengenai pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands telah ditandatangani pada 1 Ogos, 2007 berkuatkuasa selama tempoh 30 tahun. Baru 10 tahun memorandum persefahaman itu, Azmin Ali meluluskan pertukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetlands itu. Sekali lagi mengapa Azmin luluskan mengapa tidak Tan Sri Khalid Ibrahim?

8. Bagaimana rakyat hendak tahu jika SELCAT hanya menyiasat sekadar memanggil jabatan atau agensi memberi taklimat? Ini bukan siasatan ini taklimat formal menutup mulut sahaja. Aduan Abd. Razak Ismail Pembantu Khas Exco dan NGO tidak disiasat secara telilti malah seorang anggota SELCAT mengeluarkan kenyataan SELCAT tidak peduli pengadu tidak berkredibiliti termasuk NGO! jelas kredibiliti SELCAT diragui dan dipengaruhi oleh Azmin Ali MB Selangor!




9. Gamuda dan Selcat cuba mengungkit kisah lama mengenai Lot tanah 68054 asalnya milik Kerajaan BN yang diserahkan kepada Syarikat Salak Land Development Sdn Bhd pada tahun 1994, tahun 1996 diberi kelulusan meminda syarat nyata dan 2004 kelulusan status tanah tidak berlaku sehinggalah tahun 2014 Salak Land Development Sdn Bhd sekali lagi memohon kelulusan. Kerajaan Pakatan Selangor lupa mereka masih menyalahkan BN sedangkan mereka memerintah Selangor dua penggal, mereka punya kuasa untuk mengubahnya. Jadi alasan menggunakan hujah BN itu sangat tidak relevan. 

10. Namun Selcat sendiri mengaku 10 tahun kemudian, syarikat pemaju, Salak Land Development Sdn Bhd telah membuat permohonan sekali lagi bagi menukar syarat tanah Lot berkenaan tetapi ditolak kerana tidak selaras dengan pelan Rancangan Tempatan 2020. Siapa yang tolak tahun 2014? 

11. Menteri Besar Pakatan Selangor ketika itu ialah TAN SRI KHALID IBRAHIM. Hujah Tan Sri Khalid ialah sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Dan"beliau semasa MB tidak luluskan tanpa mengendahkan tekanan korporat dan pelobi politik". Jika telah ada asas keputusan dari MB Selangor sebagai menolak mengapa pula lagi perlu merujuk keputusan terdahulu tahun 1994,1996 dan 2004?

12. Isu yang dibangkitkan Netizen ialah mengapa ketika Azmin Ali menjadi MB Selangor dengan keputusan MMKN 2014 sebelum ini mengesahkan kawasan Lot tanah 68054 terletak di kawasan Paya Indah Wetland dan menolak permohonan Salak Land Sdn Bhd mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara. Mengapa? apa kepentingan Azmin Ali?. 4 MB mahu mengekalkan kawasan tersebut kawasan hijau. Mengapa Azmin berani? Ini yang sepatutnya Selcat siasat dan SPRM siasat!

Maka timbulah kronologi hubungan kepentingan Azmin Ali dengan Gamuda Berhad.






13. SELCAT juga telah mengesahkan pemilik tanah Salak Land Development selepas gagal 2014 telah membuat permohonan untuk mengubah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 bagi Lot 68054. Sebelum ini Salak Land Development Sdn Bhd adalah milik Dato' Tan Leong Min sejak 1994 (diberi zaman Tan Sri Muhamad Taib). Namun ketika permohonan dilakukan Salak Land dibeli oleh Gamuda Berhad. 

14. 4 Ogos 2014 fakta yang disembunyikan Selcat ialah Dato' Tan Leong Min telah menjual tanah ini kepada Gamuda Berhad ia dilaporkan dalam The Star 5 Ogos 2014.  Gamuda Berhad turut mengumumkan pembelian dan semua kepentingan dalam Salak Land bernilai RM 784.3 juta. 

15. Penjualan tanah Paya Wetland ini kepada Gamuda Berhad adalah dalam pengetahuan Azmin Ali Menteri Besar dan Exco maka tidak hairan kelulusan pertukaran status lebih cepat. 
Pemilik Asal Salak Land Development Sdn Bhd

Bertukar atas nama Gamuda Berhad




16. Jika pemilik asal Salak Land Development Sdn Bhd gagal dan kini dimiliki Gamuda Berhad, netizen mempertikaikan pengezonan semula Paya Indah Wetland dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) di buat semula khas untuk GAMUDA BERHAD. Mengapa ketika Salak Land bukan dimiliki Gamuda tidak diluluskan? Dan dibuktikan bahawa perubahan status tanah turut dilobi oleh proksi Azmin Ali,  Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak. Ini bermakna urusan jabatan di Selangor seperti Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Pejabat Daerah (Tanah Kuala Langat) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah diarah oleh Menteri Besar Selangor untuk diberi kelulusan.


Netizen persoalkan Pengezonan adalah untuk MENYELAMATKAN DAN MEMUDAHKAN KELULUSAN GAMUDA BERHAD SEDANGKAN SUDAH JELAS DALAM MMKN 2014 DIPENGERUSIKAN OLEH TAN SRI KHALID IBRAHIM LOT TANAH 68054 ADALAH TERLETAK DI
PAYA INDAH WETLANDS. INI BERMAKNA LAPORAN SELCAT ADALAH MENIPU DAN TELAH DIUBAH UNTUK KESESUAIAN GAMUDA BERHAD. 


Arahan begini sehingga lulusnya status pertukaran tanah Lot 68054 dilobi oleh proksi Azmin adalah fenomena biasa di Selangor sekarang.



KEPENTINGAN GAMUDA MELALUI SPLASH DAN AZMIN ALI 

17. Netizen juga melihat secara jelas hubungan Azmin Ali dan Gamuda dalam urusan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) milik Gamuda. Yang Netizen bicarakan ialah pembuktian hubungan kepentingan ini.

5 Disember 2014:

- Gamuda Berhad bercadang menjual 40 % kepentingannya dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor menawarkan RM250.6 juta. Harga ini masih dalam perundingan ketika ini. Gamuda ada bertemu dengan Azmin Ali bagi menyelesaikan penjualan ini. Laporan ini turut menyebut tanah di Mukim Tanjong Dua belas.

24 Januari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan. 

9 Februari 2015:
- Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.

17 Februari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu. 

25 Mei 2016:
Ditengah kemelut penjualan saham SPLASH kepada kerajaan Negeri dan pertukaran status tanah Lot 68054, YAB Dato' Seri Azmin Ali mengambil peluang untuk Kerajaan Selangor bekerjasama dengan Gamuda Land membina 714 unit rumah mampu milik menerusi Rumah Selangorku di Jade Hills, Kajang. 

6 Mei 2016
Sehingga tarikh akhir tamat  7 Oktober rundingan Kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) belum selesai. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili berkata perlu meneruskan rundingan mengenai pengambilalihan konsesi air bagi menyelesaikan isu tertangguh. "Kedua-dua pihak wajar melanjutkan tarikh itu," 

4 November 2016
 Azmin Ali menggunakan strategi menuduh bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa berselindung di sebalik nilai sebenar pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH). Kata Azmin tawaran RM2.975 bilion dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009. “Ia dengan pecahan seperti berikut iaitu nilai ekuiti RM1.579 bilion dan nilai liabiliti RM1.396 bilion,” Azmin menuduh dan dalam masa sama menentukan bayaran RM2.7b kepada Splash! Permainan Azmin menunggu saat akhir untuk "score". Rupanya.....

Azmin Ali dan Datuk Lin Yun Ling MD Group Gamuda Berhad bagaikan
isi dengan kuku


5 November 2016
Tan Sri Khalid Ibrahim membuat kenyataan media berhubung kerakusan Azmin Ali membayar RM2.7B kepada Splash. Tan Sri Khalid hanya mengesahkan tawaran RM250.6 juta itu. Rupanya didedahkan Azmin, Anwar Ibrahim dan PKR punya kepentingan komisen RM 600 juta dari urusan Azmin dan Gamuda mengenai Splash. Isu ini tidak berjawab hingga kini malah SPRM berdiam diri. 



18. Gamuda membuat kesimpulan dalam kenyataan medianya pada 24 November itu bahawa mereka telah mendapat kelulusan DEIA dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung pembangunan Lot 68054 pada 10 Februari 2016.

19. Apa kita hendak hairan dengan Gamuda jika dengan Azmin Ali pun mereka boleh "kawtim" inikan  Jabatan Alam Sekitar atau agensi pakar yang mereka mampu upah untuk meluluskan projek mereka. Yang penting asas Gamuda ialah status pertukaran tanah dari pertanian kepada bangunan kediaman yang mereka dapat lebih awal selebihnya urusan lain pasti Gamuda mampu lakukan. Tanah hampir RM 800 juta dibeli oleh Gamuda pasti mereka ada perancangan di kawasan berhampiran Putrajaya. 


20. Jika SELCAT anak jantan jadikan isu tanah lot 68054 sebagai siasatan awam agar semua dokumen mereka yang terlibat menukar status tanah dapat didedahkan kepada rakyat dan laporan siasat awam dilaporkan kepada SPRM. Setakat dengar taklimat sahaja sesiapa juga boleh.


Sumber  : Captain M

Isnin, 28 November 2016

VIDEO [DEDAH] PANAS!!! Geng AhLong Pakai T-Shirt BERSHIT 5.0 Belasah Lelaki Warga Asing... Macam Ni, Tak SAMSENG Lagi Ke??? #SahabatSMB

SAMPAI LUNYAI MAMAT TU KENA BELASAH... MUNGKIN ITU YANG DIPERJUANGKAN OLEH GENG BERSHIT 5.0...


Satu rakaman video telah didedahkan, menunjukkan 3 lelaki berbangsa Cina (termasuk tukang rakam) telah membelasah seorang lelaki dipercayai warga asing menggunakan sebatang kayu rotan... dipercayai punca kejadian adalah disebabkan hutang



Lelaki warga asing ini berkemungkinan telah berhutang, namun gagal menjelaskannya hingga menimbulkan kemarahan kumpulan ini... akibatnya, lelaki warga asing ini dipukul bertubi-tubi di kaki dan badan menggunakan sebatang kayu rotan...


Walaupun warga asing ini merayu dan meminta belas ehsan, namun tidak diendahkan dan terus dipukul berulang kali...

Menariknya... salah seorang drpd 3 lelaki Cina ini memakai tshirt kuning jelas tertera BERSHIT 5.0... Adakah lelaki2 ini yg dipercayai anggota kumpulan lintah darat atau AhLong turut terlibat dan menyertai himpunan BERSHIT 5.0 baru2 ini?

Tidakkah ini sebagai bukti bahawasanya antara kumpulan yg menyertai dan menyokong BERSHIT 5.0 adalah juga terdiri drpd kumpulan2 AhLong, kongsi gelap dan samseng taik kucing?

Diharap pihak berkuasa polis akan menjalankan siasatan ke atas rakaman ini...


Ahad, 27 November 2016

[DEDAH] PANAS!!! Tidak Ada Pemimpin DAP Yang Kebanyakannya Kristian Berani Membawa Usul BABI... Tup... Tup... Yang Mengaku Islam Pula Yang Bangun... #SahabatSMB

PENGUSAHA TERNAKAN BABI SELEPAS INI TENTUNYA DIBERI PELUANG MEMOHON DANA ATAU TANAH JIKA BERMINAT UNTUK MEMODENKAN INDUSTRI TERNAKAN BABI... TAK PERCAYA??? TUNGGU DAN LIHAT...


RUU Babi Diluluskan serta merta di DUN Pulau Pinang...

Mengejutkan apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini.

Tentu ramai yang terfikir, apa kejadahnya RUU babi dibentangkan dan diluluskan oleh sidang DUN.

Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh Exco Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.



``Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," kata Dr Afif bercakap bagi pihak kerajaan DAP Penang ketika membentangkan RUU itu.

Apalah nasib penduduk di Pulau Pinang selepas ini? Kawasan yang diluluskan oleh RUU Ternakan Babi Penang itu pula di kawasan Jawi, tempat majoriti Melayu

Difahamkan ketika ini sudah terdapat lebih dari 150 buah ladang-ladang babi tradisional diusahakan di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu.

Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi?

Tiada langsung soal sensitiviti agama dan kaum diambil kira dalam hal ini.

Sebenarnya, persoalan yg lebih penting untuk kita nilai adalah, kenapa usul ini dibawa oleh seorang ADUN merangkap EXCO berbangsa Melayu dan mengaku sebagai Islam? Sudah tidak adakah ADUN Pakatun bukan Islam yg sepatutnya lebih sesuai untuk membawa usul ini?


Mungkin disebabkan YB Afif merupakan EXCO yg menjaga portfolio pertanian dan ternakan, maka secara tak langsung menjadikannya sbg ADUN yg paling layak untuk bercakap tentang BABI... Bagi aku, Afif lah ADUN paling lemah yg pernah aku jumpa... kerana terlalu teringin memegang jawatan dan kuasa, hingga sanggup membiarkan diri menjadi kuda tunggangan dan diperbodohkan oleh geng kepimpinan DAP P. Pinang...

Kenapa? Korang tak setuju dgn kenyataan aku? Korang tahu tak, bahawasanya isu berkenaan ladang ternakan babi ini sudah lama dibangkitkan, iaitu sejak sebelum Afif diberi peranan menjaga portfolio pertanian lagi... namun tidak ada sesiapa dari kalangan ADUN DAP yg bersedia mempertaruhkan populariti diri dan parti DAP untuk membawa usul babi ini ke sidang DUN...

Mungkin ramai yg tidak tahu, masyarakat Cina di P. Pinang kini sudah menjadi majoriti, berdasarkan pecahan mengikut kaum/bangsa... namun, dlm masyarakat Cina itu sendiri terpecah mengikut loghat atau suku... seperti juga Melayu yg mana di dalam merangkumi melayu utara, pantai timur, jawa, boyan dll, manakala masyarakat Cina juga merangkumi Mandarin, Kantonis, Hokkien dll...

Namun, satu perkara yg berbeza antara Melayu dan cina adalah, semua orang Melayu mesti beragama Islam kerana itu syarat utama sebelum layak dikategorikan sbg Melayu... tetapi tidak bg orang Cina... orang Cina menganut pelbagai agama... majoriti Cina di P. Pinang beragama Buddha, dan ramai juga memilih agama Hindu atau Kristian...

Perlu kita tahu, majoriti pemimpin DAP yg hari ini menjadi kjaan negeri P. Pinang merupakan beragama Kristian... Kristian merupakan salah satu agama yg termasuk dlm kategori 'ahlil kitab' (seperti yg disebut dlm Al-Quran)... walaupun agama ini sudah byk berlaku penyelewengan, namun ada perkara yg masih mengikut yg asal, termasuklah dlm perkara yg melibatkan BABI...

Dlm agama kristian, babi merupakan haiwan kategori najis yg haram dimakan... tetapi bg org Cina yg beragama Buddha, yg juga merupakan majoriti di P. pinang, babi dianggap biasa malah masih ramai yg menjadikan daging babi sebagai sebahagian drpd hidangan...

LGE yg beragama Kristian tentunya tidak mahu dikecam hebat oleh rakyat Msia jika usul tentang babi ini dibawa oleh ADUN2 mereka... dlm masa sama, usul ini penting untuk memastikan sokongan masyarakat Cina di P. Pinang akan kekal memihak kjaan DAP... Dgn adanya usul ini, bermakna industri berkaitan babi sudah menjadi satu industri yg sah di P. Pinang... tentunya, bagi melaksanakan apa yg telah diusulkan termasuk memodenkan cara ternakan babi, penternak2 sedia ada perlu menaik taraf kandang2 mereka... dan ini semua memerlukan modal yg besar serta lokasi tanah yg luas...


Apabila industri menjadi sah, maka dlm masa yg sama, pihak kjaan negeri mesti juga menyediakan dana2 tertentu bg menyokong industri ini, sama seperti industri2 yg lain... kemana dana2 ini akan pergi? tentunya korang sendiri boleh menjawabnya...

Memandangkan industri ternakan babi ini bakal memberi kesan kpd rakyat P. Pinang yg lain khususnya org Melayu, maka LGE perlu mencari jalan bagaimana untuk melaksanakan usul ini, dlm masa sama dapat diterima oleh masyarakat lain, atau paling kurang, dapat menurunkan momentum serangan menggunakan isu ini khususnya dari orang Melayu...

Disinilah peranan Afif diperlukan dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh LGE... Afif secara bersahaja tanpa rasa bersalah telah bangkit mencadangkan usul ini sewaktu sidang DUN... AMAT MEMALUKAN!!!

Dalam suasana masih ramai di kalangan rakyat P. Pinang yg memerlukan pembelaan, tiba2 babi yg mendapat perhatian!!!

Hakikatnya, mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU babi diluluskan?

Terutamanya hal melibatkan pencemaran air sungai, iaitu satu isu yang selama ini membelengu penduduk di negeri berkenaan.

Menyedihkan apabila RUU babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016  atau RUU355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja.


16 Oktober 2016, Ketua Menteri DAP Penang iaitu Guan Eng membantah keras RUU 355.

Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain tarik tali dalam isu RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga kini presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini ialah usul pindaan RUU 355 berkenaan mempunyai banyak kelompongan dan mendakwa ia bukan hukum hudud.

Kepada penyokong pembangkang, bukalah mata anda dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR dan DAP di Pulau Pinang namun dalam RUU 355, mereka membantah dengan memberikan pelbagai alasan.


Bukalah mata anda. Berapa agaknya bajet yang telah diluluskan untuk RUU babi ini? Nampaknya kerajaan DAP Penang lebih utamakan RUU Babi dari selesaikan masalah banjir di Penang.

Biar rakyat duduk dalam banjir janji babi dapat diternak secara moden. Memalukan bila ada Melayu diperkudakan DAP untuk membaca usul RUU Babi ini dalam sidang DUN.

Guna Melayu untuk angkat sepanduk babi di Bersih 5, kini guna Melayu untuk baca dan luluskan RUU babi. "Bijak sungguh" Melayu yang dipergunakan DAP ini.


Sabtu, 26 November 2016

5 VIDEO [DEDAH] PANAS!!! Rakyat Malaysia Kini Semakin BONGKAK, ANGKUH Dan BIADAP... Penjawat Awam Diperlaku Seperti 'HAIWAN', Seolah Mereka Pencacai Tanpa Harga Diri... #SahabatSMB

PENJAWAT AWAM DAN PENGUATKUASA UNDANG2 DITUDUH 'MAKAN SUAP' JIKA MEREKA LONGGAR... TAPI TETAP DICERCA, JIKA MEREKA BERTEGAS...


Semakin hari, rakyat Malaysia seolah semakin hilang nilai2 murni kemanusiaan, semakin luntur sifat ehsan dalam sanubari dan semakin lenyap rasa simpati serta saling hormat menghormati sesama insan.. semua ini seperti hanya seperti sejarah atau tinggalan yg mana sayangnya, tinggalan ini tidak diwarisi oleh generasi sekarang, apa lagi generasi mendatang...

SALAH SIAPA???

Bayangkan, boleh dikata setiap hari, akan ada cerita2 berkenaan penjawat awam atau penguatkuasa undang2 yg dicerca, diugut, dikasari, dipukul, disabotaj harta benda, malah lebih teruk apabila ada yg melibatkan kehilangan nyawa... dulu, kebanyakan kes seperti ini biasanya melibatkan tindakan berkumpulan, samada dari kalangan samseng2 upahan, kumpulan kongsi gelap ataupun TONTO yg memang diupah untuk tujuan memberi amaran atau menakut-nakutkan penjawat awam... tapi sekarang, siapa saja nampaknya sudah berani serta langsung tidak entang dengan undang2 negara...

Bagi aku, inilah kesan buruknya bilamana kebebasan berfikir secara melampau, atau hak kebebasan bersuara dan mengekspresikan ideologi... tambahan pula, wujud satu puak yg kini semakin berpengaruh, mempergunakan dan menyalahguna erti kebebasan ini untuk tujuan mencari kredit sokongan dan pengaruh... apa yg mereka terapkan di minda rakyat bukanlah membawa kebaikan, tetapi secara tak langsung telah menjadikan rakyat, khususnya generasi hari ini sebagai satu golongan MENENTANG, dan sentiasa dahagakan kepada gerakan yg menjurus kpd reformasi...

Aku kongsikan di bawah beberapa video yg telah dimuatnaik...

Penguatkuasa MBSA diganggu secara seksual oleh pasangan Cina.



Penguatkuasa JPJ hilang sabar setelah di provoke oleh pesalah trafik.



Kakitangan Syarikat Bekalan Air Johor ditumbuk oleh 2 lelaki.



Penguatkuasa MPPP dicaci dan dihina di khalayak ramai oleh 2 lelaki Cina.



Penguatkuasa majlis bandaran diperlakukan seperti anjing apabila dipaksa kutip wang yg ditabur oleh peniaga biadap.



Jumaat, 25 November 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Najib Selesa Untuk MERENDAH DIRI, Walaupun Beliau Berhak Mendabik Dada Sejak 2012 Lagi... Tu Pun Ada 'KUTU' Dok Pulun Mensabotaj Dan Menjatuhkan Kepimpinannya... #SahabatSMB

1MDB DAN NAJIB LEBIH AWAL TUNAIKAN JANJI KERAJAAN UNTUK MENGAWAL KENAIKAN TAARIF ELEKTRIK... DAN SEPATUTNYA AKAN LEBIH BAIK, JIKA TUN M DAN PENGANGKANG TAK KHIANATI...


Allahyarham Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan, beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah kerana keengganannya untuk 'mengikut telunjuk' Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu masih lagi Perdana Menteri bagi memeterai perjanjian berat sebelah dengan pengendali Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Melalui satu wawancara sebelum pemergian beliau ke Rahmatullah pada 2014, Tan Sri Ani Arope berkata:


"Pada masa itu, TNB menjana elektrik pada harga 8 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), kata Ani. Mengambil kira kos pengagihan dan penyaluran, iaitu masing-masing kira-kira 6 sen dan 3 sen pada masa itu, penyedia tenaga boleh mengagihkan elektrik kepada pengguna pada harga 17 sen bagi setiap kWh.  
Bagi membolehkan IPP memasuki pasaran, aras harga bagi penjanaan elektrik adalah pada harga 12 sen bagi setiap kWh, kata Ani kepada Kinibiz, di mana kedua-dua pihak iaitu TNB dan IPP boleh mengadakan rundingan.  
Namun Unit Perancang Ekonomi (di bawah Jabatan Perdana Menteri dan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir), telah menetapkan sendiri harga adalah 16 sen bagi setiap kWh. Dan dengan klausa terima atau bayar, kos itu meningkat kepada 23 sen, dan saya kata kadar itu adalah mengarut.  
Satu lagi klausa yang dianggap berat sebelah adalah harga kekal yang ditetapkan dalam perjanjian itu biarpun berlaku penurunan harga minyak di pasaran terbuka. 
Perjanjian itu menetapkan IPP akan dibayar satu harga tetap bagi kapasiti elektrik yang dibekalkan. 
Biarpun kita tidak menggunakan bekalan yang disalurkan, TNB perlu menerimanya atau membayarnya. Malah pada masa itu, kita mempunyai lebihan elektrik yang tidak digunakan. 
Menganggapnya sebagai perjanjian yang mengarut, Ani enggan menandatangani perjanjian itu dan meletak jawatan. 
Terlalu banyak klausa yang menjejaskan TNB yang saya tidak persetujui. Jika saya menandatanganinya, orang akan anggap saya juga 'sapu' atau terima bahagian saya."

Pemimpin Pakatan sebelum ini menggunakan isu ini bertahun lamanya dengan mengatakan negara ini kerugian berpuluh bilion Ringgit setiap tahun dan mendakwa pemilik IPP ini juga rakan rapat kepada Dr Mahathir atau kroni beliau.

Berikut adalah salah satu contoh:

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng desak Perdana Menteri jawab skandal subsidi gas yang didedahkan oleh bekas CEO TNB Tan Sri Ani Arope.

Dan yang ini "Rafizi: IPP projek khas untuk kroni Dr Mahathir"

    Pernahkah anda terfikir mengapa Pakatan tidak lagi bising mengenai kroni IPP? Mereka kerap membesar-besarkan isu itu sebelum ini tetapi kini tidak lagi. Mengapa?

    Jawapan paling mudah untuk persoalan itu ialah, Datuk Seri Najib berjaya menyelesaikan kemelut yang dicetuskan Dr Mahathir. Pada 2012 sebenarnya.

    Pada masa lalu, Pakatan Rakyat yang sudah berkubur berkata negara akan menjimatkan RM3.47 bilion bagi pembayaran TNB kepada IPP jika gabungan pembangkang berjaya merampas Putrajaya pada Pilihanraya ke-13 (PRU13) dengan mengurangkan Kadar Pulangan Dalaman (IRR) untuk IPP daripada 19 peratus kepada 10 peratus.

    Berikut video kenyataan mereka.


    Masalah perjanjian berat sebelah IPP ini kepada kroni menjadi beban kepada Malaysia bertahun lamanya di mana beratus bilion Ringgit wang rakyat dan Petronas dibayar kepada kroni yang menjadi pemilik IPP.

    Tetapi pada tahun 2012, kerajaan memulakan tender terbuka IPP pertama dan dengan 1MDB menawarakan harga paling rendah bagi pembaharuan atau penjana tenaga baharu, ia memaksa pembida lain untuk merendahkan harga mereka secara dramatik. Ia membuktikan kerajaan berjaya melakukannya berbanding janji pemimpin pembangkang







    Maybank mengumumkan era keuntungan berat sebelah bagi IPP sudah berakhir dan IRR bagi IPP kini adalah antara 5 hingga 6 peratus, lebih rendah daripada 19 peratus sebelum ini malah lebih rendah daripada apa yang dijanjikan pembangkang iaitu pada 10 peratus. Untuk itu, penjimatan TNB adalah lebih besar setiap tahun berbanding apa yang dijanjikan pembangkang.

    Satu tarif berbeza biarpun satu sen sahaja memberikan perbezaan yang amat ketara bagi perjanjian konsesi 20 tahun, contohnya perbezaan satu sen pada satu IPP akan mengurangkan kos elektrik kepada RM2.9 bilion.

    Jika kita melihat kepada carta di bawah, keuntungan TNB lebih baik, daripada kerugian kepada keuntungan dan kerajaan tidak lagi perlu membayar ganti rugi kepada TNB secara berkala, di mana pada 2012, kerajaan terpaksa membayar RM2.2 bilion.


    Memandangkan Khazanah, PNB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan lain-lain mempunyai saham dalam TNB, ia turut memberi kesan keuntungan untuk rakyat dan bukan lagi kroni yang memiliki IPP tersebut.

    Tetapi pemimpin Pakatan juga tidak menceritakan keseluruhannya. Mereka lupa berpuluh bilion Ringgit subsidi gas perlu diberikan Petronas kepada IPP terbabit bagi memastikan kadar kepada TNB rendah.

    Harga gas subsidi (RM/mmBTU) bagi penjanaan elektrik daripada Petronas meningkat daripada RM6.40 pada 2008 kepada RM18.20 pada 2016, tiga kali ganda kenaikan. Harga pada masa lalu adalah di atas RM40.


    Penjimatan ini daripada perjanjian yang lebih baik bagi IPP telah disalurkan kepada pengurangan subsidi gas dan meningkatkan pendapatan penjualan gas berjumlah berbilion Ringgit setiap tahun bagi Petronas tanpa sebarang kenaikan harga elektrik daripada 2011 hingga 2014, biarpun TNB memperoleh pendapatan yang lebih baik dan Petronas berjaya menjimatkan berbilion Ringgit setiap tahun.

    Berapa banyak Petronas rugi bagi subsidi kepada IPP melalui perjanjian berat sebelah ini pada masa lalu?

    Jawapan ini boleh diperolehi daripada laman 63 di Laporan Tahunan Petronas bagi 2015.


    Menjelang akhir tahun 2015, Petronas mengumumkan kerugian hingga RM155 bilion dalam pendapatan kepada sektor penjanaan tenaga berikutan subsidi gas yang terpaksa dipatuhi pada Mei 1997.

    Jumlah RM155 bilion itu sepatutnya boleh diperolehi Petronas dan kerajaan bagi program pembangunan bagi manfaat rakyat dan bukannya untuk Dr Mahathir memaksa Petronas untuk subsidi perjanjian berat sebelah dengan IPP milik kroninya.

    Melalui carta di atas, kita dapat lihat peningkatan harga gas menyebabkan penyusutan pendapatan bagi Petronas.

    Tidak dapat dinafikan kewujudan 1MDB mengubah lanskap industri IPP dengan pembidaan yang agresif melalui tender terbuka pertama pada 2012 dan bidaan seterusnya di mana 1MDB adalah pembida paling rendah bagi setiap projek penjana tenaga yang diceburinya.

    Penjimatan ini yang sebelum ini terpaksa dibayar kepada IPP kemudiannya disalurkan kepada pendapatan lebih tinggi bagi Petronas, TNB dan kemudiannya kepada kerajaan dan rakyat dan bukan lagi kepada pemilik IPP yang tidak menguntungkan rakyat langsung.


    Dan ini adalah IPP yang sama dimiliki kroni melalui perjanjian berat sebelah dan subsidi gas yang tinggi dan terpaksa ditanggung Petronas.

    Tarif Talian Hayat bagi pengguna yang menggunakan hingga 200 kWh/sebulan melibatkan 70 peratus isirumah tidak berubah sejak 1997. Ia juga bebas dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

    Sebarang perubahan kepada bil elektrik anda adalah berikutan penggunaan lebih banyak tenaga daripada sebelum ini.

    Bermula dari tahun 2010, isirumah yang menggunakan elektrik di bawah RM20 tidak lagi membayar sesen pun. Faedah diberikan kerajaan ini masih lagi dikuatkuasakan.

    Maka, janganlah mendakwa 1MDB atau kerajaan tidak melakukan sebarang kebaikan kerana jika tidak berpuluh bilion Ringgit akan hanya memanfaatkan kroni yang menjadi pemilik IPP malah jika dihitung bagi tempoh 10 hingga 20 tahun, ia melibatkan ratusan bilion Ringgit.

    Ia kini dimanfaatkan untuk kerajaan dan rakyat.

    Ini adalah salah satu legasi Dr Mahathir yang diperbetulkan oleh kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib. Satu lagi ialah pengambilalihan 100 peratus Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) oleh kerajaan dan KWSP.

    Melalui pengambilalihan ini, pendapatan yang dijana daripada kutipan tol akan disalurkan kepada kerajaan (51 peratus) atau pemegang akaun KWSP (49 peratus) dan bukan lagi masuk ke poket kroni.

    Itu juga faktor mengapa tol Lebuhraya Utara Selatan tidak berubah bagi tempoh 11 tahun sejak 2005.

    Jika kerajaan hari ini tidak mengambilalih syarikat PLUS pada 2011 dan merunding semula perjanjian konsesi tol yang dilaksanakan ketika zaman Dr Mahathir, sudah tentu perjalanan anda dari Jalan Duta ke Ipoh akan dikenakan tol daripada RM26.50 hari ini kepada RM82.17 menjelang 2038.



    Ehsan  : Lim Sian See



    
    
    
    
    
    
    
    
    Jasper Roberts - Blog

     
    REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE