-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Ahad, 30 Oktober 2016

[DEDAH] PANAS!!! Ratu Naga Dilantik Sebagai Pengarah Strategik Jentera Media Baru PKR Dengan Misi 'Serampang 2 Mata'... Jatuhkan Najib, Dan Gantikan Dengan AZMIN ALI... #SahabatSMB

RATU NAGA JADI ASET PENTING DALAM 'KARTEL AZMIN'... MISI UTAMA, AZMIN MESTI MENJADI PRESIDEN PKR MENGGANTIKAN DS WAN AZIZAH...



Blogger dan pengamal media sosial yg terkenal dgn keceluparan dan isu2 fitnah yg gemar dijadikan mainan, telah menyertai PKR... Ratu Naga yg sebelum ini dikatakan merupakan blogger pro UMNO BN (walaupun tidak tersenarai nama sebagai ahli UMNO) telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin dalam satu majlis ringkas...

Benarkah keahlian Ratu Naga sebenarnya tidak digemari Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah? Bagi Wan Azizah, kehadiran Ratu Naga sebenarnya berniat tidak baik, malah menurut sumber, ia adalah rancangan atau strategi 'pihak tertentu' di dalam PKR, yg didalangi oleh 'satu lagi pihak luar' bagi mengkucar-kacirkan kepimpinan PKR dengan tujuan untuk mengambil alih pucuk pimpinan parti, kemudiannya...

Lihat saja posting yg dimuat naik oleh Nurul Izzah di laman FB beliau... walaupun Izzah tidak menyebut nama secara terang, namun semua pihak dapat meneka kepada siapa posting ini dituju...


Serangan awal yg dilancarkan oleh Ratu Naga membuktikan kebenaran dakwaan ini... Ratu Naga telah menjadikan CheguBard sebagai sasaran pertamanya... walaupun CheguBard telah dipecat keahlian dari PKR, namun kita ketahui bahawa CheguBard mempunyai hubungan yg sangat baik dgn keluarga Anwar, terutama DS Wan Azizah dan Nurul Izzah... pemecatan CheguBard sebenarnya didalangi oleh Azmin Ali dan kumpulan kartelnya, setelah CheguBard dengan lantang bertindak mengkritik dan mendedahkan pelbagai isu dan salah laku yg berlaku di dalam kjaan negeri Selangor pimpinan Azmin...

Aku kongsikan di bawah posting daripada CheguBard tentang cubaan menfitnah yg Ratu Naga cuba lakukan ke atas dirinya dan isteri...


'TAHNIAH, FITNAH DAN SERANGAN PERIBADI SUDAH MENJADI BUDAYA PKR

1. Dalam reformasi saya dididik untuk menyerang atau menggunakan apa juga isu bagi mendidik rakyat maka isu yang diketengahkan ialah isu polisi, korupsi, pembaziran dan kelemahan pentadbiran. Sejak awal 1999 isu selak kain sama sekali tidak pernah dipakai walaupun ada maklumat yang masuk dengan bukti kerana isu sebegini tidak mendidik rakyat. Dalam mendepani banyak pihak termasuk Rosmah saya tidak pernah menyerang isu dalam kain sebaliknya isu pembaziran rasuah dan seumpamanya sahaja, begitulah adab didikan reformasi.

2. Namun isu fitnah dan manipulasi peribadi ialah mainan Umno Bn yang sangat kotor, ia menjadi mainan cybertrooper Umno dan keadaan makin parah dengan cybertrooper baru yang berbayar mereka.

3. Semalam saya diberitahu teman - teman mengenai status facebook seorang cybertrooper Umno yang mengekori pasukan Mahathir yang putus bekalan 'dedak' selepas kantoi tidak membuat bayaran sehingga menyebabkan terdedahnya sindiket membeli data peribadi bagi memalsukan sokongan terhadap Deklarasi rakyat. Satu akuan bersumpah (yang terikat dengan undang - undang) telah dibuat mengenainya dan tidak ada tindakan dalam bentuk perundangan seperti saman atau laporan polis bagi menafikan perkara ini. Bekas cybertrooper Umno yang menggunakan nama binatang sebagai samaran itu memang terkenal menggunakan perkatan lucah dan caci maki beserta fitnah.  Watak ini semalam secara terang  menfitnah saya mencederakan isteri saya. Dia bergaduh selak kain dengan kawan - kawan Umnonya tak ada kena mengena dengan saya dan saya tak pernah repost dan sebagainya kerana ia bukan 'standard' saya.

4. Sangat kesal dengan perkara ini dan ia akan menjadi budaya dalam PKR selepas ini. Untuk pengetahuan semua isteri saya memang ada meminta bantuan dengan Wan Azizah untuk menghubungkan dia dengan doktor di Hospital UM kerana masalah hidung yang teruk yang mana dari resdung teruk dan mungkin ada risiko barah. Di Hospital Besar Seremban sudah hampir setahun gagal mendapatkan temujanji dengan pakar sepatutnya. Untuk ke Hospital Swasta kami tidak mampu yang mana semenangnya perbelanjaan keluarga memang tinggi setiap bulan khususnya untuk kos pendidikan dan perubatan tinggi anak saya yang mengalami Autism dan HDD.

5. Cerita isteri saya meminta bantuan Wan Azizah inilah yang mungkin Wan Azizah bercerita dikalangan rapatnya akhirnya dimanipulasi oleh cybertrooper yang bakal mengetuai perang siber PKR ini dan dengan tanpa selindung menabur fitnah.









6. Ya, kami sekeluarga hidup seadanya. Ada sebuah kereta dengan guna nama kawan kerana Bank tidak benarkan membuat pinjaman, hutang kreditkan berpuluh ribu hasil perjuangan bertahun tahun, kami hanya duduk rumah sewa RM300 sebulan. Boleh sama fikirkan rumah RM300 sebulan di Seremban, bagaimana keadaan rumah sewa tersebut. Namun anak - anak kami usahakan dapatkan yang terbaik dari aspek pendidikan dan perubatan. Ya, isteri saya memerlukan sangat ruang perubatan hidungnya tetapi saya baru sahaja hubungi dia dari Gua Musang, dimana saya sedang bersama NGO - NGO lain sedang membuat kerja kebajikan. Saya maklumkan kepada isteri saya biarlah kita susah, kami putuskan 10 November ini sepatutnya dia menjalani pembedahan pertama di Hospital UM, kita batalkan kerana ia menjadi buah mulut fitnah dan penghinaan. Ya, saya dan keluarga tak semewah budak - budak Azmin yang 'menyebat' keliling dan hidup mewah tetapi saya ada maruah yang tidak boleh dijual beli. T.kasih Wan Azizah kerana membantu tetapi akhirnya menjadi buah fitnah.

Ya, isteri saya anak buah Anwar Ibrahim tetapi saya dan dia tidak pernah dapat atau ambil apa kesempatan malah rekod saya banyak kali menegur Anwar secara terbuka. Ketika saya dipecat saya tidak pernah minta dia atau sesiapa rakan rapat lain turut bertindak balas keluar parti dan sebagainya. Namun isteri saya dan beberapa ahli keluarga besar kaitan Anwar akan umum keluar parti kerana PKR sudah teruk dan makin parah bila agen - agen Mahathir mengotori.

7. Kepada Wan Azizah dan Nurul Izzah juga beberapa nama lagi yang masih ikhlas berjuang saya ingatkan macai Mahathir sedang masuk dan merosakkan PKR, mereka dibayar oleh kartel Azmin untuk pelahan - lahan menghalau kamu - kamu dari rumah perjuangan itu. 


Simpati saya pada pejuang PKR yang bekorban lama tak dipedulikan, namun yang mewah membelasah terputus dedak kini diraikan. Itu urusan kamu dalam parti itu tetapi saya ingatkan yang saya pernah duduk dalam 'kelambu' itu dan jangan seret bermain secara kasar.'

-Blog CheguBard-


Kenapa Ratu Naga menjadikan CheguBard sebagai sasaran... pertama, tentulah kerana dendam peribadi... tentu ramai masih ingat pendedahan yg dibuat oleh CheguBard bersama dengan team Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhubung isu penipuan tandatangan Deklarasi Rakyat... CheguBard telah menampilkan individu yg bertanggungjawab terlibat secara langsung dlm kes penipuan ini... seorang pengaturcara komputer telah mengaku menjual identiti rakyat Malaysia kepada RATU NAGA untuk digunakan bagi mencukupkan jumlah 1 juta tandatangan Deklarasi Rakyat... dia juga turut mendakwa telah ditipu dan tidak mendapat bayaran seperti yg telah Ratu Naga janjikan...

Pendedahan ini memang memberi impaks besar kepada Ratu Naga... bukan sahaja terpaksa berdepan dgn serangan dari pelbagai pihak, ditahan oleh polis untuk siasatan, malah lebih malang apabila perkara ini mencetuskan kemarahan Tun Mahathir, sehinggakan Tun M menyekat semua dana yg sepatutnya disalurkan kpd Ratu Naga... menurut sumber, Tun M juga, melalui org perantaraannya, Kadir Jasin, telah melarang Ratu Naga daripada datang bertemu dengannya dan tidak mahu dikaitkan langsung dgn gerak kerja Ratu Naga...

Mana tak marah, pendedahan penipuan yg Chegu Bard lakukan telah menjatuhkan air muka Tun M... separuh drpd strategi utama Tun M musnah... Deklarasi Rakyat yg sepatutnya menjadi aset kuat bg Tun M untuk menekan Najib, akhirnya bertukar menjadi helaian2 sampah yg tak bernilai... hinggakan Tun M terpaksa hanya mengusung dan bergantung kpd Deklarasi yg mula2 ditandatangani oleh pemimpin2 Pakatan dan Pakatun, yg hanya mengandungi sekitar 40 tandatangan untuk diserahkan kpd DYMM Yang Dipertuan Agong ketika pertemuan beliau baru2 ini...

Tun M terlalu berharap kpd Ratu Naga untuk mencukupkan jumlah tandatangan... Tun M tidak menjangka Ratu Naga boleh bertindak sebodoh ini... sudah la menipu, baki RM1000 yg sepatutnya dibayar kpd pengaturcara komputer tersebut pun nak dikencingnya... hanya kerana nak cilok RM1000, rosak hancur musnah sebuah agenda besar yg dirancang oleh Tun M...

Disebabkan terputus bekalan dana, Ratu Naga terpaksa mencari alternatif lain, lubang lain, kantung lain untuk kembali survive... mujurlah Ratu Naga memang mempunyai background jentera media baru yg agak kuat, menggunakan identiti Lu Langsi Lu Mati (LLLM)... Identiti inilah yg dijaja ke hulu kehilir...

Kebetulan, rupa-rupanya ada pihak yg berminat dengan Ratu Naga... seperti yg kita sedia maklum, di dalam PKR kini sudah wujud 2 blok besar yg sedang berusaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain... pertama, blok yg dipimpin Presiden parti, DS Wan Azizah, anaknya, Nurul Izzah dan mendapat nasihat dari dalam kandang penjara Sg. Buloh... CheguBard juga sebenarnya pro kpd blok ini, berdasarkan hubungan baik beliau dgn DSWA, namun kurang disukai Anwar...

Manakala blok kedua dikepalai oleh Timbalan Presiden PKR yg juga MB Selangor, Azmin Ali... jika dilihat senario politik semasa, Azmin telah membentuk kerjasama dgn ayah angkatnya, Tun Mahathir, walaupun ia tidak dipersetujui DS Wan Azizah dan Anwar... Tun M sangat memerlukan kerjasama yg lebih rasmi dan terbuka bersama PKR, jika mahu parti serpihannya, Pribumi diterima di dalam Pakatan Harapan... yg menjadi penghalang kpd kerjasama ini hanyalah DS Wan Azizah dan Anwar... malah Anwar sendiri dilihat kurang berminat utk berbaik semula dgm Tun M, walaupun beliau telah ditawar jawatan Perdana Menteri jika ditakdirkn Pakatan Harapan menang PRU14...



Maka, tidaka ada pilihan lain, Tun M dan Azmin perlu cari jalan untuk menguasai sepenuhnya PKR, dan caranya hanyalah jika Azmin berjaya merampas kedudukan Presiden parti drpd DS Wan Azizah... kehadiran Ratu Naga seperti pucuk dicita ulam mendatang... dalam keadaan Azmin yg amat memerlukan jentera propaganda yg kuat, bagi membayangi jentera Wan Azizah, yg kini sedang menghadapi masalah bilamana Pengarah Jentera Media Baru PKR pro DSWA sedang dirawat di hospital selepas kakinya terpaksa dipotong, gara2 diabetes...

Aku kongsikan satu artikel dari sebuah blog pro PKR...


'Menurut sumber unit gerak saraf Pakatan Harapan, kemasukan Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah bakal menggantikan Cikgu Fairuz, calon PKR menentang Najib di Pekan di PRU13 yang lalu. Cikgu Fairuz juga adalah ketua unit media social PKR yang menggunakan nama Jingga 13. Beliau kini sakit tenat dan kedua kakinya sudah dipotong akibat penyakit kencing manis.


Sumber juga perjelaskan bahawa semua kumpulan media social yang pro Pakatan Harapan akan berada di bawah arahan Ratu Naga yang dikatakan mempunyai lebih dari 3 juta follower facebook dan juga pakar di dala melakukan geraktipu perang media internet. Pengalaman lebih dari 15 tahun beliau akan gunakan untuk menyerang UMNO BN dan musuh-musuh PKR.

Sumber menambah, pada mulanya beliau terlibat di dalam penyediaan tandatangan Deklarasi Rakyat yang di dokong oleh Tun M, namun kerana kebocoran rahsia penipuan tandatangan oleh Cikgu Bard dan terkantoinya Ratu Naga berhubung isu "duit upah" tiris, beliau dikeluarkan di dalam kumpulan media social Tun M.

PKR melihat ini satu peluang untuk menggantikan Cikgu Fairuz yang lebih pro kepada Wan Azizah maka tawaran lumayan diberikan kepada Ratu Naga bersama suami dan adiknya yang dikatakan bekerja di MITI.

Sumber perjelaskan ramai pengikut kanan Ratu Naga mula meninggalkan beliau kerana isu ketirisan bajet RM300k ketika di dalam UMNO BN dahulu. Semua bajet tersebut Ratu Naga gunakan untuk menyelesaikan hutang piutang peribadinya dan mula hidup mewah. Suaminya yang juga bekas suami warga Singapura juga dikatakan 'terpaksa' mengahwininya kerana isu anak di dalam kandungan yang hadir sebelum akad nikah? Sejauhmana kebenaran dakwaan rakan-rakan rapatnya dahulu ini hanya Ratu Naga yang mampu menjawabnya.

Kami memilih beliau kerana keberanian beliau memaki hamun Najib, kata salah seorang yang hadir ketika hari penyerahan borang tersebut.'

-SUMBER-

Seperti dijangka, kehadiran Ratu Naga bakal mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengamal media baru PKR... anak2 buah Cikgu Fariz tentunya tidak akan berpuas hati apabila Ratu Naga dilantik sebagai Pengarah Jentera Media Baru PKR yg baru bagi menggantikan Cikgu Fariz... tambahan pula, mereka kenal track record Ratu Naga yg sangat bermasalah... tidak hairanlah apabila Nurul Izzah telah memuat naik status FB nya, memberi amaran kepada pengamal media baru PKR supaya menjaga etika dan elakkan daripada bermain isu fitnah...


Di bawah pula aku kongsikan respon pengamal media baru PKR yg mengkritik tindakan YB Zuraida membawa masuk Ratu Naga ke dalam PKR...


'Antara alasan yang diberikan oleh penggiat media social blok pakatan harapan ialah Ratu Naga mempunyai rekod yang terlalu buruk ketika di dalam UMNO dan juga ketika membantu Tun M menyediakan tandatangan Deklarasi Rakyat baru-baru ini. Ratu Naga kantoi apabila Cikgu Bard mendedahkan bahawa hampir 300 ribu tandatangan ditiru dan ianya sebuah projek berbayar. Cikgu Bard kemukan bukti dan saksi dan sehingga hari ini Ratu Naga tidak mengemukakan saman sekiranya tidak benar. 'Projek' menipu tandatangan tersebut kantoi apabila wang peruntukan dikatakan disapu bersih oleh Ratu Naga dan hanya keladak sahaja yang diberikan kepada yang membuat kerja bermatian.


Alasan lain, Ratu Naga tiada nama di dalam mana-mana cawangan UMNO dan kalau ada hanyalah terlalu baharu kerana keperluan mendesak untuk kepentingan beliau dan adik beradiknya yang lain.

Tambahan lagi, orang-orang kanan beliau meninggalkannya kerana beliau tidak amanah terutama bila melibatkan wang ringgit.


YB Zuraida perlu perjelaskan atas alasan apa Ratu Naga diberi liputan yang meluas berhubung kemasukan beliau di dalam PKR dan seterusnya menjadi ketua unit media social. Anwar sudah terbukti melakukan jenayah liwat dan kemasukan Ratu Naga untuk bersihkan jenayah tersebut?'

-SUMBER-


Malah ada pengamal media PKR yg lebih senior turut mendedahkan jumlah bayaran yg ditawarkan kpd Ratu Naga untuk menjadi Pengarah Jentera Media Baru PKR... Disamping khidmat bantuan guaman percuma kpd Ratu Naga bagi menghadapi kes2nya di mahkamah...



'Semakin kusut pergaduhan antara kumpulan media social Pakatan Harapan berhubung isu perlantikan Ratu Naga sebagai ketua kumpulan siber berbayar penuh dengan kumpulan yang sekian lama setia bermula dari PKR ditubuhkan. Mereka mengeluh kerana selama penglibatan mereka di dalam pasukan media social PKR, mereka tidak mendapat liputan besar-besaran seperti yang diberikan oleh YB Zuraida.

Sumber Pakatan Harapan menjelaskan pasukan media social PKR bermula dengan sukarela dan hanya mendapat imbuhan apabila ada isu-isu panas berbangkit namun layanan kepada Ratu Naga adalah sebaliknya. Sumber menjelaskan kemungkinan Ratu Naga bakal menerima elaun sebanyak RM7k sebulan kerana kemahiran beliau di dalam strategi serangan siber. Pasukan sediada tidak mampu lakukan seperti kemampuan Ratu Naga.

Diberitakan hari ini Ratu Naga bakal menyusun jentera sukarelawan media social yang baru.


YB Zuraida sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan'


-SUMBER-

Dan terbaru, satu arahan telah dikeluarkan kpd jentera Ratu Naga agar tidak memainkan apa2 isu berkenaan negeri Selangor... dan mengelak daripada mengeluarkan artikel yg membela atau menyokong DS Husni Hanadzlah...


Berkenaan hubungan Ratu Naga dengan DS Husni Hanadzlah? Tunggu cerita selepas ini...

Rabu, 26 Oktober 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Husni Hanadzlah Perlu Jelaskan Siapa 'KHALID BIN DATO' HUSNI... Jangan Sembang Bab Masa Depan Negara, Jika Dalam Diam Masih Menyimpan PROKSI... #SahabatSMB

HILANG RASA HORMAT AKU, SERTA TERCEMAR IMEJ BERSIH DATO' HUSNI HANADZLAH... RUPA-RUPANYA ALIM DI DEPAN, TAPI DI BELAKANG BERGELUMANG DENGAN PENGKHIANATAN DAN KEPENTINGAN DIRI...


Tindakan Dato' Husni Hanazlah menghalakan peluru kepada  kerajaan selepas tidak lagi memegang apa apa jawatan didalam kabinet ekoran rombakan kabinet yang menyaksikan beliau berpindah kekementerian lain seterusnya beliau menolak tawaran jawatan di Kementerian baru itu

Dato' Husni dikhabarkan telah berunding dengan Perdana Menteri agar dikekalkan di kementerian Kewangan namun gagal selepas Perdana Menteri ada perancangannya sendiri..
Ini telah menyebabkan Dato Husni bertindak drastik menolak jawatan Timbalan Menteri dan melepaskan kesemua jawatannya didalam UMNO..

Serangan Dato Husni keatas IMDB semalam cukup mengejutkan dan menimbulkan berbagai tanda tanya. Keadaan ini juga telah newujudkan suasana sinis dan gelak ketawa banyak pehak khusus dari kalangan penyokong parti kerajaan kerana semua persoalan yang dibuat oleh beliau telah pun beliau jelaskan sewaktu isu IMDB tengah hangat sebelum itu ketika diwawancara tv dan sewaktu beliau menjadi ahli panel diforum forum khas yg membincangkan tentang IMDB.


Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi.

1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan.

Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar  mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut  di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka.

Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di dalam siasatan FBI bersama Jho Low.

Semasa perjanjian ditandatangani, 1MDB juga telah melibatkan peguam dalaman dan luaran untuk mengesahkan bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen Sijil Pematuhan (Certificate of Incumbency) telah dikepilkan bersama oleh Aabar di BVI, syarikat yang sedang di dalam pertikaian. Sijil ini telah dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) yang berpangkalan di Hong Kong. OIL merupakan peneraju di dalam perbadanan antarabangsa dan perkhidmatan korporat.

Sijil Pematuhan tersebut telah mengesahkan bahawa dua orang pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Aabar Investments PJS, dan pemegang saham tunggal adalah Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Berpangkalan di Hong Kong, OIL mempunyai pejabat di BVI, Singapore, Taiwan, Shanghai, Beijing, Chenzen, Guangzhou, UK, Cyprus dan Dubai serta mempunyai sekitar 220 kakitangan.

Sekiranya dokumen rasmi, Pengerusi kepada syarikat induk, Pengarah Pengurusan kepada syarikat induk dan kedua-dua peguam dalaman dan luaran mengesahkan kepada 1MDB bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki secara sah oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, apa lagi yang 1MDB boleh lakukan untuk mengesahkan bahawa syarikat di BVI tersebut bukanlah sebuah syarikat yang palsu?

Pada ketika ini pertikaian tersebut sudah pun dirujuk kepada jawatankuasa timbsng tara. Pada IMDB itu satu pecah Amanah oleh kakitangan AABAR sendiri dan IMDB telah pun mematuhi segala peraturan yg ditetapkan.

Dia sendiri yg pernah menjawab, dan kini dia juga kembali bertanya perkara yg sama...


Penemuan menarik terkini mengubah persepsi banyak pehak khusus golongan belakang tabir berhubung persoalan mengapa Dato' Husni nenyerang kerajaan dan kementerian kewangan yg merupakan kementeria yg diterajuinya cukup lama

Ada pendapat mengatakan bahawa serangan Dato Husni keatas kerajaan serta kementerian yang diterajuinya cukup lama itu ekoran keputusan kerajaan membatalkan  Projek Lebuh Raya NPE yang bernilai RM2 billion?

Seorang ahli lembaga pengarah syarikat yg dikatakan telah menandatangani surat niat & tender menyiapkan projek lebuhraya NPE bernilai RM2 billion +-  yang telah dibatalkan oleh kerajaan itu bernama;  "Encik Khalid bin Datuk Ahmad Husni".


Adakah beliau merupakan anak Datuk Husni ????
dan adakah Encik Khalid merupakan proksi Dato Husni dalam projek Lebuhraya tersebut.???


Apa pun diharapkan agar Dato' Husni bertindak matang dalam tindakannya selepas ini sesuai dengan beliau selaku seorang ahli politik cukup lama dan sarat dengan pengalaman.

Selasa, 25 Oktober 2016

[DEDAH] PANAS!!! MatChai Pembangkang Cukup 'BERBULU' Dengan Program PERMATA... RM85 Juta Tu Bukan Untuk Beli Cincin DS Rosmah Laa... #SahabatSMB

TUN M YANG PATUT DIPERSALAHKAN... MENYEBABKAN MARUAH DAN HARGA DIRI PEMIMPIN PEMBANGKANG JATUH DI BAWAH PARAS PALING HINA...


Seperti yang kita jangka, puak pembangkang tidak mungkin akan berpuas hati dgn pembentangan Bajet 2017 yg telah selesai diumumkan di Dewan Rakyat, Jumaat lalu... sememangnya sejak dari awal lagi, sebelum pembentangan dibuat lagi, puak pembangkang sudah cuba menyebarkan pelbagai spekulasi jahat bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan... daripada dakwaan konon kadar GST akan dinaikkan kepada 8%, pemansuhan subsidi minyak masak, pemansuhan khidmat kesihatan di hospital kerajaan secara percuma, menghapuskan biasiswa pelajar universiti dan bermacam-macam lagi dakwaan dangkal yg dicetuskan oleh puak pembangkang...

Lebih menarik lagi bilamana mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir, yg sepatutnya lebih arif lagi perihal ekonomi negara, telah membuat dakwaan melulu menerusi tulisan di laman blognya, kononnya kjaan pimpinan DS Najib tidak akan mampu melaksanakan Bajet 2017, memandangkan Putrajaya kini sudah tidak ada wang... tidak pasti, atas asas apa dakwaan Tun M ini, namun berdasarkan lengguk bahasa Tun M, aku boleh konklusikan bahawa Tun M sedang cuba untuk menyerang sistem pengurusan kewangan dan perancang ekonomi negara, dengan cara cuba memberi gambaran seolah-olah sistem yg dibawa oleh Najib banyak kelemahannya... dan secara tak langsung, Najib perlu menyerahkan tanggungjawab ekonomi selaku Menteri Kewangan kpd orang lain... dan tentunya, memandangkan Tun M sedang cuba memberi alternatif pengurusan ekonomi caranya, maka tak mustahil, secara tak langsung, Tun M mahu Najib menyerahkan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan kpd orang pilihan Tun M sendiri... Siapa??? Mukhriz?


Apabila Tun M menuduh konon Putrajaya sudah tidak ada wang, dan tuduhan ini kemudiannya disokong secara gegak gempita oleh pemimpin pembangkang yg lain, sebenarnya secara tak langsung, Tun M telah melakukan satu kesilapan yg besar... kenapa? Tuduhan Tun M secara tak langsung telah menjadi benchmark kepada Najib... penanda aras Tun M mengatakan bahawa Putrajaya tidak ada wang, dan untuk Najib mengatasi atau melebihi penanda aras tersebut, Najib cuma perlu bentangkan pendapatan yg bakal kjaan perolehi... dgn benchmark serendah RM0, Najib cuma perlu umum pendapatan RM1, sudah cukup untuk menafikan dakwaan Tun M dan sekaligus memalukan Tun M... dan, bukan RM1 yg Najib umum, malah jumlah peruntukan yg akan digunakan hasil drpd pendapatan negara bg merealisasikan Bajet 2017 adalah sebanyak RM260 bil...


Jadi tidak hairanlah kenapa ahli2 parlimen pembangkang termasuk bekas TPM, TS Muhyiddin Yassin jadi termalu alah hingga menyebabkan mereka bertindak biadap, melolong seperti haiwan di dalam parlimen dan kemudian berjalan keluar dari dewan walaupun pembentangan bajet masih belum selesai... Najib telah berjaya memalukan puak pembangkang, membuktikan bahawa puak pembangkang memang sebenar-benar penipu dan menyebabkan misai bertaring pembangkang yg sepatutnya menjadi maruah yg perlu dipertahankan, jatuh, gugur menyembah tanah...





Dan kini, pasca Bajet2017... puak pembangkang cuba pula mencari titik kelemahan yg mungkin wujud dalam terma2 bajet, seperti yg diumumkan oleh Najib... GST tidak dinaikkan, kekal 6%, subsidi minyak masak masih kekal, rawatan hospital kerajaan secara percuma juga masih kekal... tidak banyak pilihan yg puak pembangkang ada, melainkan terpaksa bermain isu secara umum, dan dalam masa sama menyembunyikan hakikat yg khusus ... mmg inilah kepakaran puak pembangkang...

Mereka cuba menuduh kononnya kjaan melakukan penganiayaan apabila memotong peruntukan dalam sektor kesihatan dan pendidikan... secara umum, mmg nampak kejam... dan ini yg pembangkang mahu rakyat nampak... tapi jika dikhususkan lagi, kita akan faham, di mana pemotongan peruntukan ini berlaku... sesuai dengan dasar kjaan untuk mentransformasikan sektor kesihatan, maka satu caranya adalah dengan meminimumkan perbelanjaan pengurusan... perkara2 yg tidak perlu, seperti program2 yg tidak memberi impaks kesihatan, atau program2 yg dibuat berulang-ulang perlu dimansuhkan... peruntukan untuk pembangunan juga perlu dikurangkan... hanya perkara2 yg perlu dan mendesak sahaja yg patut diberi perhatian... perbelanjaan untuk kursus juga perlu dihadkan... tidak perlu lagi diadakan kursus2 induksi di hotel2 bertaraf 5 bintang, tetapi memanfaatkan fasiliti2 milik kjaan melalui program lautan biru, yaknj kerjasama dgn agensi atau kementerian yg berbeza...

Manakala peruntukan untuk kesejahteraan kesihatan rakyat masih dikekalkan, malah banyak juga yg telah ditambah baik... contohnya seperti di bawah...








Hal yg sama juga turut berlaku di dalam sektor pendidikan... keutamaan kpd golongan sasar seperti kumpulan B40, menjadi fokus... belanja untuk pengurusan dan pembangunan infrastruktur dihadkan... yang penting, sistem pendidikan perlu diperkasakan...
















Seperkara yg menarik perhatian adalah dakwaan kononnya Najib memotong peruntukan dalam sektor kesihatan dan pendidikan, dan kemudian menambah peruntukan berlipat kali ganda di dalam program PERMATA yg dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansur... pertama, mmg benar peruntukan untuk PERMATA bertambah, daripada RM36 juta dalam bajet 2016 kpd RM85 juta kali ini...


Dalam isu ini, elok rasanya aku kongsikan kenyatan dan jawapan daripada Pegawai Khas Datin Seri Rosmah, Datuk Rizal Mansor...


"Bertahun-tahun PERMATA dan Datin Sri Rosmah telah difitnah dah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.  

Sebelum ini mereka mendakwa peruntukan PERMATA bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM711 juta.Walaupun ia ternyata TIDAK BENAR namun TIADA sekelumit ungkapan MAAF ataupun pembetulan dibuat oleh pihak pembangkang. Kini mereka menuduh bahawa peruntukkan untuk perbelanjaan PERMATA bagi tahun 2017 telah meningkat kepada RM85 juta. Peruntukan ini bukanlah semata-mata untuk belanja mengurus untuk program Permata sedia ada. Mereka sengaja tidak menjelaskan bahawa peruntukan RM85 juta untuk tahun depan ini termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan "Top STEM talent" di Akademi Sains Negara. 




Selain itu,kos ini juga termasuk kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat PERMATA Pintar dan Berbakat. 
Andaikata semua kos-kos di atas adalah untuk PERMATA sepenuhnya,adakah RM85juta setahun untuk pendidikan 50,000 KANAK-KANAK WARGA MALAYSIA yang merupakan MODAL INSAN dan menjadiTERAS MASA DEPAN PEMBANGUNAN NEGARA dianggap MELAMPAU?? Dimana secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1700 setahun. 

Saya nak tanya, apa yang pembangkang dah sumbangkan ataupun fikirkan mahupun rangkakan untuk PEMBANGUNAN MODAL INSAN? Tepuk dada tanya selera."

Maka diharap penjelasan ini akan menjawab 1001 persoalan dan spekulasi dangkal yg cuba dicetuskan oleh puak pengangkang... bersihkan lah hati kita... janganlah terlalu berprasangka buruk terhadap kjaan, kerana tindakan seperti ini adalah sia2 dan tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara.


Sabtu, 22 Oktober 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Cerita Di Pihak Faizznur Pula... Arwah Bapa Tinggalkan Harta Berjumlah RM20 Juta, RM150K Untuk Pihak Yang Mendapat Hak Jagaan... #SahabatSMB

IBU SAUDARA SUDAH PUN DIBERI SEBANYAK RM4000 SETIAP BULAN, MANAKALA RM10,000 UNTUK PERSIAPAN PERSEKOLAHAN 2 BERADIK TERSEBUT... TAK CUKUP LAGI KE???



Baru-baru ini telah didedahkan cerita seorang bapa saudara yg dituduh kononnya telah menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai untuk kepentingan diri sendiri... sumbangan tersebut sepatutnya disalurkan kepada 2 beradik yatim piatu yg kehilangan keluarga dalam satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Duke...


Dan kali ini, pihak yg dituduh telah melakukan pecah amanah telah tampil memperjelaskan apa sebenar yg berlaku, bagi pihak dirinya... satu siri perbualan menggunakan aplikasi, dipercayai milik Faizznur dan seorang rakannya, yg telah di 'screen capture'kan turut aku kongsikan di bawah...









Sementara itu, semalam, Mahkamah Tinggi Syariah di sini telah mengekalkan perintah ex parte (sebelah pihak) untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara anak mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tahun lepas.
Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz memutuskan demikian selepas menolak permohonan Hamlizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Mei lalu bagi membekukan sementara akaun mereka.
Pada 19 Mei lalu, ibu saudara dua kanak-kanak itu, Yusnidah Husain, 48, berjaya mendapatkan perintah membekukan akaun milik adik-adiknya itu.
Sementara itu, dua bulan kemudian iaitu pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf pula memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah berkenaan.
Dalam kejadian 2 Mei tahun lalu di Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak mereka, Nur Firuza Annisa yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri maj­lis perkahwinan di Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka.


Seperti yg pernah aku katakan, isu ini sebenarnya lebih kepada melibatkan isu dalaman keluarga... namun, ia menjadi perhatian umum bilamana ramai di kalangan rakyat Malaysia yg prihatin dan simpati telah menyumbang melalui akaun bank milik bapa saudara anak2 berkenaan... apabila timbul isu seperti ini, tentulah ramai yg mula berasa sangsi samada sumbangan mereka sampai dan dimanfaatkan seperti mereka harapkan, atau tidak...

Aku, dan pastinya rakyat Malaysia yg lain juga sangat berharap agar masalah dalaman ini dapat diselesaikan sebaik mungkin... bawalah berbincang dengan baik dan berlapang dada... janganlah dianiayai 2 anak kecil malang ini... mereka mungkin baru sahaja dalam proses pemulihan dari segi mental dan fizikal setelah terpaksa menelan hakikat bahawa kehidupan mereka selepas ini akan terpaksa dilalui tanpa belaian dan kasih sayang insan yg tersayang, yakni ibu bapa dan adik mereka... kita sebagai waris, jangan la pula ditambahkan lagi tekanan mental dgn isu2 seperti ini... takut nanti, jika hal ini berlarutan, yg akan menjadi mangsa keadaan adalah mereka...

Khamis, 20 Oktober 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Banyak Betul Wang Tunai Atas Meja Tu! Pulangkan Saja, Jika Betul Itu Milik Anak2 Saudara Yang Kini Sudah Yatim Piatu... #SahabatSMB

MUFTI MAKSUDKAN PENERIMA SUMBANGAN SEBAGAI PEMEGANG AMANAH, BUKAN PEMILIK DAN PEMBOLOT MUTLAK SUMBANGAN ORANG RAMAI... TAK FAHAM, ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM...

Pada 2 Mei 2015, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke. Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan.
Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.
Pasangan itu meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 9, dan Nur Firuza Aqila; 5, bergelar anak yatim piatu.
Bagaimanapun, penjaga Amira dan Aqila,kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, tampil membuat pendedahan melalui satu sidang media bahawa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain telah melakukan pecah amanah.
Semasa kemalangan tersebut baru terjadi, nombor akaun bank Faizznur telah disebarkan supaya orang ramai yang ingin menderma atau membuat sumbangan kepada dua kanak-kanak itu.

Namun begitu, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai kepada dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Faizznur juga, dalam bulan yang sama kutipan derma dilakukan, telah melangsungkan perkahwinan.

Faizznur yang sebelum ini menguar-uarkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga. Jelas Yusnida:
Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).
Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini.
Faizznur dikatakan memberi alasan tersebut setelah merujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan:
Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini.
Yusnida menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang.
Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.
Selain itu, Yusnida turut membuat pendedahan bahawa ahli keluarga arwah Nova Safitri (ibu mereka) turut melakukan penipuan demi menuntut wang insurans arwah Fairuz Nizam.
Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringgit pun tidak dihantar untuk anak-anak ini.
Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun.
Berdasarkan kenyataan Yusnida, Faizznur malam tadi telah mengeluarkan satu kenyataan di Facebook mendakwa difitnah dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Mufti Wilayah telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang diberitahu oleh Faizznur sebaliknya kenyataan itu telah dimanipulasi.


Tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan Yusniza itu benar, namun jika benar, ia ialah sesuatu yang serius. Mengikut logik akal sekalipun, duit yang dimasukkan orang ramai ke akaun waris diniatkan untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim tersebut, bukannya kepada pemegang akaun bank. Jadi mana mungkin Mufti Wilayah akan mengeluarkan kenyataan sebegitu, bukan?



Diulang sekali lagi, Faizznur telah menafikan bahawa beliau makan harta anak yatim, hari ini muncul pula gambar beliau bersama beberapa ikat duit RM50 dan kehidupan mewah yang telah menimbulkan syak wasangka oleh netizen.





Diharap supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik untuk menjaga kepentingan anak anak mangsa kemalangan tersebut.










Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE