-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Ahad, 31 Julai 2016

[DEDAH] PANAS!!! Kevin Pernah Berkhidmat Di Bawah Abu Kassim Dan Gani Patail... Najib Mungkin Boleh Menjangka Wujud Unsur PENGKHIANATAN, Jika Kevin Masih Hidup? #SahabatSMB

TINDAKAN SR DAN PUAK ANTI NAJIB YG PANTAS MENGAITKAN KES PEMBUNUHAN KEVIN MORAIS DGN NAJIB PATUT DIPERSOAL... SEOLAH CUBA MENUTUP PEKUNG SENDIRI...


Aku tidak pula terfikir untuk cuba mengaitkan kes pembunuhan Kevin Morais yg ketika itu merupakan Timbalan Peguam Negara dgn mana2 pihak, apatah lagi bilamana Ketua Pengarah SPRM (Bekas) Tan Sri Abu Kassim sudah pun mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan Kevin di dalam mana2 kes melibatkan 1MDB... Apatah lagi apabila pihak berkuasa polis sudahpun berjaya memberkas suspek yg dipercayai terlibat dlm kes penculikan dan pembunuhan Kevin, dan polis juga mengesahkan bahawa pembunuhan Kevin ada kaitan dgn satu kes salah laku rasuah yg pernah Kevin sendiri tangani...

Aku pernah memuat naik satu artikel berhuhung laporan serta rentetan kes pembunuhan Kevin Morais ini...


Dan aku juga pernah kongsikan satu video rakaman CCTV detik cemas ketika Kevin diculik dan dilarikan dgn menaiki sebuah kereta model Estima berwarna putih...



Namun, sehinggalah semalam, bilamana 'seseorang' telah menulis satu komen dalam posting artikal yg lepas, yg cuba menyalahkan Gani Patail kerana mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan Kevin Morais menjadi mangsa... mungkin maksud komen ini masih cuba mengaitkan Najib, tapi bagi individu yg memuat naik komen ini, dia beranggapan sepatutnya Gani Patail yg menjadi mangsa, berdasarkan penglibatan Gani yg lebih agresif dalam gerakan menjatuhkan Najib, bukan Kevin Morais...

Aku cuba lihat isu yg berlaku dari sudut pandang yg berbeza... pertama, Kevin pernah bertugas dgn SPRM, sebelum ditukarkan ke Pejabat Peguam Negara pada penghujung tahun 2014... ini beerti, Kevin pernah duduk di bawah Abu Kassim, dan tentunya Kevin kenal cara kerja, kekuatan dan kelemahan bekas bosnya itu...


Atas sebab yg tidak dapat dipastikan, Kevin kemudiannya ditukarkan ke pej AG... dan kali ini Kevin berkhidmat pula di bawah Gani Patail yg ketika itu merupakan Peguam Negara... selaku orang no 2 dalam pej AG, tentunya banyak perkara penting dan sulit berada dalam pengetahuan Kevin... dan ia termasuklah perihal bosnya, Tan Sri Gani Patail..

Gani telah ditamatkan kontrak perkhidmatannya selaku Peguam Negara pada bulan Julai 2015, dan disusuli rombakan kabinet yg memperlihatkan gugurnya kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri... bermula pada detik itu, maka satu persatu strategi dan konspirasi melibatkan Gani, TSMY dan Tun M didedah, termasuklah draf pendakwaan ke atas Najib yg telah Gani siapkan...

Pada bulan September, kita dikejutkan dgn berita pembunuhan Kevin... dan dengan pantas juga, media Sarawak Report serta puak Anti Najib memainkan isu pembunuhan Kevin dan cuba dikaitkan dengan tuduhan salah laku ke atas PM...

Sebenarnya, jika dilihat kepada rekod perkhidmatan Kevin, kita juga turut boleh simpulkan bahawa Kevin bukan lah seorang yg disenangi oleh bosnya... Kevin pernah ditukarkan dari pejabat SPRM... malah tidak ada rekod yg boleh menunjukkan hubungan baik terjalin antara Gani yg merupakan Peguam Negara dengan Kevin selaku timbalannya...


Jadi tidak mustahil, ada rahsia2 besar dan sensitif tertentu melibatkan bos Kevin di dalam Sprm, iaitu Abu Kassim dan Gani yg berada dalam pengetahuan Kevin... maka, semakin sensitif rahsia yg Kevin ketahui, semakin mengundang bahaya kepada kedudukan Abu Kassim dan Gani, malah turut terkait dengan Tun M...

ADAKAH DENGAN MELENYAPKAN KEVIN MORAIS AKAN LEBIH MEMBERI MANFAAT DAN MEMASTIKAN KEDUDUKAN YANG LEBIH SELAMAT BUAT ABU KASSIM DAN GANI???

SEBARANG KEMUNGKINAN TIDAK MUSTAHIL UNTUK BERLAKU!!!

Sabtu, 30 Julai 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Kepala Siapa Akan Jadi Pilihan Untuk DIHEMPUK Segala Bebanan? Tak Berbaloi Jasa Sepanjang Hidup, Jika Hujung Hayat Dilabel 'ANJING PENGKHIANAT'... #SahabatSMB

KINI, MASING2 SALING MENUDING JARI, KERANA, BAGI KESALAHAN SEPERTI INI, MENGIKUT KAEDAH ISLAM, HUKUMANNYA ADALAH 'PENGGAL KEPALA'!!!


Tun Mahathir sudah pun mengakui satu perkara yg sangat penting, sekitar bulan Julai tahun lepas... mungkin ramai antara kita yg terlepas pandang, atau memandang remeh pengakuan Tun M... Tun M sebenarnya telah pun mengakui bahawa Najib tidak mungkin boleh dijatuhkan dengan menggunakan saluran demokrasi biasa, spt yg negara kita amalkan... kekuatan dan sokongan terhadap Najib sentiasa utuh, bermakna, Najib dijangka akan terus mempertahankan kedudukannya sekalipun diadakan Pilihanraya Umum atau Pemilihan Agong UMNO

Pengakuan Tun M ini sepatutnya dipandang serius... mungkin kita terlalai hingga terlupa akan sikap dan sifat sebenar Tun M setiap kali berdepan dgn apa jua krisis... Tun M adalah seorang PENDENDAM yang tidak akan mudah menyerah kalah dan sedia melakukan apa saja asalkan matlamat beliau tercapai... ini bermakna, apabila Tun M sudah akui bahawa Najib tak mungkin tumbang dgn kaedah biasa, beerti, Tun M sudah bersedia untuk melaksanakan misinya dengan kaedah yang luar biasa...

Ada 3 cara yg mungkin akan Tun M gunakan, dan sepatutnya kita dari awal sudah bersiap untuk menghadapinya...


  1. Cuba mensabitkan Najib dengan mana2 kesalahan salah laku dan penyelewengan, atau lebih berkesan lagi jika dapat dibuktikan pembabitan Najib dgn kesalahan jenayah... seperti yang Tun M pernah lakukan ke atas Anwar Ibrahim... cara ini lebih cepat dan terbukti keberkesanan... malangnya, Najib boleh dianggap seorang pemimpin yang bersih... sukar nak dibuktikan kesalahan yg mungkin Najib pernah lakukan, apatah lagi kesalahan jenayah...
  2. Menggunakan mainan persepsi dan serangan darj media secara bertali arus, menggunakan apa jua titik kelemahan yg mungkin Najib miliki, hingga akhirnya Najib terpaksa mengalah dan berundur dgn sendirinya... kaedah ini pernah Tun M gunakan ke atas Pak Lah dan ianya berjaya... tekanan dan serangan Tun M hingga mengakibatkan Pak Lah kehilangan momentum sekalipun sudah berjaya memperolehi 2/3 majoriti parlimen dalam PRU 2004... Akibatnya kepimpinan Pak Lah hilang 5 negeri dalam PRU 2008 dan ini digunakan sebaik mungkin oleh Tun M hingga akhirnya Pak Lah berundur...
  3. Mencetuskan huru hara, suasana chaos hingga memaksa kerajaan mengumumkan darurat... hanya cara ini sahaja Tun M belum pernah lakukan dan tidak mustahil, malah tampak seperti Tun M berhajat ke arah kaedah ini untuk jatuhkan Najib... perlu kita ingat, salah satu punca Tunku Abd Rahman meletak jawatan adalah disebabkan rusuhan yg berlaku pada 13 Mei 1969, hingga memaksa darurat dilaksanakan dan Mageran mengambil alih sementara pentadbiran negara... jika Tun M berjaya mengheret seramai mungkin rakyat ke jalanan dan kemudian mencetuskan spark ketegangan, dan Najib gagal menguruskannya dgn baik, maka Tun M berpeluanga menekan Najib untuk berundur, spt Tunku Abd Rahman...

Jika kita sedar, Tun M sudah pun melaksanakan kaedah pertama yg saya sebutkan tadi, malangnya Tun M GAGAL... harga yg perlu dibayar juga tidak kurang hebatnya bilamana kegagalan ini telah menyebabkan TS Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Gani Patail telah hilang jawatan masing2... Tun M dan konco-konconya boleh dianggap berani mati ketika menggunakan pendekatan pertama ini dahulu... Tun M hanya bergantung kepada nasib dan percaturan melalui gerakan serangan pantas, namun ia berjaya dipatahkan oleh Najib ketika hampir ke kemuncaknya...

Bayangkan, Tun M dan konco-konconya langsung tidak ada kes, jauh sekali sebarang bukti kukuh untuk menyerang Najib, tidak seperti ketika menjatuhkan Anwar di mana sabitan kes liwat menjadi senjata yg cukup kuat untuk Tun M gunakan... Tun M hanya menggunakan peluru2 persepsi semata-mata, namun Tun M gunakannya secara tersusun dan pantas... bermakna setiap peluru yg dilepaskan akan disusuli dgn tindakan drastik yg melulu... banyak pihak ketika itu, termasuk sebahagian Ahli Parlimen sudah terpengaruh... asakan serangan drastik dan pantas ini menyebabkan kita seolah tidak sempat berfikir dan menilai secara rasional dan mula melihat seperti Tun M berada di pihak yg benar...

Hinggalah ketika Najib menggugurkan jawatan TSMY dan Gani dan ia satu turning point yg penting yg telah membunuh gerakan pantas Tun M itu... tentunya Najib ketika itu benar2 berada di persimpangan ketika membuat keputusan... satu keputusan besar yg hanya ada 2 implikasi, jika Najib gagal bermakna Gani Patail yg ketika itu masih Peguam Negara akan menfailkan pendakwaan ke atas Najib di mahkamah, sepertimana draf pertuduhan yg telah didedahkan... dan selang beberapa hari kemudian, giliran TSMY pula akan menggunakan alasan pendakwaan yg Najib hadapi untuk membawa usul undi tidak percaya di Parlimen yg ketika itu merupakan penggal baru sidang parlimen... maka, zaasssss... Tun M dan konco-konconya berjaya manakala Najib tumbang...


Syukur, keputusan  Najib tepat dan kena pada masanya apabila menggugurkan mereka berdua, sekaligus mendedahkan pelan jahat mereka melalui draf pendakwaan yg telah Gani siapkan bermodalkan laporan yg Abu Kassim dan Zeti sediakan... walhal, seperkara yg mesti kita tahu, bagaimana boleh wujud draf pendakwaan sedangkan ketika itu, Najib sendiri pun masih belum direkodkan sebarang keterangan, bermakna siasatan masih belum selesai... jelas, serangan pantas ini mensasarkan sidang parlimen yg ketika itu akan berlangsung sebagai platform terbaik menjatuhkan Najib...

Bermula daripada kegagalan itu, sehingga kini, Tun M dan konco-konconya tidak pernah berhenti menggunakan kaedah kedua, iaitu menggunakan serangan persepsi untuk menekan Najib... tumpuan khusus mereka adalah menggunakan media2 asing supaya dunia setiap hari dihidangkan dengan imej negatif Najib... dengan ini reputasi Najib menjadi semakin buruk dan sekaligus andaian Tun M adalah ia akan menyebabkan prestasi akan jatuh menjunam... tidak hairanlah kenapa pada setiap masa mereka hanya berbicara tentang jumlah hutang negara, kejatuhan nilai matawang, kejatuhan harga minyak, menjadikan GST sebagai kambing hitam dan sebagainya... harapan Tun M adalah untuk melihat Najib berundur dgn sendirinya akibat tidak dapat bertahan dgn tekanan, sepertimana yg telah berlaku kpd Pak Lah...

Adakah Tun M berjaya? Jelas sekali, sekali lagi Tun M GAGAL... Najib memang seorang yg liat, dan pada masa sama, bijak menguruskan tekanan serta seorang yg sgt idealistik dalam menyelesaikan masalah... melihatkan pada cara dan gaya Najib menguruskan serangan dan tekanan menjadikan kita semakin hormat kpd Najib... dan sebenarnya, faktor ini juga menjadi punca kenapa serangan Tun M langsung tidak memudarkan keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia... hasilnya, dalam suasana kelembapan ekonomi dunia, Malaysia terus memacu ke arah kemajuan malah dunia luar juga amat meyakini pendekatan dan pengurusan yg digunapakai oleh Najib... kejatuhan nilai ringgit, harga minyak dan sebagainya bukan alasan bagi Najib, malah walau berdepan penyusutan pendapatan negara, apabila hasil minyak menjunam, namun Najib masih mampu mengekalkan pelbagai insentif kpd rakyat malah ia disusun dengan lebih teratur agar objektif khususnya tercapai... tentunya ini semua menjadi ukuran kpd tahap kemampuan sebenar kjaan pimpinan Najib...


Dan, apabila kaedah pertama dan kedua semakin menuju jalan buntu, mahu tidak mahu, Tun M tidak ada pilihan lain... samada memilih untuk berhenti sehingga setakat ini sahaja dan redho melihat sudah ramai jeneral2 perangnya gugur di tengah jalan, atau, memilih untuk melaksanakan kaedah paling sukar dan berisiko iaitu kaedah ketiga seperti yg aku senaraikan tadi... dalam Tun M sibuk menyusun strategi, boommm, dunia dikejutkan dengan cubaan rampasan kuasa yg berlaku di Turki...

Betapa hebatnya perancangan Allah, apa yg berlaku di Turki seolah-olah petanda yg ianya juga akan berlaku di Malaysia... Tun M ibarat Golen di Turki, menggunakan sumber2 dalaman serta bantuan dan gerakan oleh talibarut2 yg berada di dalam organisasi kerajaan sendiri untuk menjatuhkan Erdogan...

Di Malaysia, gerakan yg sama juga sudah dirancang dengan begitu rapi... bermula dgn keputusan Zeti yg mahu berundur dari jawatan Gabenor Bank Negara, dan kemudian disusuli oleh Abu Kassim yg tidak mahu lagi kontraknya bersama SPRM disambung... rupa-rupanya semua sudah dirancang, malah pertemuan mereka bertiga dgn pihak DOJ dan Peguam Negara AS juga sudah dirangka awal oleh TunM...


Tidak ramai yg tahu akan pelan perancangan ini termasuk mereka2 yg selama ini berhempas pulas berjuang bersama Tun M... selain mereka bertiga bersama Tun M, seorang lagi yg terlibat dalam merangka strategi licik dan sangat berisiko ini termasuklah Tun Daim... bermula dengan pengumuman yg dibuat oleh DOJ, disusuli sidang media tergempar mereka bertiga bagi mendesak Najib sewaktu dalam majlis perpisahan TS Abu Kassim drpd SPRM, diikuti tekanan yg Tun M akan buat melalui media asing di Jakarta dan klimaks nya adalah ketika Perhimpunan Bersih 5.0 yg akan menyaksikan sejarah 13 Mei 1969 akan berulang...



Sekali lagi, malangnya, ia telah diGAGALkan... kali ini oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara AzwanBro yg telah bertindak membuat laporan polis mendedahkan lebih awal konspirasi dan komplot jahat melibatkan Gani, Zeti dan Abu Kassim...




Sebenarnya dimanakah kesilapan telah berlaku hingga mengakibatkan komplot mereka terdedah? Semuanya berpunca daripada satu posting yang telah dimuatnaik oleh Saudara A. Kader Jasin pada 22 Julai yg lalu... Tun Daim mungkin secara tidak sengaja telah mendedahkan perancangan yg telah mereka rangka kpd pengetahuan Kader Jasin...


Mungkin disebabkan terlalu ghairah, Kader telah memuatnaik posting seperti ini... seorang yg mmg dikenali begitu rapat dgn Tun M, antara orang kanan dan key maker bagi gerakan yg dikepalai oleh Tun M, secara tiba2 memuatnaik status seperti ini... walaupun ia tidak menceritakan secara jelas, namun bayangan yg diberikan sebenarnya sudah cukup menimbulkan 1001 persoalan dan tandatanya... adakah Tun M sedang merangka sesuatu untuk melaksanakan kaedah ketiga yg kita bincangkan di awal tadi?


Laporan Azwan telah menghentikan serta merta semua perancangan Tun M... mana tidaknya, laporan Azwan menjurus kpd siasatan di atas kesalahan PENGKHIANATAN DAN PEMBOCORAN MAKLUMAT SULIT KPD AMERIKA... kesalahan yg sangat besar bagi mana2 negara sekalipun dalam dunia... malah jika berdasarkan undang2 syariah/hudud, kesalahan ini termasuk dalam kategori 'BUQHAH', yakni tindakan yg boleh mencetuskan pemberontakan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah... dan hukuman untuk kesalahan ini adalah PANCUNG atau PENGGAL KEPALA...

Komplot ini tentunya tidak boleh ambil mudah dengan laporan yg dibuat oleh Azwan... sesuai dgn reputasinya sbg NKP UMNO Malaysia, tentunya setiap tindakan yg dilakukan mesti berdasarkan asas yg benar2 kukuh dan kuat... apatah lagi jika beliau turut melakukan laporan ini bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sendiri, tentunya implikasinya sangat besar...

Tidak hairanlah melihatkan reaksi mereka bertiga sebaik mengetahui laporan yg dibuat oleh Azwan... Gani Patail secara spontan menganggap konon Azwan sekadar mahu mencari glamour... satu alasan yg tidak boleh diterima akal memandangkan kedudukan dan jawatan yg disandang oleh Azwan sudah cukup dan tidak memerlukan apa2 publisiti murahan lagi...

Manakala Zeti yg enggan ditemubual dipercayai sedang berusaha mencari khidmat peguam terbaik bagi mewakili dirinya... juga satu tindakan yg kelakar, memandangkan ia masih baru di peringkat laporan dan belum ada lagi siasatan yg dimulakan...

Abu Kassim??? Sumber awal mengatakan yg Abu Kassim gagal dihubungi sedangkan sepatutnya pada sebelah malam hari yg sama, satu majlis perpisahan sudah dirangka untuk Abu Kassim... rupanya, pada sebelah petang, selepas mengetahui laporan yg dibuat oleh Azwan, Abu Kassim bergegas ke pejabat Perdana Menteri untuk bertemu dengan Najib... dan seperti dijangka, Najib enggan menemui Abu Kassim...


Tun M yg berada di Jakarta ketika itu, terus cuba menghubungi mereka bertiga... tetapi mereka bertiga mungkin lebih bijak apabila seorang pun tidak menjawab panggilan Tun M... mungkin masing2 cuba untuk mengelak daripada dikaitkan dgn sebarang hubungan dgn Tun M... untuk mendapat kepastian, akhirnya Tun M telah menghubungi Tun Daim... dan setelah didesak oleh Tun M, akhirnya Tun Daim telah mengakui yg dia telah terlepas cakap kepada A. Kader Jasin...


Khamis, 28 Julai 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Rapiji Sotong Sudah Lenyapkan Beribu Peluang Pekerjaan Gara-Gara Terlajak Bijak... Memang Malang Malaysia Miliki Rakyat Sepertinya... #SahabatSMB

PUAK PEMBANGKANG PAKATUN HARAMJADAH DI MALAYSIA MEMANG SUPER HEBAT... SETIAP ENTITI YANG MEREKA FITNAH, PASTI TUMBANG...


MALAYSIA mencatatkan hanya mampu mengeluarkan daging lembu dan kerbau dalam lingkungan 28 peratus atau 170,000 tan metrik, menyebabkan 70 peratus terpaksa di import daripada Australia, Thailand dan India.
Keperluan daging lembu bukan hanya untuk makanan harian kebanyakan penduduk di negara ini, bahkan juga kepada penduduk Islam yang merupakan keperluan untuk melaksanakan ibadah qurban setiap musim perayaan aidiladha.
Menyedari keperluan ini, sebuah syarikat telah ditubuhkan untuk mengatasi pergantungtan terhadap import dan dalam masa sama memberi peluang perniagaan dan pekerjaan kepada sebahagian besar penduduk.
National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dengan bantuan pembiayaan pinjaman daripada kerajaan sebanyak RM250 juta, telah ditubuhkan sekitar tahun 2007 bagi memulakan perladangan lembu besar-besaran di seluruh negara.
Pembiayaan itu tentunya bukan hanya untuk membina ladang lembu dan menternak lembu, tetapi sebagai entiti perniagaan yang tentu merangkumi hal-hal pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perakauanan dan pengurusan sumber manusia bagi memastikan projek ini berjalan lancar.
Keperluan daging juga perlu dibekalkan kepada hypermarket seperti Carrefour, Cold Storage, Giant dan pasar raya lain selain keperluan untuk katerer dan keperluan hotel.

Sebagai sebuah perladangan besar-besaran seperti di negara maju, peluang pekerjaan secara automatik akan muncul – keperluan kepada pegawai pemasaran, perakaunan, konmputer, agen jualan, hal-hal perkeranian dan usahawan lembu, khususnya di kalangan Bumiputera.
Ini bermakna perusahaan lembu ini memberi berjuta-juta kebaikan secara langsung dan tidak langsung, bukan hanya untuk rakyat tempatan khususnya Bumiputera bahkan juga kepada negara Malaysia.
Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
NFC diserang dengan pelbagai fitnah dan laporan polis, atas alasan penyelewengan wang pinjaman berkenaan digunakan untuk membeli kondo mewah.
Maka, serangan dibantu media sosial waktu itu, gambar-gambar kondo dan isteri Pengerusi Eksekutif NFC, iaitu Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikartunkan dengan wajah lembu, untuk menarik kebencian orang ramai kepada NFC.
November 2011 kes ini menjadi viral dan cakap-cakap orang ramai, seolah-olah Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail seorang yang jahat dan menyelewengkan pinjaman RM250 juta dari kerajaan.
Memang seronok dan menjadi ‘hero’ jika boleh menuduh silap kerajaan, apa lagi projek NFC ini diberikan kepada suami seorang Menteri waktu itu.

Ketika menjawab fitnah Mohd. Rafizi Ramli yang mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat waktu itu menyalahgunakan dana NFC sebanyak RM250 juta untuk membeli seunit kondominium mewah dengan harga RM9.8 juta, Dr Mohamad Salleh berkata:
“Keputusan Pusat Fidlot Nasional (NFC) membeli kondominium di Bangsar, Kuala Lumpur menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu merupakan satu langkah yang bijak dalam mengukuhkan kewangan syarikat itu. Ini berdasarkan kepada kajian syarikat itu, sekiranya wang berkenaan disimpan di dalam bank ia hanya akan memberi pulangan sebanyak 2.6 peratus berbanding sektor hartanah.
Katanya, pelaburan dalam sektor hartanah di kawasan mewah itu dibuat memandangkan ia mampu menjana keuntungan pada masa depan.
“Apa yang dapat kita lihat melalui pelaburan sektor hartanah yang dibuat, ia dijangka mampu memberi pulangan yang lebih tinggi sebanyak 12.9 peratus. Malah rebat tunai dan sewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 disalurkan kepada syarikat dan bukannya untuk individu.
“Pada masa sama masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan. Jadi, sementara menunggu pelaksanaan projek itu, geran berkenaan perlu dilabur supaya mendapat keuntungan,” katanya.
Persepsi buruk yang dibina tidak dapat memadam fitnah itu.
lembu nfc
Pada 12 Mac 2012, Dr Mohamad Salleh, 67, yang juga pengarah NFCorp didakwa di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Mohamad Salleh juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Mohamad Salleh juga menghadapi dua lagi pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan syarikat untuk membuat sebahagian daripada pembayaran bagi pembelian unit-unit kondominium.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM30,000.
Ketika pendakwaan itu dan hiruk pikuk kes berkenaan, aset NFC juga dibekukan dan perladangan lembu sudah tidak boleh dilaksanakan selicin sebelum itu.

Jatuhlah perladangan Bumiputera dan hilang banyak peluang pekerjaan anak-anak bangsa.
Pemfitnah mungkin hanya tersenyum melihat kejatuhan perniagaan berkenaan.
Selepas hampir lima tahun, perladangan besar-besaran ini juga sudah digagalkan, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Dr Mohamad Salleh atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Ini bermakna selepas lima tahun baru kebenaran menjelma, dan keadaan perniagaan Bumiputera ini sudah tidak mampu bangun lagi.
Sumber  : Penyu Sakti

Selasa, 26 Julai 2016

[POLITIK] Ini Rupanya Anjing PENGKHIANAT Kelas Atasan... Pemuda Minta PDRM Tambat Anjing2 Ni Di Tiang... #SahabatSMB

PEMUDA UMNO DESAK PIHAK BERKUASA MENJALANKAN SIASATAN MENYELURUH... HERET ANJING2 PENGKHIANAT KE MUKA PENGADILAN...


Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurut Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun, ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.


Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa sebahagian besar maklumat dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.
Khairul menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan mengenai perkara ini.
Ditanya mengenai dokumen yang dibekalkan oleh tiga individu berkenaan, beliau berkata, akan hanya berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab.
"Terpulang kepada pihak polis," katanya apabila disoal bila maklumat berkenaan akan dikongsi.
Menjawab soalan sama ada beliau juga akan berkongsi maklumat dengan SPRM, Khairul Azwan mengulangi bahawa ia juga terpulang kepada pihak polis.
Sumber  : MeloyaKini

Isnin, 25 Julai 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Pendedahan Lokman Membuktikan... Tanpa Tun Mahathir, Mukhriz Langsung Tak Bernilai... Tapi, Sampai Bila??? #SahabatSMB

LOKMAN NOR ADAM DEDAH PUNCA UTAMA KENAPA TUN MAHATHIR SEMAKIN HARI SEMAKIN LANTANG MENYERANG KEPIMPINAN NAJIB DAN KERAJAAN UMNO BN...


Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.

Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M.  Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi.

Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.


Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara.  Di zaman Tun M,  salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.

Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".

Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.

Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi.  Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar,  tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu.

Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998.  Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO. 

Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil.


Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan.

Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M.  Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.

Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998.  Isu tersebut hampir semuanya sudah  dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca. 

Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew.  Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time".

Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik.

Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.  Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.

Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac.  Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan.  Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan.


Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M.  Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.

Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting.

Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.

Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset.  Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya.


Sebabnya hanya satu,  Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya.  Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.

Buat Tun M, pesanan saya cuma satu.  Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.

Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".  Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita.


Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.

Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat.


Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah.  Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa.

Masa itu,  bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata


Oleh  : Lokman Nor Adam, Ketua Pengarah JASA

Ahad, 24 Julai 2016

[DEDAH] PANAS!!! Hanya Sehari Selepas Isu Saman DOJ, Mukhriz Pula Tambah Pegangan Saham OpCom... KEBETULAN KE??? #SahabatSMB

MATCHAI PAKATUN DIBIAR MELALAK BAGAI NAK GILA, SEDANGKAN 'KEPALANYA' SIBUK MEMPERKUKUHKAN KEKAYAAN SUPAYA CUKUP HINGGA 7 KETURUNAN...


DS Mukhriz Tun Mahathir Bertungkus Lumus Meningkatkan Dana Kekayaan Peribadi Dan Kepentingan Dalam Saham Syarikat Opcom Holding Berhad. Sementara Rakyat Di Ajak Turun Ke Jalanan!!!.

■ Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB. Sabitan kesalahan boleh membawa kepada hukuman pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI).

■ Bursa Saham telah mengumumkan DS Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd dengan penambahan 29% saham kepentingan.

■ Walaupun DS Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik Telekom Malaysia (TM) semasa ayahnya Tun Mahathir Perdana Menteri  lagi tak mungkin menjadi miskin.


■ Pada tahun 2009 ketika DS Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu DS Mukhriz  menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Dato Mokhzani Mahathir.

■ Pada Mac 2015 selepas Dato Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkan di dalam portal mereka.

■ Media melaporkan DS Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri DS Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

■ Opcom Holding Berhad dan DS Mukhriz pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik DS Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika ayahnya Tun Mahathir  sebagai PM Malaysia. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme.


■ Opcom pada tahun 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta 'secara rundingan terus' (Direct Nego) diberikan oleh Telekom Malaysia dan kelulusan Kementerian Kewangan. Di mana Tun Mahathir pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik Telekom Malaysia sehingga ke hari ini. Sila rujuk surat Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 7 Oktober 2003.

(S/K.KEW/PK/M/504/000000/110/89/SJ.14) dan Surat dari Telekom Malaysia Berhad (bil 18/PA(ST)7120/5/2003)
Bertarikh 15 September 2003.

■ Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd (TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4 billion. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom Holding Bhd  apabila dalam tahun 2015 Telekom Malaysia menganugerahkan 3 projek berjumlah RM282.24 juta ekoran dari surat sokongan MOF yang masih ada.

■ Kroni Tun Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Dato Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Dato Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.

■ Sudah tiba masanya Kerajaan membuat keputusan ADIL walau pun sukar untuk MEMBATALKAN monopoli Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan.


■ Berilah peluang kepada pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Tun Mahathir.  Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

Renungan: Apa lagi Tun Mahathir mahu?  Majalah Forbes meletakkan kedudukan Dato Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.

Sumber : Rozmi Mokhtar

Sabtu, 23 Julai 2016

[ISU SEMASA] Kempen #BestrongPM Menzahirkan Solidariti Rakyat Malaysia Kepada Najib... Ayuh Kita Buktikan Kecintaan Kepada Tanahair Malaysia... #SahabatSMB

GILIRAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK BUKTIKAN SOLIDARITI DAN SOKONGAN KEPADA KEPIMPINAN PERDANA MENTERI, YAB DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD RAZAK... JANGAN IZINKAN ANASIR LUAR MENCAMPURI URUSAN MALAYSIA...



PETALING JAYA: Rakyat Malaysia menunjukkan sikap solidariti di laman sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini yang berdepan dengan saman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Di laman media sosial dipenuhi dengan 'hashtag' #bestrongPM yang dikongsi di laman Facebook dan Twitter pada Jumaat.

Kebanyakan mesej yang disampaikan di laman Facebook termasuk 'Kekal Najib', 'Belia Bangkit','Parlimen Pekan' dan kelab Anti-DAP'.

Selain berkongsi hashtag serta gambar, laman 'Kelab Che Jib' menulis, "#bestrongPM in facing the allegations and negative perceptions that are being thrown at you. (#bestrongPM dalam berdepan dengan tuduhan dan persepsi negatif yang dilemparkan kepada anda)."

Malah di laman media sosial lain juga turut menggunakan hashtag tersebut dan gambar sebagai tanda sokongan.

Salah satu Twitter, one@romyirwanshah menulis: "#besStrongPM, one day Malaysia will know who you are. We support you. (Satu hari nanti rakyat Malaysia akan tahu siapa kamu. Kami menyokong anda).

"Manakala satu lagi status oleh @asyrafmiswan: "Najib is innocent, #bestrongPM."

Pada Khamis, Najib meminta semua pihak tidak membuat kesimpulan mengenai tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Keadilan AS untuk menyita lebih AS$ 1 juta (RM4.02 juta) aset yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada semua badan-badan penyiasatan antarabangsa yang berkaitan dengan perkara itu.

Sumber : 1Malaysia

Jumaat, 22 Julai 2016

[ANALISIS ISU] Najib Memang Selama Ini Bercakap Benar... Puncanya, Masalah Pengurusan 1MDB, Tapi Tiada Kaitan Dengan Najib... #SahabatSMB

17 PERSOALAN YG MESTI KITA TAHU BAGI MEMAHAMI ISU SAMAN SIVIL YANG DIFAILKAN DI JABATAN KEADILAN AMERIKA SYARIKAT...


Dokumen Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memerlukan masa untuk membaca sepenuhnya namun berikut adalah ringkasan daripada dokumen itu dan sidang media yang dibuat oleh Peguam Negara Amerika Syarikat:

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset yang mereka percaya ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada empat individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy.

S1: Siapakah empat individu itu?

Mereka ialah anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz; ahli perniagaan rakyat Malaysia, Jho Low; bekas pengarah urusan IPIC- syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem Al Qubaisi yang juga bekas Pengerusi Aabar Investments PJS dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang bertanggungjawab menjalankan urusan dengan 1MDB pada masa itu.

S2: Apakah itu Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy?

Ia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada tahun 2010 oleh Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan Keadilan negara itu bertujuan untuk menyita dan mengambil semula aset di dalam negara itu yang disyaki Jabatan Keadilan mempunyai kaitan kepada kegiatan rasuah daripada negara asing dan mengembalikannya kepada negara asal.

S3: Mengapa DOJ menyiasat kes ini?

Pada Mac 2015, DOJ menerima aduan daripada Sarawak Report. Lanjutan daripada itu, mereka turut menerima aduan daripada penyokong setia Tun Mahathir, Khairuddin Abu Hassan.


S4: Apa sebenarnya yang difailkan DOJ terhadap empat individu terbabit dan apa akan terjadi selepas ini?

DOJ telah memfailkan kes sivil bagi memohon mahkamah menyita aset 3 individu. Mahkamah kemudian akan memeriksa jika aset terbabit turut dituntut oleh pihak lain. Jika tiada pihak lain menuntut aset terbabit, maka mahkamah akan meminta

DOJ membuktikan aset terbabit sama ada dicuri atau diperolehi dengan cara jenayah.

S5: Adakah Perdana Menteri turut didakwa?

Tidak. Perdana Menteri tidak didakwa malah tidak dinamakan dalam kes ini disebalik dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad pada September 2015 kononnya Najib bimbang untuk ke luar negara kerana mungkin ditangkap Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Ini adalah tidak benar bukan sahaja kes ini adalah kes sivil malah Najib turut tidak disebut dalam saman ini.

Namun terdapat rujukan dibuat kepada Malaysia Official 1 di mana DOJ mendakwa individu ini telah menerima dana yang berkait dengan 1MDB.

S6: Adakah sesiapa akan dipenjarakan jika aset dapat disita?

Tidak. Ini adalah kes sivil dan bukannya kes jenayah. Jika mahkamah menyebelahi DOJ, aset akan disita. Tiada pemenjaraan atau pertuduhan jenayah.


S7: Jika mahkamah membenarkan aset disita, apakah akan terjadi kepada aset terbabit?

DOJ akan mengembalikan aset terbabit kepada pihak yang dipercayai pemilik asal, dan dalam kes ini, 1MDB.

S8: Adakah aset yang dibeli itu adalah daripada wang yang dicuri daripada 1MDB?

1MDB telah dan secara konsisten menegaskan tiada wang dicuri dan dapat memperincikan ke mana wang disalurkan. Namun demikian, 1MDB kini dalam pertikaian dengan IPIC di mana 1MDB tetap dengan pendirian yang mereka telah membayar atau mendepostikan atau menjamin sehingga USD6 bilion oleh sebuah syarikat bernama Aabar Investments PJS BVI selepas menerima arahan daripada Pengerusi Aabar ketika itu, Khadem Al Qubaisi dan juga bekas Pengarah Urusan.

IPIC mempertikaikan ia memiliki Aabar Investments PJS Ltd (BVI) seterusnya menafikan ia meneria dana terbabit daripada 1MDB. Pertikaian ini kini dibawa ke Pusat Arbitrasi London dan akan mengambil masa berbulan. Apapun, 1MDB sangat yakin mereka akan memenangi kes ini dan akan dapat memperoleh semula wang terbabit, dan sebab itulah 1MDB sebelum ini enggan membayar faedah bagi bon USD3.5 bilion biarpun berupaya berbuat demikian serta membolehkan penjaminan bon berkenaan oleh IPIC dan kini dalam proses arbitrasi.

S9: Jika wang itu tidak dicuri, jadi mengapa DOJ bertindak ke atas aduan dibuat?

Adalah tidak mustahil wang yang dibayar 1MDB kepada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) yang dikawal Khadem dan turut dinafikan IPIC memilikinya, telah digunakan untuk membiayai pelbagai pelaburan di Amerika Syarikat termasuk hartanah, perfileman, karya seni dan syarikat.

S10: Berapa nilai aset yang terlibat dalam kes DOJ ini?

Tiada jumlah spesifik yang disahkan namun laporan daripada New York Times dan WSJ mendakwa ia bernilai hingga USD1 bilion.


S11: Mengapa anak tiri Perdana Menteri, RIza Aziz terlibat?

WSJ sebelum ini melaporkan yang penyiasat percaya syarikat perfileman RIza Aziz, Red Granite menerima USD155 juta dalam bentuk pinjaman daripada Aabar Investments PJS Ltd (BVI) di mana kebanyakkannya disalurkan bagi membiayai filem yang diterbitkan pada 2013, 'The Wolf of Wall Street' dan bagi membeli hartanah.

WSJ mendakwa dokumen menunjukkan tiga pindahan wang dibuat kepada Red Granite Capital pada 2012, USD60 juta, USD45 juta dan USD50 juta.

Daripada jumlah itu, USD105 juta telah digunakan Red Granite sebagai pinjaman manakala USD50 juta dipindahkan kepada syarikat melalui pihak ketiga.

"Menurut mereka yang mengetahui mengenai siasatan dan 1MDB, antara pihak ketiga itu ialah Telina Holdings Inc, sebuah syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Islands oleh Al Husseiny dan bosnya, Khadem Al Qubaisi." (Kedua penama ini disebut sebagai antara individu disaman DOJ).

Menurut WSJ, pinjaman USD50 juta daripada Telina Holdings sudahpun dibayar semula, memetik mereka yang mengetahui mengenai siasatan itu.

Seorang jurucakap Red Granite memberitahu WSJ, syarikat itu sudah membayar pinjaman dan akan terus membuat pembayaran kepada semua pinjaman mereka.

"Red Granite tidak mempunyai sebab untuk mempercayai dana daripada Aabar adalah mencurigakan dan yakin dana pinjaman itu adalah sah.

"Apa yang Red Granite sudah lakukan dan akan meneruskan usaha menerbitkan filem yang berjaya yang pernah memperolehi lebih daripada USD825 juta pulangan daripada tayangan seluruh dunia.

S12: Jika ia adalah satu pinjaman atau pelaburan ke dalam Red Granite di mana sebahagian atau sepenuhnya sudah dibayar daripada sebuah filem yang berjaya, mengapa pula Riza Aziz dijadikan sasaran kepada saman sivil ini?

Di Amerika Syarikat, jika anda memperoleh keuntungan daripada dana yang DOJ syaki disalurkan daripada sumber tidak sah, ia dipanggil 'pengambilan untung / pencatutan, maka keuntungan yang diperolehi juga adalah tidak sah dan boleh disita, iaitu menjana pendapatan daripada dana haram. Ini berbeza daripada mencuri wang.

DOJ kemudian perlu membuktikan Red Granite menyedari dana atau pinjaman yang diterima adalah tidak sah.

S13: Bagaimana pun dengan pelaburan Jho Low?

Tidak banyak didedahkan apakah aset atau nilai pelaburan yang dimiliki Jho Low, seorang pengurus dana di Amerika Syarikat namun Jho Low sebelum ini pernah mengesahkan dia memiliki sebuah hartanah di Amerika Syarikat dan mungkin turut membuat pelaburan di dalam syarikat berpengkalan di negara yang sama.


S14: Berapa lama kes sivil ini akan mengambil masa sebelum penghakiman dibuat?

Kes seumpamanya telah mengambil masa bertahun lamanya di mana kedua pihak mengemukakan pertikaian mereka di mahkamah Amerika Syarikat bagi membolehkan hakim membuat keputusannya.

S15: Adakah apa apa yang ganjil mengenai kes ini?

Ada. Secara tipikalnya, pihak yang kononnya menjadi mangsa kepada kecurian wang ini iaitu 1MDB perlu membuat aduan kepada DOJ bagi memohon jabatan itu menyita sebarang aset yang mereka percaya dibeli daripada wang yang dicuri. Dalam kes ini, 1MDB secara konsisten menyatakan tiada wang yang dicuri dan mereka dapat memperincikan setiap pelaburan atau pindahan wang namun DOJ tetap memfailkan saman sivil kononnya bagi mendapatkan kembali 'wang yang dicuri' biarpun 'mangsa' (1MDB) sudah menjelaskan tiada wang dicuri daripadanya.

S16: Macam mana pula 1MDB mengatakan tiada wang dicuri dan dapat diperincikan walhal DOJ mendakwa ia dibelanjakan dengan mewah sekali?

1MDB berurusan dengan rakan kongsi yang dimiliki kerajaan negara asing dan dana pelaburan yang sah serta diperakui bank antarabangsa. 1MDB memindahkan wang kepada mereka. Apa yang mereka lakukan selepas wang dipindahkan bukanlah di bawah kawalan atau pengetahuan 1MDB. Ia adalah tanggungjawab pihak yang menerima.

1MDB sudah memulakan proses mendapatkan semula aset daripada pihak terbabit, di mana ia melibatkan kerjasama dengan syarikat dipertikai Aabar Investment PJS Ltd yang kini sedang melalui proses arbitrasi. 1MDB yakin ia akan memberikan keputusan positif.

S17: Bagaimana pula dengan deposit yang dibuat ke dalam akaun Malaysia Official 1 sebagaimana disebutkan dalam laporan FBI?

Adalah penting untuk kita tahu, akaun ini biarpun dibuka atas nama peribadi, ia bukan untuk kegunaan peribadi di mana ia adalah satu akaun khas presiden untuk kegunaan parti dan dibenarkan oleh perlembagaan parti. Amalan ini turut diperakui Muhyiddin Yassin... (KLIK SINI)

Malah, WSJ turut mengakui dana dalam akaun ini digunakan bagi tujuan politik dan bukannya untuk kegunaan peribadi.

TIdak pernah pada bila-bila masa, Malaysia Official 1 menerima wang daripada akaun 1MDB untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. DOJ mendakwa Malaysia Official 1 mengekalkan jumlah RM210 juta daripada tiga pindahan yang boleh dikaitkan dengan 1MDB.


Tiga pemindahan wang itu ialah:

1. RM60 juta (USD20 juta pada masa itu) dibayar pada 2011 (kerjasama perkongsian antara 1MDB dan PetroSaudi bermula pada 2009) daripada akaun Gabenor Riyadh ketika itu, Prince Turki Al Saud. DOJ mendakwa pembayaran RM60 juta ini pada tahun 2011 datang daripada pelaburan USD1.83 bilion yang dibuat 1MDB bagi perkongsian kerjasama dengan PetroSaudi pada 2009.

2. RM100 juta (USD30 juta pada masa itu) - dibayar pada lewat 2012 daripada akaun BlackStone Asia. DOJ mendakwa wang RM100 juta ini pada Nov 2012 adalah daripada bon USD3.5 bilion yang dikeluarkan 1MDB dan IPIC pada April 2012. Namun demikian, pemindahan ini turut disokong oleh sekeping surat setahun sebelum itu iaitu pada 2011 di mana pengirimnya menjelaskan akan memindahkan wang sehingga USD375 juta daripada beberapa akaun termasuk BlackStone Asia. Lihat (KLIK SINI)

3. RM50 juta - yang datang daripada RM2.08 bilion (atau terkenal dengan jumlah USD681 juta pada kadar tukaran ketika itu USD1 = RM3.05) dipindahkan pada Mac 2013, iaitu sebelum PRU13 sebelum dikembalikan pada Ogos 2013, melalui akaun Tanore. Pemindahan ini turut disokong surat daripada penderma kerabat diraja Arab Saudi di mana SPRM turut menemuramah keluarga kerabat diraja itu dan Menteri Luar Arab Saudi turut menyatakan ia adalah dana mereka.

Saya pasti tidak pada bila-bila masa Malaysia Official 1 mengetahui asal usul sebenar dana yang dipindahkan ke dalam akaunnya. Pengetahuannya adalah berdasarkan kepada aturan tahun-tahun sebelum itu yang dibuat dengan kerajaan Arab Saudi di mana derma politik disalurkan ke akaunnya untuk kegunaan parti. Adalah penting untuk kita fahami, setiap pemindahan itu akan turut dilampirkan dengan surat daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Rabu, 20 Julai 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Minit Mesyuarat Ini Mendedahkan Penglibatan Menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin Dalam Projek 6P Bernilai RM912 JUTA... Berjuang Demi Rakyat KONON... #SahabatSMB

PATUT LA TUN MAHATHIR PERNAH GELAR MUHYIDDIN SEBAGAI "MY RICHEST MINISTER", WALHAL KETIKA ITU RAKYAT TAHU TUN DAIM JAUH LEBIH KAYA... TSMY MEMANG PAKAR BIKIN 'KANTAU'...



Program pemutihan pendatang tanpa izin (PATI) 6P yg bermula sekitar tahun 2010 diperkenalkan bertujuan memberi peluang kepada PATI untuk berdaftar secara sah sekaligus membolehkan mereka terus bekerja dlm beberapa sektor yg telah ditetapkan.

Pada tarikh 17 Mac 2011 Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin  (JKKPA-PATI) di pengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin (TPM) telah membawa makluman sekali kertas laporan Status Pelaksanaan Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System  (NERS).






Projek yang diluluskan UKAS dan dibentang dalam kabinet 29 September 2010 telah diberikan kepada syarikat Nexbis Sdn Bhd (Nexbis). Projek secara PFI ini dikenakan melalui kenaikan Levi sebanyak RM50 seorang setahun. Caj levi akan dikutip oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan dan kerajaan akan membuat pembayaran kepada Nexbis.

Berapakah kos Projek NERS ini? Pembiayaan secara PFI serta adil katanya bagi Nexbis yang telah mula mengeluarkan Capital Expenditure hampir 100% (nilai kontrak keseluruhan adalah  RM912 juta bagi pembangunan sistem NERS. 



Siapakah Nexbis Sdn Bhd? Siapa pemiliknya sehingga begitu istimewa?

Ini pihak-pihak tertentu bolehlah menyemak dan mendedahkannya. Adakah ia mempunyai kaitan dengan Menteri kanan ketika itu (yang didesas-desuskan dulu dan kini) sehingga perlu dibawa dalam Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin? Ada bermacam rumus mengenainya. Anda boleh membuat penilaian sendiri.

Portal Mynewshub  mendedahkan,


6P Amnesty Programme
Illegal foreign workers is a never-ending problem in Malaysia. It was once speculated that there are more than two million non-citizens in Malaysia, nearly one-third of them illegal. The sprouting of illegal immigrants is believed to be responsible for the increasing crime rates in the country. To address this issue, the government started the 6P Amnesty Programme several years ago to register the illegal ones in order to monitor their activities better.

The government appointed Nexbis Sdn. Bhd as the sole company to carry out this programme. A biometric system was installed in every entry point into the country that was used to register these immigrants. Nexbis was the sole supplier of this device to the Home Ministry and Immigration Department. It was alleged that a Dato who is Muhyiddin’s Son in-law was the main person behind Nexbis being awarded the contract.

Nexbis subsequently subcontracted many smaller companies to carry out the operations. However, there was no check and balancing of those companies that a lot of frauds and misappropriations transpired. Foreign worker non-governmental organisations such Tenaganita claims that poor implementation, lack of transparency and fraudulent agents severely hampered success of the 6P Programme. More than a billion tax-payers money again went to the drain.

Berikut merupakan Dokumen RAHSIA Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing-Pendatang Asing Tanpa Izin 









ISU –ISU NEXBIS SDN BHD

Antara blog awal tahun 2011 yang mendedahkan mengenai Nexbis Sdn Bhd ialah Justread-whatever.blogspot.com yang bertajuk 



Isu Tenaga Kerja Bangladesh!

Isu pengambilan pekerja asing dari Bangladesh bukanlah baru. Menjadikan Bangladesh sebagai Negara sumber memerlukan persediaan yang rapi memandang Bangladesh sebelum ini tidak mempunyai sistem penyediaan tenaga kerja yang baik dari kerajaannya.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-5 BIl/2011 pun telah membawa kertas pertimbangan untuk di luluskan iaitu;

Laporan Lawatan Kerja ke Bangladesh dan UAE, dan Cadangan Negara Bangladesh sebagai sebuah Negara Sumber bagi pengambilan Pekerja Asing.


Agenda mesyuarat Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin kali ke-5 Bil/2011 telah membawa isu tenaga kerja Bangladesh lebih awal lagi. 

Jadi usaha kelulusan 1.5 juta Bangladesh 2016 adalah hasil dari kertas kerja itu awalan semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi TPM lagi! Bukan benda baru. 

Terdapat pelbagai reaksi mengenai Penggajian Tenaga Kerja Bangladesh secara G to G itu. Bagaimanapun KDN telah menjawab kegusaran rakyat itu

Perlu ditekankan di sini, bahawa tiada satu angka yang mutlak bagi jumlah kemasukan pekerja Bangladesh kelak kerana ianya akan bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat dan akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Mekanisme ini akan dipantau dan dikawalselia oleh Kerajaan melalui Agensi Kawal Selia untuk setiap sektor bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran pekerja asing dalam negara dan membenarkan hanya mereka yang layak sahaja bekerja di Malaysia.



Walaupun  rakyat  telah diberi penjelasan akan kerja 3D (Dirty, Dangerous, Difficult)dalam lima (5) sektor formal yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing sahaja iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan. Kebimbangan utama ialah lambakan pekerja asing.

Jika kerajaan boleh mendaftarkan tenaga kerja asing sehingga 1.3 juta secara sah semasa proses pemutihan tetapi keupayaan penghantaran balik tidak sampaipun 100 ribu orang. Baki yang besar dianggarkan 7 juta di Negara ini adalah satu jumlah yang besar!. Kebimbangan ini yang patut dijawab oleh kerajaan. Sejauh mana jaminan kerajaan menyelesaikan lambakan pendatang asing. Jika atas permintaan industri rakyat masih boleh bertimbang rasa. 


Jika dulu manfaat Sistem Pengkalan Data Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (National Enforcement And Registration Biometric System  (NERS) kepada Nexbis Sdn Bhd untuk konsesi 12 tahun dan kini kouta 1.5 juta ini siapa pula? Sampai bila kouta 1.5 juta ini habis digunakan? setahun atau 5 tahun?

Adakah taukeh “out sourcing” Bangladesh bergelar Dato’ itu yang akan monopoli? Atau siapa? Kita buka untuk persoalan. 

Sumber : Papariot








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE