-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 27 Mei 2016

[UPDATE] Penipuan Jijik Dlm Deklarasi Rakyat, Isu Terowong, RUU Hudud Dan 1MDB Jadi Mangsa Dendam LGE... #SahabatSMB

HIMPUNAN POSTING DAN INFO GRAFIK PAGE SUARA MELAYU BARU.


1, Lim Guan Eng balas dendam ke atas 1MDB.


2. 1.2 juta tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat rupanya penipuan semata-mata.


3. Zenith BUCG Consortium adalah syarikat yg telah ditawarkan kontrak membina terowong dasar laut, dan masa sama diarah membuat kajian kebolehlaksanaan dan kesan alam sekitar (DEIA)!!!


4. Ramesh Rao, Presiden PSMP tawarkan diri menemani Rafizi jika takut untuk tampil ke pejabat SPRM utk membuat laporan isu habuan seks melibatkan kjaan negeri Selangor.


5. TG Hj. Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang2 Syariah (Hudud) dan disokong Ahli Parlimen BN.

6. Santai...



Khamis, 26 Mei 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Zenith BUCG Dijangka Mendapat Keuntungan Cecah RM5 Bil Pada 2025... Ditambah Pula Hak Konsesi Tol Selama 30 Tahun... #SahabatSMB

50 EKAR BAKI TANAH GURNEY DRIVE ADALAH UNTUNG BERSIH YG AKAN DITERIMA SYARIKAT ZENITH BUCG CONSORTIUM, DAN NILAINYA DIJANGKA MENCECAH RM5 BILLION MENJELANG PROJEK TEROWONG ITU SIAP PADA 2015...


Bina terowong bermodalkan tanah milik negeri P. Pinang yg dipindah milik sbg bayaran... baru2 ni umum di Bursa Malaysia yg mana syarikat akan jual sebahagian drpd 110 ekar tanah Gurney Drive itu dgn harga RM3.5 bil untuk 60 ekar... bermakna nilai keseluruhan tanah melebihi RM6.5 bil, cukup untuk menampung kos pembinaan terowong...

Ini berdasarkan harga sekarang iaitu RM840 kaki persegi... harga tanah yg 'high value' seperti Gurney Drive dijangka akan meningkat hingga mencecah RM1300 kaki persegi menjelang 2025, iaitu ketika projek ini dijangka siap...


Dengan peningkatan nilai hartanah ini, dijangka syarikat Zenith BUCG bakal peroleh sekitar RM5 bil lagi pada 2025 di atas baki 50 ekar tanah yg belum dijual... ini beerti jumlah yg diperolehi adalah RM8.5 bil termasuk keuntungan, sedangkan kos pembinaan hanya sekitar RM6.4 bil... RM2.1 bil untung atas harga tanah sahaja...

Dan menariknya lagi, kjaan LGE masih tetap berikan hak konsesi tol kpd Zenith BUCG sehingga 30 tahun, sedangkan kos pembinaan ditanggung oleh kjaan negeri...

Seperkara yg menarik perhatian lagi adalah apabila kjaan negeri Lim Guan Eng telah melantik juga syarikat Zenith BUCG untuk menjalankan prakajian (EIA) dan kajian terperinci (DEIA), sedangkan mereka juga yg telah ditawarkan projek membina terowong...


Bermakna apa jua hasil keputusan kajian tentunya bergantung kpd kehendak mereka sendiri... jika LGE memiliki kuasa besar dalam syarikat tersebut, berkemungkinan LGE akan batal atau tangguhkan pembinaan terowong, jika tidak mahu menggugat kedudukan politiknya yg kian terancam... setidaknya, sebahagian kecil tanah yg bernilai RM305 juta sudah confirm menjadi milik mereka... LGE hanya akan gunakan alasan hasil keputusan DEIA untuk dia hentikan projek...

Manakala jika ikutkan kehendak syarikat Zenith BUCG, tentunya hasil keputusan DEIA adalah positif... kerana dgn bermulanya kerja2 pembinaan projek terowong ini, bermakna merwka akan peroleh keuntungan paling kurang RM5 bil menjelang 2025...

Sebenarnya, Apa yg berlaku dan sedang dilakukan oleh LGE dan kjaannya adalah benda yg sama sepertimana yg pernah mereka tuduh terhadap UMNO BN dulu... mereka tuduh kjaan UMNO BN dgn pelbagai tuduhan penyelewengan dan rasuah, mereka cipta plot cerita kaedah penyelewengan seolah-olah itulah yg UMNO BN lakukan... walhal, segala yg mereka cipta adalah sesuatu yg sukar dan mustahil untuk UMNO BN lakukan... hanya org2 yg tega dan benar2 jahat sahaja yg akan sanggup memilih jalan jahat yg sukar semata-mata nk seleweng...

Hari ini, apabila mereka sendiri yg bergelar kjaan, mereka sendiri yg mempraktik dan merealisasikan segala plot yg dulunya mereka cipta untuk menuduh UMNO BN...setiap tindak tanduk dan keputusan penuh dgn muslihat...


Bezanya, segala tuduhan mereka terhadap UMNO BN dulu, tidak ada yg jd kes... kekal sbg tuduhan fitnah... sebabnya, UMNO BN tahu, tuduhan dan plot ciptaan mereka itu adalah sesuatu yg sukar dan mustahil nk dilaksana...dan, apabila mereka menjadi kjaan, mereka buat setiap plot yg mereka cipta dulu... akhirnya, hari ini, kesemuanya telah kantoi dan terdedah...

MEMANG SANGAT MENCURIGAKAN!!!


By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Rabu, 25 Mei 2016

[UPDATE] Venezuela Memiliki Harga Petrol Termurah Tapi..., Pembongkaran Isu Terowong Dan Kejadian Ribut Di Perlis... #SahabatSMB

RANGKUMAN MENARIK SERTA PERKONGSIAN INFO GRAFIK OLEH SUARA MELAYU BARU SEPANJANG HARI...


1. Venezuela sbg negara yg menawarkan harga petrol termurah, menjadi antara negara termundur.


2. Cubaan Lim Guan Eng untuk meletakkan kegagalan projek terowongnya di bahu kerajaan pusat.


3.  Ribut melanda Perlis dan Pulau Langkawi.


4. Liang Teck Meng dedahkan keupayaan Zenith BUCG Consortium yg mampu mencatat keuntungan berlipat ganda.


Selasa, 24 Mei 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Cubaan Lim Guan Eng Meletakkan Kegagalan Projek Terowong Disebabkan Oleh Kementerian KerjaRaya... Sedangkan 'Madu'nya Sudah Habis Guan Eng Sedut... #SahabatSMB

TANAH GURNEY DRIVE LGE DAH SEBAT... RAKYAT PP DAH RUGI RM305 JUTA... SEKARANG CUBA NAK TUDING JARI KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN PULA...


YB Datuk Fadzillah wajar dipuji kerana telah bertindak bijak dalam menangani cubaan Lim Guan Eng meng'kambing hitam'kan kjaan pusat, khususnya Kementerian KerjaRaya (KKR)... kita sedia maklum skang betapa terdesaknya LGE...

Hinggakan LGE terpaksa meminta PAC negeri menangguhkan dahulu pembentangan hasil siasatan berhubung isu terowong ini... apabila PAC membentangkan laporan ini, maka dalam masa sama hasil keputusan pra kajian (EIA) dan kajian terperinci (DEIA) perlu juga diumumkan, iaitu samada projek terowong dasar laut boleh dimulakan atau tidak...


Kita menjangkakan hasil EIA dan DEIA lebih cenderung kepada TIDAK DILULUSKAN, sepertimana jangkaan dan kehendak LGE sendiri sejak dari awal... namun, sebelum keputusan ini didedahkan kpd umum, LGE sepatutnya sudah menemui pihak yg boleh dipersalahkan bagi menutup kegagalan yg mmg LGE sengajakan...

Sebab itu timbul pula cerita permohonan jambatan ke-3 yg kononnya ditolak oleh kjaan pusat, walhal kjaan negeri sebenarnya belum lagi mengemukakan sebarang permohonan... logiknya, apa perlunya untuk memohon jambatan ke-3 SEKARANG? Bukankah sepatutnya LGE lebih fokus dan komited dgn idea terowongnya itu? Apatah lagi sebanyak RM305 juta sudah pun dibelanjakan utk projek tersebut...

Sebenarnya dan sepatutnya, LGE perlu mengemukakan cadangan kpd pihak kementerian sejak dari awal lagi, tak kiralah samada cadangan membina jambatan mahupun terowong, iaitu sebelum sebarang tender ditawarkan kpd mana2 syarikat lagi... berkemungkinan besar, cadangan yg LGE kemukakan kpd KKR akan ditolak lebih awal, berdasarkan internal survey yg tentunya akan dilakukan oleh pihak KKR, sama prosedur dan terma seperti yg dilaksana di peringkat Pra kajian (EIA) oleh Zenith BUCG...


Tetapi LGE memilih utk tidak kemuka cadangan kpd KKR... KENAPA? TAKUT??? Lansiao!!! Jawapannya mudah... jika KKR sudah tolak dari awal, bagaimana LGE mahu menukar milikan tanah Gurney Drive, kpd proksinya dan kemudian atas namanya atau kaum kerabatnya? Mana mungkin boleh menukar hak milik tanah kjaan negeri begitu sahaja, melainkan perlu direka satu plot alkisah membabitkan transaksi pindah milik tanah sebagai bayaran... maka projek pembinaan terowonglah yg menjadi plot alkisahnya...

Asasnya, setiap projek besar perlu dibuat EIA dan DEIA, apatah lagi pembinaan terowong dasar laut yg tentunya melibatkan alam sekitar... dan sememangnya agenda LGE hanya setakat proses ini sahaja, ianya sudah memadai bilamana aset tanah Gurney Drive yg sangat bernilai tinggi kini bukan lagi milik kjaan negeri P. Pinang, tetapi sudah bertukar menjadi nilai wang sebagai bayaran kpd Zenith BUCG Consortium di atas kerja2 EIA dan DEIA nya...

LGE tentu akan menggunakan alasan laporan DEIA untuk membatalkan rancangan projek terowongnya ini, walhal, tanpa laporan ini pun, LGE tak mungkin dapat meneruskan projek terowong yg tentunya akan menelan belanja berbillion ringgit... melainkan lebih banyak aset dan tanah milik negeri P. Pinang akan tergadai dan tentunya ini tidak termasuk dlm agenda LGE dlm tempoh terdekat ini kerana akan mengakibatkan tembelang LGE akan pecah... realitinya, kedudukan kewangan negeri P. Pinang tidak mengizinkan sebarang projek mega, jadi tidak hairanlah apabila LGE sudah perlu menggunakan aset tanah sbg bayaran walhal ia baru di peringkat kajian, belum lagi masuk bab pembinaannya...


LGE hanya menanti peluang, menteri KKR melakukan kesilapan... jika Datuk Fadzillah terus sahaja menolak cadangan LGE, maka ini peluang terbaik LGE akan gunakan untuk menyalahkan Datuk Fadzillah sebagai punca kegagalan projek yg dirancangnya... tetapi Datuk Fadzillah lebih bijak apabila mengarahkan pihak LGE kemukakan sekali semua laporan lengkap EIA dan DEIA yg telah dibuat... maka, KKR boleh menggunakan setiap detail laporan tersebut untuk menolak permohonan LGE...

Maka, KKR tidak akan dipersalah memandangkan kesilapan datang dari pihak LGE yg telah bertindak memandai-mandai, mendahului peranan KKR hingga menyebabkan rakyat P. Pinang kerugian RM305 juta, termasuk aset tanah di Gurney Drive...

Kesimpulannya... SELAMAT TINGGAL LIM GUAN ENG!!!



By Muhammad Ariff Bin Ahmad

[DEDAH] PANAS!!! Rancang Projek Mega, Tanpa Berbincang Dengan Menteri... RM305 Juta Untuk Satu Projek 'IMPOSSIBLE'... #SahabatSMB

TANAH GURNEY DRIVE AKAN JADI MILIK LGE, TAK LAMA LAGI...


Kenapa LGE perlu bercakap tentang nak memohon jambatan ke-3, bukankah lebih baik LGE memberi tumpuan kpd rancangan terowongnya itu... lagipun, sebanyak RM305 juta wang rakyat P. Pinang, dlm bentuk milikan tanah di Gurney Drive sudah pun dilaburkan di dlm projek terowong ini...

Yang menjadi persoalan penting sekarang, bagaimana projek terowong ini boleh dimulakan, sekalipun baru di peringkat kajian kerana ia sudah melibat jumlah peruntukan yg besar, sedangkan pihak kjaan pusat khususnya Kementerian KerjaRaya (KKR) tidak pernah dimaklumkan, jauh sekali diajak berbincang... sekalipun P. Pinang di bawah pentadbiran kjaan Pakatoon, namun bidang kuasa KKR tidak boleh dinafikan kerana tentunya pembinaan terowong ini akan melibatkan sambungan dgn jalan2 persekutuan yg di bawah seliaan KKR...


Lazimnya, cadangan sesuatu projek, apatah lagi jika ianya merupakan projek mega yg bernilai berbillion ringgit, akan terlebih dahulu dibentangkan kpd pihak berkepentingan seperti Dewan Rakyat, DUN, Kementerian yg terlibat, dan setiap pandangan akan dikumpulkan dalam bentuk kaji selidik sebelum sesatu keputusan, samada wajar di laksana atau tidak boleh diputuskan... menariknya dgn projek terowong ini, semua proses yg disebut di atas tidak berlaku, tiba2 RM305juta sudah lesap...


Sebenarnya, jika dilihat secara kasar pun, tanpa sebarang kajian yg bernilai RM305 juta, projek terowong dasar laut yg dicadangkan ini adalah sesuatu yg mustahil boleh dilaksana... pembinaan di antara Gurney Drive (Padang Kota) ke Bagan Ajam, merentasi laluan utama kapal2 perdagangan yg masuk ke Pelabuhan Seagate... keadaan dasar laut yg berselut dan sangat tidak sesuai untuk tujuan pembinaan terowong... kjaan negeri perlu terlebih dulu memikirkan untuk membina pemecah ombak di luar pantai P. Pinang, sebelum boleh bercakap tentang terowong... dan ini pun bakal menelan kos berbillion ringgit... jadi, logiknya pun, mustahil terowong LGE ini akan dapat direalisasikan...


Adakah LGE tidak tahu semua ini? LGE tahu dan memang sudah menjangka tidak akan mendapat kelulusan pembinaan terowong dasar laut ini... tapi, ini juga lah cara paling mudah untuk LGE pindah milik tanah Gurney Drive, yg akhirnya akan menjadi miliknya, tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal pun...


Reka projek mustahil... arahkan kajian DEIA... kajian tetap perlu dibayar walaupun cadangan pembinaan tidak diluluskan... syarikat yg mengkaji tentunya syarikat kroni... maka lesap lah tanah di Gurney Drive di faraid dek Lim Guan Eng...


By Muhammad Ariff Bin Ahmad

[UPDATE] Perbandingan Peruntukan Pusat Dan Negeri P. Pinang, Laporan Ketua Audit Negara Dan Di Sebalik Projek Terowong... #SahabatSMB

1. Peruntukan kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) P. Pinang dari 2009-2015, berbanding peruntukan kjaan negeri.


2. Peruntukan kjaan pusat dan negeri dalam pemberian elaun bulanan Guru2 KAFA P. Pinang.


3. Sikap kjaan negeri P. Pinang terhadap rakyat bumiputera Melayu berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara.


4. Agenda tersembunyi Lim Guan Eng dalam rancangan projek terowong dasar laut hanyalah untuk mendapatkan milikan tanah Gurney Drive secara percuma.




Isnin, 23 Mei 2016

[UPDATE] Isu Pergolakan Dalaman PKR, Kegagalan Pentadbiran Tun M, Perbandingan Peruntukan Negeri P. Pinang... #SahabatSMB

PERKONGSIAN INFO-INFO GRAFIK YG PANAS DAN MENJADI TUMPUAN SUARA MELAYU BARU, SEPANJANG HARI...


1. Isu perbualan dalam aplikasi Whatapps antara Rafizi Ramli dan Latheefa Koya membuktikan pergolakan yg berlaku di dalam PKR...


2. Tun M hanya mementingkan kroninya sahaja dan mengabaikan kepentingan serta hak orang Melayu, sepanjang tempoh 22 tahun pentadbirannya...


3. Pegawai SPRM Putrajaya telah ke banglo milik Lim Guan Eng untuk meneruskan siasatan...


4.  Lim Guan Eng merancang projek2 mega yg mustahil akan dapat dilaksana, dgn matlamat tersembunyi...


5. Peruntukan kjaan negeri P. Pinang dalam program kebajikan berbanding jumlah yg dibayar untuk proses kajian projek terowong dasar laut...


Ahad, 22 Mei 2016

[ANALISIS ISU] Dasar Ekonomi Baru (DEB) Memang Satu Dasar Yang Hebat... Malangnya Disalahguna Oleh Tun M Untuk Kepentingan Sendiri... #SahabatSMB

ORANG MELAYU MUNGKIN LEBIH HEBAT JIKA BUKAN TUN M YG MEMERINTAH SELAMA 22 TAHUN...


Sebelum bermula DEB 1970 , ekuiti Bumiputra sekitar 1.5% sahaja. Tapi dari 1970 -1982 ekuiti Bumiputera meningkat kepada 15.5% dgn pengambilan syarikat syarikat seperti London Tin, Sime Darby, Guthrie Ropel, Harisson & Crossfield , berpuluh syarikat syarikat milik Pernas, UMNO linked companies termasuk bank bank utama...

Namun sejak Tun M ambil alih dari 1982-2004 selama dua puluh dua tahun , ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. (4% dalam 22 tahun Yop ! ). Habis syarikat syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST,TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds difaraid kepada kroni Madey, Daim dan Anwar...


Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat /Hicom, Perwaja , Proton, Dayabumi, KLCC, Putrajaya yg hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka. Beratus syarikat kerajaan di swasta , dipindah milik termasuk berpuluh bilion program PFI ( buat dulu bayor kemudian).

Sekarang ni orang yg sama menuding jari kononnya yg sedang memegang tampuk pentadbiran telah gagal mentadbir. Siapa yg gagal sebenarnya???


Sumber : Roslan Latiff

Jumaat, 20 Mei 2016

[PRK P093 SG. BESAR] Dato' Jamal Yunos Adalah Pilihan Calon BN Yang Terbaik... Anda Tahu KENAPA??? #SahabatSMB

DATUK JAMAL YUNOS PALING LAYAK SBG CALON BN DLM PRK PARLIMEN SG. BESAR KERANA BELIAU PALING 'RACIST' DAN PALING BERSUNGGUH BELA HAK ORG MELAYU...


Sejak awal bila PRK Sg.Besar diumumkan kerana tragedi yg menimpa Allahyarhamah Dato Noriah Kasnon..aku dan Komrads dah mula mempromo Dato Jamal Yunos sebagai CALUN dengan # tag #DJY4SB.

Semua maklum akan hubungan baik yang terjalin antara DJY dengan The Mercenaries lama sebelum tragedi menimpa dan semestinya beliau lah calun pilihan kami...


Pun begitu...

Beberapa kali DJY menasihati kami agar tidak mempromo dirinya kerana dia menolak untuk dicalunkan dan ingin memberi peluang kepada calun calun yang difikirkan layak oleh Pucuk Pimpinan...kami akur.

Maka banyaklah "nama nama" yang timbul selepas DJY beberapa kali mengumumkan dia tidak mahu dicalunkan.Akhirnya aku melihat tiada satu nama pun yg lebih layak dari DJY dalam menggalas tanggung jawap mempertahankan Kerusi P.093 Sg.Besar dan atas faktor itu aku dan Komrads terpaksa tidak akur permintaan DJY.


Aku tahu Dato Jamal adalah calun yang paling layak dan tepat untuk tanggung jawap besar ini kerana gerak kerja yang telah dia lakukan mendekati pengundi berbilang bangsa dikawasan Sungai Besar sejak sekian lama apatahlagi beliau adalah Ketua Bahagian Umno..lama sebelum kerusi ini kosong.Tanyalah sendiri penduduk tempatan dan mereka akan memberi jawapan yang sama.

Tiga hari setiap hujung minggu DJY akan berada dikawasan melakukan kerja kerja seakan "Wakil Rakyat" walaupun beliau hanyalah seorang Ketua Bahagian dan ini telah banyak membantu arwah wakil rakyat sebelum ini.Menyelusuri setiap penjuru Sg.Besar,mendengar dan menyelesaikan masaalah rakyat adalah RUTIN yg beliau lakukan sejak menjadi Ketua Bahagian Sg.Besar.


Aku bernasib baik dapat melihat semua ini bila diminta oleh Dato Jamal untuk melatih Tentera Siber Sg.Besar menerusi 4 seminar yang telah dijalankan setakat ini dan matlamat beliau untuk mengwujudkan 2 ribu Cytro Bahagian untuk mendepani cabaran sebelum dan sewaktu kempen PRU14 nanti.

Berapa ramai Ketua Bahagian Umno yang berwawasan saperti Dato Jamal walau banyak pihak cuba memburukan imej beliau?

Satu yang harus dipuji...beliau telah beberapa kali MENOLAK untuk dicalunkan.Berapa ramai Ketua Bahagian yang akan menolak untuk untuk dicalunkan sebagai Ahli Parlimen?


JADI SIAPA LAGI YANG LEBIH LAYAK DARI DATO JAMAL YUNOS UNTUK KERUSI P.093 SG.BESAR?


Sumber : Azmi Ibrahim

Rabu, 18 Mei 2016

[DEDAH] PANAS!!! Dosa Tun Mahathir Selama 22 Tahun... Ini Pilihan Tun M, Maafkan Kami... #SahabatSMB

TUN MAHATHIR JANGAN INGAT 22 TAHUN PENTADBIRAN PENUH DENGAN KESEMPURNAAN... NEGARA MUNGKIN LEBIH HEBAT JIKA TANGAN ORANG LAIN YG MEMIMPIN SELAMA ITU...


1.  Sebelum bermula DEB 1970 , ekuiti Bumiputra sekitar 1.5% sahaja. Tapi dari 1970 -1982 ekuiti Bumiputera meningkat kepada 15.5% deng pengambilan syarikat syarikat seperti London Tin, Sime Darby, Guthrie Ropel, Harisson & Crossfield , berpuluh syarikat syarikat milik Pernas, UMNO linked companies termasuk bank bank utama.

2. Namun sejak Mahathir mengambil ambil alih dari 1982-2004 selama dua puluh dua tahun , ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% tahun 2004. (4% dalam 22 tahun). Nampak tak?

3. Habis syarikat syarikat milik UMNO - UEM, Hatibudi,NST,TV3, Cold Storage, Commerce Merchant, BOC, AMI dan berpuluh syarikat Pernas - MMC, Hilton, Tradewinds difaraid kepada kroni Madey, Daim dan Ketum. Ratusan bilion dibelanja untuk industri berat /Hicom, Perwaja , Proton, Dayabumi, KLCC, Putrajaya yang hanya menguntungkan bukan Melayu dan ahli keluarga mereka.

4. Beratus syarikat kerajaan di swastakan, dipindah milik termasuk berpuluh bilion program PFI ( buat dulu bayar kemudian).
Hari ini Mahathir menuding jari kononnya
yang memegang tampuk gagal mentadbir. dulu tiada siapa berani melawan Mahafiruan Mahathir ini. Sesiapa saja menyanggah akan dipatah... disingkir malah disumbat ke penjara


ANAK MAHATHIR, KRONI & SALAHGUNA KUASA

5. Bagaimana San Miguel dan cerita salah seorang anak Mahathir? Dilihat pernah CUBA MEMBELI stesen janakuasa kepunyaan 1MDB  [ puak protun kata sebagai antara tindakan PEMBELIAN ASET YANG MERUGIKAN]. Rugi tetapi dia rasa minta beli. Tun M kata besi buruk tak laku tetapi dijual melebihi RM9 B sekali dengan hutangnya. RUGI tapi nak beli? kenapa nak BELI? tak dapat beli Mahathir meroyan untuk anaknya. Hebat Mirzan Mahathir merupakan pemegang saham terbesar syarikat ini.

6. Apakah Mahathir terlalu mulia? Kata Barry Wain penulis WSJ Tun M lesapkan RM 100 Bilion USD selama beliau berkuasa. Rakyat Malaysia jangan lupa perbuatan jenayah penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan TUN M sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri :

a) Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni kanan BN seperti dalam kes:
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara atas alasan kononnya kekurangan bukti;
* Sekatan terhadap siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur;

b) Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas dalam kes;

* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (apabila perbicaaan dilakukan secara olok-olok di mana akhirnya Eric Chia dibebaskan selepas meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ (yang mana Ling juga turut dibebaskan);
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF di Hong Kong;
* Siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman;
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, S Samy Vellu;

c) Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni Tun M

* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk mengukuhkan politik Tun M ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004;

* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail-out) 50.6% saham MAS milik Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika harga semasa cuma RM3.60 sesaham;
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;
* Pengambilalihan syarikat , Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Danaharta;
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi - YTL Corporation;


* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil-alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce lalu membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB);

* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Danaharta;

* Pengambilalihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom;

* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS Berhad;

* Memaksa Petronas membeli saham Proton;

* Memaksa Petronas mengambil-alih Litar Sepang;

* Memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;

* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian besar;

* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;

* Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta RM1b ketika berusia baru 28 tahun;

* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan

* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam segala jenis perniagaan.

d) Menyalahgunakan akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi memelihara kepentingan politik.

* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), pengharaman al-Arqam (1994), Reformasi (1998), memfitnah kumpulan al-Maunah (2000) dan mencipta kisah KMM (2001);

* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak - buku kritik Mahathir diharamkan. Ditangkap musuh politiknya.

e) Menyekat kebebasan badan penguatkuasa; dengan cara

* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;

* Mengganggu penyiasatan BPR;

* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

f) Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:

* Keruntuhan makmal computer;

* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;

* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;

* Keretakan PULAREK; dan

* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.


g) Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

* Kes Anwar Ibrahim (dengan mencipta kes liwat 1);

* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand;

* Kes tape V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes, maka ia pun ditutup.

* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu di DUN Likas;

* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;

* Penghapusan bukti dalam kes seks D. P. Vijandran;

* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara; dan

* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustine Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.

7. Selepas usaha Mahathir menyingkirkan Paklah kini usaha Mahathir pula mahu menyingkir PM Najib. Keluar parti masuk parti sudah jadi permainan mahathir. Tidak cukup itu Mahathir membawa Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Apdal bersekongkol dengan Pakatan Harapan seperti DAP! Terbaru Mahathir mengarahkan agar BN dikalahkan di dua PRK iaitu Sg Besar dan Kuala Kangsar semata-mata untuk kepentingannya.

8. Apa saja yang Mahathir lakukan serba tidak menjadi. Yang dia buang, singkir, penjarakan kini terpaksa dijilat semula. Ini semua kifarah dan karma mahathir sebelum mati.

Sumber : Wa Sengat Lu

Selasa, 17 Mei 2016

[BONGKAR] 1MDB Terpalit Menjadi Mangsa Penipuan Jenayah Kolar Putih... #SahabatSMB

1MDB SEBENARNYA MANGSA, MANAKALA NAJIB PULA CUBA 'DIKAMBING HITAMKAN'...


Ini adalah FRAUD CASE di dalam Aabar Investment PJS dimana ada pihak telah membuka satu fititious akaun (akaun palsu) di Virgin Island dengan mengunakan nama yang sama. Sebab itu Arul berkata :

“Ia patut diumumkan segera selepas kami tidak bayar kerana ia adalah jumlah yang besar. Mengapa tunggu sehingga April untuk berkata kamu tidak memiliki Aabar BVI?” soalnya"

Biasanya apabila kita memasuki wang kedalam akaun sesorang, kita akan memberitahu penerima dana tersebut bahawa kita telah depositkan dana itu ke akaunnya.  Dan apabila si penerima check akaunnya dan didapati wang tersebut tidak dikreditkan lagi, sudah tentu si penerima akan memberitahu kita yang dia masih belum menerima duit tersebut. Jadi apa yang dimaksudkan Arul Kanda ialah mengapa IPIC atau Aabar Investment PJS mengambil masa selama lima bulan untuk memberitahu 1MDB yang mereka masih tidak menerima kiriman wang tersebut.

Ini pula petikan dari lapuran WSJ :

The recipient firm’s name is almost identical to “Aabar Investments PJS” that is owned by Abu Dhabi’s International Petroleum Investment Co (IPIC), which the WSJ previously reported was missing a US$1.4 billion payment from 1MDB.
The payments were made in three tranches by a “unit” of 1MDB, the WSJ reported without identifying the subsidiary in question.

“Executives at IPIC and Aabar investigating the transfers have concluded neither of the two Abu Dhabi funds ever owned or controlled the British Virgin Islands company, according to the people familiar with the matter,” the WSJ reported.
The newspaper also said it was unable to identify the individuals behind the copycat firm, saying that records obtained from the BVI did not provide details of the owners or directors of the firm.

Menurut lapuran WSJ nama syarikat yang mana wang  tersebut didepositkan adalah HAMPIR SAMA dengan nama Aabar Investment PJS. Persoalan sekarang, bagaimana bank boleh membuka akaun syarikat tersebut. Mengapa UAE Central Bank arahkan semua bank2 didalam negara tersebut bekukan aset 2 orang bekas pegawai kanan IPIC (Khadem al-Qubaisi dan Mohamed al-Husseiny)

A day after the tabling of the PAC Report on 1MDB, the United Arab Emirates central bank told banks in the country to freeze the assets of two former senior officials in Abu Dhabi’s state-owned International Petroleum Investment Co (IPIC) group i.e. Khadem al-Qubaisi and Mohamed al-Husseiny
Qubaisi was one of the most prominent executives in the UAE until he was abruptly replaced as IPIC’s managing director in April last year. In subsequent months he stepped down as chairperson of IPIC’s unit Aabar Investments and from senior posts at several other firms in the region.
Husseiny was replaced as chief executive of Aabar last year after holding that post since 2010.


Persoalannya sekarang ialah

1) Mengapa United Arab Emirates central bank KELUARKAN ARAHAN KEPADA SEMUA BANK DI UAE UNTUK MEMBEKUKAN SEMUA ASET-ASET KHADEM AL UBAISI IAITU BEKAS PENGARAH URUSAN IPIC DAN MERANGKAP PENGERUSI AABAR INVESTMENT PJS

2) Dan mengapa United Arab Emirates central bank KELUARKAN ARAHAN KEPADA SEMUA BANK DI UAE UNTUK MEMBEKUKAN SEMUA ASET-ASET MOHAMED AL-HUSSEINY IAITU BEKAS SEORANG KETUA EXEKUTIF DI AABAR INVESTMENT

3) MENGAPA DAN APA KESALAHAN KEDUA-DUA MEREKA SEHINGGA MEREKA DI TAMATKAN PERKHIDMATAN SECARA MENGEJUT TAHUN LEPAS.

4) ADA KAH  IPIC DAN AABAR INVESTMENT PJS DAH LAMA TAHU BAHAWA MEREKA INI TERLIBAT DIDALAM PENYELEWENGAN MEMALSUKAN DOKUMEN- DOKUMEN BERKAITAN BAYARAN 1MDB DAN MENGAMBIL MASA 5 BULAN UNTUK MENYIASATNYA SEBELUM MENGUMUMKAN BAHAWA AABAR INVESTMENT PJS BVI BUKAN ANAK SYARIKAT MEREKA.

5) Jika 1MDB atau pegawai2 1MDB turut terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam FRAUD CASE ini MENGAPA United Arab Emirates Central Bank tidak mendapat injunksi untuk membekukan ASET-ASET 1MDB atau ASET-ASET PEGAWAI 1MDB yang terlibat sebab ia ada kaitan dengan AMLA

6) 1MDB mungkin cuai apabila mereka mengirim wang sebanyak USD850 juta itu kepada Aabar Investment PJS British Virgin Island tetapi sebelum kita melatah, kita perlu siasat dulu

1) Siapa yang memgeluarkan arahan kapada 1MDB untuk depositkan bayaran tersebut ke akaun Aabar BVI

2) Jika arahan itu diterima dari IPIC atau Aabat, siapa yang sign surat arahan tersebut

3) Jika arahan tersebut di sign oleh Khadem al-Qubaisi atau Mohamed al-Husseiny, bilakah tarikh arahan di keluarkan iaitu sebelum atau selepas mereka di pecat

4) jika arahan tersebut di keluarkan selepas mereka dipecat, adakad IPIC atau Aabar memberitahu 1MDB bahawa IPIC atau Aabar telah menamatkan perkhidmatan Khadem al-Qubaisi and Mohamed al-Husseiny dan mereka tidak lagi mempunyai kuasa untuk berurusan bagi pihak IPIC atau Aabar Investment PJS.

So di sini nampak sangat something fishy berlaku di IPIC atau Aabar Investment PJS, dan seperti biasa para #Team_Monyet yang menyokong #Tong_Mahataik dan macai2 PRngok telah mengambil kesempatan untuk sensasikan cerita semata2 untuk memfitnahkan 1MDB dan Najib.


Saya bagi satu contoh:

Andaikata majikan kamu memberitahu kamu bahawa mereka telah memasukkan gaji kamu ke dalam akaun kamu dan Selepas 3 atau 4 hari kamu dapati gaji kamu masih belum dikredit kedalam akaun kamu. So apa tindakan kamu? Adakah kamu akan tinggu sehingga 4 atau 5 bulan baru kamu inform majikan kamu yang gaji kamu masih belum dikreditkan ke akaun kamu?

Begitu juga di dalam isu 1MDB. Sebaik saja 1MDB membuat bayaran kepada Aabar Investment PJS, sudah tentu 1MDB telah menghantar sama ada e-mail atau Fax memberitahu mereka yang 1MDB telah membuat bayaran pada tarikh teraebut. Ini buktinya

"The 1MDB fund sent the money to “Aabar Investments PJS Ltd.” which closely resembles the name of IPIC’s wholly owned subsidiary Aabar Investments PJS, THE WIRE DOCUMENTS SHOW."

Sila buka link dibawah dan rujuk pada perengan 5


Tidak kah perkataan "THE WIRE DOCUMENTS SHOWS" membuktikan bahawa 1MDB memang inform Aabar Investment PJS yang mereka telah membuat bayaran pada tarikh yang ditetapkan?

Tapi mengapa IPIC atau Aabar Investment PJS mengambil masa hampir 5 bulan untuk memberitahu 1MDB bahawa Aabar Investment PJS di British Virgin Island bukannya anak syarikat mereka.


Sila rujuk kepada kenyataan Arul Kanda

“Ia patut diumumkan segera selepas kami tidak bayar kerana ia adalah jumlah yang besar. Mengapa tunggu sehingga April untuk berkata kamu tidak memiliki Aabar BVI?” soalnya"

Sila buka link dibawah dan rujuk kepada perengan 8


So di sini nampak sangat something fishy berlaku di IPIC atau Aabar Investment PJS. Dan juga para #Team_Monyet yang menyokong #Tong_Mahataik saja suka belitkan cerita semata2 untuk fitnah 1MDB dan Najib.


Sumber : Ariff Ahmad

[ANALISIS ISU] Tony, Nga Kor Ming Mahupun Rafizi Sudah Pun 'Meletak Senjata'... Tinggal Lagi Pengkhianat Dalaman Sahaja Yang Masih 'Berperang'... #SahabatSMB

KOREK DEMI MENCARI SALAH, CIPTA PLOT DGN BERMODALKAN 'BUAH KALAU' DAN SEBARKAN SEOLAH IA BENAR BERLAKU... ITU BUKAN BIJAK, TAPI JAHAT...


Tahukah anda...

1. Tun Mahathir pernah mengakui bahawa segala tuduhan yg dibuat terhadap Najib hanya bersandarkan pada andaian semata-mata, tanpa ada sebarang bukti yg kukuh... jadi tidak hairanlah kenapa Tun M tidak boleh mengemukakan laporan secara rasmi kpd pihak berkuasa atau SPRM.

2. Sehingga hari ini juga Tan Sri Muhyiddin Yassin masih gagal mengemukakan walau 1 bukti kukuh bagi mensabitkan, atau setidak-tidaknya bg mengaitkan Najib dengan mana2 tindakan salah laku sepertimana yg sering digembar-gemburkan olehnya selama ini... seperkara yg perlu kita tahu, TS Muhyiddin digugurkan dari barisan kabinet, termasuk terpaksa kehilangan jawatan sbg Timbalan Perdana Menteri bukanlah disebabkan tindakan beliau yg sering mengkritik 1MDB dan isu dana 2.6 bil, tetapi apabila terbongkar konspirasi beliau bersama Ghani Patail, ekoran bocornya maklumat tentang kewujudan draf pendakwaan terhadap Najib, sedangkan siasatan masih di dalam proses...


3. Rafizi beberapa kali bertindak tidak matang apabila gemar melempar tuduhan melulu dan suka bermain dgn persepsi rakyat... tidak wajar bg seorg yg bergelar pemimpin apabila bertindak membuat tuduhan terhadap PM dan keluarga, dan kemudian mengaku semua tuduhan yg dibuat hanyalah satu gurauan... malah tuduhan melulu yg dibuat oleh Rafizi telah memberi kesan negatif kpd negara dan rakyat seperti yg berlaku dalam isu Tabung Haji...

4. Tony Pua cuba menjadi hero apabila bersekongkol dgn beberapa media yg berpusat di barat seperti Sarawak Report bertujuan untuk membuat tuduhan terhadap pemimpin negara... sbg salah seorang ahli di dalam jawatankuasa PAC, beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab menggunakan saluran PAC jika mahu membangkitkan apa jua kemushkilan berkaitan PM, bukannya membawa keluar maklumat PAC dan kemudian menggunakan media asing bg memanipulasikan maklumat yg ada... terbaru, Tony telah memohon membatalkan saman yg telah difailkan oleh peguam Najib terhadapnya... sepatutnya, Tony meneruskan tindakan saman tersebut jika yakin memiliki bukti kukuh bagi menjawab tindakan saman drpd Najib... mohon batal menunjukkan Tony tidak ada kekuatan bg membuktikan segala tuduhan yg dibuat selama ini...


5. Pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa wang RM2.6bil yg wujud di dalam akaun PM merupakan derma politik dr kerabat Di Raja Arab Saudi tanpa mengharap apa2 balasan... hal ini telah disahkan sendiri oleh pihak yg menderma... malah transaksi yg dibuat juga telah mengikut prosedur yg betul... pihak SPRM dan Peguam Negara juga menolak sebarang perkaitan antara dana 2.6bil ini dengan isu 1MDB...

6. Laporan PAC yg diumumkan baru2 ini juga menunjukkan bahawa Najib tidak melakukan apa2 kesalahan berhubung isu melibatkan 1MDB... ia merupakan masalah di peringkat pengurusan dalaman dan di peringkat Ahli Lembaga Pengarah syarikat... pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan berdasarkan laporan yg dibuat oleh PAC... Timbalan Pengerusi PAC yg juga merupakan Ahli Parlimen Kepong dari parti DAP juga mengesahkan bahawa Najib tidak terlibat...


7. Nga Kor Ming, ahli parlimen dari DAP hari ini telah diarahkan agar mengemukakan permohonan maaf secara terbuka, termasuk melalui status FB nya kepada Najib dan isteri di atas fitnah yg telah disebarkannya sebelum ini... atas persetujuan ini, Najib berbesar hati untuk menyelesaikan kes saman ini di luar mahkamah... Nga Kor Ming sebelum ini telah menuduh kononnya Rosmah telah terlibat secara langsung dalam mesyuarat2 peringkat kabinet, termasuk mempengerusikannya... fitnah ini jelas berniat jahat dan bertujuan untuk mengaibkan Najib sekeluarga...

Sebenarnya, banyak lagi tuduhan dan fitnah yg dilemparkan terhadap Najib sudah pun terjawab dgn sendirinya... persoalannya, sbg rakyat Malaysia yg bijak, adakah kita bersedia dan berlapang dada untuk menerima setiap kebenaran yg terhidang hari ini?


Membangkang dan berbeza pendapat dgn tindakan kerajaan tidak semestinya menunjukkan kita bijak... adakalanya, bersetuju dan menerima pandangan dianggap satu tindakan yg bernas dan ia lebih menunjukkan keterbukaan... apabila kita menutup pintu hati drpd mengikhtiraf kebenaran, bermakna kita sudah menutup satu pintu keterbukaan...

Maka, berfikir dan nilailah dgn bijaksana, bukan semata-mata mengikut hati dan nafsu...

By Muhammad Ariff Bin Ahmad








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE