-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Ahad, 27 Mac 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Jagdeep Singh Deo GAGAL 'Spin' Isu... Kuarters Kerajaan & Ruang Niaga Tidak Mengubah Perancangan Asal Membina PPRT... #SahabatSMB

EXCO PERUMAHAN KERAJAAN NEG. P. PINANG CUBA NAK SPIN ISU TMN. MANGGIS... TAK PERNAH TAHU ATAU, MEMANG BODOH???


Ini dia kenyataan dari Jagdeep Singh Deo yg mencabar UMNO BN agar mengakui cadangan yg pernah dikemuka pada 2005...

"Kenyataan Media YB Tuan Jagdeep Singh Deo, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan pada 26 Mac 2016 (Sabtu) di George Town, Pulau Pinang: 

ISU TAMAN MANGGIS - BN DICABAR MENAFIKAN MENCADANGKAN AGAR BAKI TANAH DI TAMAN MANGGIS DIGUNAKAN UNTUK PROJEK BERCAMPUR RUMAH KEDAI DAN KUARTERS KERAJAAN DAN BUKAN PPR PADA TAHUN 2005

Berkenaan tohmahan yang dibuat terhadap isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng, pihak-pihak yang tertentu telah mencadangkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang telahpun menjual tanah yang sepatutnya dibina Projek Perumahan Rakyat (PPR), kepada pihak ketiga untuk projek mewah dibina, dan oleh yang demikian, tuduhan yang dibuat adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menyediakan perumahan untuk golongan yang kurang berkemampuan.

Berkenaan ini, satu 'memo' bertarikh 1 Julai 2003 daripada Pengarah Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dirujuk di mana dinyatakan bahawasanya ada cadangan agar satu blok tambahan 14 tingkat yang mengandungi160 unit perumahan PPR dibina di atas baki 1.251 ekar tanah di Taman Manggis.

Saya ingin mencabar pihak Barisan Nasional Pulau Pinang untuk menafikan fakta bahawa selepas 'memo' tersebut, di dalam tahun 2005, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa tersebut, telah mencadangkan agar baki tanah tersebut digunakan untuk pembangunan projek bercampur iaitu rumah kedai dan kuarters kerajaan di mana juga turut dicadangkan ialah projek bercampur tersebut di atas tanah tersebut ditawarkan kepada pemaju swasta untuk dibangunkan. 

Semakan yang dibuat menunjukkan bahawa ini adalah fakta yang berlaku selepas 'memo' tersebut yang sememangnya diketahui kepada semua di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada waktu material yang tersebut, termasuk pimpinannya yang tertinggi.

Cabaran ini dibuat agar pihak-pihak yang membuat tuduhan bahawa pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang yang tidak membenarkan pembangunan PPR di tanah tersebut, dapat menyemak dan memperbetulkan fakta agar pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada waktu yang tersebut iaitu pada tahun 2005, tidak berasa segan ataupun 'embarassed', sekiranya saya mengemukakan bukti untuk menunjukkan ini.

Malahan, sepertimana saya nyatakan, cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2005 agar projek bercampur iaitu rumah kedai dan kuarters kerajaan dibangunkan, bukan sahaja tidak meneruskan dengan rancangan untuk membangunkan projek perumahan PPR, malahan tidak memberi cadangan alternatif pembangunan rumah kos rendah ataupun kos sederhana rendah pun!"

-Jagdeep Singh Deo (DAP)-

Mungkin Jagdeep Singh tidak tahu, atau buat2 tak tahu, atau memang berniat untuk alihkan perhatian dan cuba meletakkan kesalahan di bahu kerajaan terdahulu pimpinan UMNO BN...



Perlu kita ketahui ciri2 serta konsep rumah PPRT yg dibina dalam negeri P. Pinang... ia merupakan rumah jenis pangsapuri atau flat, yg boleh mencecah sehingga 200 buah unit bagi satu2 fasa... setiap unit dilengkapi 3 ruang bilik dan 1 bilik air...

Tidak timbul masalah jika kerajaan bercadang memiliki sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan unit rumah untuk dijadikan kuarters kerajaan... mungkin antara 20-30 unit drpd jumlah 200 unit dijadikan kuarters utk ditawarkan kpd kakitangan kerajaan yg menghadapi masalah berulang-alik ke tempat kerja...


Dan, satu lagi, biasanya rumah pangsapuri yg melebihi 10 tingkat, akan dilengkapi ruang niaga atau rumah kedai di tingkat bawah pangsapuri... di samping ruang meletak kenderaan yg dibina samada secara bertingkat atau di ruang sekeliling pangsapuri...





Tidak timbul persoalan kononnya kjaan UMNO BN pernah mencadang untuk mengubah status asal rumah PPRT di Tmn Manggis, sepertimana yg cuba digembar gemburkan oleh Jagdeep Singh... cadangan membina rumah PPRT tetap dikekalkan seperti yg telah diputuskan pada 2003, cuma, cadangan tambahan supaya kjaan menjadikan beberapa unit sbg kuarters dan tambahan ruang niaga di tingkat bawah...


By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Rabu, 23 Mac 2016

[BONGKAR] PANAS!!! Kredibiliti SPRM Dicabar... Benarkah Wujud Bukti Skandal Salah Laku Pegawai SPRM Di Tangan Pembangkang??? #SahabatSMB

BENARKAH VIDEO SKANDAL SEKS PEGAWAI TINGGI SPRM ADA DALAM TANGAN LIM GUAN ENG...


Apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor mendedahkan perbuatan ‘rasuah’ Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika perbahasan Menjunjung Kasih Titah Yang Dipertuan Agong, umum bercampur baur menerima pembongkaran yang benar ini yang kemudiannya diakui sendiri oleh Lim Guan Eng ketika mempertahankan pembelian Banglo Mewah yang tidak mempunyai kolam renang itu.

Desakan rakyat melalui media sosial kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agensi berkaitan yang bertanggungjawab terhadap sebarang kes berkaitan rasuah agar segera mengambil tindakan seperti tidak mengundang rasa kebertanggungjawaban dan tidak sepantas tindakan yang mereka ambil sekiranya ia melibatkan batang tubuh pemimpin kerajaan pusat yang memerintah.

Mungkinkah hubungan baik yang sedia terjalin di antara pegawai kanan dengan ahli politik pakatan pembangkang menyebabkan laporan oleh pihak umum akan dipandang sepi selepas ini atau mungkin juga SPRM akan memberikan lebih masa kepada Lim Guan Eng untuk menyediakan dokumen ‘penyelamat’ diri agar tidak disabitkan kesalahan jenayah rasuah yang secara terang dilakukan bahkan sudah diakui ketika menjawab ‘tuduhan’ Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu?

Mungkinkah memang wujud unsur ‘peras ugut’ oleh pakatan pembangkang terhadap SPRM? Lalu mereka sengaja tidak peduli dengan desakan umum agar satu siasatan dan tindakan segera memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke pejabat operasi mereka untuk disoalsiasat.

Mungkinkah benar memang wujud sesuatu yang cuba disembunyikan di antara SPRM dan pakatan pembangkang untuk melambat-lambatkan proses siasatan melibatkan pembelian sebuah banglo mewah di bawah harga pasaran oleh Lim Guan Eng yang jelas terbukti mempunyai unsur rasuah apabila ‘menghadiahkan’ sebidang tanah untuk dikomersialkan kepada kenalan baik tuan rumah banglo mewah tanpa kolam renang yang disewanya selama 7 tahun itu? Tidak semena-mena SPRM mendedahkan hasil siasatan kes rasuah melibatkan orang lain terlebih dahulu pada hari cuti bekerja!

Kenapa SPRM tidak mengambil tindakan pro aktif terhadap LGE dan juga ahli politik pembangkang yang lain seperti kes tertunggak melibatkan Teresa Kok yang sehingga kini sudah melepasi tempoh 4 tahun walaupun Skandal Solar Yayasan Selangor dilaporkan dengan bukti yang kukuh.

Kenapa SPRM begitu sepi bila mengendalikan sebarang perkaitan kes yang melibatkan ahli politik pembangkang?


Mungkinkah wujud unsur rasuah ‘mega’ iaitu rasuah ‘seks’ yang melibatkan pegawai tertinggi SPRM sendiri?

Menurut sumber, seorang pengarah yang pernah bertugas di SPRM Kelantan yang kini dipindahkan ke SPRM Putrajaya dikatakan mempunyai isu skandal seks yang dirakamkan oleh individu tertentu yang pro pembangkang untuk digunakan sebagai ‘peluru’ sekiranya SPRM mengambil tindakan tegas sebagai respon kepada laporan rasuah terhadap pimpinan parti pembangkang oleh orang awam. Benarkah tuduhan ini?

Bagaimana pula dengan laporan yang menyatakan ada dalam kalangan isteri pegawai tertinggi SPRM yang campur tangan dalam siasatan kes rasuah?

Mungkinkah ini yang disebut sebagai usaha mempertahankan elemen integriti dan prioriti oleh sebuah agensi yang semakin bersungguh-sungguh ‘berkomplot’ untuk membantu usaha pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan demi melindungi skandal yang menjadi rahsia umum?

Berbalik kepada Lim Guan Eng, perlu diingat pengakuan beliau yang membayar sewa banglo tanpa kolam renang itu sebanyak RM5000 sebulan itu walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan kediaman rasmi untuk kegunaan Ketua Menterinya diambil sumbernya dari mana? Rasuah?

Adalah menjadi sesuatu yang aneh dalam isu melibatkan Lim Guan Eng apabila SPRM langsung mengunci mulut seolah olah mereka sedang diperas ugut oleh individu tertentu.

Apakah Lim Guan Eng juga mempunyai sesalinan video seks yang dikatakan aksinya milik seorang pegawai kanan dalam SPRM di Putrajaya sendiri?

Pernah dilaporkan mengenai skandal seks yang dikatakan berlaku di premis SPRM dan sehingga kini masih tiada sebarang penafian berkaitan tuduhan tersebut.

Mungkinkah ia menyebabkan SPRM ‘terikat’ dengan ugutan pihak tertentu yang mengakibatkan seringkali tindakan SPRM dilihat lembab apabila melibatkan pembangkang?

SPRM mesti dirombak sekiranya terus mengambil pendekatan melakukan ‘penyiasatan terpilih’ khususnya apabila menyiasat aduan melibatkan ahli politik pembangkang. Penangguhan dan lambakan aduan rasuah melibatkan parti pembangkang berterusan dipandang sepi tetapi SPRM amat pantas sekiranya ia adalah laporan rasuah yang melibatkan ahli politik kerajaan. Adakah unsur RASUAH itu hanya wujud kepada ‘kerajaan’ semata-mata?


Menurut sumber rapat khabarnya, seorang bekas Pengarang The Malaysian Insider G. Manimaran masih lagi berada di SPRM sebagai Pegawai Perhubungan Media. Kalau benar, tidak hairanlah sehingga ke saat ini langsung tidak ada kenyataan media SPRM yang keras dan tegas berkaitan isu pembelian banglo mewah tanpa kolam renang itu.


Sebaliknya, di tengah kepanasan isu rasuah Lim Guan Eng ini diperdebatkan, hasil siasatan kes rasuah seorang setiausaha bahagian di sebuah kementerian pula ‘disibukkan’ oleh SPRM pada hari cuti bekerja. Sedarkah apa yang sedang dilakukan SPRM hampir selari dengan apa yang termaktub dalam ‘kitab suci’ pegangan pakatan pembangkang iaitu ‘Buku Jingga’? Modus operandi melalui penggunaan media secara optimum jelas mempermudahkan kerja pembangkang di luar SPRM!

Selasa, 22 Mac 2016

[DEDAH] PANAS!!! Ini Dia Dokumen Yang Mengaitkan Antara Lim Guan Eng Dan Kepentingan2 Milik Ms. Phang Li Koon... Jom Kita Nilai... #SahabatSMB

Apakah Hubungan Miss Phang Li Koon Dengan Lim Guan Eng?


1.  Miss Phang adalah pemilik banglo No.25 Jalan Pinhorn yang disewa Lim Guan Eng sejak 2009.  Rumah yang dibeli Miss Phang pada tahun 2008 berharga RM2.5 juta itu akhirnya pada Oktober 2015 telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan harga 2.8juta harga jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Apa istimewanya hubungan penyewa rumah Banglo dengan Lim Guan Eng?


2.  Miss Phang bukan sahaja pernah terlibat bersama individu yang menjadi Pengarah dalam Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC), syarikat yang memperoleh tanah Taman Manggis dari Kerajaan Pulau Pinang untuk pembinaan hospital dan hotel di Jalan Zainal Abidin tetapi juga syarikat lain yang membuktikan Miss Phang mempunyai hubungan dengan rakan perniagaannya Tang Yong Chew ( Rakan Kongsi sejak 2002).






3.  Hubungan istimewa Miss Phang dengan Lim Guan Eng membawa kepada "special discounted deal" pembelian Rumah Banglo Lim Guan Eng. Bayangkan " Tukang sewa rumah - Miss Phang & rakannya dapat projek kerajaan Negeri- dan Jual rumah kepada LGE dengan harga murah". Carta alir yang mudah!






4.  Apakah cukup untuk mendakwa Lim Guan Eng dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan? Sama-sama melihat siasatan SPRM dan juga tindakan Peguam Negara.






Sumber : Hafizi Harris & Suara.tv

[KENYATAAN MEDIA] Pemuda Tasek Gelugor Gesa SPRM Jalankan Siasatan Menyeluruh Berhubung Laporan Ke Atas Lim Guan Eng... #SahabatSMB

SIASAT LIM GUAN ENG DENGAN TERPERINCI...


Kenyataan Media
Nashrol Hisham Bin Abdullah
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bah. Tasek Gelugor.

Assalamualaikum WBT...

Saya, Nasrol Hisham Bin Abdullah, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor, mewakili aspirasi anak2 muda di dalam parlimen Tasek Gelugor, dengan ini mendesak dan menggesa agar pihak berkuasa khususnya SPRM menjalankan siasatan secara terperinci di atas dakwaan Ahli Parliman Tasek Gelugor, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, serta laporan yg telah dibuat oleh pelbagai pihak berhubung tindakan bercirikan penyalahgunaan kuasa dalam isu tanah Taman Manggis, yg turut dikaitkan dengan wujudnya keraguan dalam urusan jual beli 1 unit rumah banglo di Jalan Pinhorn melibatkan Ahli Parlimen Bagan yg juga Ketua Menteri P. Pinang, YAB Lim Guan Eng...



Terlebih dahulu, kami, mewakili pemuda Tasek Gelugor mengucapkan syabas kepada YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, yg juga merupakan Ahli Parlimen kami kerana telah membuka mata rakyat Malaysia, khususnya rakyat P. Pinang... pendedahan yg dibuat oleh YB Datuk jelas menunjukkan kegagalan kerajaan negeri P. Pinang pimpinan Lim Guan Eng mentadbir urus dgn telus, amanah dan penuh akauntabiliti, sepertimana yg mereka sering canangkan selama ini...

Tindakan LGE yg cuba mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka dalam satu sessi 'coffee break', semalam, bagi kami, adalah usaha LGE untuk cuba mengalihkan perhatian umum daripada memberi tumpuan kpd isu sebenar... LGE akan tampil kononnya dia hero kerana berani mencabar utk bersemuka... hakikatnya, pendedahan ini telah dibuat melalui sidang parlimen dan sewajarnya LGE turut memberi penjelasan berhubung dakwaan ini juga di dalam sidang Dewan Rakyat (parlimen), walaupun sebenarnya YB Tasek Gelugor bukanlah mengajukan soalan ini terus kpd LGE tempohari...

Tidak ada sebab utk LGE melenting dan mengelabah, jika yakin berada di pihak yang benar... malah LGE juga perlu memberi ruang yg secukupnya kpd pihak berkuasa terutama SPRM untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci... menjemput media mengadakan lawatan ke kediamannya semalam sebenarnya adalah satu tindakan terdesak bertujuan menagih simpati media... keadaan rumah hanyalah salah satu faktor kecil dlm menentukan nilai sesebuah rumah... lebih utama lagi adalah kedudukan rumah tersebut yg terletak di tengah pusat bandaraya serta keluasannya... sebab itu, harga RM2.8 juta yg ditawarkan kpd LGE diragui sedangkan harga pasarannya mencecah RM6.5 juta...

Sehubungan itu, saya mewakili pemuda Tasek Gelugor akan tetap utuh menyokong dan setia menjadi benteng di belakang YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, yg merupakan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian kami... dan sekali lagi, kami menggesa dan mendesak pihak berkuasa terutama SPRM agar menjalankan siasatan segera dengan telus dan terperinci... kami sebagai sebahagian rakyat P. Pinang berhak untuk tahu kebenarannya apatah lagi isu ini melibatkan kepentingan dan hak rakyat P. Pinang...





Wassalam...

Nashrol Hisham Bin Abdullah
KP Tasek Gelugor.

Sabtu, 19 Mac 2016

VIDEO + PIC [BONGKAR] PANAS!!! Tahniah Ustaz Shabudin Kerana BONGKAR Salah Guna Kuasa Lim Guan Eng... Mampukah SPRM Bertindak Ke Atas LGE, Seperti Yg Pernah Diambil Ke Atas Dr. Khir Toyo??? #SahabatSMB

ASET BERNILAI RM6.5 JUTA DIJUAL HANYA RM2.8 JUTA... ALASANNYA, "TAKDE SWIMMING POOL..."


Selama 7 tahun, rakyat negeri Pulau Pinang perlu membayar sewa bulanan kediaman Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng yg mencecah RM5,000.00 sebulan, sedangkan kjaan negeri sudahpun menyediakan kediaman rasmi khusus untuk Ketua Menteri... jumlah sewaan yg dibayar untuk 1 unit banglo ini bagi tempoh 7 tahun mencecah 1/2 juta... bukankah ini satu pembaziran wang rakyat yg nyata? Sedangkan kediaman rasmi KM sudah pun disediakan... Bukankah lebih baik dan menjimatkan wang rakyat jika LGE memilih untuk tinggal di kediaman rasmi, apatah lagi kenderaan rasmi beserta pemandu juga turut kjaan negeri sediakan?

Dan lebih meragukan apabila akhirnya LGE membuat keputusan untuk membeli unit banglo tersebut... tidak timbul isu pembelian tersebut menggunakan wang siapa, tak pe lah kita andaikan bahawa LGE membeli banglo itu menggunakan wang titik peluhnya sendiri...


Cuma, yg menjadi persoalan, harga pembelian yg ditawarkan kpd LGE untuk memiliki banglo itu...

1. Pemilik unit banglo tersebut, Mr Phang Li Koon telah membeli kediaman tersebut daripada tangan pemilik asal dengan harga RM2.5 juta... pembelian tersebut berlaku kira2 7 tahun yg lalu iaitu sekitar 2008...

2. Beberapa pengubahsuaian kecil telah dilaksanakan ke atas unit banglo tersebut bagi memastikan keselesaan Lim Guan Eng sekeluarga sepanjang tempoh LGE menyewa kediaman itu... menurut sumber, jumlah keseluruhan kos pengubahsuaian mencecah RM600,000.00...

3. Pada tahun 2015, LGE mengambil keputusan untuk membeli unit banglo tersebut dari tangan Mr Phang Li Koon hanya dengan harga RM2.8 juta!!!

(GAMBAR DI BAWAH ADALAH DOKUMEN2 PINDAH MILIK PEMBELIAN HARTANAH BERUPA 1 UNIT RUMAH BANGLO OLEH LGE...)






4. Untuk makluman, unit banglo tersebut terletak di lokasi strategik di tengah pusat bandaraya Georgetown, yg mana kita pasti sedia maklum peningkatan nilai hartanah di kawasan seperti ini naik secara mendadak setiap tahun...



5. Dengan harga RM2.8 juta, ini beerti, kenaikan nilai hartanah bagi tempoh 7 tahun, di lokasi yg superb strategik, ditambah dgn nilai utk kos pengubahsuaian kediaman hanya sebanyak RM300,000.00!!! Memandangkan harga pembelian pada 2008 adalah RM2.5 juta...

Kenaikan RM300k bagi aset seperti ini adalah sesuatu yg tidak masuk akal... menurut juru nilai hartanah, harga sebenar mengikut pasaran semasa bagi unit banglo ini yg juga sudah diubahsuai adalah tidak kurang dari RM6.5 juta!!!


Dalam konteks ini, samada Mr Phang Li Koon yg merupakan penjual tidak tahu atau terlepas pandang yg mana dirinya telah kerugian mencecah RM4 juta apabila memilih untuk menjual pada harga hanya RM2.8 juta kpd LGE, ATAU, ada udang di sebalik mee yg telah dijanjikan oleh LGE kpd Mr Phang...

Siapa sebenarnya Mr Phang Li Koon? Dan apa hubungannya dgn KM dan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP...


Walaupun ada pihak yg cuba mengaitkan atau menyamakan isu pembelian ini seperti yg pernah berlaku kpd mantan Menteri Besar Selangor sehingga akhirnya mengheret DS Khir Toyo ke penjara...


namun jika diselidiki dan diperhalusi, banyak perbezaan ketara antara kedua-dua isu ini... khususnya dari sudut kepentingan, salah guna kuasa, ciri2 fizikan semasa aset tersebut dan beberapa justifikasi lain...


Banyak pihak sudahpun mengemukakan laporan kepada pihak SPRM dan pihak Polis, sebagai susulan setelah pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya ketika dalam sidang parlimen... antara yg mengemukakan laporan termasuklah Pengerusi Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, Pengerusi Persatuan Muka Buku Pulau Pinang serta beberapa ngo2 yg prihatin dari seluruh negara khususnya di Pulau Pinang dan Selangor...


pastinya, yg menjadi harapan adalah, laporan2 yg dibuat ini tidak hanya tinggal laporan akhirnya, tanpa sebarang tindakan susulan yg sewajarnya dari pihak berkuasa, khususnya SPRM... Siasat hingga ke lubang cacing, sepertimana kalian menyiasat tuduhan fitnah ke atas Perdana Menteri Malaysia...



By Muhammad Ariff Bin Ahmad

Jumaat, 18 Mac 2016

VIDEO + PIC [POLITIK] UMNO Tasek Gelugor Menyokong Penuh Kepimpinan YAB DS Mohd Najib Sebagai Presiden UMNO Dan Perdana Menteri Malaysia... #SahabatSMB

IKRAR UMNO BAHAGIAN TASEK GELUGOR MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN YAB PERDANA MENTERI...


UMNO Bahagian Tasek Gelugor bersama kepimpinan 4 peringkat (Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri), Pengerusi Veteran UMNO Bah. Tasek Gelugor serta 85 Ketua2 UMNO Cawangan dalam Bahagian Tasek Gelugor hari ini telah sebulat suara, bersatu hati menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, yang dibantu oleh YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, serta barisan kepimpinan dalam UMNO dan kerajaan yg lain...



Pertemuan khas kepimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor ini berlangsung dengan penuh semangat di Hotel Seri Malaysia, turut sebulat suara menolak sekeras-kerasnya 'Deklarasi Rakyat' ciptaan Tun Mahathir bersama dengan konco-konconya dari Pakatun Harapan...


Ikrar setia ini diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya bersama barisan kepimpinan yang lain...










By Muhammad Ariff Bin Ahmad








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE