-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 28 Januari 2016

[ANALISIS ISU] Tun Mahathir Tak Mungkin Boleh Survive Dgn Cabaran Ekonomi Sekarang... Jika Krisis Ekonomi 97-98 Diambil Kira... #SahabatSMB

LANGKAH NAJIB BERDEPAN CABARAN EKONOMI JAUH LEBIH BIJAK DARIPADA PEMIMPIN TERDAHULU... INI BUKTINYA...

Najib selesai membentangkan penstrukturan semula Bajet 2016... Alhamdulillah, semua andaian, jangkaan, telahan dan tekaan yg dibuat oleh puak pengangkang Pakatun Heqhot dan gerombolan anti-Najib tidak tepat malah jauh tersasar... maklum sajalah, bila orang bodoh cuba berlagak pandai, mmg huduh bunyinya...


Beberapa perkara yg dibentangkn oleh Najib telah menarik perhatian aku, tp sebelum tu, kita terlebih dulu perlu faham bahawa penstrukturan Bajet 2016 ini tidak melibatkan pertambahan jumlah bajet yg memerlukan sokongan parlimen... ia cuma bertujuan mengemaskini bajet sedia ada dgn beberapa langkah penjimatan dan dlm masa sama memastikan fokus bajet sedia ada akan lebih terarah kpd golongan sasar...

Antara perkara yg menarik perhatian adalah :

1) pengurangan potongan caruman dr gaji pekerja dlm KWSP sebyk 3% sehingga Disember 2017...

2) diskaun sehingga RM2k drpd cukai pendapatan yg dibayar melibatkan mereka yg mempunyai pendapatan kurang drpd RM8k sebulan...

3) pemansuhan AP ke atas beberapa keperluan makanan sepatutnya dapat menurunkan harga jualan keperluan tersebut kpd pengguna...

4) penubuhan pasar FAMA di 10 lokasi utama seluruh negara dgn menawarkan sehingga 25% harga lebih murah berbanding harga pasaran...

5) 20kg beras percuma setiap bulan kpd keluarga yg layak...

6) KPDNKK diarah menambah lg bilangan kedai harga berpatutan, di samping mempergiatkan penguatkuasaan kpd peniaga yg tidak beretika...

7) rumah yg berharga bawah RM300k hanya akan dijual kpd mereka yg sedang mencari 'rumah pertama'...


Salah satu fokus utama kjaan dlm penstruturan bajet kali ini adalah melalui beberapa langkah penjimatan kos serta meminimakan ketirisan yg mungkin berlaku... antara langkah tersebut termasuk :

1) mengetatkan penguatkuasaan di kawasan2 bebas cukai, membabitkan penjualan rokok, arak dan kereta...

2) mengkaji semula dan mengurangkan pemberian geran kpd badan2 berkaitan kjaan, GLC2 dan syarikat2 swasta...

3) mengenalpasti mereka2 yg sering mengelak cukai, termasuk dgn cara menawarkan diskaun kpd mereka di atas cukai2 tertunggak...

4) mengarahkan pihak GLC agar mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kakitangan dan pihak atasan...


Penstrukturan semula Bajet 2016 ini terpaksa dibuat memandangkan pendapatan negara yg menyusut berpunca drpd kejatuhan harga minyak mentah hingga mencecah di bawah paras USD30 setong, di samping kejatuhan nilai ringgit... keadaan semasa yg berlaku hari ini sebenarnya di luar kawalan kita, malah ia turut mempengaruhi kelembapan ekonomi negara lain termasuk USA, Brazil, China dll...

Namun, usaha kjaan yg sentiasa proaktif bg memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing telah mendapat pengikhtirafan dr badan2 pemantau bebas dr seluruh dunia... kjaan optimis dlm memastikan aktiviti ekonomi domestik tidak terjejas dgn keadaan ekonomi dunia... kjaan juga yakin dpt mengekalkan kadar pertumbuhan KDNK  sekitar 4.5% dgn defisit fiskal sebyk 3.1%...


Ini sekaligus menafikan dakwaan pelbagai pihak kononnya negara kini diambang kebangkrapan... mungkin ramai yg terlupa, negara pernah mencatat kejatuhan KDNK hingga ke paras -7.5% pada zaman TUN MAHATHIR mentadbir negara, hingga memaksa kjaan mengenakan langkah tambatan ringgit serta kawalan modal bg menstabilkan semula ekonomi negara...

Ketika itu juga, negara mencatat sejarah apabila indeks mata KLCI jatuh ke paras paling buruk iaitu sekitar 250 mata... jd tidak hairanlah ketika itu, DS Anwar Ibrahim yg juga Menteri Kewangan cuba tampil dgn pakej rangsangan drpd IMF kononnya bg menyelamatkan ekonomi negara dan secara tidak langsung menyerah ekonomi negara dlm genggaman spekulator matawang, George Soros...


Berbeza sekarang, Najib masih boleh bertahan tanpa sebarang tambatan ringgit mahupun kawalan modal... Najib juga masih belum menggunakan mana2 talian hayat sbg suntikan modal bg merangsang ekonomi, sepertimana yg dibuat oleh Jepun... langkah yg diambil oleh Najib lebih kpd persediaan awal bg menghadapi sebarang kemungkinan... walaupun musuh Najib sering menggunakan alasan hutang negara yg tinggi, namun sebenarnya ia masih di bawah takat maksima iaitu 55% berbanding KDNK...


Kita sewajarnya lebih bersyukur kerana dikurniakan seorang pemimpin yg bijak dan bertanggungjawab... ketenangan beliau sekalipun berdepan dgn pelbagai dugaan, ditambah dgn panahan fitnah yg bertali arus telah mengangkat darjat dan kedudukannya... semoga Allah sentiasa melindungi mereka2 yg berada di jalan kebenaran...


By Muhammad Ariff Ahmad

Rabu, 27 Januari 2016

[DEDAH] PANAS!!! Tok Arab Yang Memberi Sumbangan RM2.6Bil Bagi Pihak Raja Abdullah Didedah... Bukan Dari Israel Mahupun Taikun Kroni... #SahabatSMB

INI DIA TOK ARAB GILA YANG TUN MAHATHIR MAKSUDKAN... GILA SUNGGUH... GILA PUNYA KAYA...


Berbulan aku biarkan post dan info ni dlm inbox draft... kerana, sebagai seorang rakyat Malaysia dan ahli UMNO yg sayang serta setia kpd pemimpin utama negara yg juga merupakan Presiden parti, aku akur dgn arahan agar tidak bercerita dan membuat sebarang spekulasi berhubung isu yg masih dalam siasatan pihak AG dan SPRM... hinggalah hari ini...

Namun, semalam, Peguam Negara secara rasminya melalui satu sidang media khas telah memperjelaskan secara umum hasil siasatan yg telah dibuat berhubung isu RM2.6bil... malah beliau juga telah mengarahkan pihak SPRM agar menutup kertas siasatan tanpa sebarang pendakwaan dan sekaligus membuktikan bahawa Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak tidak bersalah dalam mana-mana tuduhan yg cuba mengaitkannya...



Peguam Negara turut mengakui bahawa wang sumbangan peribadi tersebut datangnya dari kerabat diRaja Arab Saudi kepada Najib, tanpa mengharapkan apa2 balasan... lebih menarik, hasil siasatan juga turut mendedahkan bahawa sebanyak RM2.08bil drpd keseluruhan RM2.6bil telah Najib pulangkan semula kpd penyumbang tersebut sekitar Oktober 2013...

Siapakah kerabat di Raja Arab Saudi yg menjadi penyumbang kepada Najib? Berdasarkan beberapa sumber, berkemungkinan besar sumbangan tersebut datangnya dari :

RAJA SAUD ABDULAZIZ BIN MAJID BIN ABDULAZIZ AL-SAUD


Beliau merupakan waris atau lebih tepat, cucu kepada Raja Saud yg merupakan pengasas Negara Arab Saudi... pada tahun 2010, beliau dilantik sebagai Gabenor Wilayah Madinah...

Beliau mempunyai hubungan yg istimewa dengan Najib, malah ayahanda beliau juga merupakan kenalan rapat Tun Abd Razak, ayah Najib... Najib biasanya tidak pernah ketinggalan mengadakan pertemuan dengan sahabatnya ini setiap kali berkesempatan menjejak kaki ke Kota Madinah, sepertimana baru2 ini...

Pada tahun 2011, sejumlah kira2 USD100 juta telah dimasukkan ke akaun AmBank milik Najib , buat kali pertamanya... hal ini didedahkan oleh sumber rahsia kepada Sarawak Report berdasarkan maklumat sulit bank yg telah dibocorkan...

Pihak bank perlu mendapatkan pengesahan atau surat makluman daripada penerima wang dan pihak yg menghantar wang sebelum transaksi ini dibenarkan... syarat ini sekaligus membenarkan pengakuan Najib baru2 ini yg telah menyatakan bahawa pihak BNM sudahpun dimaklumkan berhubung transaksi ini sebelum ia berlaku...


Individu yg telah menandatangani surat pengesahan ini bg pihak penghantar wang adalah DYMM Raja Abdulaziz Bin Majid Bin Abdulaziz Al-Saud sendiri... sepanjang tempoh dari 2011 hinggalah menghampiri PRU13, sebanyak 4 kali transaksi dibuat dan ke semua transaksi inilah yg menunjukkan jumlah RM2.6bil... ini berdasarkan surat makluman yg berada di tangan BNM...

Aku pun sebenarnya dah malas dan hilang momentum untuk bercerita perihal RM2.6bil ni, kerana memang dari awal, aku yakin Najib berada di pihak yg benar... malah hingga kini, tidak ada satu pihak pun yg mampu membawa satu bukti yg benar, asli dan kukuh bagi mensabitkan DS Najib dgn mana2 kes salah laku... semuanya lebih kpd bersifat spekulasi, andaian, tuduhan, sangkaan, tekaan mengikut acuan dan plot yg telah ditentukan oleh musuh2 Najib dan kjaan...

Yg penting, beberapa persoalan yg selama ini menjadi teka teki, yg sering dijadikan modal oleh puak2 Matchai Pakatun Heghot dan golongan anti-Najib sudah pun dijawab dan terjawab... soalan seperti :

1) Siapa yg derma? 
Sudah dijawab...

2) Mana RM2.6bil tu?
Sebahagian iaitu RM2.08bil dipulangkan kepada penyumbang... sebahagian lagi terpulang kpd Najib kerana ia mmg merupakan sumbangan peribadi kpd Najib...

3) Apa balasan kepada penyumbang?
Tidak ada dan tidak dapat dibuktikan sebarang balasan drpd Najib kpd penyumbang, apatah lagi sebahagian besar wang tersebut dipulangkan semula...

Jadi, terpulanglah kepada kalian samada mahu menerima kebenaran ini dengan hati terbuka, atau masih mahu menimbulkan rasa sangsi dalam diri masing2... di kalangan musuh2 durjana Najib, kjaan dan negara, mmg kita tidak hairan jika mereka memilih untuk mempersoalkan, mencetuskan spekulasi baru, mencipta tuduhan lain... ini mmg sifat dan sikap mereka, baiah mereka kpd iblis untuk menjatuhkan pemimpin Islam tidak akan pernah terpadam...


Bagi Najib, dan juga kita yg cintakan kemakmuran negara, yg berpegang kpd tiang seri perjuangan demi agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair Malaysia tercinta, kehidupan mesti diteruskan... skang bukan masanya untuk kita menoleh kebelakang... sudah byk masa terbuang gara2 fitnah jahat musuh durjana negara hingga hampir merencatkan agenda transformasi negara... sekarang adalah masa terbaik utk kita mara ke hadapan dengan langkah yg lebih teratur dan bergaya... persetankan musuh2 durjana ini kerana mereka kini sudah kita kenali...


Jadilah apa yg berlaku sebagai satu ikhtibar dan pengajaran kpd kita... jgn kita terlalu mudah terpengaruh dan percaya dengan tuduhan2 jahat... tidak salah kita berikan kepercayaan kita kpd kjaan pimpinan UMNO BN kerana selama ini mmg terbukti, kjaan tidak pernah menghampakan rakyat Malaysia...

By Mamu Karapoley

Selasa, 19 Januari 2016

[ANALISIS ISU] Lim Guan Eng Bernasib Baik... Request For Proposal (RFP) Adalah Direct Tender Yang 'Dihalalkan', Bukan Sebahagian Open Tender... #SahabatSMB

"RFP LEBIH KPD DIRECT TENDER... BUKAN OPEN TENDER SPT DAKWAAN LGE..."


Merak buih sungguh aku tengok apek Melaka ni... ada je cara nak ambik kesempatan dan mengeksploitasi keadaan dan fakta sebenar yg berlaku... tengok je lah kenyataan LGE berhubung keputusan kes samannya terhadap YB Ustaz Nasaruddin Tantawi (UNT)... siap boleh kaitkan UNT sebagai pelaku dosa fitnah dan secara tak langsung menggambarkan dirinya sbg mangsa fitnah yg teraniaya...

Perkara yg kita perlu tahu berhubung kes saman ini adalah:

1) Pihak LGE yg bersungguh-sungguh mahu kes ini diselesaikan di luar mahkamah, walaupun pada awalnya ditolak oleh pihak UNT...

2) Pihak UNT tidak pernah mengemukakan apa2 permohonan maaf terhadap LGE... UNT cuma bersetuju untuk menarik balik sebahagian drpd keseluruhan kenyataan yg pernah dikeluarkan hingga membawa kpd kes saman ini...


3) 5 point penting disentuh oleh UNT dlm kenyataannya terhadap LGE antaranya mendakwa bahawa LGE telah menganugerahkan tender terowong dasar laut secara direct tender kpd kontraktor, nilai projek yg overpriced, bajet kjaan negeri yg sentiasa menunjukkan bajet defisit...

4) LGE hanya menumpukan pada point pertama, iaitu berkenaan penganugerahan tender secara direct kpd kontraktor... LGE mengaku ia dibuat secara open tender...

Sebenarnya, kedua-dua pihak memberi maklumat yg tidak tepat tentang kaedah penganugerahan tender ini... ini menunjukkan kedua-dua pihak kurang arif dan kurang faham tentang kerja2 berkaitan kontraktor dan tender...

Kaedah sebenar yg digunakan adalah Request For Proposal (RFP)... kjaan negeri akan arahkan kontraktor kemukakan satu request terhadap satu2 projek, samada secara surat permohonan atau bersekali dgn kertas cadangan yg lengkap... selepas kjaan negeri menerima request ini, barulah kjaan negeri menganugerahkan projek tersebut kpd kontraktor...


Kaedah ini sebenarnya lebih hampir kpd kaedah direct tender... ia diperkenalkn oleh golongan kapitalis bg menghalalkn direct tender... maknanya, kaedah RFP tidak salah dr segi law...

Kenapa ia hampir kpd direct tender? Biasanya pihak kontraktor yg akan dipilih mmg sudah dikenali... request tersebut hanya sebagai syarat seolah mmg wujud permohonan atau request dr kontraktor... walhal kontraktor tersebut mmg sudah dikenalpasti dari awal... lainlah halnya jika RFP tersebut diperoleh dari beberapa kontraktor berlainan, namun ia biasanya dikenali sbg sebutharga...

Dakwaan LGE bahawa ia dibuat secara open tender juga tidak tepat... open tender biasanya bermula drpd tawaran tender diiklankan kpd umum (spt yg biasa kita lihat di akhbar)... LGE perlu kemukakan bukti tarikh dan di mana tender tersebut diiklankan jika benar ia open tender... kontraktor yg layak berhak menyertai tender tersebut... jawatankuasa khas akan dibentuk bg memilih kontraktor yg berjaya berdasarkan kriteria ditetapkan, tidak semestinya harga tender yg paling rendah...

Jika LGE mahu meneruskan samannya di mahkamah maka dia perlu kemuka semua dokumen berkaitan open tender spt dakwaannya, termasuk minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan tender yg berjaya... memandangkan ia menggunakan kaedah RFP, maka LGE akan terpaksa mendedahkan hanya 1 permohonan RFP dr Zenith Konsortium, kontraktor yg mendapat projek ini... ini pasti akan memberi imej negatif terhadap sistem C.A.T dambaan LGE...

Tp memandangkan UNT juga menggunakan termatologi yg salah iaitu mendakwa ianya direct tender, bukan RFP, di situlah sikit kelebihan kpd LGE... dan hanya hal inilah yg ditarik balik oleh UNT, sedangkan 4 point penting lain masih kekal sbg tuduhan terhadap LGE, dan ia langsung tidak dinafikan oleh LGE...


5) Disebabkan kesilapan kecil berkaitan termatologi ini juga, mahkamah hanya mengenakan pembayaran kos paling minima iaitu RM10k, dan ia adalah prosedur biasa di mana pihak defenden akan dikenakan pembayaran kos mahkamah...

Bagi aku, UNT tidak kalah... Malah tiada kemenangan yg boleh dibanggakan oleh LGE... LGE cuma bernasib baik, sedangkan 4 lagi point salah laku dan kelemahan pentadbiran LGE langsung tidak disentuh...


By Mamu Karapoley

Isnin, 18 Januari 2016

[INFO PENANG] PANAS!!! Daripada RM2,400 Bagi 1 Meter, Dah Turun Jadi RM919 Bagi 1 Meter... Memang LGE Pakar Kencing 'Cash'... #SahabatSMB

"Daripada 12.5km, sekarang dah jadi 33km... siap ada flyover plus jambatan lagi... baiklah, 33km dgn kos RM30juta... 1 meter jatuh RM919.00... masih melampau bg hanya kerja mengecat jalan"


Aiyaa... lu butoi2 kincing dinding punya kaki la... mula lu cerita ini macam... lepas tu, lu story itu macam... sekarang, lu sembang sudah lain macam... lu memang macam-macam maaa... abih skang, apa macam???



Itu hari lu cerita kos untuk 12.5km lorong khas berbasikal hampir cecah RM30 juta... bila itu projek sudah bikin, rakyat cuma nampak lu sapu cat hijau sepanjang lorong pejalan kaki sedia ada... siap boleh cilok pokok, bus stand sama parking motor...


MBPP, lu punya agensi sudah bikin law apa macam mau bikin lorong berbasikal di dalam bandaraya yg sudah bertaraf warisan... lebar lorong berbasikal, sekali dgn lorong pejalan kaki mesti tidak kurang dari 3.5 meter... tapi yg lu bikin? Tak payah ukur pakai pembaris, tengok berdasarkan foto pun kita boleh agak, lebar lorong yg dicat hijau lebih kurang 1.5 meter je, tidak menepati spesifikasi yg telah disyaratkan...


Sekarang, bila lu sudah kena tekan kaw kaw, lu nk tukar pula lu punya story jadi lain macam... dari 12.5km dah memanjang jadi 33km... termasuk pulak segala flyover sama jambatan... ini dah masuk cerita lain pulak... atau ini pertambahan jarak di luar perancangan asal, iaitu selepas isu ini didedahkan, lu punya kantau sudah kantoi...


Tapi aku tetap respek lu satu perkara... lu selamba je boleh kencing lagi rakyat P. Pinang, dengan penuh keyakinan, walau pun sudah jelas lu punya penipuan sudah kantoi... bukan semua orang boleh bikin apa yg lu bikin... lu serupa sudah standby plan B, plan C dlm semua hal, kalau2 lu punya plan A terebah... mungkin itu pasal juga lu sama lu punya legasi boleh maintain dalam DAP sampai skang, dan lu sendiri boleh kekal sebagai Ketua Menteri P. Pinang sampai ini hari...


Apapun, respek, respek jugak... kincing, kincing jugak... sekarang, kalau lu betul berani, lu betul mau praktikkan lu punya C.A.T, apa kata lu sendiri dedah semua original dokumen berkenaan projek mega mengecat lorong beskal ni... termasuk siapa kontraktor bertuah yg dianugerahkan tender berharga ni... baru la betul punya tailong...

Apa macam? Ada berani ka???

Sumber pic : Tan Khai Beng...

By Mamu Karapoley

Jumaat, 15 Januari 2016

[DEDAH] PANAS!!! LGE Terpaksa Akui Kerajaannya Gagal Membawa Kebaikan Kpd Pulau Pinang... Pemimpin NGO P. Pinang Jadi Saksi... #SahabatSMB

"Lim Guan Eng akhirnya akui bahawa kerajaannya TIDAK berkemampuan untuk mengubah dan memberi kebaikan serta manfaat kepada rakyat dan negeri Pulau Pinang"

Perjumpaan tertutup antara barisan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri, Kalipah Sayid Lim Guan Eng dengan pemimpin2 NGO dalam negeri Pulau Pinang... agenda pertemuan antara lain membincangkan isu2 semasa berbangkit yg berlaku di Pulau Pinang...


Beberapa isu penting telah dibangkitkan oleh pemimpin NGO yg hadir, dengan harapan mereka akan dapat penjelasan yg telus dan jitu drpd kepimpinan kjaan negeri...

Antara yg dibangkitkan adalah :

1) Isu tebus guna tanah atau tambakan laut yg nampaknya sedang rancak berlaku khususnya di bahagian pulau.

2) Isu Bukit Botak yg mana berlaku tarahan bukit tanpa kawalan dan tidak ada sebarang tindakan drpd pihak kjaan negeri.

3) Isu pembinaan bangunan atau rumah melebihi ketinggian 76 meter.

Apa yg mendukacitakan pemimpin2 NGO yg hadir adalah mendengar jawapan serta penjelasan yg diberikan oleh LGE. Ini antara penjelasan yg diberikan oleh LGE :

1) Isu pertama - Tambakan laut.
Seperti dijangka, LGE lebih berminat untuk menyalahkan kerajaan terdahulu pimpinan BN sebagai punca yg telah lebih awal lagi memberi kelulusan kpd pemaju untuk menambak laut... LGE juga turut mengaku bahawa kjaan negeri pimpinannya akan terpaksa RM1bil kpd pihak pemaju sbg pampasan jika mahu membatalkan kelulusan yg telah dikeluarkan oleh kjaan terdahulu... apa yg dinyatakan oleh LGE bukan saja jawapan untuk mengelak, malah ia satu penipuan fakta yg sgt licik...


Sepanjang tempoh 2 penggal kjaan DAP memimpin negeri P. Pinang, mereka telah mengeluarkan kelulusan untuk kerja2 tebus guna tanah melebihi 4000 ekar... ini termasuklah perancangan yg termaktub dalam Pelan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang di bahagian selatan pulau... malah LGE juga turut memberi kelulusan tambahan kpd E&O untuk membangunkan kawasan yg tidak termasuk dalam projek Seri Tanjong Pinang (STP) Fasa 2... semua ini tidak melibatkan sebarang keputusan yg pernah dibuat oleh kjaan pimpinan BN...


2) Isu Bukit Botak.
Sekali lagi, LGE menyalahkan kjaan pusat pimpinan BN dan pihak Peguam Negara kononnya hanya Peguam Negara sahaja yg boleh mengambil tindakan undang2 terhadap pemaju... adakah pihak kjaan negeri langsung tidak mempunyai kuasa untuk memantau atau menghalang kerja2 tarahan tersebut? Sebenarnya, surat kebenaran kepada pihak pemaju untuk 'rezonning' semula kawasan bukit tersebut untuk projek perumahan mewah telah dikeluarkan oleh pihak kjaan negeri pimpinan LGE...


Kerajaan pimpinan BN pernah mengenakan saman kepada pemaju sebanyak RM50,000 kerana telah melanggar kawasan dibenarkan... tetapi, sepanjang pentadbiran LGE, kjaan negeri belum pernah mengambil apa2 tindakan serious kepada pihak pemaju, malah pihak pemaju bebas melakukan kerja2 mengorek dan menarah bukit sewenang-wenang serta turut membina laluan khas untuk lori-lorinya masuk ke kawasan tersebut...


3) Isu pembinaan bangunan melebihi 76 meter.
Lain yg dibangkitkan, lain yg dijawab oleh LGE... LGE tetap cuba nak kaitkan dgn kjaan terdahulu... sememangnya peraturan binaan bangunan tinggi ini telah diputuskan sejak zaman BN lagi, sepertimana yg dijawab oleh LGE... tujuannya sudah tentulah untuk kebaikan dan keselamatan... yg menjadi persoalan, bagaimana kjaan negeri DAP pimpinan LGE boleh meluluskan pembinaan 55 buah bangunan yg melebihi ketinggian 76 meter sepanjang tempoh 8 tahun pentadbiran mereka?


Tidakkah ini sudah melanggar undang2 dan dasar kjaan negeri? Bukankah kjaan negeri perlu meminda peraturan tersebut melalui sidang DUN terlebih dahulu sebelum boleh memberi kelulusan? Bukankah sepatutnya LGE mengambil tindakan keras atau menghalang pembinaan bangunan seperti ini jika turut merasakan bahawa ia boleh mengundang bahaya?

Seperti yg telah aku nyatakan di awal tadi, semua jawapan dan penjelasan yg diberikan oleh LGE mewakili kjaan negeri sangat mendukacitakan dan tidak lebih hanyalah satu helah kotor untuk meletakkan kesalahan dan tanggungjawab di bahu pihak lain... kjaan negeri dan LGE menggambarkan seolah-olah mereka tidak ada kuasa untuk membuat keputusan atau mengambil tindakan ke atas isu2 penting membabitkan kepentingan negeri seperti yg dibangkitkan...


Jadi, apa guna rakyat P. Pinang memilih mereka bagi menggantikan kjaan BN, jika mereka sendiri mengakui tidak mempunyai kuasa untuk membawa kebaikan dan manfaat kpd rakyat dan negeri Pulau Pinang...

By Padiyappa

Rabu, 13 Januari 2016

[POLITIK] PANAS!!! DAP Umpan Anak Dara Untuk Pancing Sokongan Melayu... Tok Lebai PAS Boleh Jadi Rambang Mata... #SahabatSMB

Strategi DAP: Menarik Minat Penyertaan Golongan Muda bawah 30 tahun dan Kaum Wanita Muda adalah sasaran Utama.



■ DAP amat bimbang pada PRU14 sekiranya ia menjadi medan pengundian mengikut perkauman kerana DAP kini bermusuh dengan UMNO dan PAS yang majoritinya adalah kaum Melayu dan beragama Islam.

■ Strategi popular DAP “musuh punya lawan ialah kawan” bakal makan diri kerana versi “Asal Bukan Cina DAP” makin kuat memusuhi DAP dikalangan kaum Melayu.

■ Paling merisaukan DAP adalah sekiranya parti MCA/GERAKAN kembali mendapat sentuhan dan kepercayaan masyarakat Cina, bermakna cita2 DAP menuju Putrajaya hanya tinggal angan2 sahaja.

■ DAP melihat sekutu mereka PKR dan PAN pada masa ini telah mengalami krisis identiti dan krisis kepimpinan yang teruk dan tidak boleh diharapkan untuk menarik pengundi2 Melayu untuk menyokong parti mereka.


■ Strategi DAP terkini lebih kepada membuka peluang penyertaan kepada kaum wanita Melayu berbanding kaum lelaki Melayu terutama generasi muda umur 21 tahun hingga 30 tahun, ianya berpandukan kepada 2 situasi;
1. Mengeksploitasi kaum wanita untuk mendekati rakyat dan menarik sokongan generasi muda kepada DAP.
2. Mengeksploitasi kaum wanita sebagai agen pembolehubah kepada imej DAP. 


■ Center For Strategic And International Studies (CSIS) berpangkalan di Washington DC mengenal pasti hampir separuh populasi dunia adalah generasi muda bawah umur 30 tahun.

■ DAP akan memulihkan imejnya sebagai parti berbilang kaum, mereka terpaksa memerlukan ramai sokongan kaum Melayu, baik sebagai ahli atau pemimpin, baik pada peringkat cawangan, negeri atau pusat, menyimpan persepsi bahawa Melayu yang menyertai DAP harus diberi kedudukan sewajarnya (dalam kata lain bagi – keistimewaan) dalam parti.

■ Pada PRU14 pula, pemimpin DAP akan mencari dan memberi kerusi selamat demi memastikan calon Melayu DAP berpeluang besar untuk menang.


■ Dalam konteks hierarki parti, kaum Melayu akan dicalonkan bertanding dalam jawatankuasa negeri atau pusat. Usaha ini agar ada sokongan undi untuk pastikan terdapat muka Melayu yang menang untuk diletak dalam barisan kepimpinan negeri atau pusat.

■ Bagi DAP, generasi baru sukakan persaingan terbuka. Potensi orang baru atau generasi baru tidak kira Melayu atau Cina atau apa jua kaum hanya dapat diketahui kebolehannya apabila ruang dan peluang dibuka secara adil.

■ Mereka mahukan akses latihan dan modal untuk berdikari sama ada dalam bidang perniagaan mahupun pendidikan. Mereka mahu ruang untuk menyumbang kepada ekonomi dan sosial.

Isnin, 11 Januari 2016

[DEDAH] PANAS!!! Tun M Rupanya Membiayai Dana Politiknya Hasil Wang JUDI... Berjuang Untuk Bangsa Melayu Konon... #SahabatSMB

"Mengapa semua kroni dan taikun besar belaan Tun M bersatu membentuk satu konspirasi terancang termasuk sanggup membiayai berbillion ringgit semata-mata untuk menyerang Najib Tun Razak dan berusaha keras untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib juga secara terancang dan sistematik telah berjaya menghapuskan dan merombak semula sebahagian besar projek, lesen, konsesi yang pernah Tun M anugerahkan kepada rakan2 kroni beliau."


--------
Saya berada di dalam Pejabat Ahmad Sebi Abu Bakar apabila Vincent Tan meluru masuk tanpa mengetuk pintu. Nampaknya Vincent Tan tidak perlu membuat temujanji untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atau Menteri Kewangan Daim Zainuddin. Beliau boleh masuk begitu sahaja walaupun terdapat orang lain di dalam bilik, termasuklah diplomat dan wakil asing.

Apapun, sebab Vincent Tan dipanggil bertemu orang kanan Tun Daim, Ahmad Sebi, yang ketika itu mengendalikan TV3 adalah untuk membincangkan hal Sports Toto. Mereka mahu Vincent Tan mengambil alih Sports Toto. Kerajaan Mahathir memanggilnya penswastaan. Kami di Dewan Perniagaan Melayu memanggilnya pelanunan.

Satu sebab mengapa ahli tidak begitu gembira dengan penswastaan ini adalah ianya tidak dilakukan dalam tender terbuka. Maka tiada ketelusan langsung bagaimana ianya dilakukan. Ianya dilakukan secara bawah meja dan memberikan manfaat kepada kroni yang berjalan di koridor kekuasaan - Melayu, Cina dan India.

(Maka penswastaan ini tidak bersifat rasis dan perkauman - yang bermakna Dasar Ekonomi Baru atau DEB lebih berkesan untuk bukan Melayu. Contohnya, Mahathir memberikan RM3 bilion kepada orang Cina dan hanya RM500 juta kepada orang Melayu untuk ‘bail out’ mereka yang berdepan risiko muflis ketika krisis ekonomi 1985).

Dan yang lebih dipertikaikan adalah aset, pelaburan, pegangan dan konsesi kerajaan yang diswastakan ini dijual pada harga yang cukup murah, kadang-kadang 10% atau kurang dari harga pasaran sebenar. Dengan hanya satu tandatangan, kroni menjadi jutawan dan bilionair sekelip mata.

Anda boleh baca selebihnya tentang isu ini seperti yang dilaporkan oleh Jomo K. S. dan Tan Wooi Syn di pautan ini:
http://unpan1.un.org/intradoc/groups/public/documents/un/unpan021546.pdf

Seperti yang saya sebutkan, saya berada di situ ketika Vincent Tan diminta untuk membuat tawaran untuk sumber wang kerajaan yang sangat menguntungkan, Sports Toto. Pada tahun 1995, Sports Toto secara sulit dijual kepada Vincent Tan tanpa sebarang pengumuman dan tiada bidaan saingan.

70% yang pertama dijual pada harga RM28 juta kepada B&B Enterprise milik Vincent Tan, yang dikatakan 60% milik bumiputera, dan kemudiannya 10% dijual kepada Melewar Corporation - syarikat yang dimiliki oleh seorang lagi kroni Mahathir (dan rakan perniagaan Tan Sri Loy Hean Heong dari MBF), Tunku Tan Sri Abdullah Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Baki 30% dijual kepada Raleigh Berhad milik Tun Daim, bernilai RM85 juta, yang dimiliki sebanyak 26% oleh seperti Tajuddin Ramli yang ‘terkenal’ dengan MAS. Walaupun penjualan kedua melibatkan harga sesaham 7 kali ganda lebih tinggi, perlu diingat ketika Sports Toto kali pertama diniagakan di BSKL, ianya mencatakan harga penutup yang lebih tinggi.

Ketika bursa saham ditutup semalam, pemodalan pasaran Sports Toto pemodalan pasaran Sports Toto mencecah RM4.2 bilion - satu pulangan yang cukup lumayan daripada RM28 juta untuk 70% saham yang dibayar ketika Mahathir menjualnya kepada Vincent Tan.



Memandangkang Berjaya Corporation (syarikat pegangan B&B) memilki hampir 56% pada penghujung tahun kewangan 1990-1991 dengan 42% adalah milik bumiputera, Jones and Fadil telah menyimpulkan kepentingan swasta Bumiputera telah melepaskan pegangan dengan menjual saham-sahamnya,dan dalam masa yang sama telah memberikan pulangan dana yang memberansangkan untuk kepentingan bukan bumiputera.

Sports Toto dipercayai adalah aset yang paling menguntungkan di dalam konglomerat milik Tan. Keuntungan Sports Toto diransang oleh kadar cukai yang rendah - berbanding dengan firma perjudian lain, dimana kadar cukai itu ditentukan secara rahsia oleh Kementerian Kewangan - dan juga sumbangannya - yang sering diberikan publisiti meluas - kepada pembangunan sukan di Malaysia.

Pada tahun 1988, operasi loteri Big Sweep telah diswastakan kepada Pan Malaysian Sweep Sdn Bhd, yang dikuasai oleh Ananda Krishnan, seorang lagi sekutu rapat Mahathir (New Straits Times, 16 February 2016). Lesen untuk loteri Big Sweep hanya dikeluarkan kepada Kelab Lumba Kuda Selangor, Perak dan Pulau Pinang, yang hanya menjual tiket loteri itu kepada ahli kelab mereka.

Dengan pengambilalihan oleh Pan Malaysia Sweeps, sejak Februari 1989, tiket loteri telah djiual kepada orang awam. Hadiah Big Sweep yang lebih lumayan telah menjejaskan jualan tiket loteri Kementerian Kebajikan iaitu Loteri Kebajikan Sosial, yang akhirnya ditutup oleh Kerajaan, selaras dengan polisi Islamisasi - lalu memberikan monopoli kepada Big Sweep dalam jualan tiket loteri, monopoli yang bertahan selama 25 tahun hingga ke tahun ini.

Juga pada Januari 1989, Lembaga Totalisator Malaysia, satu badan berkanun kerajaan yang menganjurkan dan mengawal selia totalisator lumba kuda sejak 1961, telah melantik Usaha Tegas Sdn Bhd milik Ananda Krishnan untuk menguruskan Operasi Nombor Ramalan Totalisator (NFO)

Pengurusan NFO telah diambil alih oleh subsidiari milik penuh Usaha Tegas, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd, yang diperbadankan pada Julai 1988. NFO mengendali 2 aktiviti perjudian - operasi ‘3 digit’ yang bermula pada tahun 1961, dan operasi ‘1+3’ digit, yang diperkenalkan oleh Pan Malaysian Pools pada September 1989 (Malaysian Business, 16 November 1991) - yang mengukuhkan lagi monopoli perjudian Ananda Krishnan.

Selain dari keuntungan beratus juta ringgit yang dicatatkan selama lebih 2 dekad, operasi ini yang telah dinamakan semula sebagai Da Ma Cai, telah dijual pada 2011 oleh Ananda Krishnan pada harga RM2.1 bilion kepada sekumpulan taikun cina yang terkenal - mengagumkan untuk satu operasi yang diperolehi hampir secara percuma oleh Ananda apabila beliau dilantik (bukan dijual kepada beliau) untuk mengambil alih operasi.

Selain dari itu, beberapa tahun kemudian pada tahun 1993, Ananda Krishnan telah diberikan hak untuk mengambil alih tanah Kelab Lumba Kuda Selangor di Jalan Ampang pada harga RM400 juta dengan menggunakan wang yang diperolehi beliau dari operasi perjudian beliau.

Dengan pantas, Petronas diarahkan untuk membiayai dan mengambil alih projek ini dan dinamakan sebagai KLCC. Di dalam proses itu, hanya dalam tempoh beberapa tahun yang pendek selepas dibenarkan mengambil alih tanah tersebut, berbilion ringgit wang Petronas mengalir ke poket kroni Mahathir ini, iaitu Ananda Krishnan.

Tetapi ini adala kisah untuk hari lain. Cukup untuk mengatakan yang Petronas mengambil alih satu menara pada harga 2 menara ditambah dengan harga tanah. Maka Ananda Krishnan mendapat menara kedua secara percuma - yang begitu tidak disenangi oleh Petronas tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana perjanjian itu ditandatangani oleh antara Mahathir dan Ananda Krishnan.

Dan anda mahu bercakap tentang 1MDB? Aduh. Mari kita berbicara mengenai urusniaga-urusniaga lain yang lebih meragukan. Tony Pua dan DAP tidak akan menyalak berkenaan isu ini kerana mereka menerima jumlah derma yang besar dari orang-orang ini. Walaupun bukan RM2.6 bilion, ianya masih besar. Saya serahkan kepada anda Muhyiddin Yassin! Beritahulah berapa yang anda terima juga.

Sekarang, mengapa semua kroni ini bersatu membelasah Najib Tun Razak dan membiayai Dr Mahathir untuk menjatuhkan beliau? Jawapannya mudah. Najib secara sistematik menghapuskan semua projek, lesen, konsesi yang telah diberikan Mahathir kepada rakan kroni beliau.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, Big Sweep dan Da Ma Chai kini hanya menjadi badan kebajikan berbanding menyumbangkan untung ke dalam poket Ananda Krishnan. Najib telah menggantung lesen pertaruhan sukan Vincent Tan yang diberikan oleh Mahathir sebulan sebelum beliau bersara. Permintaan Vincent Tan untuk menjadikan Bukit Tinggi Kasino tidak diluluskan. Dan Ananda Krishnan hilang IPP beliau yang menguntungkan kepada 1MDB.

Anda perlu menjadi saintis ke untuk mengorek sebab sebenar semua ini terjadi? Anda betul-betul fikir ianya mengenai 1MDB ke? Jika begitu, anda lebih bodoh dari apa yang sepatutnya.


Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/how-mahathir-turned-millionaire-vincent-tan-into-a-billionair

Ahad, 10 Januari 2016

[INFO SELANGOR] Punaisehat Paling Berjaya Di Selangor... Berjaya Melingkopkan Negeri... #SahabatSMB

Ini je lah kejayaan yg mampu disumbangmahramkan oleh Puk Piji selama dilantik sebagai Punaisehat Ekonomi & Pakau Strategi Pelingkop Negeri Selangor... jadi tak hairanlah jika Azmin sendiri naik meluat nk tgk muka malah rasanya dah diperambat drpd  pej kjaan negeri Selangor...


Itupun ada hati nk bercakap isu nasional, isu harga minyak, isu cukai, isu billion2 urusniaga konglomerat besar dll... nak jaga rumahtangga PKR pun tak lepaih lagi... yg bestnya, ramai jugak MatChai tongong yg taksub dgn Puk Piji ni... huurrmmmm...

P/s : Dengar kata Arab Saudi nak lantik jadi punaisehat depa... kuikuikui...

[INFO PENANG] DAP Membuktikan Kerajaan Mereka Prihatin... Membahagikan Untuk Gadai Negeri Dengan Samarata... #SahabatSMB

Hasil gadai tanah dikongsi bersama... inilah kerajaan CAT yg sentiasa menjaga hak dan kebajikan temoloq sendiri... mungkin juga ini satu cara yg digunakan oleh Kalipah Sayid Lim Guan Eng untuk mengambil hati barisan kepimpinan Pakatun Heqhot di P. Pinang khususnya DAP negeri yg akhir2 ini nampak semakin hilang keyakinan terhadap kepimpinannya...


P/s : Elaun JKKKN tak dinaikkan ke???

Rabu, 6 Januari 2016

[INFO AM] Cabaran Jom Kurus 1 Malaysia Musim Ke-6 Kembali... Jom Join Dan Belajar Bagaimana Untuk Kurus Dan Sihat... #SahabatSMB

JOM KURUS 1 MALAYSIA (JK1M)...

Politik, politik juga... kalau sampai perut buncit, dagu berlapih, pungkoq melebaq, sapa nak jawab... kencing manih makin dok hampiaq, darah tinggi naik mencanak, bernapaih sampai naik senak... maklum saja, rakyat Malaysia kan ramai yg dok 'sengsara'...


Cakap banyak, takmau... hat mana kurang exercise, tyre spare dah sama banyak dgn trailer 24 tayar dan berjalan pi bilik ayaq pun dok mai mengah semacam... jom... nak ajak ampa semua join Jom Kurus 1 Malaysia!!!

Bagi kawasan Seberang Jaya, Butterworth, Perai, Bagan, Telok Ayaq Tawaq, Bukit Mertajam, Permatang Pauh dan kawasan2 yang berhampiran, boleh hubungi :

Team leader IDAYU BINTI ISMAIL

No HP / whatapps : 012-5606 552


PM Facebook : Idayu Binti Ismail

Bagi kawasan2 lain di seluruh Pulau Pinang, boleh rujuk dan hubungi team leader kawasan berdekatan anda!!!
Program yg mengajar kurus cara sihat dgn senaman dan cara pemakanan yg seimbang...

- Kepala Batas : Ridzman 013 4512068
- Seberang Prai : Idayu 012 5606552
- Balik Pulau : Naem 017 7420567
- Bayan Baru (ladies only) : Elly 012 4195869
- Sg Ara : Syafiq/Akhma 016 9800508/017 9416445
- Glugor (ladies only) : Ainal Syifa 013 4466077
- Jelutong (ladies only) : Iylia 012 5568723
- Georgetown : Fitri/Eza 019 5059324/ 016 3313464

Malah program ini turut diadakan secara serentak di tempat2 lain di seluruh Malaysia, termasuk Singapura dan Brunei...

Layari laman web Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) seperti link di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut dan pendaftaran :



_______________________________

Ikuti kami di :
Group (Close) FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

Group (Public) FB United State of Malaysia
https://m.facebook.com/groups/577472732401903?ref=bookmarks

Page Suara Melayu Baru :
https://m.facebook.com/suaramelayubaru/?ref=bookmarks

Page United State of Malaysia :
https://m.facebook.com/United-State-Of-Malaysia-757420651056480/?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun
Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By Padiyappa

Selasa, 5 Januari 2016

[ANALISIS ISU] Perbandingan Harga Beberapa Keperluan Asas Di Kalangan Negara ASEAN... MESTI BACA... #SahabatSMB

BANDINGAN INDEKS HARGA DI KALANGAN NEGARA ASEAN...

Buka mata, renung, nilai dan buat pertimbangan dengan rasional.Tiada guna ckp ttng Pertumbuhan Mampan, Disiplin Fiskal, Transformasi Ekonomi dan Kerajaan dsbnya....kalu dok faham..lebih baik banding barangan, keperluan harian kita..


(1) PETROL

(a) Malaysia RM 1.85 - RON95
(b) Indonesia IDR 8626.76 (RM 2.69) - RON88
(c) Thailand THB 32.11 (RM 3.83) - RON92
(d) Philippines PHP 42.51 (RM3.87) RON 92

(2) BERAS (1kg)

(a) Malaysia RM 4.06
(b) Indonesia IDR 12,959.71 (RM 4.15)
(c) Thailand THB 37.90 (RM 4.52)
(d) Philippines PHP 43.86 (RM3.64)

(3) AYAM DI PROSES (1kg)

(a) Malaysia RM 11.08
(b) Indonesia IDR 47,102.98 (RM 14.69)
(c) Thailand THB 100.87 (RM 12.04)
(d) Philippines PHP 149.94 (RM 13.64)


(4) GULA (1kg)

(a) Malaysia RM 2.90
(b) Indonesia IDR 11,600.00 (RM 3.62)
(c) Thailand THB 73.13 (RM 8.73)
(d) Philippines PHP 52.00 (RM 4.73)

(5) KEMUDAHAN ASAS/utiliti (Letrik, pemanas, Air , Sampah) utk apartment keluasan 85m2

(a) Malaysia RM 180.94
(b) Indonesia IDR 841,536.35 (RM 262.41)
(c) Thailand THB 2,341.70 (RM 279.57)
(d) Philippines PHP 3,290.08 (RM 299.25)

(6) GADAIAN - Kadar /bunga Interest dlm Peratus (%) setahun

(a) Malaysia 4.67%
(b) Indonesia 9.76%
(c) Thailand 6.35%
(d) Philippines 8.15%


NAH..BANDING YG NI PULA..!!

(7) KDNK - Keluaran dlm Negara Kasar dlm dollar US$ (2014)

(a) Malaysia $10.304
(b) Indonesia $ 3.592
(c) Thailand $ 5,678
(d) Philippines $2,614

(8) PURATA PERBELANJAAN BULANAN (After Tax)

(a) Malaysia RM 3,531.20
(b) Indonesia IDR 4220827.00 (RM 1,316.54)
(c) Thailand THB 13,608.72 (RM 1624.71)
(d) Philippines PHP 14,698.97 (RM 1,336.96)


(9) GST
(a) Malaysia 6%
(b) Indonesia 10% going up to 15%
(cw) Thailand 7%
(d) Philippines 12%

Sumber : Fan Page Fakta Atau Auta.
_______________________________

Ikuti kami di :
Group (Close) FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

Group (Public) FB United State of Malaysia
https://m.facebook.com/groups/577472732401903?ref=bookmarks

Page Suara Melayu Baru :
https://m.facebook.com/suaramelayubaru/?ref=bookmarks

Page United State of Malaysia :
https://m.facebook.com/United-State-Of-Malaysia-757420651056480/?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun
 Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By Mamu Karapoley

Jumaat, 1 Januari 2016

[DEDAH] Senarai Pegangan Saham Dalam ERL Sdn Bhd... Kenapa Ia Dikatakan Berat Sebelah? #SahabatSMB

Ramai yg kurang jelas berhubung pegangan saham di dalam ERL Sdn Bhd, khususnya di awal penubuhannya... jadi aku perjelaskan serba sedikit berkenaan hal ini...


Tahun 1997 (mula2 perjanjian konsesi dimeterai) :
YTL                                           : 40%
Tabung Haji                              : 40%
Abrar Corp (Mun Loong Bhd) : 20%

Konsesi ERL Sdn Bhd kemudian telah melantik Syarikat Pembinaan YTL sebagai kontraktor utama utk projek pembinaan ERL ini, manakala Tabung Haji dan Bank Persatuan mengeluarkan modal untuk kerja2 pembinaan...

Selepas tahun 1998 iaitu juga selepas Anwar disingkirkan drpd kjaan, pegangan saham yg dimiliki oleh Abrar Corp telah dijual kpd YTL dan Trisilco Equity (merupakan syarikat milik penuh bekas CEO Proton, Nadzmi Salleh)...

Pegangan saham ERL pada tahun 1999 :
YTL                    : 50%
Tabung Haji       : 40%
Nadzmi Salleh    : 10%

Apa yg menjadi isu berkenaan dgn ERL ini bukanlah dari segi pegangan saham, kerana secara legalnya mmg tidak timbul sebarang permasalahan... cuma, apa yg cuba difokuskan adalah isi kandungan perjanjian yg jelas berat sebelah, yg hanya menguntungkan secara melampau pihak konsesi, sedangkan kjaan terpaksa menanggung beban yg akhirnya berbalik kpd pengguna dan rakyat...

1) kjaan perlu membayar kepada konsesi RM3.00 bagi penumpang antarabangsa yg turun di KLIA manakala RM1.00 bagi penumpang domestik, tak kira samada mereka menggunakan perkhidmatan ERL atau tidak... malah konsesi juga berhak menaikkan kadar tambang sebanyak 10% bg setiap 5 tahun hingga tamat perjanjian konsesi.

2) Modal berbayar bg syarikat konsesi ini hanyalah RM69juta sedangkan kos keseluruhan pembinaan ERL mencecah RM2.4bil... dan ianya ditanggung sepenuhnya oleh Tabung Haji dan Bank Persatuan.

3) Peningkatan secara mendadak kadar tambang bagi tempoh yg agak singkat iaitu drpd RM35.00 menjadi RM97.00 pada tahun 2019, dan meningkat lagi pada 2027 mencecah RM126.00.

4) Unjuran jumlah keuntungan yg dinikmati syarikat konsesi terus meningkat, iaitu sekitar RM1bil setiap tahun bermula 2014, dan meningkat kpd RM2.5bil setiap tahun bermula 2024... ini jelas sudah melebihi jumlah kos modal keseluruhan iaitu RM2.4bil.

5) Kerajaan perlu membayar pampasan kpd pihak konsesi sekiranya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tambang kpd pengguna... setakat kini, kerajaan telah membayar RM2.9b, melebihi kos modal projek ERL ini... jumlah pampasan ini akan turut meningkat menjelang 2019 iaitu semasa semakan semula kontrak setiap 5 tahun.

6) Tempoh perjanjian konsesi adalah 30 tahun, dan boleh diperbaharui bagi tempoh 30 tahun berikutnya.

Sekalipun Tabung Haji turut memperolehi keuntungan berdasarkan 40% milikan saham, namun pastinya YTL lah yg memperolehi keuntungan berganda... selain 50% milikan saham, YTL juga bertanggungjawab dalam projek pembinaan ERL sebagai kontraktor utama... dgn hanya modal berbayar sebanyak RM69juta, manakala modal selebihnya ditanggung oleh Tabung Haji dan Bank Persatuan...

Jangan dilupakan, baki 10% pegangan saham dimiliki bekas CEO dan Pengerusi Proton, pastinya turut menerima manfaat drpd keuntungan ERL...
_______________________________

Ikuti kami di :
Group (Closed) FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

Group (Public) FB United State of Malaysia
https://m.facebook.com/groups/577472732401903?ref=bookmarks

Page Suara Melayu Baru :
https://m.facebook.com/suaramelayubaru/?ref=bookmarks

Page United State of Malaysia :
https://m.facebook.com/United-State-Of-Malaysia-757420651056480/?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun
 Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By Padiyappa









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE