Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! PAS Dedah Pengkhianatan DAP Selepas 15 Tahun Ber'TAHALUF SIYASI'... INI BUKTINYA... #SahabatSMB

CUKUP LAH 15 TAHUN PAS DIPERKELDAIKAN OLEH DAP... 


Hari Ini terpaksa kita dedahkan beberapa siri kisah DAP terhadap PAS yang selama ini tidak diketahui serta imej sebenar DAP.

* Sebenarnya kita kena faham Tahaluf Ialah Kerjasama atau persefahaman diantara dua pihak ataupun lebih dalam PERKARA-PERKARA YANG DISEPAKATI

* Sebelum DAP menang dan mengusai Pulau Pinang, Lim Guang Eng meyakinkan orang Islam dengan berkata bahawa

“ Kita tidak perlu takut kepada Undang-undang Hudud kerana hudud hendak menghukum orang yang jahat sahaja dan kita yang tidak jahat tidak perlu takut"

* Kemudian selepas kali pertama mengusai Negeri Pulau Pinang, Lim Guang Eng menambahkan lagi kepercayaan orang Islam kepada DAP dengan  memberi ucapan Islamiknya yang berbunyi...

“ Tuan-tuan jangan bimbang, saya akan memberi keadilan  kepada semua sebagaimana Umar Abdul Aziz yang memberi keadilan kepada semua rakyat "

* Seterusnya Pada 9/3/2012 DAP dengan sombong dan angkuhnya meluluskan Piliharan Raya Kerajaan Tempatan semasa sidang DUN Pulau Pinang walaupun tidak mendapat persetujuan daripada Pas. Dan sekaligus mengkhianati Persetujuan bersama kononnya dipegang oleh DAP selama ini.

*  27/1/14 Adun PKR dari Kajang Meletak jawatan dan mengosongkan kerusi tersebut tanpa membincangkan terlebih dahulu dengan PAS serta merahsiakan daripada Pas tujuan sebenar kekosongan tersebut iaitu untuk pelantikan Menteri Besar.Sedangkan PAS tidak bersetuju dengan Tujuan mereka yang Matlamat menghalalkan Cara

* Rakan Pakatan Rakyat yang lain mengenepikan keputusan Pas yang menolak...

“Kajang Move" serta pelantikan Datuk Sri Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru sebaliknya PAS terpaksa mencadangkan Yb Azmin Ali setelah pemecatan Yb Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak bermaruah."


* Pas menolak Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar atas dasar pegangan Islam yang dibawa serta lantikan itu tidak memenuhi tuntutan Syara'. Sebagaimana sabda Baginda dalam hadith sahih iaitu apabila mendapat berita tentang pelantikan Anak Perempuan Raja Kisra sebagai pemimpin selepas kematian  bapanya.  Baginda bersabda yang mafhumnya.

“ Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik orang perempuan sebagai pemimpin "

* 13 Mac, Pemimpin DAP yang tidak serupa bikin ini, yang tidak seIslamik dahulunya iaitu sebelum memenangi pilihan raya dengan angkuhnya berkata

“DAP konsisten menentang Hudud". Kata-kata ini dikeluarkan semasa taklimat oleh wakil PAS Kelantan kepada semua pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan Hudud di bangunan Parlimen."

* 19/3/2015 Sidang DUN Kelantan tetap meluluskan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 pindaan 2015 walaupun mendapat tentangan DAP yang sebelum ini pernah meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan walaupun tidak dipersetujui oleh Pas.

* Mereka tetap meluluskan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PRKT) dan “Kajang Move" yang bertujuan untuk kepentingan peribadi dan kekuasaan mereka,walaupun mendapat bantahan Pas.Sebaliknya Hukum Kanun Jenayah Syariah yang diluluskan demi Allah dan kepentingan umat Islam ditentang habis-habisan.

* 23/3/2015 DAP terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan President PAS ( Bermaksud putus hungan dengan Pas) serta menuduh President PAS sebagai tidak jujur,mengkhianati rakan Pakatan Rakyat, tidak bermaruah dll.


* Ekoran itu pada 27/3/2015 DAP Sarawak terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan PAS

* 30/3/2015 DAP Sabah turut menurut jejak yang sama untuk memutus hubungan dengan PAS iaitu 3 bulan sebelum PAS melangsungkan Muktamar pada Jun 2015 dan sebelum cadangan untuk batal Tahaluf dengan DAP.

*  4-6/6/2015 , PAS hanya baru MENGUSULKAN/MENCADANGKAN untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

* 11/7/2015 iaitu sebulan kemudian Barulah PAS memutuskan hubungan dengan DAP melalui keputusan Majlis Syura Ulama.
Sekaligus menangkis tuduhan GHB yang menuduh PAS terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan DAP.

* Pimpinan PAS yang kalah dalam muktamar menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atas alasan kecewa dengan PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP...

(IKLAN)




* Perpecahan DAP dengan PAS adalah bukan kerana Jawatan, kerana Kuasa dan lain-lain tetapi Kerana Menegakkan Hukum Agama.

* Perbincangan kerajaan PAS Kelantan dengan Kerajaan Pusat berkaitan kepentingan Islam iaitu Hudud dituduhnya DAP bahawa PAS ingin bergabung dengan Umno, Tetapi perbincangan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP berkaitan Jambatan ke-2 dan Kerajaan Selangor berkaitan Air dan sebagainya maka tidak pula PAS tuduh mereka bersekongkol dengan UMNO


* Cadangan President PAS untuk mewujudkan Unity Government yang pada asalnya dipersetujui oleh DAP dan PKR telah diseweng oleh puak ini dengan tuduhan bahawa PAS mahu bergabung dengan UMNO. Sedangkan cadangan PKR untuk Konsensus Nasional dan Save Malaysia oleh DAP tidak pulak PAS menuduh mereka sebaliknya.

* Banyak Isu yang berkaitan dengan Agama Islam akan ditentang oleh DAP, dan yang menyedihkan terdapat segelintir daripada kalangan Islam yang membenarkan atas alasan bersikap terbuka

* Perlembagaan Malaysia mengatakan bahawa Agama Islam adalah agama persekutuan dan agama selain daripada itu bebas di Amalkan.Tetapi DAP masih menghalang kebebasan orang Islam mengamalkan Ajaran kita sedangkan mereka bebas beragama tanpa halangan daripada kita.

* PAS tidak bermasalah sekiranya bukan Islam tidak menyokong Hudud tetapi menjadi masalah apabila DAP mula MENENTANG hudud,iaitu bererti menentang pegangan orang Islam

* DAP juga menentang pengharaman Arak di kawasan majoriti Melayu semasa pimpinan  Datuk Hassan Ali sebagai Exco Agama.


* DAP juga menentang Cadangan pihak Daerah untuk mengasingkan tempat duduk pasangan yang bukan mahram semasa menontong wayang di Bandar Seri Iskandar Perak.

* DAP tetap membina sebuah gereja yang besar di Prai Pulau Pinang yang bermajoriti Melayu walaupun mendapat bantahan dari pegawai kerajaan negeri yang beragama Islam semasa mesyuarat.

* Isu kalimah ALLAH banyak diwakili oleh Peguam DAP dalam membenarkannya.

* Isu pengunaan pembesar suara semasa azan turut dibangkitkan DAP

* Isu merobohkan pusat penternakan Khinzir di Kedah suatu masa dahulu turut mendapat tentangan DAP.

* DAP pernah mendesak PAS untuk buang perkataan Islam suatu masa dahulu, akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Boleh dikatakan DAP akan iktiraf Islam yang kita perjuangkan jika memenuhi kehendak kumpulan 25% minoriti Cina ini. Mereka  selesa dengan GHB yang meringankan tanggungjawab Islam.Dimana Gah dan Rasa Mulianya 55% Islam berbanding 25% yang menentang ini.?

Jadi bagi ada yang tawar hati dengan PAS dan ingin berhijrah ke wadah baru yang dikatakan GHB ini,dinasihatkan jadilah orang yang bijak untuk berfikir, dapatkan maklumat yang cukup dalam segenap sudut.Janganlah sampai mudah diperalatkan sehingga sanggup menggadai prinsip atas nama keterbukaan. Dan janganlah terlalu mengharapkan janji-janji kemenangan yang segera sedangkan redha Allah dilupakan. Siapa yang berani jamin bahawa DAP akan sewenang-wenangnya memberikan kebebasan Islam yang diperjuangkan oleh GHB sedangkan PAS majoriti Islam serta mempunyai keahlian yang lebih 1 juta orang dan mengusai negeri pun masih ditekan oleh DAP. Apatah lagi GHB.


Sebaliknya Kekal lah dalam Jamaah Islam dan Bekerjalah untuk mendaulatkan Islam,serta yakinlah dengan kemenangan dengan pertolongan Allah. Angkat dan letakkan kemuliaan Islam pada tempat yang sepatutnya.

Percayalah janji Allah berbanding janji orang Kafir.Masakan Allah tidak menolong kita sedangkan kita bersungguh-sungguh untuk Agama Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ ۖ فَآمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (Agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan AgamaNya)?”


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama