-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 9 Disember 2016

[BONGKAR] PANAS!!! RM5 Bil Untuk KLCC, RM5 Bil Untuk Proksi... Maka Lahirlah Menara Berkembar Kuala Lumpur... #SahabatSMB

MENGENANG JASA TUN MAHATHIR...
Projek Kronism dan Nepotism Tun Mahathir: Kos Luar Biasa Pembinaan Menara Berkembar KLCC RM10 bilion!!!


■ Hampir 7 tahun dihabiskan untuk membina struktur menara Berkembar Petronas. Arkitek yang bertanggungajawab mereka-bentuk binaan ini ialah Cessar Pelli, diimport khas dari Argentina. 3 kontraktor asing dijemput untuk memantau dan menyelenggara pembinaan KLCC; Hazama Corporation dari Jepun, Samsung C&T dan Kukdong Engineering dan Construction, kedua2 nya merupakan syarikat gergasi di Korea Selatan. Pelan pembinaan mula dirangka seawal 1992 dan siap dibina pada tahun 1998.

■ Dihitung pada nilai semasa 1992/98, kos Pembinaan Menara Berkembar Petronas menelan belanja AS$1.6 bilion (RM6 bilion). Ini tidak termasuk lagi kos tanah (RM900 juta), taman KLCC (RM200 juta), Dewan Simfoni Filharmonik (RM500 juta), dan Loji ’Gas District Cooling (RM300 juta). Jumlah kosnya mencecah lebih RM10 bilion dan tidak termasuk kos penyelenggaraan sebanyak RM250 juta setahun.

■ Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan2 serta segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu.

■ Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak dan Petronas adalah kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. Siapa Yang Mempunyai Kuasa Penuh Mengawal Selia Petronas?

■ Pada zaman Tun Mahathir, Petronas adalah 100% dibawah Perdana Menteri Malaysia. Saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%). Segala hal yang bersangkutan dengan  perlantikan Pengerusi, Pengarah2, Naib2 Presiden dan Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan dan bertulis).

2. Bagaimana Petronas Malaysia Diarah Membina KLCC?.

■ Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat TS Ananda Krishnan (40%) dan sebuah syarikat lagi (9%-dirahsiakan).


■ Kemua wang untuk membiayai projek KLCC datang dari Petronas Malaysia, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman.

3. Bagaimana Kos Pembinaan KLCC Mencecah RM10 Bullion?

3.1  Kos Tanah: RM900 juta

■ Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda kepunyaan TS Ananda dengan harga RM900 Juta. TS Ananda telah membeli tanah pertanian itu dengan harga RM300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah ke atas pinjaman wang dari bank, jangkakan TS Ananda telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM400 juta oleh Tun Dr Mahathir.

■ Bagi menutup peranannya, semua arahan Perdana Menteri kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskan  dengan resmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC. Harga RM900 juta dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja.


3.2 Kos Menara Berkembar Sahaja RM4 Billion.

■ Kos bangunan kosong sahaja ialah RM2.3 billion, belum dicampur kos persiapan dan pemasangan alat2 di sebelah dalam, yang menelan belanja lebih RM1 billion lagi.


■ KLCC mempunyai 2 menara yang dipanggil Menara Berkembar. Setiap satu Menara KLCC tersebut dipegang oleh Ipar2 Tun Dr Mahathir. Semasa proses perpindahan anak2 syarikat Petronas dari bangunan Dayabumi ke petempatan pejabat baru di Menara Petronas, anak2 syarikat petronas yang berpindah ke 'Menara Satu' tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT yang majoriti sahamnya dipegang oleh DATO Mirzan Bin Mahathir. Dengan harga RM10,000 tiap2 sebuah “workstation”, dan memandangkan terdapat  5,000 kakitangan Petronas di Menara Satu, maka kontrak ini dianggarkan bernilai RM50 juta. Dari segi mutu, harga ini dianggap sebagai luarbiasa tingginya.

■ Selain dari “workstation”, bilik pengurus2 dilengkapi dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM70,000 sebilik. Untuk pengurus2 besar pula RM138,000 sebilik; dan untuk Naib2 Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi.

(IKLAN)




■ Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didarabkan semua bilik2 ini, maka didapati kontraknya bernilai lebih dari RM200 juta, terutama jika diambil kira perabut untuk ARAS 86, di mana ia dibina khas untuk Tun Dr Mahathir yang terdiri daripada sebuah pejabat, bilik tetamu, bilik mesyuarat dll.

■ Tiap2 satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai berjumlah 1.85 juta kaki persegi. Di Menara Satu, hampir tiap2 aras dipasangkan dengan permaidani berharga RM70-RM90 tiap kaki persegi. Dianggarkan 1.5 juta kaki persegi dihiaskan dengan permaidani maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM100 juta.






3.3   Kos Taman KLCC: RM200 juta.

■ Konsultan dari Brazil telah diberi kontrak untuk mereka bentuk dan membina taman seluas 50 ekar. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Akhirnya, ia diganti dengan pokok2 hiasan tempatan.

■  Kos penyelenggaraan taman ini dilaporkan bernilai RM7 juta sebulan. Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, yang biasanya berharga RM200-RM300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.

4.4  Kos Dewan Simforni FILARMONIK: RM500 juta.

■ Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih 100 ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi8 sebulan mencapai RM5 juta.


3.5   Kos Loji “Gas District Cooling (GDC)”: RM300 juta.

■ Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat2 hawa dingin bagi seluruh KLCC. Proses pembesaran yang dilakukan waktu itu menelan belanja lebih kurang RM80 juta.

3.6   Bagaimana Baki Lebih Dari RM4 Billion Dibelajakan?.

■ Ini merangkumi membiayai kos bangunan2 dan infrastruktur berikut:-

a. Bangunan pejabat Esso (40 tingkat);

b. Bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;

c. Bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat TS Ananda Krishnan;

d. Bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;

e. Kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;

f. Rangkaian jalan diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang,8 serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru disekeliling KLCC;.

g. Sebuah masjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).

■ Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan2 dan infrastuktur.


6. Berapa Kos Penyelenggaraan/Operasi KLCC Setahun?

■ Dianggarkan bernilai RM250 juta setahun melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan).

[BAHAGIAN PERTAMA]

Sumber  : Rozmi Mokhtar


Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE