Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Pengakuan DAP Melegakan Hati Muhyiddin... Dapat Syok Sendiri Dalam Mimpi Pun Jadi Laa... #SahabatSMB

DAP YANG AKAN TENTUKAN SIAPA JADI PERDANA MENTERI...


Kantoi! Akhirnya terbukti memang benar bahawa Kerajaan pimpinan UMNO sekarang memang berhadapan dengan Pembangkang pimpinan DAP.  Ini dibuktikan dengan kenyataan Muhyiddin Yassin di Malaysiakini semalam bahawa DAP sudah bersetuju jika pembangkang memerintah, orang Melayu akan jadi Perdana Menteri.

Boyfriend Nika Gee ini ingat, DAP akan pilih dia jadi PM, seronok dengar angan-angan saudagar mimpi ini.  Wahai Mahyuddin, macamana kamu nak jadi PM?  Satu-satunya kerusi yang pembangkang akan benarkan kamu bertanding tanpa perebutan kerusi hanyalah Pagoh.  Kerusi lain, kamu kena minta ehsan PKR untuk lepaskan kerusi yang dulu mereka tandingi. Kalau mereka sanggup lepaskan 30% sekalipun, macamana kamu hendak beri isyarat kepada rakyat bahawa kamulah calon Perdana Menteri Pakatan sekiranya jumlah kerusi yang PPBM tandingi kurang dari rakan Pakatan lain?

Kemudian kamu kena kecek kerusi yang PAS tandingi pula.  Bukan sahaja PAN sudah kelaparan menunggu hendak bertanding di kerusi PAS, perlu diingatkan juga bahawa sokongan PAS masih kukuh dan mustahil mereka langsung tidak mahu bertanding pilihanraya depan.  Lagipun, Muhyiddin kena ingat, Mahathir meletak beliau sebagai calon Perdana Menteri hanyalah sebagai batu penyendal sementara menunggu anaknya bersedia untuk mengambil alih.

Kalau Anwar pula perasan bahawa bahawa beliaulah calon Perdana Menteri Melayu yang dimaksudkan oleh DAP, memang beliau silap besar.  Calon Perdana Menteri akan datang daripada parti yang menang paling banyak kerusi dikalangan pembangkang.


Dan parti yang akan menang paling banyak kerusi dikalangan Pembangkang sekiranya BN tumbang sudah tentulah DAP.  Ini disebabkan parti yang bertanding dikerusi Melayu dikalangan Pembangkang sangatlah banyak. PKR, PPBM dan PAN sudah pasti akan berkongsi sorang sedikit dan UMNO sudah pasti akan mengekalkan kedudukan mereka sebagai parti yang memenangi paling banyak kerusi Melayu.  Sebaliknya, DAP akan membolot hampir semua kerusi dikawasan Cina dan menyerahkan beberapa kerusi yang sukar dimenangi kepada rakan Pakatan yang lain.

DAP sudah sedar kesilapan mereka pada tahun 2008, bilamana mereka menang 18 kerusi di Perak, mereka terpaksa mengorbankan kerusi Menteri Besar tersebut untuk diberikan kepada PAS yang hanya mempunyai 6 kerusi.  Ini adalah disebabkan calon MB mestilah Melayu dan beragama Islam mengikut Undang-Undang tubuh Negeri Perak.

(IKLAN)


Jika Muhyiddin dan Anwar fikir DAP akan bagi mereka peluang menjadi Perdana Menteri, memang sahlah bacaan politik mereka sangat lemah.  Sejak 2008, DAP sudahpun mula mendekati orang Melayu secara agresif dan mengetengahkan tokoh-tokoh Melayu.  Mereka sudah mula meletakkan calon-calon Melayu di DUN mahupun Parlimen pada tahun 2013.

Lagipun, kekuatan Anwar sejak disumbatkan semula di dalam penjara ini sangatlah rapuh.  Hanya Wan Azizah dan Nurul Izzah, Ahli Parlimen PKR yang masih boleh Anwar harapkan.  Itu sebabnya Anwar akan turunkan Nurul Nuha, anak keduanya pula untuk bertanding kerusi Parlimen.  Didalam PKR kini, Wala' kebanyakkan ahlinya sudahpun beralih kepada Azmin Ali yang bila-bila masa dijangka bisa menumbangkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.


Maka rakyat Malaysia sewajarnya lebih bijak menilai.  Jangan lagi tersilap langkah seperti rakyat Perak pada tahun 2008.  Akibat sikap ingin mencuba pemerintahan baru, sehingga kini keputusan yang Nizar Jamaluddin buat iaitu memberikan tanah tol 999 tahun kepada penyokong DAP di Kampung Baharu, Perak kerana akur desakan DAP, tidak dapat diubah balik sehingga kini.  Nasib baik mereka hanya memerintah Perak selama 11 bulan, cuba bayangkan kalau negara ini jatuh ketangan Pembangkang yang dikuasai DAP. Alamat musnahlah segala-galanya.  Belumpun mereka memerintah, hendak tentukan siapa bakal Perdana Menteripun ditentukan oleh DAP.

Amat menyedihkan, manusia yang sebelum ini kata dia "Malay First, Malaysian Second" kini dah jadi "WHATEVER DAP DECIDE, I FOLLOW".  Macam tupun ada hati nak jadi Perdana Menteri.


Oleh Lokman Adam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama