Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Semakin Erat Hubungan Najib Dengan Negara China, Bertambah Intim Pula 'Seksualiti' Tun M Dengan Lim Kit Siang... #SahabatSMB

MASALAH TUN M BUKAN KERANA HUTANG YG NAJIB BUAT... TAPI KERANA KEJAYAAN YG AKAN NAJIB CAPAI BAKAL MENUTUP TERUS PELUANG UNTUK DARAH DAGINGNYA KEMBALI BERKUASA...


Saya ada terbaca tulisan terbaru Tun Mahathir yang menyentuh tentang hutang kerajaan yang bertajuk "Najib Pinjam Lagi".

Walaupun siri tulisan Tun kali ini adalah ulangan dan kitar semula daripadatulisan beliau sebelum ini dan telah pun saya jawab, saya berazam selagi Tun menulis walaupun berulang-ulang tulisannya itu saya tetap akan menjawab tulisan Tun supaya tidak ramai rakyat Malaysia akan percaya bulat-bulat dengan apa yang Tun tulis.

1. Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China.

Betul. Malaysia akan meminjam daripada China melalui Export-Import (EXIM) Bank sejumlah RM55 billion. Pinjaman mudah ini jika mengikut rekod pinjaman-pinjaman China melalui EXIM Bank kepada negara lain akan dikenakan kadar faedah sebanyak 2-3% untuk tempoh masa 20 tahun di mana untuk 7 tahun pertama Malaysia tidak perlu membayar apa-apa kepada EXIM Bank. [1] [2]

Pinjaman daripada negara luar yang mengambil masa berdekad dengan kadar faedah yang rendah dan tempoh 5-7 tahun pertama tanpa perlu membayar apa-apa adalah perkara biasa.

Di zaman Tun Mahathir sebagai PM, pada tahun 1994, kerajaan Malaysia meminjam 50.3 billion Yen atau RM1.17 billion (RM1 = 43.10 Yen) daripada kerajaan Jepun melalui Japanese International Cooperation Agency (JICA) untuk membiayai sebahagian kos membina KLIA. [3]


Pinjaman bernilai 50.3 billion Yen ini adalah untuk tempoh 25 tahun dengan kadar faedah yang dikenakan sejumlah 3% dan 7 tahun pertama kerajaan Malaysia tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan Jepun.

Pinjaman ini masih lagi ditanggung oleh kerajaan melalui KLIA Berhad iaitu agensi yang meminjam daripada Official Development Assistance (ODA) di bawah kerajaan Jepun sehingga sekarang seperti tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015. [4]



Setakat 31 Disember 2015, kerajaan Malaysia masih menanggung RM320 juta hutang untuk pembinaan KLIA kepada kerajaan Jepun.

Ini tidak termasuk pinjaman lain daripada kerajaan luar untuk pelbagai projek-projek pembangunan seperti Projek Empangan Beris, Projek Pembangunan Universiti Malaysia Sarawak, Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dan pelbagai lagi projek yang mana Tun Mahathir mendapatkan bantuan kerajaan luar negara seperti tercatat dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan.

Hutang-hutang puluhan tahun ini masih lagi ditanggung oleh pembayar cukai sekarang.


Hutang Kerajaan Persekutuan Daripada Kerajaan Luar: Jabatan Akauntan Negara

Pinjaman RM55 billion daripada China sekarang sememangnya besar berbanding pinjaman RM1.17 billion daripada Jepun pada tahun 1994.

Tetapi perbandingan dengan angka mutlak adalah tidak adil kerana sepatutnya apa-apa perbandingan angka kewangan dan ekonomi diambil kira secara relatif dan dalam kes ini jumlah pinjaman perlulah mengambil kira saiz ekonomi Malaysia.

Pada tahun 1994 ekonomi Malaysia hanya bersaiz RM195 billion manakala pada tahun 2015 ekonomi Malaysia bersaiz RM1.15 trillion.

Adalah logik pinjaman untuk projek pembangunan dari luar akan menjadi semakin besar dari segi jumlah pinjaman mutlak kerana faktor inflasi tetapi tidak wajar sama sekali kita mengabaikan ekonomi negara yang sudah berkembang hampir 10 kali ganda sejak 20 tahun dahulu.

2. Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur.

Betul.

3. Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.

Tidak betul. Tun sepatutnya lebih peka dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh 1MDB. 1MDB telah berjaya melangsaikan hutang-hutang jangka pendek dan banknya selepas menjual syarikat kuasa EDRA kepada China General Nuclear awal tahun ini. [5]

1MDB sudah pun mengurangkan hutang lebih RM14 billion dan juga membayar balik sepenuhnya kemudahan kredit (standby credit) berjumlah RM950 juta yang diberi oleh kerajaan. [6]

Hutang yang masih tinggal adalah hutang dalam bentuk bon dan sukuk jangka masa panjang yang masih dibayar 1MDB setiap tahun tanpa gagal.

Hari ini juga 1MDB baru sahaja membayar faedah berjumlah USD52.4 juta ke atas sukuk bernilai USD1.75 billion jadi tidak timbul isu 1MDB tidak mampu membiayai hutang dalam bentuk bon dan sukuk jangka masa panjang.

4. Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi.

Betul.

5. Jumlah semua melebihi 160 billion.

Tolak angka kasar hutang 1MDB yang tidak tepat, betul jumlah pinjaman projek ECRL, HSR dan 1MDB melebihi RM100 billion.

Saya tak faham apa isunya di sini kerana hutang keseluruhan kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM643 billion setakat suku ketiga 2016 atau 52.2% daripada saiz ekonomi Malaysia [7]


Kerajaan Malaysia belum pernah gagal membayar hutang kepada pemiutang dan tidak pernah menyembunyikan jumlah hutang sebenar yang ditanggung mereka.

6.    Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.

Saya tak mahu ulas panjang tentang "kerugian" penjualan EDRA kepada China. Jika dicampur dividen daripada EDRA kepada 1MDB sejumlah RM2 billion, 1MDB secara asasnya tidak untung dan tidak rugi di atas urusniaga pembelian aset-aset penjanakuasa.

Harga belian RM12.1 billion, harga jualan RM9.83 billion campur dengan dividen lebih kurang RM2 billion, pelaburan 1MDB di dalam EDRA boleh dikatakan pulang modal.

Bacaan lanjut boleh didapati di laman web 1MDB. [8]

7.    Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini.
8.    Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.
9.    Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

(IKLAN) 

agoda.com INT


10.    Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.
11.    Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit.
12.    Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.
13.    Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

Kemana RM55 billion akan pergi?

Ke 620KM landasan keretapi yang akan dibina.

Bukan kontraktor China sahaja yang akan mendapat manfaat daripada projek ECRL, tetapi syarikat-syarikat tempatan seperti MMC, Gamuda, Ahmad Zaki Resources, UEM Group, MRCB, YTL Corp, IJM dan WCT adalah yang dijangka akan mendapat manfaat daripada pakej-pakej kerja yang akan ditawarkan dibawah projek ini. [9]

Kontraktor-kontraktor tempatan yang mendapat pakej kerja projek ECRL juga akan memberi manfaat kepada tenaga kerja tempatan terutamanya dalam bidang profesional seperti jurutera-jurutera tempatan.

Menteri Abdul Rahman Dahlan sudah pun mengesahkan bahawa RM55 billion kos projek ECRL ini adalah termasuk rolling stock dan bukannya berasingan seperti didakwa Tun. [10]

Tahun lepas terdapat 2.135 juta pekerja asing di Malaysia menurut data yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) [11]

Tambahan beberapa ribu pekerja dari China bukanlah suatu angka yang menakutkan berbanding jumlah pekerja asing sedia ada di dalam Malaysia.

Malah sebelum China membawa masuk berpuluh ribu pekerja mereka untuk projek ECRL, aliran keluar wang daripada Malaysia ke luar negara dalam bentuk kiriman wang oleh pekerja asing ke negara mereka telah pun mencecah RM34 billion tahun lepas sahaja [12]


Aliran keluar wang disebabkan kiriman wang pekerja asing di Malaysia ke negara asal mereka sentiasa meningkat setiap tahun disebabkan pertambahan pekerja asing di Malaysia dan juga kenaikan gaji.

Jika benar pun berpuluh ribu pekerja China akan datang ke Malaysia dan mengirim wang ke negara asal mereka, saya tak nampak apa isunya kerana lebih 2 juta pekerja asing sedia ada sudahpun mengirim berpuluh billion Ringgit ke luar negara sebagai kiriman kepada keluarga mereka.

Dari segi pendapatan pelaburan pula, syarikat Malaysia yang melabur di luar negara akan menerima pendapatan dari operasi mereka di luar negara dan membawa pulang wang tersebut begitu juga sebaliknya syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia akan menjana pendapatan di dalam Malaysia dan membawa keluar wang tersebut dari Malaysia ke negara mereka.

Di dalam akaun semasa dalam imbangan pembayaran ada tercatat jumlah pendapatan pelaburan oleh syarikat Malaysia yang melabur di luar negara dan juga jumlah pendapatan pelaburan oleh syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia:

Akaun Semasa, Imbangan Pembayaran: Jabatan Perangkaan Negara

Kredit (dalam kotak biru) bagi pendapatan pelaburan bermaksud pendapatan pelaburan syarikat Malaysia dari luar negara dan debit (dalam kotak merah) adalah pendapatan pelaburan syarikat luar negara yang melabur di dalam Malaysia.

Pendapatan pelaburan bersih (kredit tolak debit) Malaysia sentiasa dalam keadaan defisit sejak berdekad yang lalu dengan erti kata yang lain syarikat-syarikat asing yang melabur di Malaysia membawa keluar lebih banyak pendapatan dari Malaysia ke negara asal masing-masing berbanding syarikat-syarikat Malaysia yang membawa pulang pendapatan dari luar negara balik ke Malaysia:

Ini juga bermaksud lebih banyak wang pendapatan pelaburan mengalir keluar lebih daripada wang pendapatan mengalir masuk.


Pendapatan Pelaburan Bersih Malaysia: EPU

Jika dibandingkan dengan saiz ekonomi negara, peratusan defisit pendapatan pelaburan Malaysia adalah lebih tinggi pada zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri berbanding di bawah zaman Dato' Sri Najib:


Defisit Pendapatan Pelaburan Malaysia
Kebergantungan Malaysia kepada pelabur asing lebih tinggi 20-30 tahun lepas berbanding pada masa sekarang.

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku setelah beratus billion wang mengalir keluar sejak berpuluh-puluh tahun dulu, kenapa sekarang isu ini ditimbulkan oleh Tun?


14.    Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?
15.    Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat.
16.    Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.
17.    Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.
18.    Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund.

(IKLAN)


Pendapatan melalui jualan tiket penumpang dan muatan barangan sepatutnya hanya untuk menampung kos operasi ECRL dan bukannya keseluruhan kos termasuk kos kewangan, pembinaan dan kos modal seperti yang disebut Tun.

Kos kewangan akan dibiayai oleh kerajaan melalui kumpulan wang disatukan (consolidated fund) seperti mana projek-projek lain.

Limpahan ekonomi daripada projek ECRL akan menjana pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai, dan melalui pendapatan cukai inilah kerajaan akan menampung kos pembiayaan pinjaman ini.

Lupakah Tun Mahathir tentang LRT STAR dan PUTRA yang terpaksa diambiloleh kerajaan persekutuan melalui Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) kerana menanggung beban hutang berjumlah RM5.5 billion pada tahun 2001? 

Lupakah Tun bagaimana kerajaan persekutuan meminjamkan pinjaman mudah berjumlah RM300 juta kepada KL Monorail akibat kerugian beratus juta Ringgit?
Privatization in Malaysia: Regulation, Rent-Seeking and Policy Failure

19.    Tetapi hari ini Kerajaan tidak ada duit. Lagi pun nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

Jika kerajaan tidak ada duit seperti didakwa Tun bagaimana kerajaan boleh membayar gaji kakitangan kerajaan berjumlah RM70 billion tahun lepas? Bagaimana kerajaan membayar pencen pesara kakitangan awam berjumlah RM18.8 billion pada 2015? Bagaimana kerajaan menampung subsidi yuran universiti awam, perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan dan pelbagai lagi perbelanjaan-perbelanjaan mengurus yang lain? [13]

Hutang luar negara kerajaan dihadkan kepada hanya RM35 billion pada suatu masa sahaja seperti tertakluk di bawah Akta Pinjaman Luar Negeri (1963):


Laporan Kewangan Sektor Awam: Perbendaharaan Negara

Ini konsisten dengan kenyataan menteri bahawa pinjaman daripada EXIM Bank China adalah dalam Ringgit dan juga Yuan sesuai dengan undang-undang negara.

Setakat suku ketiga 2016, hutang luar kerajaan persekutuan dalam matawang asing hanyalah berjumlah RM20.4 billion:


Hutang Luar Kerajaan Persekutuan Di Dalam Matawang Asing: BNM

Risiko tukaran matawang asing kepada kewangan kerajaan sangat terhad dan hanya ke atas RM20.4 billion ini sahaja.

Untuk pengetahuan anda semua, sebahagian hutang luar kerajaan persekutuan sekarang adalah hutang warisan daripada kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir yang mana kita masih membayar hutang-hutang tersebut sehingga hari ini.

Hutang-hutang luar tersebut dipinjam dari Jepun, Perancis, Kanada dan Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk projek-projek pembangunan seperti tertera di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2015:


Hutang Bilateral Kerajaan Persekutuan: Jabatan Akauntan Negara

Hutang kerajaan dalam matawang Ringgit tidak akan terkesan langsung dengan pergerakan tukaran matawang asing.

Jadi tak perlulah Tun Mahathir menakutkan rakyat Malaysia tentang hutang luar negara kerajaan.

Tun tidak harus lupa pada tahun 1985 - 1986 semasa Tun memimpin kerajaan, hutang kerajaan persekutuan pernah melebihi 100% daripada saiz ekonomi negara:


Nisbah Hutang Kerajaan Persekutuan Kepada KDNK Negara: EPU

Di bawah Dato' Sri Najib hutang kerajaan persekutuan kekal di bawah paras 55% berbanding KDNK negara iaitu had yang dibenarkan di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959) dan Akta Pendanaan Kerajaan (1983).

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku semasa hutang kerajaan persekutuan melebihi saiz ekonomi negara pada 30 tahun lepas, apakah masalahnya hutang kerajaan yang hanya berada pada paras 52.5% berbanding KDNK negara?

20.    Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun.

Sama seperti rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung beban hutang pengambilalihan hutang Renong, LRT STAR dan PUTRA dan bermacam-macam hutang dalam dan luar negara yang terpaksa ditanggung sehingga sekarang.

Kenapa Tun lupa tentang hakikat bahawa kegagalan projek penswastaan Tun menyebabkan hutang swasta beralih menjadi beban hutang kerajaan?

Mungkin banyak di antara kita tidak sedar bahawa hutang-hutang berdekad dahulu yang dikumpul Tun Mahathir masih lagi dibayar oleh kerajaan sekarang.

Jarang kita dengar ada yang merungut mereka terpaksa membayar hutang-hutang warisan kerajaan di bawah Tun Mahathir ini kerana mereka tidak sedar akan fakta ini.

Yang hanya diulang-ulang adalah hutang 1MDB yang masih dibayar 1MDB sendiri dan tidak ada satu sen pun duit rakyat digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Sampai satu masa Tun Mahathir, DAP, pembangkang yang lain perlu sedar bahawa 1MDB bukan segala-galanya yang berlaku di dalam negara kita.

Rujukan:
[1] Fresh loan from China's EXIM Bank to Sri Lanka


Sumber  : Syahir521

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama