Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Tidak Ada Pemimpin DAP Yang Kebanyakannya Kristian Berani Membawa Usul BABI... Tup... Tup... Yang Mengaku Islam Pula Yang Bangun... #SahabatSMB

PENGUSAHA TERNAKAN BABI SELEPAS INI TENTUNYA DIBERI PELUANG MEMOHON DANA ATAU TANAH JIKA BERMINAT UNTUK MEMODENKAN INDUSTRI TERNAKAN BABI... TAK PERCAYA??? TUNGGU DAN LIHAT...


RUU Babi Diluluskan serta merta di DUN Pulau Pinang...

Mengejutkan apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perternakan Babi 2016, iaitu satu RUU yang rasanya tidak pernah kita dengar selama ini.

Tentu ramai yang terfikir, apa kejadahnya RUU babi dibentangkan dan diluluskan oleh sidang DUN.

Lebih mengejutkan apabila RUU itu dibentangkan oleh Exco Melayu iaitu Dr Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya dengan alasan bahawa enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri babi berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.



``Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," kata Dr Afif bercakap bagi pihak kerajaan DAP Penang ketika membentangkan RUU itu.

Apalah nasib penduduk di Pulau Pinang selepas ini? Kawasan yang diluluskan oleh RUU Ternakan Babi Penang itu pula di kawasan Jawi, tempat majoriti Melayu

Difahamkan ketika ini sudah terdapat lebih dari 150 buah ladang-ladang babi tradisional diusahakan di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya diusahakan di kampung-kampung tradisional majoriti orang Melayu.

Kenapa kawasan penduduk Melayu menjadi korban untuk pembangunan projek ternakan babi?

Tiada langsung soal sensitiviti agama dan kaum diambil kira dalam hal ini.

Sebenarnya, persoalan yg lebih penting untuk kita nilai adalah, kenapa usul ini dibawa oleh seorang ADUN merangkap EXCO berbangsa Melayu dan mengaku sebagai Islam? Sudah tidak adakah ADUN Pakatun bukan Islam yg sepatutnya lebih sesuai untuk membawa usul ini?


Mungkin disebabkan YB Afif merupakan EXCO yg menjaga portfolio pertanian dan ternakan, maka secara tak langsung menjadikannya sbg ADUN yg paling layak untuk bercakap tentang BABI... Bagi aku, Afif lah ADUN paling lemah yg pernah aku jumpa... kerana terlalu teringin memegang jawatan dan kuasa, hingga sanggup membiarkan diri menjadi kuda tunggangan dan diperbodohkan oleh geng kepimpinan DAP P. Pinang...

Kenapa? Korang tak setuju dgn kenyataan aku? Korang tahu tak, bahawasanya isu berkenaan ladang ternakan babi ini sudah lama dibangkitkan, iaitu sejak sebelum Afif diberi peranan menjaga portfolio pertanian lagi... namun tidak ada sesiapa dari kalangan ADUN DAP yg bersedia mempertaruhkan populariti diri dan parti DAP untuk membawa usul babi ini ke sidang DUN...

Mungkin ramai yg tidak tahu, masyarakat Cina di P. Pinang kini sudah menjadi majoriti, berdasarkan pecahan mengikut kaum/bangsa... namun, dlm masyarakat Cina itu sendiri terpecah mengikut loghat atau suku... seperti juga Melayu yg mana di dalam merangkumi melayu utara, pantai timur, jawa, boyan dll, manakala masyarakat Cina juga merangkumi Mandarin, Kantonis, Hokkien dll...

Namun, satu perkara yg berbeza antara Melayu dan cina adalah, semua orang Melayu mesti beragama Islam kerana itu syarat utama sebelum layak dikategorikan sbg Melayu... tetapi tidak bg orang Cina... orang Cina menganut pelbagai agama... majoriti Cina di P. Pinang beragama Buddha, dan ramai juga memilih agama Hindu atau Kristian...

Perlu kita tahu, majoriti pemimpin DAP yg hari ini menjadi kjaan negeri P. Pinang merupakan beragama Kristian... Kristian merupakan salah satu agama yg termasuk dlm kategori 'ahlil kitab' (seperti yg disebut dlm Al-Quran)... walaupun agama ini sudah byk berlaku penyelewengan, namun ada perkara yg masih mengikut yg asal, termasuklah dlm perkara yg melibatkan BABI...

Dlm agama kristian, babi merupakan haiwan kategori najis yg haram dimakan... tetapi bg org Cina yg beragama Buddha, yg juga merupakan majoriti di P. pinang, babi dianggap biasa malah masih ramai yg menjadikan daging babi sebagai sebahagian drpd hidangan...

LGE yg beragama Kristian tentunya tidak mahu dikecam hebat oleh rakyat Msia jika usul tentang babi ini dibawa oleh ADUN2 mereka... dlm masa sama, usul ini penting untuk memastikan sokongan masyarakat Cina di P. Pinang akan kekal memihak kjaan DAP... Dgn adanya usul ini, bermakna industri berkaitan babi sudah menjadi satu industri yg sah di P. Pinang... tentunya, bagi melaksanakan apa yg telah diusulkan termasuk memodenkan cara ternakan babi, penternak2 sedia ada perlu menaik taraf kandang2 mereka... dan ini semua memerlukan modal yg besar serta lokasi tanah yg luas...


Apabila industri menjadi sah, maka dlm masa yg sama, pihak kjaan negeri mesti juga menyediakan dana2 tertentu bg menyokong industri ini, sama seperti industri2 yg lain... kemana dana2 ini akan pergi? tentunya korang sendiri boleh menjawabnya...

Memandangkan industri ternakan babi ini bakal memberi kesan kpd rakyat P. Pinang yg lain khususnya org Melayu, maka LGE perlu mencari jalan bagaimana untuk melaksanakan usul ini, dlm masa sama dapat diterima oleh masyarakat lain, atau paling kurang, dapat menurunkan momentum serangan menggunakan isu ini khususnya dari orang Melayu...

Disinilah peranan Afif diperlukan dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh LGE... Afif secara bersahaja tanpa rasa bersalah telah bangkit mencadangkan usul ini sewaktu sidang DUN... AMAT MEMALUKAN!!!

Dalam suasana masih ramai di kalangan rakyat P. Pinang yg memerlukan pembelaan, tiba2 babi yg mendapat perhatian!!!

Hakikatnya, mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU babi diluluskan?

Terutamanya hal melibatkan pencemaran air sungai, iaitu satu isu yang selama ini membelengu penduduk di negeri berkenaan.

Menyedihkan apabila RUU babi itu diluluskan oleh PKR dan DAP namun mereka membantah Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016  atau RUU355, sedangkan RUU 355 jelas untuk umat Islam sahaja.


16 Oktober 2016, Ketua Menteri DAP Penang iaitu Guan Eng membantah keras RUU 355.

Begitu juga dengan PKR, yang sehingga kini masih bermain tarik tali dalam isu RUU355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga kini presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail masih belum menyatakan pendiriannya.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini ialah usul pindaan RUU 355 berkenaan mempunyai banyak kelompongan dan mendakwa ia bukan hukum hudud.

Kepada penyokong pembangkang, bukalah mata anda dan lihat sendiri bagaimana RUU babi boleh diluluskan dan mendapat sokongan ADUN Melayu PKR dan DAP di Pulau Pinang namun dalam RUU 355, mereka membantah dengan memberikan pelbagai alasan.


Bukalah mata anda. Berapa agaknya bajet yang telah diluluskan untuk RUU babi ini? Nampaknya kerajaan DAP Penang lebih utamakan RUU Babi dari selesaikan masalah banjir di Penang.

Biar rakyat duduk dalam banjir janji babi dapat diternak secara moden. Memalukan bila ada Melayu diperkudakan DAP untuk membaca usul RUU Babi ini dalam sidang DUN.

Guna Melayu untuk angkat sepanduk babi di Bersih 5, kini guna Melayu untuk baca dan luluskan RUU babi. "Bijak sungguh" Melayu yang dipergunakan DAP ini.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama