Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! Cara Fikir Maria Chin Sangat Berbahaya... Mereka Sedang MENYERANG Akidah Umat Islam... #SahabatSMB

MENGENALI SIAPA MARIA CHIN? ADAKAH BELIAU BENAR SEORANG PEJUANG, ATAU SELAYAKNYA DIGELAR 'API DALAM SEKAM'?


Maria China Abdullah (Mary Chin Cheen Lian)

Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin.

Yunus Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis sosialis Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke luar negara kerana takut ditangkap polis.

Maria Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan terlibat  dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral Integrity).


NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National Citizens' Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for Free and Fair Elections).

Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah 'tool CIA' bertopeng di sebalik slogan 'kuasa rakyat'.

Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).

Maria Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Antaranya; WDC (Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SIS (Sister In Islam)...antara aktivis SIS adalah MARINA MAHATHIR...


SIASATAN TERHADAP MARIA CHIN BERSIH5 DI BAWAH SOSMA SANGAT WAJAR DAN TEPAT.

1. Terdapat beberapa pihak yang keliru dan sengaja mengelirukan rakyat apabila memutarbelitkan tafsiran undang-undang mengenai penahanan penganjur Bersih5, Maria Chin.

2. Sebenarnya, apakah tujuan Akta Kawalan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA diwujudkan? Jika kita merujuk akta, tujuannya jelas, iaitu bagi membolehkan tindakan diambil untuk menghentikan ancaman yang ditimbulkan oleh "sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia" yang bertujuan:-


I. Menyebabkan keganasan terancang terhadap orang
atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

II. Membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

III. Memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

IV. Untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;

3. Kenapa Maria Chin tidak disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman? Sebenarnya jika kesalahan Maria Chin hanya melibatkan soal perhimpunan haram, maka memadai untuk polis menyiasatnya di bawah Akta Perhimpunan Aman.


4. Bagaimanapun, kesalahan Maria Chin sudah melangkaui batas penganjuran sebuah perhimpunan haram. Jika merujuk kepada akta, jelas Maria Chin terlibat dalam perkara III dan IV yang merupakan skop SOSMA, iaitu memudaratkan keselamatan awam dan Persekutuan, dan mendapatkan perubahan selain dengan cara yang sah.

5. Lebih-lebih lagi apabila penganjuran perhimpunan haram Bersih 5 ini diakui dan diberitakan mempunyai kaitan dengan dana dari sumber asing, iaitu NDI dan George Soros. Atas sebab ini, siasatan tidak lagi memadai jika hanya dilakukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Lebih tepat jika siasatan dilakukan di bawah SOSMA dan menggunakan kaedah-kaedah SOSMA.

6. Benarkah kononnya penahanan Maria Chin melanggar skop dan peruntukan SOSMA, iaitu  perkara 4(3) yang menyebut, "tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan bawah undang-undang tersebut semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politik"?

7. Peguam-peguam Bersih dan pakar undang-undang media sosial mungkin tidak membaca perkara 4(12) (a) yang menyebut bagi maksud seksyen ini, “kepercayaan politik atau
aktiviti politik” ertinya "penglibatan dalam aktiviti yang SAH di sisi undang-undang melalui pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui, (i) keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu; (ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal
parti itu."


8. Persoalannya, adakah Bersih sebuah pertubuhan politik? Adakah Bersih 5 kegiatan politik di bawah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan di bawah Akta 355, Akta Pertubuhan 1966? Adakah Bersih 5 kegiatan politik yang sah dari segi undang-undang?

9. Mengambil kira fakta-fakta di atas, iaitu pertama, terdapat unsur campur tangan pihak asing, kedua, kegiatan memudaratkan ketenteraman awam dan Persekutuan, ketiga,  kegiatan mendapatkan perubahan melalui kaedah yang tidak sah dari segi undang-undang, dan keempat, status Bersih sebagai sebuah pertubuhan bukan politik dan Bersih 5 yang bukan merupakan suatu aktiviti politik yang sah dari segi undang-undang, maka, saya berpandangan bahawa siasatan ke atas Maria Chin menggunakan SOSMA dan kaedah-kaedah SOSMA amat wajar dan bertepatan.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama